kbm 1 fiqh islami

Post on 06-Jan-2016

81 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Andalus Corporation Pte Ltd. KBM 1 FIQH ISLAMI. BAB 3 : WUDUK. DALIL WUDUK. Berwuduk bermaksud bersuci dengan air mengenai muka, kedua tangan, kepala dan kedua kaki. Sabda Rasulullah s.a.w.: لاَ يَقْبَلُ الله صَلاَةَ أَحَدِكُمْ إِذَا أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأ َ - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

KBM 1 FIQH ISLAMI

BAB 3 : WUDUK

Andalus Corporation Pte Ltd

2007 KBM 1 FIQH BAB 3 2

DALIL WUDUK

Berwuduk bermaksud bersuci dengan air mengenai muka, kedua tangan, kepala dan kedua kaki.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

�ْم� �َح�ِد�ُك �َة� َأ �ُل� الله َص�َال �ْق�َب � َي َال�َو�َّض)أ �َت )ى َي َت �َح�ِد�َث� َح� �َذ�ا َأ � ِإ

“Allah tidak menerima solat salah seorang di antaramu bila ia berhadas, sampai ia berwuduk lebih dahulu.”

2007 KBM 1 FIQH BAB 3 3

FADHILAT ( KELEBIHAN ) WUDUK

Di antara fadhilat wuduk adalah ia membersihkan dosa dari diri seseorang.

Berwuduk juga merupakan tanda keimanan.

2007 KBM 1 FIQH BAB 3 4

FARDU-FARDU WUDUK DAN DALILNYA

1) Niat ketika membasuh muka.

Maksud niat adalah kemahuan yang tertuju terhadap sesuatu perbuatan, demi mengharap keredhaanNya.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Semua perbuatan itu adalah dengan niat, dan

setiap manusia mendapat sekadar apa yang diniatkannya.”

2007 KBM 1 FIQH BAB 3 5

2) Membasuh muka

Maksudnya mengalirkan air ke atasnya, dari tempat tumbuh rambut hingga bawah dagu dan dari cuping telinga kanan hingga kiri.

Firman Allah s.w.t.: “Maka basuhlah mukamu.” Al-Maidah:6

FARDU-FARDU WUDUK DAN DALILNYA

2007 KBM 1 FIQH BAB 3 6

FARDU-FARDU WUDUK DAN DALILNYA

3 )Membasuh dua tangan hingga kedua siku .

Firman Allah s.w.t:.“Dan tanganmu sampai dengan siku”.

Al-Maidah:6

2007 KBM 1 FIQH BAB 3 7

FARDU-FARDU WUDUK DAN DALILNYA

4) Menyapu kepala

Maksud menyapu adalah melapkan sesuatu yang basah. Tidak diwajibkan menyapu seluruh kepala tetapi sebahagian sahaja.

Firman Allah s.w.t.:

“Dan sapulah kepalamu.” Al-Maidah:6

2007 KBM 1 FIQH BAB 3 8

FARDU-FARDU WUDUK DAN DALILNYA

5) Membasuh kaki hingga kedua mata kaki.

Hendaklah dipastikan tumit-tumit kaki turut terkena air.

Firman Allah s.w.t: “Dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua

mata kaki.” Al-Maidah:6

2007 KBM 1 FIQH BAB 3 9

6) Tertib

Maksudnya adalah berurutan sepertimana yang tersebut di dalam Al-Quran.

Firman Allah s.w.t:

“Inilah wuduk; Allah tidak menerima solat melainkan dengannya.” Al-Maidah:6

FARDU-FARDU WUDUK DAN DALILNYA

2007 KBM 1 FIQH BAB 3 10

SUNAT-SUNAT WUDUK DAN DALILNYA

1 )Membaca Basmalah

Sabda Rasulullah s.a.w:.

Diriwayatkan sesungguhnya Rasulullah meletakkan tangannya di dalam bekas air dan bersabda pada para sahabatnya: “kamu semua

berwuduklah dengan menyebut nama Allah .

2007 KBM 1 FIQH BAB 3 11

SUNAT-SUNAT WUDUK DAN DALILNYA

2 )Menggunakan sugi )bersiwak)

Sabda Rasulullah s.a.w:.

“Kalaulah tidak kerana bimbang akan membebankan umatku, nescaya aku perintahkan mereka supaya bersugi pada

setiap kali berwuduk ”.

2007 KBM 1 FIQH BAB 3 12

SUNAT-SUNAT WUDUK DAN DALILNYA

3 )Membasuh kedua telapak tangan

Sabda Rasulullah s.a.w:.

“Apabila salah seorang di antaramu bangun tidur, janganlah ia merendamkan tangannya ke dalam bejana, sebelum ia mencucinya 3x, kerana ia tidak tahu, di mana tangannya itu

bermalam”.

2007 KBM 1 FIQH BAB 3 13

SUNAT-SUNAT WUDUK DAN DALILNYA

4 )Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung. Sabda Rasulullah s.a.w:.

“Jika berwuduk, hendaklah berkumur-kumur”.

5 )Menyapu air di seluruh kepala.Sabda Rasulullah s.a.w:.

“Bahawa Nabi s.a.w. menyapu kepalanya dengan kedua tangannya, maka ditariknya dari muka kemudian ke belakang, dimulainya dari bahagian depan kepalanya lalu ditariknya kedua tangannya itu ke arah tengkuk, kemudian dibawanya kembali ke tempat ia bermula tadi.

2007 KBM 1 FIQH BAB 3 14

SUNAT-SUNAT WUDUK DAN DALILNYA

6 )Menyapu dua cuping telinga luar dan dalam.

Dari hadis Ibnu Abbas r.a:.

“Bahawa Nabi s.a.w. mengusap kepalanya dan dua telinganya luar dan dalam.

7 )Menyela janggut yang tebal.

Sabda Rasulullah s.a.w:.

“Sesungguhnya beliau sewaktu berwuduk, baginda menyela janggutnya yang mulia dengan jarinya

daripada bawah janggutnya”.

2007 KBM 1 FIQH BAB 3 15

SUNAT-SUNAT WUDUK DAN DALILNYA

8 )Menyela-nyela jari-jari tangan dan kaki.Sabda Rasulullah s.a.w:.

“Apabila kamu berwuduk, maka sela-selailah jari-jari kedua tanganmu dan kedua kakimu”.

9 )Mendahulukan anggota kanan dari yang kiri.Sabda Rasulullah s.a.w:.

“Adalah Rasulullah menyukai mendahulukan yang kanan, dalam memakai kasutnya,

berjalan, bersuci dan segala urusannya ”.

2007 KBM 1 FIQH BAB 3 16

SUNAT-SUNAT WUDUK DAN DALILNYA

10 )Doa selepas berwuduk.Sabda Rasulullah s.a.w:.

“Tidak seorang pun diantaramu yang berwuduk lalu menyempurnakannya kemudian baca: Aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, dan aku mengaku sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan rasulNya, kecuali akan dibuka baginya pintu syurga yang 8 buah itu hingga ia dapat masuk dari mana pun yang

disukainya .

2007 KBM 1 FIQH BAB 3 17

SUNAT-SUNAT WUDUK DAN DALILNYA

11 )Membasuh anggota wuduk 3 kali.

Sabda Rasulullah s.a.w:.

“Sesungguhnya Nabi s.a.w. berwuduk tiga kali ”.

12 )Berturut-turut.

Disunatkan membasuh anggota wuduk berturut –turut dalam kadar waktu tidak kering anggota yang dibasuh mengikut kesederhanaan udara, tabiat atau diri seseorang.

13 )Cermat dalam menggunakan air.

2007 KBM 1 FIQH BAB 3 18

KESAN-KESAN WUDUK

Ketika berwuduk, seseorang disunatkan melebihi membasuh anggota wuduk dari batas yang wajib kerana basuhan itu akan menjadi cahaya di hari kiamat kelak. Cahaya

ini dinamakan ‘ghurrah wa tahjil.’

2007 KBM 1 FIQH BAB 3 19

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK

1) Keluar sesuatu dari salah satu antara dua saluran (qubul atau dubur).

2) Tidur dengan sebenarnya (bukan hanya ngantuk).

3) Hilang akal dengan sebab mabuk atau pitam.

4) Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang halal nikah .

5) Menyentuh kemaluan anak Adam dengan perut tapak tangan.

top related