kementerian pendidikan malaysia - ipbl.edu.my modul pdpm...unit 6 : etika dalam profesion keguruan...
Post on 10-Mar-2019
292 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MODUL ASAS PENDIDIKAN
EDUPD2013
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)
KURSUS DALAM CUTI (KDC)
i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Hak Cipta
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cetakan November 2018 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG
BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA
PERGURUAN MALAYSIA.
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
ii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak Pengarang
i
Kandungan ii Panduan Pelajar iii Pengenalan v Agihan Tajuk dan Unit vi
UNIT 2 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM, TIMUR DAN 1 BARAT UNIT 3 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN 5 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU UNIT 4 : PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI 13 MALAYSIA UNIT 5 : PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN 18 KURIKULUM UNIT 6 : ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN 26 UNIT 7 : CABARAN PROFESION KEGURUAN 43 Bibliografi 51 Panel 52 Simbol 53
KANDUNGAN
iii
PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar
lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan
matlamat dan gaya pembelajaran terkini.
SASARAN KURSUS
Pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) yang mendaftar dengan Institut
Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran yang
akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan sasaran
yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab
ke atas pembelajaran sendiri.
JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam pembelajaran
bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) dilaksanakan secara
Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana interaksi bersemuka
dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah pembelajaran secara
bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 20%
interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar
melalui modul pembelajaran.
PANDUAN PELAJAR
iv
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Pensyarah dan
pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara langsung dalam talian.
Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil dari Maklumat Kursus (MK) mengikut kursus
dan semester yang ditawarkan.
SUSUNAN UNIT MODUL
Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang konsisten:
1. Sinopsis
2. Hasil Pembelajaran Unit
3. Kandungan Unit
4. Penulisan berkaitan kandungan unit
5. Tugasan
6. Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan
Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat media
yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
IKON
Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada
sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.
PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN
Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan
masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan
dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
v
Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang pelajar
pelajari secara interaksi bersemuka, modul dan dalam talian.
PENGENALAN Kursus ini merangkumi konsep asas falsafah dan cabang falsafah, Falsafah Pendidikan Islam,
timur dan barat, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru,
perkembangan sistem pendidikan di Malaysia, pembentukan dan pelaksanaan kurikulum, etika
dalam profesion keguruan dan cabaran profesion keguruan.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menghuraikan konsep asas dan cabang falsafah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Falsafah Pendidikan Guru dan cabaran profesion keguruan.
2. Menganalisis falsafah pendidikan Islam, timur dan barat, perkembangan sistem
pendidikan di Malaysia, pembentukan kurikulum semasa dan isu-isu etika dalam
profesion keguruan.
3. Membincangkan dalam kumpulan isu-isu etika profesion keguruan.
vi
AGIHAN TAJUK Panduan Kepada Pengguna
Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran
secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali
dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran
pelajar melalui modul pembelajaran.
TAJUK/ TOPIK
JUMLAH JAM
KESELU
RUHAN
40 JAM
INTERAKSI BERSEMUKA
60%
24 JAM
MODUL
40%
16 JAM
KULIAH/
TUTORIAL
40%
16 JAM
DALAM
TALIAN
20%
8 JAM
1. Konsep Asas Falsafah dan Cabang Falsafah
Konsep asas falsafah (K)
Konsep falsafah pendidikan (K)
Cabang-cabang Falsafah (K) - Ontologi - Epistemologi - Aksiologi - Logik
3 3
vii
2. Falsafah Pendidikan Islam, Timur dan Barat
Falsafah Pendidikan Islam (K)
Falsafah Pendidikan Timur (K)
Falsafah Pendidikan Barat Tradisional (K) - Perenialisme - Esensialisme
Falsafah Pendidikan Barat Moden (K) - Progresivisme - Rekonstruktivisme - Eksistensialisme
Implikasi falsafah pendidikan terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia (M)
5 4 1
3. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru
● Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (K)
● Falsafah Pendidikan Guru (FPG) (M)
● Amalan profesionalisme guru dalam pembentukan modal insan berlandaskan FPK dan FPG (M)
6
2
4
viii
4. Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia
Sebelum merdeka (K) - Sebelum kedatangan
British - Semasa penjajahan
British
Selepas merdeka (K) - Laporan Razak 1956 - Laporan Rahman - Talib 1960 - Ordinan Pelajaran
1967 - Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1979
- Akta Pendidikan 1996
Masa kini (M) - Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM)
Implikasi perkembangan sistem terhadap pendidikan di Malaysia (DT)
8 3
2
3
5. Pembentukan dan Pelaksanaan Kurikulum
Konsep dan jenis kurikulum (K/M)
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum (K/M)
Model pembinaan kurikulum (K/M) - Model Objektif - Model Proses
Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum sekolah di Malaysia (DT)
8
1
2
5
ix
6. Etika dalam Profesion Keguruan
Konsep etika (K/M)
Kod Etika Keguruan Malaysia (K/M)
Tonggak 12 (K/M)
Akauntabiliti guru (K/M)
Standard Guru Malaysia (SGM) (K/M)
Isu-isu etika dalam profesion keguruan (DT)
5 1 2 2
7. Cabaran Profesion Keguruan
Membina Negara Bangsa (K/M)
Memartabatkan profesion keguruan (K/M)
Stres dan Burnout dalam kalangan guru (M)
5 2 2 1
JUMLAH
40 JAM 16 JAM 8 JAM 16 JAM
Nota: K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - Modul, DT - Dalam Talian
1
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, membincangkan tentang Falsafah Islam, Timur dan Barat serta pandangan ahli-
ahli falsafah tersebut. Di samping itu, implikasi falsafah pendidikan terhadap perkembangan
pendidikan di malaysia akan turut dikupas.
HASIL PEMBELAJARAN
KERANGKA TAJUK
1.1 Falsafah Pendidikan Islam
1.2 Falsafah Pendidikan Timur
1.3 Falsafah Pendidikan Barat
1.4 Implikasi falsafah pendidikan terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
1.5 Tugasan
UNIT 2
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM, TIMUR DAN BARAT
Di akhir topik ini, pelajar dapat :
i. Menjelaskan Falsafah Islam, Timur dan Barat
ii. Menghuraikan pandangan ahli falsafah Islam, Timur dan Barat.
iii. Menjelaskan implikasi falsafah pendidikan terhadap perkembangan
pendidikan di Malaysia
i. Menghuraikan konsep, definisi, falsafah dan matlamat Pendidikan Islam.
ii. Menghuraikan matlamat Pendidikan Islam dari perspektif Sarjana Islam.
iii. Menjelaskan falsafah dan hasrat penggubalan Kurikulum Pendidikan
Islam.
2
IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Pendidikan di Malaysia berkembang dengan pesat sekali. Panduan utama pendidikan di
Malaysia ialah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK digubal
untuk memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada
semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Sebagai negara yang sedang
membangun, aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan ialah pembangunan modal insan.
Pembangunan modal insan yang seimbang akan menjamin pembangunan sesebuah negara.
Dalam hal ini pendidikan memainkan peranan yang amat penting bagi merealisasikan hasrat
negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Penekanan yang diberikan untuk
menjana pembangunan modal insan yang seimbang ialah dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek sepertimana yang terkandung dalam FPK.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala tuju
kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi
pendidikan. Sehubungan ini, FPK adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar
pendidikan yang mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan
individu, masyarakat dan negara.
Berlandaskan kepada FPK yang telah dihuraikan diatas, maka matlamat pendidikan negara
ialah bertujuan melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara
Malaysia yang berguna. Dengan perkataan lain, matlamat pendidikan negara bertujuan
melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:
Percaya dan patuh kepada Tuhan.
Berilmu pengetahuan.
Berakhlak mulia.
Bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, agama dan negara.
Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah dokumentasi yang murni dan luhur, dan
memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik untuk merealisasikan
tujuan dan cita yang tersurat dan tersirat dalam kandungannya. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menjadi pengetahuan umum pada tahun 1988, telah menjadi teras dan
tunjang kepada sistem pendidikan negara kita sejak sekian lama. Justeru itu, semua
3
perancangan dan aktiviti pendidikan hendaklah merupakan hasil daripada nilai-nilai dan prinsip-
prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sememangnya kemunculan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan membawa implikasi-implikasi kepada sistem pendidikan
kebangsaan.
IMPLIKASI TEHADAP KURIKULUM
Apabila suatu falsafah itu dijalankan, maka terdapatlah implikasi yang berkemungkinan baik dan
juga buruk bagi satu-satu institusi pendidikan. Antaranya ialah dari segi kurikulum. Seperti yang
kita tahu, kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan
kepada prinsip kesepaduan atau bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang
sama dan selaras. Ini kerana mengelakkan dari berlakunya ketidakselarasan di setiap sekolah
apabila pelajar akan belajar mengikut sukatan yang berlainan. Ini adalah bertentangan dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang dan
bersepadu.
Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dibekalkan juga diserapkan di dalamnya nilai-
nilai murni dengan tujuan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem
pendidikan juga digubal menjadi pendidikan yang umum untuk semua masyarakat. Semua
rakyat mampu untuk ke sekolah tidak seperti pada zaman dahulu hanya golongan berada
sahaja yang mampu untuk ke sekolah. Pelajaran untuk melatih pelajar mahir dalam teknologi
pula diserapkan bagi membawa Malaysia ke arah yang maju dan tidak ketinggalan.
IMPLIKASI TERHADAP PENDIDIK
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem pendidikan selain
daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi di mana-mana
dan bila-bila diperlukan. Guru boleh menjadi agen perubahan untuk mendidik dan
mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikan matlamat dan
aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Guru mendedahkan sesuatu kepada
pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT untuk
membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan yang berteraskan teknologi.
Guru mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa
cuba berlatih dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan
4
aspirasi falsafah ini. Pada masa yang sama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti
negatif. Guru memperkembangkan dan memperkayakan pendidikan melalui perkembangan
kurikulum bilik darjah, seperti, menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan oleh
guru.
IMPLIKASI TERHADAP INSTITUSI PENDIDIKAN
Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan. Kemudahan-kemudahan di
sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk memperkembangkan kemahiran
mereka dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ini adalah untuk melahirkan individu yang
sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di
dalam diri pelajar supaya saling bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan.
Ini adalah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu
untuk menyumbangkan keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk
melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan mereka.
Kesimpulannya, Falsaah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan hala tuju atau garis
panduan yang menjadi tulang belakang yang jelas di dalam penggubalan sistem pendidikan
kebangsaan. Kewujudan FPK memberikan banyak implikasi kepada perkembangan sistem
pendidikan kebangsaan terutamanya di dalam aspek kurikulum, para pendidik dan institusi
pendidikan amnya.
1. Dapatkan maklumat atau bahan tentang tokoh Falsafah Islam, Timur dan Barat. Banding
beza falsfah pendidikan tokoh-tokoh tersebut menggunakan pengurusan grafik yang
sesuai.
TUGASAN
5
SINOPSIS
Unit ini membincangkan tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), elemen-elemen
dalam FPK dan implikasi FPK terhadap sistem pendidikan negara. Selain daripada itu, unit ini
juga membincangkan tentang Falsafah Pendidikan Guru (FPG) serta implikasinya terhadap
peranan guru sebagai pendidik.
HASIL PEMBELAJARAN
KERANGKA TAJUK
3.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
3.2 Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
3.3 Amalan profesionalisme guru dalam pembentukan modal insan berlandaskan FPK dan
FPG
UNIT 3
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)PENGENALAN KURIKULUM
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i. Menghuraikan elemen-elemen FPK dengan jelas.
ii. Menghuraikan Model Konseptual Pendidikan Guru dalam Falsafah Pendidikan
Guru (FPG).
iii. Membincangkan amalan profesionalisme guru dalam pembentukan modal insan
berlandaskan FPK dan FPG.
6
3.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan dasar pendidikan yang telah
dilaksanakan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dibentuk berdasarkan
ideologi dan falsafah yang termaktub dalam Laporan Pendidikan dan Akta
Pendidikan, Rukun Negara, serta ideologi dan budaya masyarakat Malaysia.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan diumumkan secara rasminya pada tahun 1988
yang berbunyi seperti yang berikut:
Penggubalannya adalah berdasarkan:
Penyata Razak 1956
Laporan Rahman Talib 1960
Akta Pelajaran 1961
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
Rukun Negara
Dasar Pendidikan Kebangsaan
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencari kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)
7
Jadual 1: Analisis elemen FPK.
Ciri-ciri FPK Analisis
Usaha berterusan Manusia perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan
seperti kemajuan dalam k-ekonomi dan ICT;
Perubahan menggalakkan pengurusan pengetahuan dengan
penekanan kepada kemahiran dan pengetahuan terkini;
Membayangkan pendidikan sepanjang hayat.
Memperkembangkan
lagi potensi individu
Individu memiliki bakat terpendam, potensi dan anugerah
daripada Tuhan yang mungkin tidak disedari;
Potensi dan kebolehan ini perlu dikembangkan dan
dimajukan sepanjang masa melalui interaksi dengan
persekitaran dan pendidikan bermutu.
Menyeluruh &
bersepadu
Potensi dan kebolehan perlu dimajukan secara bersepadu.
Seimbang dan harmonis Menghargai pengetahuan, memiliki sahsiah unggul, percaya
kewujudan Tuhan, sabar dan cekap menghadapi dugaan;
Rasional, sihat, bekerjasama, sentiasa berusaha
menyelesaikan masalah.
Intelek Pengetahuan sebenar, pemikiran kritikal dan kreatif;
Menggunakan pengetahuan untuk diri dan orang lain,
berkongsi dan menyebarluaskan pengetahuan.
Rohani Percaya kewujudan Tuhan, menganuti agama, nilai moral dan
norma masyarakat, berkelakuan baik, taat, sanggup
berkorban untuk bangsa dan negara.
Emosi Berdikari, tenang, berkelakuan baik, penyayang, espirit de
corp;
Menghargai keindahan dan seni.
Fizikal Tangkas dan sihat;
Mengembangkan bakat kemahiran teknikal/manipulatif
Kepercayaan dan
kepatuhan kepada
Tuhan
Hubungkaitkan kendiri, persekitaran dan Tuhan;
Mengakui tentang wujudnya Pencipta.
Rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan
Budaya ilmu, teladan, dahagakan ilmu, membaca untuk
kendiri dan orang lain, minda terbuka:
Menyebarluaskan maklumat
Berketerampilan Cekap kerana memiliki pengetahuan dan kelulusan;
Memahami prosedur kerja.
Berakhlak mulia Berbudi bahasa dan berdisiplin;
Mampu membezakan nilai baik dan buruk dan memiliki nilai
terpuji;
Menghargai kemanusiaan, kewarganegaraan dan aspek
rohani.
8
3.3 Amalan profesionalisme guru dalam pembentukan modal insan berlandaskan FPK
Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan kesinambungan. Menitikberatkan konsep penggabungjalinan dan penyerapan.
Penekanan diberi kepada penerapan nilai-nilai murni yang harus diterapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar.
Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Pemupukan budaya sains dan teknologi.
Peningkatan pendedahan dan penguasaan Bahasa kedua.
Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.
Aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang menggalakkan penerapan nilai-nilai murni dilaksanakan dengan sepenuhnya.
Apa yang anda faham tentang FPK? Mengapakah anda perlu mengetahui tentang FPK?
Huraikan secara ringkas penyataan berikut yang berkaitan dengan FPK:
(i) Pendidikan ialah usaha berterusan.
(ii) Insan yang seimbang dan harmonis.
3.2 Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) digubal dengan tujuan dapat dijadikan panduan
bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat FPG adalah
Bertanggungjawab Cekap, jujur, boleh dipercayai, mematuhi undang-undang:
Berusaha memajukan kendiri, keluarga,masyarakat, agama,
bangsa dan Negara.
Berkeupayaan
menikmati
kesejahteraan
Mempunyai daya ketahanan untuk menghadapi cabaran,
waras dan tenang;
Sihat tubuh badan;
Mampu menjalin perhubungan baik dengan orang lain.
Menyumbang kepada
keharmonian dan
kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara
Kerjasama, toleransi, hormat;
Menjalin keluarga bahagia;
Patriotik dan cinta akan negara;
Menghargai dan mengamalkan Rukunegara;
Mematuhi dan melindungi perlembagaan;
Memajukan ekonomi melalui pelbagai cara.
9
menghasilkan warga pendidik yang berkualiti. Berikut adalah Falsafah Pendidikan
Guru:
“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menunjukkan aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin”.
Jadual 2: Analisis elemen FPG.
Falsafah Pendidikan Guru boleh dilihat dalam Model Konseptual Pendidikan Guru.
Model ini mengutamakan akauntabiliti guru kepada 3 dimensi utama iaitu kendiri,
kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra ketiga-tiga dimensi dijelmakan dalam rajah
seperti berikut.
Ciri-ciri FPG Analisis
Sahsiah Terpuji Berbudi bahasa dan berdisiplin;
Mampu membezakan antara baik dan jahat, dan memiliki nilai
terpuji;
Menghargai aspek kemanusiaan dan rohani
Pandangan saintifik dan
progresif
Pengetahuan berhubung kait dengan perkembangan; oleh itu
guru perlu berpengetahuan dan berkemahiran;
Memiliki kemahiran profesional serta menggunakan dan
menghasilkan pembelajaran dan bahan pengajaran untuk
mempertingkat kualiti pengajaran pembelajaran
Beriltizam mendukung
aspirasi negara
Cekap, jujur, amanah, dan mematuhi undang-undang;
Berusaha untuk menyuburkan kendiri, keluarga, masyarakat,
agama, bangsa dan negara
Menghargai warisan
kebudayaan kebangsaan
Guru perlu mengamalkan nilai murni, penyayang, inovatif,
kreatif, empati dan mematuhi etika profesion perguruan
Perkembangan diri dan
pengekalan masyarakat
yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan
disiplin
Guru sebagai agen perubahan
10
Rajah 1 Model Konseptual Pendidikan Guru
Model Konseptual Pendidikan Guru merangkumi 3 dimensi utama iaitu:
a) Ketuhanan
Peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan
dan kepatuhan kepada ajaran agama.
b) Kemasyarakatan
Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan.
c) Kendiri
Penekanan peranan guru sebagai pembina daya kefahaman dan patriotisme,
pemupuk budaya ilmu serta pembentuk sahsiah dan pekerti mulia.
Di dalam 3 dimensi tersebut terdapat 3 aspek asas iaitu:
a) Pengetahuan
Merangkumi pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran; dan
pengetahuan ikhtisas keguruan.
b) Kemahiran
Merangkumi kemahiran ikhtisas yang menjurus kepada kemahiran
berkomunikasi, kemahiran berfikir, literasi komputer dan pedagogi.
11
c) Nilai
Merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni keguruan
yang menampilkan sahsiah dan penampilan guru yang penyayang, berpekerti
mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan berketrampilan.
Model Konseptual Pendidikan Guru ini juga menekankan matlamat mengembangkan
potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan
jasmani.
Implikasi FPG kepada guru
Guru yang akan dibentuk hendaklah berpekerti mulia dan bersedia untuk menerima
murid tanpa syarat.
Guru yang berpandangan progresif dan inovatif. Mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat supaya sentiasa peka dengan perkembangan baharu dalam
pendidikan.
Guru yang peka dengan aspirasi negara dan sentiasa menekankan unsur
perpaduan, prihatin, berdaya saing dan berdikari.
Guru yang menekankan warisan kebudayaan negara dalam kurikulum sekolah.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang menekankan perkembangan
potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek intelek,
rohani, emosi dan jasmani.
Guru hendaklah sentiasa menekankan unsur perpaduan dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.
Guru yang mengamalkan sistem demokrasi seperti ketika pemilihan ketua kelas atau
ahli jawatankuasa dan membuat keputusan.
Guru menggunakan kaedah inkuiri-penemuan dalam pengajaran bagi menggalakkan
murid meneroka ilmu sendiri.
Guru menitikberatkan unsur disiplin dalam pengajaran dan pembelajaran seperti
menepati masa dan mematuhi undang-undang.
Implikasi FPK dan FPG terhadap peranan Guru dalam pembentukan modal insan
Setelah memahami kedua-dua FPK dan FPG, marilah kita membincangkan secara ringkas
implikasinya terhadap peranan kita sebagai pendidik. Pertamanya, dokumen falsafah ini
menggalakkan kita kaum guru untuk memahami dengan lebih mendalam sistem pendidikan
dan memandu kita dalam pelaksanaan fungsi pendidikan. Kedua, guru ialah agen
perubahan untuk mendidik dan menghasilkan generasi akan datang yang akan
bertanggungjawab merealisasikan tujuan dan aspirasi FPK dan Wawasan 2020. Jadi
bagaimana kita dapat melaksanakan peranan ini? Sebagai contoh, guru perlu meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran, terutamanya dalam ICT agar dapat bergerak seiring dengan
perubahan dalam pengajaran dalam kelas.
12
Ketiga, guru bertanggungjawab dan berkewajipan dalam melaksanakan tugas mereka.
Mereka perlu senantiasa cuba memiliki dan mengamalkan perkara yang telah dipelajari
mereka agar dapat mencapai tujuan dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang sama, guru
harus bertindak sebagai pengawal aktiviti-aktiviti negatif. Akhirnya, sebagai seorang yang
progresif dan saintifik, guru harus memajukan dan memperkaya pendidikan melalui
perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti merancang aktiviti yang kreatif dan lembaran
kerja yang merangsangkan.
Imbas kembali tiga implikasi FPK dan FPG yang menggambarkan anda sebagai seorang
guru.
TUGASAN
13
SINOPSIS
Unit ini membincangkan tentang sistem pendidikan di Malaysia pada zaman sebelum
kemerdekaan sehingga masa kini. Dasar pendidikan yang ada pada masa kini merupakan
lanjutan daripada cadangan dan laporan yang termaktub dalam penyata-penyata yang telah
dikemukakan selepas negara mencapai kemerdekaan. Laporan-laporan yang dihasilkan
akan turut dibincangkan supaya sistem pendidikan pada masa ini dapat difahami dengan
lebih mendalam.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i. Menghuraikan sejarah perkembangan pendidikan di malaysia sebelum merdeka,
selepas merdeka dan masa kini.
ii. Membanding beza sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka daripada
pelbagai aspek.
iii. Menjelaskan pendidikan masa kini.
KERANGKA TAJUK
3.1 Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia sebelum merdeka
3.2 Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia selepas merdeka
3.3 Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia masa kini (PPPM)
3.4 Implikasi perkembangan sistem terhadap pendidikan di Malaysia
3.5 Tugasan
UNIT 4
PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
14
Pendidikan Masa Kini
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025)
PPPM merupakan pembaharuan yang bakal dilakukan kepada sistem pendidikan negara
yang akan bermula pada tahun 2013 sehingga tahun 2015. Pelan ini dibangunkan dengan
tiga objektif khusus, iaitu:
Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan
memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard
(kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam
kalangan murid serta mengoptimumkan kecekapan sistem
Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan
secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun
Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi
perubahan penting dalam kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan
harapan tinggi masyarakat serta mencetus dan menyokong transformasi
perkhidmatan awam.
PPPM telah menggariskan lima aspirasi sistem pendidikan seperti yang berikut:
15
PPPM menggunakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membangunkan pendidikan
seimbang sebagai asas pencapaian aspirasi murid melalui enam ciri utama yang diperlukan
oleh setiap murid agar mereka berupaya untuk bersaing pada peringkat global. Enam ciri
utama seperti berikut:
16
Sebelas anjakan yang menjadi tunjang PPPM ialah:
pp
17
Implikasi Transformasi PPPM
Murid akan mendapat manfaat yang signifikan dalam pendidikan tanpa mengira latar
belakang, belajar dalam persekitaran yang kondusif dan akan berasa terangkum serta
terdidik dengan pengalaman pembelajaran di sekolah. Murid akan belajar dalam
persekitaran yang mempunyai kepercayaan asas mereka boleh belajar dan berjaya serta
mempunyai lebih hak bersuara dalam membentuk pengalaman belajar.
Guru akan meningkatkan keupayaan bertaraf dunia yang diperlukan bagi membantu
mencapai keberhasilan murid yang dihasratkan dan memperoleh lebih keseronokan serta
kepuasan dalam menjalankan tugas. Dengan pakej kerjaya guru yang baharu, mereka akan
menikmati perkembangan profesional yang lebih memuaskan, laluan kerjaya yang lebih baik
dan proses penilaian yang telus serta berkait terus dengan keupayaan dan prestasi yang
relevan menerusi pemberian ganjaran.
Pemimpin sekolah akan menjadi pemimpin instruksional yang bertindak sebagai ejen
perubahan. Mereka akan menikmati sokongan yang lebih padu dan perkhidmatan yang
lebih baik daripada pegawai pendidikan persekutuan, negeri dan daerah.
Pegawai kementerian akan bertindak sebagai pemimpin perubahan dengan kemahiran dan
atribut yang diperlukan untuk menyokong sekolah.
Ibu bapa sebagai kumpulan penting akan menyaksikan penambahbaikan ketara dan lestari
dalam pengalaman pendidikan anak-anak mereka.
1. Sediakan jadual tentang laporan-laporan pendidikan selepas merdeka. Jelaskan
bagaimana laporan-laporan ini boleh mempengaruhi sistem pendidikan di Malaysia
pada masa kini.
TUGASAN
18
SINOPSIS Unit ini membincangkan tentang konsep dan jenis-jenis kurikulum. Perbincangan tentang
faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum juga akan dibuat dalam unit ini.
Selain daripada itu, unit ini akan membincangkan tentang model-model pembentukan
kurikulum iaitu model proses dan model objektif.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i. Membincangkan konsep dan jenis-jenis kurikulum.
ii. Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum.
iii. Membezakan antara model proses dan model objektif dalam pembentukan
kurikulum.
KERANGKA TAJUK
5.1 Konsep dan jenis kurikulum.
5.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum.
5.3 Model pembinaan kurikulum (Model Objektif dan Model Proses).
UNIT 5
PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM
19
Konsep Kurikulum
Perkataan kurikulum berasal daripada perkataan Latin yang merujuk kepada ‘bidang yang
harus dilalui dalam sesuatu perlumbaan’. Oleh itu, kurikulum dikaitkan dengan “bidang”.
Sehingga awal abad ke 20, kurikulum dirujuk sebagai ‘kandungan dan mata pelajaran yang
berkembang yang berkaitan dengan ‘apa’ dalam dunia persekolahan.
Franklin Bobbit (1918) dalam ‘The Curriculum’ menghuraikan istilah ‘kurikulum’ sebagai :
(1) Keseluruhan pengalaman, terarah dan tidak terarah, yang berkaitan dengan hal
mencungkil kebolehan individu; atau
(2) Satu siri latihan pengalaman yang terarah secara sedar yang digunakan oleh
sekolah untuk melengkapkan dan menyempurnakannya. Justeru, kurikulum
menekankan kepentingan memupuk perkembangan individu melalui segala
pengalaman termasuk pengalaman sekolah yang terancang.
John Dewey (1902) mendefinisikan kurikulum sebagai “the course of study met in schools in
which present material stretching back indefinitely in time and extending outward indefinitely
in space”. Beliau seterusnya menghuraikan konsep ini sebagai “skema kurikulum yang
harus mengambil kira pengubahsuaian bidang selaras dengan keperluan kehidupan
komuniti; kurikulum perlu membuat pilihan untuk membaiki kehidupan agar masa depan
menjadi lebih cerah berbanding sekarang”.
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, walau bagaimanapun, mendefinisikan kurikulum
dalam konteks Malaysia sebagai “segala rancangan pendidikan sama ada diuruskan oleh
sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan dalam dua aspek,
iaitu sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran bersama aktiviti pembelajaran
pengajaran, dan kokurikulum seperti sukan, persatuan dan badan beruniform.
Konsep kurikulum boleh dijelaskan dengan menjawab soalan-soalan berikut:
1. Apa yang seharusnya diajarkan?
2. Kepada siapa seharusnya diajarkan?
3. Mengapa sesuatu harus diajarkan?
4. Bagaimana sesuatu harus diajarkan?
5. Bila sesuatu harus diajarkan?
6. Bagaimana kita akan tahu pembelajaran telah berlaku?
7. Sumber apa yang akan digunakan (buku teks, bahan, video, cakera padat)
8. Dalam keadaan apa kurikulum akan dilaksanakan? (kerja individu atau kumpulan)
9. Apakah aspek persekitaran bilik darjah (susunan meja kerusi, ekologi bilik darjah)
akan digunakan dalam kurikulum?
20
Jenis-jenis kurikulum
Kurikulum Tersirat
Berada di luar konteks rasmi pengajaran, diajarkan secara tersirat,
Mengandungi peraturan tak bertulis, norma dan nilai budaya sekolah seperti
budi bahasa, kebersihan, dan amanah; dan
Dibentuk oleh faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang
pengalaman guru dan pelajar.
Kurikulum Yang Disarankan
Kurikulum yang disarankan oleh para ilmuan, pertubuhan profesional,
jawatankuasa pembaharuan dan para penggubal polisi.
Kurikulum Bertulis/Terancang
Kurikulum yang terkandung dalam panduan kurikulum peringkat negeri dan
daerah, seperti KBSR.
Kurikulum Sokongan
Kurikulum yang dicerminkan dan dibentuk oleh sumber yang disediakan bagi
menyokong atau menyampaikannya.
Kurikulum Yang Diajar
Kurikulum yang dapat diperhatikan oleh pemerhati ketika guru
menyampaikannya.
Kurikulum Teruji
Suatu set pembelajaran yang dinilai menerusi ujian yang digubal oleh guru
atau ujian peringkat daerah atau ujian-ujian piawai.
Kurikulum Pengalaman/Dipelajari
Semua perubahan nilai, persepsi dan tingkah laku hasil daripada pengalaman
sekolah.
Kurikulum Masa Depan
Memuatkan pendekatan berpusatkan pelajar yang membolehkan pelajar
memahami kekuatan dan kelemahan mereka sebagai pelajar dan
membolehkan pelajar diberi kuasa (empower) menjadi pelajar sepanjang
hayat;
21
Pengalaman pembelajaran yang dirangka untuk membantu pelajar
mengintegrasikan semua pembelajaran baru serta memurnikannya ke arah
pemahaman baru dengan membanding dan membeza, membuat induksi dan
deduksi, serta membuat analisis;
Pengalaman pembelajaran menyediakan peluang kepada pelajar untuk
menggunakan ilmu pengetahuan yang bermakna bagi membuat keputusan,
berfikiran kreatif, kritis dan futuristik untuk penyelesaian masalah seperti yang
terdapat dalam Kajian Masa Depan; dan
Tiga pendekatan yang dapat digunakan bagi tujuan tersebut ialah:
(1) Kandungan pelajaran disampaikan melalui pelbagai strategi.
(2) Kurikulum akan dibina dalam bentuk modul dan diakses melalui rangkaian
elektronik.
(3) Bahan, pengalaman dan sokongan pembelajaran diperoleh dari pelbagai
sumber dan diintegrasikan ke dalam struktur teras kurikulum.
Kurikulum Rasmi Kurikulum rasmi menjadi panduan asas untuk penulisan buku teks, persediaan ringkasan mengajar, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta panduan dalam setiap peringkat persekolahan kebangsaan. Di Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum bertanggungjawab menggubal dan membentuk kurikulum rasmi bagi sekolah rendah dan sekolah menengah seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Kurikulum Formal Kurikulum formal adalah mengandungi segala isi pengajaran dan pembelajaran serta penilaian di dalam bilik darjah termasuk aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, permainan dan unit beruniform. Kurikulum formal merupakan rancangan aktiviti pembelajaran supaya matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Kurikulum formal mengandungi hal sebenar yang berlaku di bilik darjah dan apa yang telah disediakan dan dinilai.
Kurikulum Tak Formal Kurikulum tersembunyi meliputi segala pengalaman yang dipelajari secara tidak formal. Kurikulum tak formal merangkumi pembelajaran yang diperolehi daripada penerapan nilai-nilai murni melalui pelbagai mata pelajaran, peraturan sekolah, aktiviti bahasa dan budaya sekolah.
22
Faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum
Rajah 2 : Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perubahan kurikulum
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PEMBENTUKAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM
KERAJAAN:
Menentukan polisi untuk
melaksanakan kurikulum
MATLAMAT & KEUTAMAAN PROGRAM:
Nilai-nilai yang terdapat dalam tujuan, matlamat &
objektif yang berkaitan dengan program
pendidikan
KANDUNGAN KURIKULUM:
Pemilihan kandungan KEPERLUAN INDIVIDU:
minat, kemahiran asas (3M)
membolehkan para pelajar menguasai kemahiran sosial, mampu memahami diri sendiri, mengembangkan minat dan potensi; perkembangan karektor
KEPERLUAN NEGARA &
MASYARAKAT:
Memperoleh kemahiran asas, konsep & teknik untuk kehidupan daripada sudut pandangan politik, sosial & ekonomi
Memenuhi aspirasi masyarakat, cita-cita & ideologi negara
KEPERLUAN UNIVERSAL:
Menyebarkan ilmu pengetahuan & melatih pelajar supaya dapat disebatikan dengan kefahaman dan bekerjasama
Memperbaiki cara hidup rakyat
Penekanan terhadap nilai, sentimen, ilmu pengetahuan & kemahiran bagi memastikan kestabilan masyarakat, motivasi individu & kawalan tingkah laku
23
Model Objektif (Tyler & Taba)
Model Kurikulum Tyler (1949)
Menurut Tyler, kurikulum ialah pembelajaran yang diarah, dirancang, dikelola
dan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan
yang ditentukan. Kurikulum merangkumi objektif pendidikan, segala
pengalaman yang dirancang dan penilaian pelajar.
Jadual 3: Pembentukan Model Kurikulum Tyler
Model Kurikulum Taba (1962)
Kurikulum seharusnya digubal oleh guru; bukannya oleh pihak berkuasa
atasan. Guru perlu menggubal kurikulum bermula dengan membentuk unit -
unit pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar di sekolah terdahulu sebelum
membentuk kurikulum am. Model ini menggunakan pendekatan induktif dalam
pembentukan kurikulum. Model ini juga mengutamakan penyusunan bahan-
bahan pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
MODEL TYLER
Berdasarkan empat persoalan dasar: (1) Apakah tujuan pendidikan yang sekolah berusaha untuk mencapai? (2) Apakah pengalaman pendidikan yang boleh diberi supaya tujuan tersebut
dapat dicapai? (3) Bagaimanakah pengalaman pendidikan dapat diorganisasikan secara
efektif? (4) Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuan-tujuan tersebut
dicapai?
Penekanan terhadap pembentukan objektif tingkah laku sebagai tujuan asal
proses pendidikan;
Membawa perubahan yang signifikan terhadap pola tingkah laku pelajar menjadi
penting untuk mengenal bahawa sebarang pernyataan objektif sekolah haruslah
pernyataan perubahan yang berlaku dalam kalangan pelajar
Kekuatan model ini dalam hal mendekati teori dan amali kurikulum : adalah amat sistematik dan mempunyai kekuatan untuk mengurus dengan pembentukan objektif tingkah laku – menyediakan idea jelas terhadap hasilan agar kandungan dan tatacara dapat disusun serta dinilai hasilannya.
24
Jadual 4 : Pembentukan Kurikulum Model Taba
Model Proses
Model Kurikulum Stenhouse (1975)
Model ini menekankan pembentukan prinsip prosedur untuk pemilihan kandungan
kurikulum dan justifikasinya. Menurut model ini, kurikulum ialah satu perantaraan
untuk pelajar mendapatkan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh.
Pendidikan adalah sebagai pengalaman yang berkembang dan hasilnya dilihat dari
aspek perkembangan kognitif. Model ini menekankan kebijaksanaan dan intervensi
guru untuk kemajuan pelajar.
Jadual 5: Model Kurikulum Stenhouse
MODEL STENHOUSE
Kurikulum sebagai proses;
Kurikulum bukan bersifat fizikal tetapi merupakan interaksi di antara guru,
pelajar dan ilmu pengetahuan;
Kurikulum merupakan apa yang sebenarnya berlaku di bilik darjah serta
persediaan-persediaan yang dilakukan, dan menilai;
Proses yang aktif dan dikaitkan dengan penaakulan praktikal yang
diperkenalkan oleh Aristotle;
Suatu percubaan untuk menerangkan prinsip-prinsip dan ciri-ciri usul
Pendidikan di dalam bentuk yang telus dan berupaya menterjemahkannya ke
dalam bentuk amalan.
Berupaya untuk menyediakan asas bagi merancang sesuatu kursus, meneliti
secara empiris serta dapat dijadikan asas menjustifikasikannya. Proses
MODEL TABA
Kurikulum sebagai pelan tindakan;
Pendekatan “Bawah-Atas’ (Bottom-up) terhadap kurikulum di mana guru
memainkan peranan utama;
Terdapat susunan yang tertib semasa membentuk kurikulum dan berpendapat
bahawa guru perlu terlibat sama membantu dalam proses pembentukan tersebut;
dan
Tujuh langkah pembentukan kurikulum :
(1) Mendiagnos keperluan
(2) Pembentukan objektif
(3) Pemilihan kandungan
(4) Menyusun kandungan
(5) Pemilihan terhadap pengalaman pembelajaran
(6) Mengurus aktiviti-aktiviti pembelajaran
(7) Penilaian
25
MODEL STENHOUSE
Perancangan:
- prinsip pemilihan kandungan: apa yang perlu diajar dan dipelajari
- prinsip pembentukan strategi pengajaran: bagaimana ia patut diajar dan
dipelajari
- prinsip menentukan susunan pengajaran
- panduan secara praktis untuk melaksanakan kurikulum dalam konteks
sekolah yang berlainan, dalam konteks para pelajar, situasi rakan sebaya
dan persekitaran
- maklumat mengenai kepelbagaian kesan hasil daripada pelbagai konteks
situasi dan pelajar serta memahami faktor-faktor kepelbagaian tersebut.
Justifikasi : pembentukan matlamat kurikulum yang boleh dikawal selia;
Melihat kurikulum sebagai suatu bentuk spesifikasi tentang amalan pengajaran
(suatu cara menterjemahkan idea pendidikan kepada hipotesis yang boleh
diuji: menggalakkan pengujian secara kritis dan bukan menerima secara
membuta tuli ; ia bukan sebagai kurikulum pukal yang direkabentuk dengan
tujuan untuk disampaikan di mana-mana sahaja);
Hasilan bukan lagi merupakan ciri asas yang penting. Apa yang penting
menurut model teori dan amalan kurikulum ini ialah kandungan dan cara akan
berkembang maju apabila guru dan pelajar berinteraksi dan bukannya
menentukan objektif tingkah laku yang ketat.
Mengikut model ini, pelajar bukannya objek pasif untuk diajar. Mereka perlu
sama-sama menentukan bagaimana sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran perlu dilaksanakan. Fokus utamanya ialah terhadap proses
interaksi.
TUGASAN
1. Jelaskan model kurikulum manakah yang mempengaruhi pembentukan KBSR dan
KSSR?
ppmmvghdfgsesssrsxgcgcggccgg
26
SINOPSIS
Golongan guru hendaklah memastikan martabat dan profesionalisme keguruan sentiasa
dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati. Oleh yang
demikian guru harus memahami dan akur kepada konsep serta peraturan yang berkaitan
seperti Konsep Etika, Etika Kerja Kementerian Pendidikan, Tonggak dua belas, akauntabiliti
guru serta Standard Guru Malaysia (SGM) untuk menjadi garis panduan kepada guru dan
kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan
demi menjayakan matlamat pendidikan negara.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i. Mengetahui dan memahami Konsep Etika dan Etika Kerja Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk menjadi pegangan ketika menjalankan tugas rasmi sebagai seorang
guru yang profesional.
ii. Mengetahui dan memahami Tonggak dua belas, Akauntabiliti Guru dan Standard
Guru Malaysia sebagai nilai tambah kepada profesion keguruan.
iii. Mengetahui dan memahami kepentingannya ketika menjalankan tugas yang selari
dengan visi dan misi pendidikan negara.
iv. Mengetahui dan memahami Tonggak dua belas, Akauntabiliti Guru dan Standard
Guru Malaysia sebagai nilai tambah kepada profesion keguruan.
v. Mengetahui dan memahami kepentingannya ketika menjalankan tugas yang selari
dengan visi dan misi pendidikan negara.
KERANGKA TAJUK
6.1 Konsep etika
6.2 Kod Etika Keguruan Malaysia
6.3 Tonggak 12
6.4 Akauntabiliti guru
UNIT 6
ETIKA DALAM PROFESION KEGURUAN
27
6.5 Standard Guru Malaysia (SGM)
6.6 Tugasan
6.1 Konsep Etika
Etika adalah aspek yang berkaitan dengan tingkah laku seseorang yang diterima dan
dipersetujui oleh sekumpulan masyarakat.
Konsep Etika:
sistem tingkah laku kumpulan manusia / organisasi.
nilai moral yang baik / buruk
masyarakat menganalisis, menilai, mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
guru perlu menjaga kod etika demi status, akhlak dan maruah.
Prinsip Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia
Sebagai seorang guru dan penjawat awam, Etika kerja Kementerian Pelajaran
Malaysia seharusnya difahami, dihayati dan dilaksanakan di dalam semua perlakuan
dan tindakan ketika menjalankan tugas berasaskan kepada prinsip-prinsip yang
berikut:
i. Niat yang betul
ii. Perlakuan yang baik
iii. Penggerak ke arah kebaikan
iv. Memperkotakan apa yang dikata
v. Berdisiplin dan beradab.
Di samping itu, tujuh nilai utama turut menjadi fokus Etika Kerja Kementerian
Pendidikan Malaysia. Nilai-nilai tersebut adalah seperti berikut:
Amanah
Amanah adalah sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa
menyalahguna kuasa dan kedudukan. Contohnya tidak menggunakan waktu bekerja
rasmi untuk melakukan urusan peribadi.
Benar
Bercakap benar dan menepati janji. Sebagai penjawat awam kita perlu bercakap
benar dan tidak berbohong dalam urusan seharian untuk menjaga integriti
perkhidmatan.
Bijaksana
28
Penjawat awam harus menggunakan pemikiran bijaksana dalam membuat
keputusan dan tidakan yang bersesuaian. Kita juga harus mempunyai pemikiran
yang rasional dan pertimbangan yang saksama.
Bersyukur
Setiap individu tidak kira pelajar, guru, pemimpin pendidikan mahupun penjawat
awam harus mempunyai perasaan dan perlakuan menghargai pemberian yang
diterima serta bersyukur.
Dedikasi
Amalan ini merujuk kepada sikap individu yang rela mengorbankan masa dan tenaga
secara berterusan dan menghasilkan kerja yang berkualiti. Misalnya, bekerja
dengan tekun dan rajin serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas dan
memastikan hasil kerja sentiasa berkualiti.
Ikhlas
Warga Kementerian Pendidikan Malaysia harus sentiasa menekankan nilai ikhlas
sebagai amalan dan ketika menunaikan tanggungjawab bagi menghasilkan mutu
kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran.
Penyayang
Sifat penyayang dan hubungan kekeluargaan harus dimiliki di kalangan penjawat
awam untuk mewujudkan permuafakatan serta jalinan keakraban yang lebih kukuh
sesama kita. Ini penting untuk mewujudkan semangat kekitaan yang lebih jitu.
6.2 Kod Etika Keguruan
Kod Etika profesion keguruan adalah sama seperti yang diamalkan oleh profesion
yang lain seperti peguam, jurutera, perubatan dan sebagainya. Bagi seseorang
guru, mereka perlu mematuhi kod etika ini bagi menjaga imej, status, akhlak dan
keperibadian mereka ketika menjalankan tugas. Di negara kita, ‘Tatasusila Profesion
Keguruan’ adalah merupakan garis panduan yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjaga imej profesion guru.
Tanggungjawab terhadap pelajar
mengutamakan kebajikan dan dan keselamatan pelajar
bersikap adil terhadap pelajar
merahsiakan maklumat peribadi murid.
membimbing /mengajar pelajar tanpa sebarang bayaran
menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku
memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas
29
Tanggungjawab terhadap ibu bapa
Menghormati tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
Mewujudkan hubungan yang mesra dan kerjasama.
Mengganggap semua maklumat yang diberi ibu bapa sulit.
Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka.
Mengelakkan daripada menggunakan/dipengaruhi oleh kedudukan
sosial/ekonomi ibu bapa.
Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
Tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan pelajar, masyarakat atau
negara
Memupuk sikap dan nilai supaya menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang lebih tua dan menghormati
perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
Menghormati masyarakat tempat berkhidmat.
Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa,
institusi pendidikan dengan masyarakat.
Berpegang pada tingkah laku yang sopan dan diterima masyarakat.
Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
Mengelakkan diri daripada membuat kenyataan yang boleh mencemarkan nama
baik rakan sejawat di hadapan pelajar atau ibu bapa.
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
sebagai guru.
Berusaha menunaikan tanggungjawab.
Sentiasa membantu rakan yang baru dalam profesion perguruan.
Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.
Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
6.3 Tonggak 12
Tonggak 12 ialah dasar, panduan dan pokok kepercayaan yang menjadi asas
sesuatu tindakan yang perlu diamalkan oleh semua peringkat kakitangan
perkhidmatan awam di semua peringkat. Tonggak 12 mengemukakan panduan-
panduan, contoh-contoh nilai dan etika serta amalan-amalan baik yang perlu
30
diamalkan dan amalan-amalan negatif yang perlu dihentikan. Tumpuan utama setiap
tonggak adalah individu. Ini didasarkan kepada kepercayaan bahawa nilai-nilai yang
penting akau membentuk peribadi yang tertentu dan peribadi ini pula akan
mempengaruhi pembentukan sesebuah organisasi. Elemen-elemen dalam Tonggak
12 adalah:
1. Menghargai Masa
2. Ketekunan Membawa Kejayaan
3. Keseronokan Bekerja
4. Kemuliaan Kesederhanaan
5. Ketinggian Peribadi
6. Kekuatan Sifat Baik Hati
7. Pengaruh Teladan
8. Kewajipan Menjalankan Tugas
9. Kebijaksanaan Berhemat
10. Keutamaan Kesabaran
11. Peningkatan Bakat
12. Nikmat Mencipta
1. Menghargai Masa
Masa tidak ternilai harganya dan datangnya sekali sahaja seumur hidup. Maksudnya,
apabila hilang, tidak akan ada gantinya lagi. Dengan demikian, masa yang berIalu
secara yang tidak berfaedah merupakan modal yang telah lesap.
Di tempat kerja ada beberapa amalan positif untuk tidak membazirkan masa.
Misalnya, apabila membuat sesuatu kerja, "Do it right the first time", supaya tidak
perlu diulang sekali lagi. Perbincangan kerja yang teliti juga akan menjamin kerja
berjalan lancar dan masa dijimatkan. Oleh yang demikian, antara nilai yang
diutamakan dalam menghargai masa ialah:
Segerakan tindakan
Tepati masa
Rancang masa dan tugas
Menyelesaikan tugas pada masa yang tetapkan
Amalan-amalan negatif pula akan mengakibatkan pembaziran masa. Misalnya
mencuri tulang semasa bertugas atau berbual‑bual kosong.
2. Ketekunan Membawa Kejayaan Kakitangan yang tekun bersifat dedikasi dan berdisiplin. Orang yang berdisiplin,
bekerja apabila diperlukan bekerja, manakala mereka yang tidak berdisiplin pula
tidak bekerja atau curi tulang semasa mereka sepatutnya bekerja. Ketabahan
diperlukan apabila berhadapan dengan masalah, besar atau kecil. Setiap halangan
adalah cabaran dan bukannya pematah semangat.
31
Dalam usaha melaksanakan inovasi, ketekunan juga diperlukan. Sikap
hangal‑hangat tahi ayam " tidak boleh dijadikan model, sebaliknya contohi semangat
"kaizen" (lakukan sesuatu secara berterusan dan berkesinambungan), seperti yang
diamalkan dalam budaya kerja Jepun. Secara ringkasnya, nilai-nilai yang perlu
dipupuk untuk memastikan kejayaan antaranya ialah:
(i) Bersemangat gigih dan tekun (ii) Berdisiplin (iii) Dedikasi (iv) Cekal (v) Berpandangan jauh (vi) Inovatif dan kreatif
3. Keseronokan Bekerja
Kerja jika dianggap sebagai ibadat, tidak akan menjadi perkara yang membeban dan
membosankan. Peneriman hakikat ini akan mendatangkan kepuasan kerja, dan
semangat untuk terus-menerus menjalankan tugas. Manusia yang seronok bekerja
bersifat proaktif (Covey, 1990: 66-44).
Bagi seorang ketua pula, minat dan pengharapan yang ditunjukkan kepada
usaha‑usaha pekerjanya akan menjadi punca motivasi. Antara nilai‑nilai yang perlu
dititik beratkan dalam mewujudkan keseronokan bekerja ialah:
(i) Kerja adalah ibadah (ii) Menghasilkan sesuatu yang berfaedah (iii) Komitmen terhadap kerja (iv) Sedia bekerjasama 4. Kemuliaan Kesederhanaan
Satu sifat terpuji ialah bersederhana dalam semua perkara; tidak keterlaluan, memilih
jalan pertengahan antara dua extremes. Orang Islam telah diperingatkan bahawa
sebaik‑baik pekerjaan itu yang sederhana. Kesederhanaan akan menjamin tidak
berlakunya pemborosan. Antara sifat yang patut diamalkan ialah:
(i) Sederhana dalam semua aspek kehidupan (ii) Tidak membazir (iii) Adil dalam tindakan (iv) Bersikap terbuka (v) Berjimat cermat Mereka yang bersikap keterlaluan dalam urusan, antara lainnya, suka menunjuk-nunjuk. Kerapkali pula mereka ini terdiri daripada golongan munafik yang suka berpura‑pura. 5. Ketinggian Peribadi
32
Ketinggian peribadi mencerminkan harga diri seseorang. Antara petunjuk adalah
tutur kata yang sopan dan tingkah laku yang menyenangkan mata memandang.
Keikhlasannya juga nyata, bukan dibuat‑buat. Sekalipun dia menduduki tempat
sebagai ketua dalam sesuatu organisasi, dia tidak angkuh, boleh menegur dan
ditegur. Maruah orang bawahannya sentiasa dipelihara. Oleh itu antara sifat
ketinggian peribadi seseorang ialah:
(i) Bersopan santun (ii) Amanah (iii) Saling hormat‑menghormati (iv) Sedia membantu 6. Kekuatan Sifat Baik Hati Tersangat banyak sifat terpuji pada diri oang yang menghayati nilai ini. Sebagai
ketua dia kaya dengan sifat perikemanusiaan, simpati suka menolong orang
bawahannya, sedia memberi tunjuk-ajar dan adil dalam keputusannya. Salahuddin
AI‑Ayubi dikatakan dihormati oleh pengikut-pengikutnya dan dikagumi oleh
musuh‑musuhnya. Pernah dia menangguh serangan ke atas sebuah kubu orang
Kristian, kerana seorang knight sedang melangsungkan upacara perkahwinannya
pada ketika itu. Antara sifat baik hati yang perlu dipraktikkan ialah:
(i) Adil (ii) Sedia menerima teguran (iii) Bertimbang rasa (iv) Prihatin terhadap kebajikan 7. Pengaruh Teladan
Kerajaan kita pada hari ini berpandu kepada prinsip kepimpinan melalui teladan.
Lebih mudah mengajar melalui teladan yang baik daripada semata‑mata memberi
arahan. Oleh iti sifat‑sifat yang perlu diamalkan ialah:
(i) Berkelakuan baik (ii) Amanah (iii) Telus dalam prosedur (iv) Bermoral tinggi 8. Kewajipan Menjalankan Tugas Apabila seseorang telah menerima sesuatu tugas, maka wajiblah baginya
menyempurnakan tugas tersebut. Dalam menjalankan tugas pula sikap yang tepat
ialah beriltizam menyempurnakannya dengan penuh tanggungjawab,bukan sekadar
memenuhi syarat saja.
Dalam Islam, mengelak daripada menjalankan tugas bermakna lari daripada
tanggungjawab. Ada orang yang "mencuri" di waktu pejabat, berniaga secara
33
sambilan, seperti menjadi pengedar barangan solek dan pinggan‑mangkuk. Dalam
hal menjalankan tugas ini, kecekapan dan ke profesionalisme adalah menjadi kayu
ukur yang dikehendaki. Oleh yang demikian antara sifal yang perlu diamalkan ialah:
(i) Bertanggungjawab (ii) Tekun dan sabar (iii) Mengutamakan kerja (iv) Peningkatan kualiti 9. Kebijaksanaan Berhemat Di tempat kerja, amalan berhemat dapat dipraktikkan dalam pelbagai situasi Misalnya dalam penggunaan alat tulis, dan elektrik. Kertas yang telah dipakai pada sebelah halaman boleh digunakan sebagai scratch paper; lampu bilik air ditutup selepas digunakan; kipas dan hawa dingin elok ditutup semasa waktu rehat. Oleh yang demikian antara sifat yang perlu dipupuk bagi menjayakan usaha berhemat ialah: (i) Tidak membazirkan harta kerajaan (ii) Bertanggungjawab terhadap harta kerajaan (iii) Menggunakan harta kerajaan mengikut keperluan 10. Keutamaan Kesabaran Kesabaran mempunyai kaitan dengan ketekunan. Orang yang sabar dapat menerima kegagalan sebagai cabaran untuk terus berjuang. Pemimpin yang sabar akan mewujudkan pentadbiran yang inovatif, kreatif dan dinamik. Dia tidak takut mencuba
dan tidak jemu mencari alternatif‑altematif. Dalam hubungan interpersonal pula, kesabaran adalah satu aset, terutama dalam menghadapi kerenah orang lain, Oleh itu kesabaran dalam mengusahakan sesuatu pekerjaan amat penting dengan mengambil kira pemupukankan sifatsifat berikut: (i) Sedia menghadapi tekanan masa dan ruang (ii) Tidak mudah putus asa (iii) Sedia menyabut cabaran 11. Peningkatan Bakat Bakat sebenarnya adalah manifestasi kecerdikan, mengikut teori muhiple inleffigences. Orang yang berbakat dalam sesuatu lapangan akan dapat menghasilkan kerja yang bermutu. Bakat jika tidak dipupuk dan dipertingkatkan
menjadi sia‑sia. Sebaliknya, jika dipertingkatkan, individu itu sendiri dan organisasinya juga akan turut menerima. faedahnya. Di bawah konsep Persyarikatan Malaysia, negara juga akan turut mendapat keuntungan daripada peningkatan bakat individu‑individu; kejayaan sektor swasta akan mempengaruhi juga sektor awam. Ketua jabatan wajar mengenal pasti orang bawahannya yang berbakat serta
menggalakkan bakat tersebut dipertingkatkan. Idea‑idea baru janganlah disekat, lantaran hasad dengki, tetapi hendaklah digalakkan untuk dikembangkan. 12. Nikmat Mencipta
34
Antara sifat-sifat utama yang diperlukan untuk mencipta ialah kreativiti. Idea‑idea lateral seperti dipelopori dan dikembangkan oleh Edward de Bono (Edward de Bono, 1990 dan 1996) dapat membantu mencipta sesuatu. Mencipta atau menghasilkan sesuatu yang baru dan bermanfaat adah sesutu keputusan dan puncak kepada sesuatu usaha. Orang yang mengetahui tentang nikmat mencipta, sentiasa mencari idea dan kaedah baru, bersifat dinamik, kreatif dan berani mencuba serta berasa puas dengan idea yang dimanfaatkan. Tidak takut kepada pembaharuan dan tidak takut gagal apabila mencuba sesuatu idea. Seterusnya tidak berpuas hati dengan keadaan yang ada dan mahukan sesuatu yang lebih baik.
6.4 Akauntabiliti guru
Konsep
Tanggungjawab kepada seseorang/sesuatu
Tanggungjawab kepada profesion perguruan
Leslie Kaplan & William Owings (2001) mendefinisikan akauntabiliti guru
sebagai;
● kualiti guru ● kualiti pengajaran Akauntabiliti terhadap diri / perlakuan
Berilmu pengetahuan dan berkemahiran menyampaikan maklumat.
Memiliki emahiran interpersonal.
Membentuk soalan penilaian.
Mahir dalam pengurusan bilik darjah
Memotivasikan pelajar
Kemahiran dalam pengurusan disiplin
Akauntabiliti terhadap murid-murid dan ibu bapa
Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid.
Bersikap adil dengan setiap murid.
Membimbing murid-murid tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Memberi contoh yang terbaik kepada murid-murid.
Akauntabiliti terhadap profesion
Melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
Menjadi teladan yang baik kepada murid-murid.
Membantu rakan sejawat.
Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang mencemarkan profesion perguruan.
Akauntabiliti terhadap bangsa dan negara
35
Menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat FPK dan Rukun Negara.
Memupuk nilai murni yang sesuai dengan masyarakat berbilang kaum.
Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Mengeratkan persefahaman dengan ikhlas dalam kalangan ibu bapa.
Memberi sumbangan sukarela kepada negara.
6.5 Standard Guru Malaysia(SGM)
Penggubalan Standard Guru Malaysia(SGM) adalah berlandaskan kepada matlamat
pembangunan modal insan yang berupaya untuk memberi sumbangan ke arah
mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Oleh kerana, pembangunan
modal insan berkualiti adalah bergantung kepada pendidikan berkualiti, maka
Standard Guru Malaysia menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai
oleh guru di negara kita. Ringkasnya, Standard Guru Malaysia boleh ditakrifkan
sebagai satu pernyataan yang patut dicapai oleh guru di Malaysia (standard) dan
pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi
latihan perguruan (keperluan).
Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:
Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan,
pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran
yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional
dengan berkesan.
Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas
dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber
pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan
proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi.
KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi
institusi latihan perguruan diwujudkan.
Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras
dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria
dan standard am pendidikan tinggi.
Tujuan Penggubalan SGM
Penggubalan Standard Guru Malaysia merangkumi dua tujuan yang utama:
i. Mengenalpasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman; dan kemahiran
pengajaran dan pembelajaran.
36
ii. Mengenalpasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh
agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru
yang ditetapkan akan tercapai.
Penggunaan Standard Guru Malaysia
Penggunaan Standard Guru Malaysia melibatkan guru dan pihak-pihak
berkepentingan seperti berikut:
Guru
Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.
Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.
Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan
Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.
Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.
Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru
praperkhidmatan) atau peserta kursus (guru dalam perkhidmatan).
Mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus
meningkatkan tahap pencapaian standard.
Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan
Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta
kursus.
Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan
oleh institusi.
Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard
dan keperluan.
Guru Besar dan Pengetua Sekolah
Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru.
Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap
pencapaian standard oleh guru.
Agensi Latihan Perguruan
Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta
kursus di institusi latihan perguruan.
37
Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh
agensi dan institusi latihan perguruan.
Mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang
boleh ditambahbaik.
Kerangka SGM
Pengertian Standard Guru Malaysia
Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai
oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta
dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan).
Standard merangkumi tiga aspek berikut:
Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan
berdasarkan domain diri, profesion dan sosial yang patut ada pada seseorang guru.
Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman
Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang
subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada
pada seseorang guru.
Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran
Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru.
Keperluan
Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan
perguruan patut menyediakan dan melaksanakan keperluan yang berikut:
Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan
Perguruan
38
Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon
program latihan perguruan.
Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian
Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran
dan penilaian.
Keperluan 3: Kolaborasi
Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan
perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi, tempatan dan luar
negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi
latihan perguruan.
Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur
Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi
dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.
Keperluan 5: Jaminan Kualiti
Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan, dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan. Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan.
Perincian Standard
Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut
Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum
sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM, dan
Tonggak Dua Belas. Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu:
S1.1Domain diri
Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut
dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada
profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.
Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan,
amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa,
daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran
interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.
39
S1.2 Domain Profesion
Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh
guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai
yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion,
berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif
dan inovatif.
S1.3 Domain Sosial
Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam
masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian,
kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap
alam sekitar.
Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman
Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan
profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta
menjadi lebih kreatif dan inovatif. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru
adalah seperti yang berikut:
S2.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
S2.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran,
dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang
diajarkan.
S2.3 Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.
S2.4 Kandungan Ilmu Pendidikan
S2.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan
dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.
S2.6 Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
S2.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk
menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran.
S2.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan
bersepadu.
40
Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan,
pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan
kokurikulum. Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti yang
berikut:
S3.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira
perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian
murid.
S3.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta
mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran
mentaksir dan menilai.
S3.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan
pencapaian murid.
S3.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan
kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang
bermakna dan berkesan.
Perincian Keperluan
Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan dengan
mengambil kira dasar kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan arahan
pentadbiran, tuntutan serta perkembangan semasa. Lima keperluan penting latihan
perguruan telah dikenalpasti bagi memastikan guru mencapai tahap kompetensi
yang diharapkan iaitu:
Keperluan 1: Kelayakan Masuk dan Prosedur Kemasukan Program Latihan
Perguruan
Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja ditawarkan mengikuti program
latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mematuhi syarat dan
prosedur berikut:
K1.1 Mengiklankan permohonan
K1.2 Menapis semua permohonan dan memanggil calon yang layak untuk
menduduki Ujian kelayakan
K1.3 Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap yang
ditetapkan untuk menghadiri temu duga
41
K1.4 Melaksanakan sesi temu duga calon guru
K1.5 Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya
K1.6 Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran
K1.7 Menandatangani perjanjian latihan perguruan
Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian
Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian latihan perguruan,
agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan perkara berikut:
K2.1 Kurikulum latihan
K2.2 Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi
K2.3 Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan
pengalaman di sekolah
K2.4 Sumber pengajaran dan pembelajaran
K2.5 Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan penilaian
yang sedang berkuatkuasa.
Keperluan 3: Kolaborasi
Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi latihan
perguruan patut mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti yang
berikut:
K3.1 Sekolah
K3.2 Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar Negara
K3.3 Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform serta sukan dan
permainan.
Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur
Bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan,
bermakna dan menyeronokkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut
menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap dan terkini seperti yang berikut:
42
K4.1 Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi memenuhi
keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran, serta
kebajikan pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang
sedang berkuatkuasa.
K4.2 Menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk menyokong
aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran.
Keperluan 5: Jaminan Kualiti
Mekanisme jaminan kualiti merupakan aspek penting bagi memastikan latihan
perguruan yang dilaksanakan kekal bermutu tinggi. Pemantauan, penilaian, dan
pelaporan perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut bagi menjamin kualiti latihan
perguruan:
K5.1 Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard
K5.2 Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan
K5.3 Penandaarasan latihan perguruan
K5.4 Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Kesimpulannya, Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi
profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan
pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang.
Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru
Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan
guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran
dan pembelajaran.
TUGASAN
11Memiki 1. Sejauh manakah kefahaman terhadap prinsip etika dapat
meningka meningkatkan profesionalisme keguruan.
2. Bincangkan bagaimana Standard Guru Malaysia boleh
memberikan impak positif dalam bidang pendidikan negara.
43
SINOPSIS
Tanggungjawab guru kini kian mencabar bukan sahaja melalui profesion keguruan itu
sendiri tetapi juga dari masyarakat yang telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap
guru dan sekolah. Justeru, kestabilan emosi guru sangat diperlukan untuk mengelakkan
sebarang tekanan dalam melaksanakan amanah yang telah ditetapkan. Sewajarnya
seseorang guru mempunyai keupayaan untuk menjalankan semua tanggungjawab yang
diberi tanpa sebarang tekanan. Ini kerana guru mempunyai peranan yang penting untuk
membangunkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial. Sehubungan itu, sangatlah penting seseorang guru mengurus tugas dan
tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka tanpa stres dan tekanan.
Sekiranya guru gagal mengurus emosi dan stres yang dihadapi, maka sukarlah baginya
untuk membentuk modal insan sebagaimana yang diharapkan melalui Dasar Pendidikan
Kebangsaan.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
iv. Mengenal pasti punca-punca stres dan burnt out.
v. Menghuraikan tanda-tanda stres dan burnt out.
vi. Membincangkan implikasi burnt out kepada individu khususnya guru.
vii. Membezakan antara stres dan burnt out.
viii. Membincangkan langkah-langkah mengatasi tekanan emosi dalam kalangan guru.
KERANGKA TAJUK
7.1 Membina Negara Bangsa
7.2 Memartabatkan profesion keguruan
7.3 Stres dan Burnout dalam kalangan guru
7.4 Tugasan
UNIT 7
CABARAN PROFESION KEGURUAN
44
STRES
Konsep Stres
Stres adalah satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap
menyerang masyarakat pada masa kini. Dari sudut bahasa stres membawa maksud
tekanan di mana tekanan ini adalah fitrah kehidupan (Harunsani,2004 dalam Mohd
Taib dan Hamdan 2006). Menurut Mohd Salleh (1994) stres adalah reaksi fizikal dan
mental seseorang akibat sesuatu situasi yang menyebabkan ketidakselesaan dalam
hidup. Ketidakselesaan ini boleh memberi dua kesan berbeza kepada individu iaitu
sama ada kesan positif atau negatif. Stres pada kadar rendah adalah positif kerana
ia boleh menggerakkan individu untuk mencapai apa yang ingin dicapai. Sebaliknya
stres pada kadar tinggi boleh mendatangkan kemudaratan seperti kemerosotan
kesihatan atau perhubungan.
Di Malaysia masalah stres dalam kalangan guru memang hebat dibincangkan dan
banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengkaji aspek ini. Mengikut Kyriacou
(2000) stres guru ialah pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti
tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada
tugasnya sebagai seorang guru. Bebanan tugas guru dan perubahan yang berlaku
dalam sistem pendidikan adalah antara faktor yang menyumbang kepada masalah
stres dalam kalangan guru.
Jenis-Jenis Stres
Mengikut Cockburn (1996) terdapat lima jenis stres yang dialami oleh guru iaitu;
Stres ‘here and now’
Stres ‘here and now’ didefinisikan sebagai stres yang wujud pada sesuatu masa atau
ketika. Contohnya; ketika peperiksaan, pertengkaran atau ketika berlaku
kemalangan.
Stres ‘anticipation’
Stres ‘anticipation’ merujuk kepada situasi di mana guru bertindak balas terhadap
sesuatu perkara yang dijangkakan. Contohnya; apabila guru baharu dilantik untuk
menjadi guru kelas dan terpaksa berjumpa dengan ibubapa dalam perjumpaan
PIBG. Sebagai guru baharu yang tiada berpengalaman, situasi ini boleh
menimbulkan perasaan stres ‘anticipation’.
Stres imaginatif
Stres imaginatif wujud apabila individu akan berimaginasi tentang sesuatu yang
menakutkan atau negatif. Sebagai contoh; anda tinggal bersendirian di rumah dan
anda mendengar pelbagai bunyi di luar. Secara tidak langsung anda akan mula
mengandaikan bahawa terdapat pencuri di luar yang sedang mencuba untuk
menceroboh rumah anda.
45
Stres Reaktif
Stres reaktif ialah stres yang wujud akibat daripada peristiwa atau pengalaman
lampau. Ia berlaku secara semulajadi. Contohnya ialah apabila seseorang individu
baharu sahaja kehilangan orang yang disayangi. Proses mengimbas semula
pengalaman lampau ini akan menyebabkan stres reaktif berlaku.
Stres Negatif
Stres negatif ialah sesuatu yang memuncak dalam tempoh masa sama ada hari,
minggu, bulan atau tahun. Ia boleh disebabkan satu punca sahaja seperti masalah
kewangan atau rumah tangga.
Punca-Punca Stres
Menurut Faizah dan Mazlan (2010), Punca stres kehidupan merangkumi lapan
faktor iaitu :
Gaya Hidup
a. Disiplin pemakan yang tidak sihat.
b. Gemar berbelanja menggunakan kad kredit walaupun ada kalanya barangan
yang dibeli tidak diperlukan.
c. Tidak dapat membezakan antara waktu bekerja dengan waktu berehat
bersama-sama keluarga.
d. Kurang melakukan senaman bagi menjaga kesihatan diri.
e. Tidak dapat menyusun ritma tidur yang sistematik.
Kewangan
a. Mempunyai masalah disiplin kewangan yang teruk.
b. Sifat individu yang tidak pernah merancang sebelum berbelanja.
c. Gaji yang tidak mencukupi untuk menampung kehidupan peribadi dan
keluarga.
d. Perancangan kewangan yang buruk.
e. Kerap terganggu dengan masalah kewangan.
Personaliti
a. Sukar untuk melahirkan perasaan gembira.
b. Tabiat terlalu banyak bercakap daripada mendengar.
c. Kerap tergesa-gesa untuk menyiapkan sesuatu kerja.
d. Kerap mengambil keputusan tanpa berfikir secara rasional.
e. Mudah marah walaupun terhadap perkara-perkara yang remeh dan kecil.
Spiritual.
a. Tidak redha terhadap apa yang telah berlaku ke atas diri sendiri.
b. Mudah menyalahkan orang lain.
c. Sukar untuk berasa tenang apabila menghadapi sesuatu masalah
atau dugaan hidup.
d. Sukar menjalinkan hubungan persahabatan.
e. Kurang bersabar dalam menghadapi sesuatu keadaan terutamanya
yang melibatkan perkara-perkara yang sukar.
46
Peristiwa Hidup
a. Berasa diri tidak berguna. Keadaan ini berlaku akibat sikap yang terlalu
melihat kelemahan diri dan aspek negatif berbanding aspek yang positif.
b. Seseorang yang mempunyai kenangan pahit yang sentiasa membelenggu
kehidupan.
c. Berasa Tuhan tidak adil terhadap dirinya.
d. Kerap berasa kesunyian. Keadaan ini telah membuatkan individu itu merasa
bosan dan stres.
e. Masalah sejarah perpisahan yang telah membuatkan diri merana dan sentiasa
mengalami stres.
Persekitaran
a. Berasa lemas dan sesak kerana terlalu ramai anggota keluarga
tinggal bersama-sama di dalam sebuah rumah.
b. Mempunyai masalah dengan jiran.
c. Individu yang berasa bilik tidur tidak selesa dan tidak sesuai untuk
dijadikan tempat berehat.
d. Mempunyai masalah dengan suasana kehidupan keluarga yang
bising dan menyebabkan fikiran seseorang kusut.
e. Berasa tempat tinggal sekarang terlalu sesak dan tidak selesa.
Perhubungan
a. Mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja.
b. Berasa rakan-rakan sukar untuk mendengar luahan perasaan yang
hendak dikongsi.
c. Mempunyai masalah sukar berasa gembira apabila bersama rakan.
d. Berasa orang yang rapat dengan anda sukar untuk memahami diri
anda.
e. Mempunyai sikap tidak selesa apabila bergaul dengan masyarakat
setempat.
Pekerjaan
a. Mempunyai sikap suka melambat-lambatkan kerja.
b. Mempunyai masalah dengan kawalan pelajar semasa mengajar.
c. Berasa jadual waktu mengajar yang diberikan kepadanya adalah
membebankan.
d. Berasa kurang dihargai oleh pihak sekolah.
e. Seseorang yang beranggapan bahawa dasar pelajaran membebankan dan
terlalu banyak perubahan dilakukan.
Tanda-Tanda Stres
Psikologikal
Ciri-ciri Psikologikal
Mudah berasa bimbang, tertekan, keliru dan mudah meradang.
Timbulnya perasaan kecewa, marah dan kebencian.
47
Emosi terlalu sensitif dan sangat pasif.
Memendam perasaan, menarik diri dan kemurungan.
Kurangnya komunikasi yang berkesan.
Timbulnya perasaan tidak mahu bergaul dan suka mengasingkan diri.
Rasa bosan dan tiada kepuasan kerja.
Keletihan pada mental, penurunan fungsi intelektual dan kehilangan
tumpuan.
Kehilangan sifat spontaneity dan kreativiti.
Menurunya rasa harga diri.
Tingkah laku
Ciri-ciri Tanda Tingkah Laku
Suka melengah-lengahkan kerja, mengelak bekerja dan suka ponteng kerja.
Menurunnya prestasi dan produktiviti kerja.
Meningkatnya penggunaan alkohol, penyalahgunaan dadah dan bahan-bahan
terlarang.
Kerap menunjukkan tingkah laku sabotaj dalam pekerjaan.
Tabiat makan yang melampau dan peningkatan berat badan.
Tingkah laku makan yang tidak normal sebagai bentuk penarikan diri dan kehilangan
berat badan dengan tiba-tiba dan kemungkinan hal berkombinasi dengan tanda-
tanda kemurungan.
Meningkatnya tingkah laku berisiko tinggi, termasuk cuai dalam memandu dan
berjudi.
Meningkatnya tingkah laku agresif, vandalisme dan jenayah.
Menurutnya kualiti hubungan dengan keluarga dan rakan.
Membunuh diri atau cuba membunuh diri.
Tanda Fizikal
Ciri-ciri Tanda Fizikal
Meningkatnya denyutan jantung, tekanan darah dan kecenderungan mengalami
penyakit kardiovaskular.
Meningkatnya rembesan hormon stres (contohnya, adrenaline dan nonadrenaline)
Mengalami masalah gangguan gastrointestinal termasuklah irritable bowel
syndrome, radang dinding usus besar dan ulser.
Meningkatnya kecederaan dan kemalangan pada tubuh badan
Keletihan fizikal dan berkemungkinan mengalami sindrom keletihan yang kronik.
Gangguan pernafasan, termasuklah gangguan keseluruhan bahagiannya.
Gangguan pada kulit.
Sakit kepala, sakit pada bahagian bawah punggung dan ketegangan otot.
Rosaknya fungsi imunisasi badan, termasuklah mempunyai risiko tinggi untuk
menghidapi kanser.
Rumusan
Stres boleh menjejaskan banyak aspek kehidupan individu. Bagi mengelakkan stres
individu itu perlu mengenal pasti situasi yang menimbulkan stres dan bagaimana
48
individu itu boleh mengendalikannya. Lebih banyak seseorang itu memahami
tentang dirinya, maka pengendaliannya akan lebih baik.
BURNT OUT DALAM KALANGAN GURU
Konsep Burnt out
Burnt out diperkenalkan oleh Freudenberger (Wood, 2000). Burnt out didefinisikan
sebagai satu keadaan yang disebabkan oleh depersonalisasi, keletihan dan suatu
pencapaian yang semakin menurun. Keadaan ini menunjukkan keletihan dari segi
emosi, mental, fizikal yang disebabkan stres yang melampau dan berpanjangan.
Keadaan ini akan menyebabkan seseorang individu menjadi hilang minat dan
motivasi untuk terus melaksanakan kewajipan serta tugas dalam kehidupan
seharian.
Implikasi Burnt out
Burnt out akan menyebabkan individu jadi :
- pemarah
- bersifat sinis
- lemah semangat
- berasa tidak berguna
- berasa tidak berupaya
- kurang daya produktivitinya
Kesan terakhir yang lebih teruk adalah individu tidak boleh berfungsi dengan baik lagi.
Tanda fizikal
– rasa letih sepanjang masa, imuniti rendah, perubahan masa tidur dan cara
pemakanan, sakit kepala, sakit belakang dan otot.
Tanda tingkah laku
– menarik diri daripada tanggungjawab, mengasingkan diri daripada orang lain,
menangguhkan tugas dan mengambil masa yang lama untuk menyempurnakannya,
menggunakan bahan ubat atau alkohol untuk menangani masalah, memindahkan
kekecewaan kepada orang lain, mengabaikan tugas, datang kerjalewat tetapi balik
awal.
Tanda emosi
– berasa diri gagal, ragu-ragu pada diri sendiri, kurang motivasi, tidak berupaya,
kurang berpuas hati, mengasingkan diri, imej semakin negatif dan sinis.
Punca-Punca Burnt out Guru
Selepas membaca bahagian ini anda akan tahu punca-punca yang menjadikan
seseorang itu burnt out.
Punca-puncanya:
1. berasa tidak dihargai walaupun telah bekerja dengan penuh komitmen
2. Kehendak pelanggan melebihi keupayaan guru, contohnya tekanan memenuhi
target peperiksaan sangat tinggi sedangkan jumlah guru kurang).
3. kurangnya budaya mentor misalnya guru-guru baru biasanya memerlukan
bimbingan daripada rakan yang lebih senior. Namun budaya membimbing
49
kurang dilaksanakan akibat setiap guru dibebani oleh pelbagai tugasan
perkeranian.
4. tiada pengiktirafan dan ganjaran, ekspektasi tugas yang tidak jelas, suasana
kerja yang tidak bersistematik.
5. dari segi sosial kerja yang terlalu kuat tanpa rehat, tiada masa untuk bersosial,
diberi tugas yang banyak tanpa bantuan, tidak cukup tidur dan kurangnya
sokongan.
6. personaliti guru sendiri juga menjadi penyebab kepada burnt out.
7. mengalami stres dalam tempoh yang panjang.
Perbezaan antara Stres Dan Burnt out
Jadual 6 Perbezaan antara Stres dan Burnt out
STRES BURNT OUT
Penglibatan diri yang keterlaluan Pelepasan dari melibatkan diri
Menyebablkan perasaan cemas dan
hiperaktif
Menghasilkan ketidakupayaan dan berputus
asa
Kehilangan tenaga Kemerosotan motivasi dan harapan
Mengakibatkan kegelisahan Mengakibatkan pengasingan dan
kemurungan
Kecederaan secara fizikal Terhiris perasaan
Mungkin menyebabkan maut terlalu awal Mungkin menyebabkan perasaan seperti
hidup tidak bermakna
Cara-Cara Mengatasi Burnt out
Peningkatan profesionalisme dalam pengurusan stres perlu dilaksanakan. Antara aktiviti
yang boleh dilaksanakan ialah:
- bengkel pengurusan masa
- bengkel pengurusan stress
- bengkel pengurusan kewangan
- latihan rekreasi dan pemakanan
- peningkatan tahap ketahanan diri
- membentuk budaya saling memahami
- membentuk suasana kerja yang kondusif
- meningkatkan kecerdasan emosi guru
- sambutan perayaan mengikut kaum yang terdapat di sekolah.
Rumusan
Dengan membaca modul ini sedikit sebanyak membantu anda lebih memahami
konsep burnt out, tanda-tandanya, punca-punca yang menyebabkan burnt out, serta
cara-cara mengatasinya. Guru yang berkesan adalah guru yang dapat menangani
masalah sendiri dan dapat terus melangkah dengan melaksanakan tanggungjawab
dengan cemerlang serta membahagiakan diri sendiri.
50
TUGASAN
Pernahkah anda mengalami keadaan-keadaan seperti tersebut? Jika ya,
anda mungkin tergolong dalam kalangan mereka yang mengalami burnt
out.
Bincang secara berpasangan langkah-langkah untuk mengelakkan diri
daripada mengahadapi burnt out.
51
BIBLIOGRAFI
Ab. Rahim Selamat (2000). Pengurusan Sekolah Bestari. (Satu Pengenalan). Johor Bahru. Badan Cemerlang Sdn. Bhd.
Azizi Jaafar, Abd. Razak Abdul Kadir & Awang Abdullah (2015). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Penerbit Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2008). Standard Guru Malaysia (SGM). Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia Bailey, R. (2014). The Philosophy of Education: An Introduction. London: Bloomsbury Publishing. Johnston Derek (2007). A brief History of Philosophy. Continuum, London. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Journey to Excellence. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Nodding, N. (2006). Philosophy of Education (2nd ed.), Westview Press, Colorado. Mohd Zain Kosnon, Marina Abdul Majid, Maszuria A. Ghani, Mohd Fu’ad Sam & Wan Noor Siah Wan Abdullah (2014). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Penerbit Multimedia Sdn. Bhd. Mohd. Daud Hamzah (1993). Penerokaan Teori Kurikulum. Dewan Bahasa dan Pustaka,
K.L. Mohd. Janib Johan. (2001). Etika profesional. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia. Mook Soon Sang (2008). Pengurusan Kurikulum. Puchong. Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd. Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin & Zakiah Nordin (2016). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Shah Alam:Penerbit Oxford Fajar Sdn. Bhd. Orstein, A.C.& Hunkins, F.P (2016). Curriculum: Foundations, Principles, and Issues (7th
ed). Boston: Pearson Education, Inc. Ragbir Kaur Joginder Singh (2012). Falsafah dan etika: Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2015). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional. Petaling Jaya: Penerbit Sasbadi Sdn. Bhd.
52
PENYELARAS MODUL PDPM (ASAS PENDIDIKAN)
Nama Pegawai Akademik
Saadah binti Sumrah
Bidang Asas Pendidikan
PANEL PENGGUBAL EDUD2013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Bil. Nama Kelayakan Akademik
1.
RAFIDAH RUHANI Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
M.Sc. (Psikologi Pendidikan) , UPM B.Ed (TESL) Hons., UPM
2.
AMIRUDDIN BIN ZAINUDIN Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
MBA(Pengurusan Pendidikan),UKM B.Mass Comm.,UiTM Diploma Perguruan KPLI (BM) ,IBKL
3.
NOOR FITRIYATI BINTI ABDUL SAMAD Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
M. Sc. (Sains Pengurusan) (UUM) B. Ed (Pengurusan Perniagaan) (UUM) Diploma Lanjutan Sains Pengurusan (UUM)
53
SIMBOL PEMBELAJARAN
Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan / maksud seperti yang dinyatakan
Gunakan pita rakaman audio atau radio.
Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada
pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.
Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).
Gunakan bahan-bahan multimedia.
Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.
Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.
Buatkan ujikaji.
Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.
Senarai semak.
Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam
penyediaan modul.
Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting
dengan membuat ulasan.
Buatkan catatan atau nota-nota penting.
Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam
modul.
Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.
54
Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Rujukan surat khabar.
Panduan kepada pengguna.
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat
sumber yang berdekatan.
Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang
lebih jelas.
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk
membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah
dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual,
lukisan).
Aktiviti Tutorial
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.
top related