kecederaan tisu lembut-syazwan

Post on 13-Apr-2016

145 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

kecederaan sukan

TRANSCRIPT

PJM3182KECEDERAAN DALAM SUKAN

KECEDERAAN TISU LEMBUT

OLEH: AHMAD SYAZWAN B MOHD WAJIAH

• Tisu lembut dalam badan merangkumi kulit, salur darah, saraf, otot, tendon, ligamen, kelenjar dan lapisan yang melindungi organ-organ tubuh.

• Kecederaan tisu lembut termasuklah kesemua kecederaan yang berlaku di ligamen, tendon, otot dan lain-lain.

• Aktiviti sukan seringkali mengakibatkan kecederaan • tisu lembut.• Kecederaan tisu-tisu ini memberi kesan kepada otot-• otot, ligamen dan tendon.• Terseliuh merupakan satu kecederaan ligamen dan • sendi.• Otot dan ligamen boleh menjadi tegang dan terkoyak • oleh pergerakan yang tiba-tiba atau kasar.• Selain itu, tulang mungkin terpatah atau retak, terkehel

• atau kedua-duanya.

PUNCA KECEDERAAN

Jenis-jenis kecederaan • David dan Stuart (2004) dalam bukunya, The Healthy

Handbook menyatakan kecederaan yang biasa dialami oleh seseorang semasa aktiviti sukan ialah kekejangan otot setelah menjalani suatu sesi latihan yang panjang.

• Robert (2011) menyatakan jenis kecederaan tisu lembut ialah luka, lebam, melepuh, melecet, Ecchymosis, kekejangan otot.

• Menurut Robert (2011) kecederaan tisu lembut terbahagi kepada dua iaitu terbuka dan tertutup.

• Kecederaan terbuka ialah melecet, luka dan luka tertusuk benda tajam.

• Kecederaan tertutup ialah lebam, hematomas, ecchymosis. Kekejangan otot, tergeliat, Tendonitis dan Bursitis juga tergolong dalam kategori kecederaan tertutup.

Luka

• Luka boleh melibatkan kecederaan dari luar kulit dan juga dari dalam (dihiris atau dipotong oleh tulang yang patah). Jenis-jenis luka terdiri daripada:

• Abrasi – cakaran pada permukaan kulit.• Potongan – terkena objek yang tajam.• Tebukan – ditebuk oleh objek yang tajam seperti

‘spike’ kasut, paku. Luka ini adalah dalam dan mengakibatkan kerosakan salur darah.

Symptom dan tanda-tanda luka

• Atlet akan berasa sakit pada bahagian yang tercedera.

• Bahagian luka biasanya akan berdarah.• Kulit pada bahagian luka terkoyak.

Lebam/kontusi• Kontusi ialah hentakan terus objek ke atas

permukaan luas atau tisu lembut.• Sekiranya hentakan itu adalah kuat, kapilari

darah akan pecah dan darah terkumpul di tempat hentakan.

• Warna biru-gelap akan terbentuk di bawah kulit.

Symptom dan tanda-tanda kontusi

• Atlet akan mengalami kesakitan pada bahagian yang tercedera.

• Bahagian yang cedera akan bengkak dan lebam.

• Pergerakan pada bahagian cedera terbatas.

Melecet• Melecet atau ‘blister’ adalah kecederaan yang

sering berlaku dalam sukan. • Kebanyakan atlet pernah mengalaminya samada

ketika sesi latihan, pertandingan mahu pun kehidupan seharian.

• Kebiasaannya,melecet terjadi disebabkan oleh geseran pada kulit Pembentukan gelembung kecil yang berisi cecair di permukaan kulit akan terhasil akibat kekerapan geseran diantara pemakaian sukan seperti stokin atau kasut dengan lapisan epidemis kulit.

Symptom dan tanda-tanda melecet

• Bahagian tercedera berasa sakit.• Bahagian cedera akan kemerah-merahan dan

berdarah• Bahagian cedera adalah tempat yang kerap

bergesel.

Kekejangan otot (strain)• Kekejangan otot adalah kesakitan yang dialami

di otot-otot besar di badan hasil penguncupan amat laju dan dalam jangka masa yang lama. Faktor-faktor yang menyebabkan kekejangan:

• Dehidrasi (kehilangan cecair dalam badan).• Kelesuan.• Hentakan atau pukulan ke atas otot-otot.

Symptom dan tanda-tanda kekejangan

• Apabila berlakunya kekejangan otot, bahagian kaki akan mengalami ketegangan otot dan kesakitan yang menyucuk-nyucuk secara mengejut.

• Otot yang terlibat menjadi keras jika disentuh atau kaki akan merasa menegang disertai rasa sakit.

Ketegangan otot • Ketegangan otot berlaku apabila fiber-fiber sesuatu

otot mengalami kecederaan. • Tempat yang selalu berlakunya ketegangan otot ialah

otot hamstring selepas sesuatu aktiviti larian pecut. • Ketegangan otot adalah hasil daripada mekanisme

badan melindungi otot-otot tersebut daripada kecederaan yang lebih teruk.

• Ketegangan otot biasanya melibatkan fiber otot terkoyak. Seseorang yang mengalami ketegangan ringan akan mengalami kesakitan dalam pergerakan aktif.

Symptom dan tanda-tanda ketegangan otot

• Otot akan berasa lesu dan lemah.

• Pergerakan otot terbatas.

Tendonitis• Tendon ialah tisu berfiber yang kuat, fleksibel

yang menghubungkan otot dan tulang. • Apabila otot menguncup, tendon bertindak

menarik tulang untuk menghasilkan pergerakan. • Apabila berfungsi secara normal, tendon

meluncur dengan mudah seperti kontraksi otot berlaku.

• Apabila tendon bermasalah, pergerakan akan lebih sukar untuk dilakukan.

Symptom dan tanda-tanda Tendonitis

• Kebiasaannya tendonitis ialah sakit dan keradangan di sepanjang tendon.

• Kesakitan akan lebih teruk semasa melakukan pergerakan dan pada waktu malam.

Bursitis

• Bursa ialah rongga kecil yang mengandungi cecair synovial.

• Bursa menjadi kusyen antara tulang dan tendon atau otot sekeliling sendi.

• Bursitis ialah keradangan yang berlaku pada bursa.

Symptom dan tanda-tanda Bursitis

• Seseorang yang mengalami Bursitis akan sakit pada bahagian sendi-sendi.

• Kesakitan menjadi lebih teruk pada waktu malam.

• Sakit menjadi lebih teruk oleh pergerakan yang berterusan di bahagian sendi.

Prinsip Menguruskan Kecederaan Tisu Lembut

• Pada peringkat awal, rawatan mengikut kaedah “RICE” sudah mencukupi tetapi jika anda ragu-ragu mengenai tahap kecederaan, rawatlah ia sebagai keretakan atau ‘fraktur’:

• APLIKASI RAWATAN RICE

• R (REST) - Melegakan/ merehatkan anggota yang tercedera

• I (ICE) - Menggunakan ais untuk membuat tuaman. (20-30 minit setiap 2 hingga 3 jam)

• C (COMPRESS) - membuat tuaman ke atas kecederaan• E (ELEVATE) - mengangkat ke atas bahagian anggota

yang tercedera.

Rawatan Bagi Kecederaan Tisu Lembut• Menyokong dan melegakan atau merehatkan anggota yang

tercedera dalam posisi yang selesa terhadap mangsa• Jika kecederaan itu baru berlaku, tuam tempat yang

tercedera dengan ketulan ais atau membuat tuaman sejuk. Cara ini akan mengurangkan bengkak, lebam dan kesakitan.

• Buat tuaman yang lembut pada kawasan sekeliling anggota yang tercedera dengan menggunakan lapisan kapas yang tebal atau lapisan plastik (foam) yang dibaluti dengan pembalut.

• Angkat dan sokong bahagian anggota yang tercedera untuk mengurangkan pengaliran darah ke tempat yang tercedera dan mengurangkan lebam.

top related