kbk 3033 intervensi awal kanak
Post on 18-Feb-2015
629 Views
Preview:
TRANSCRIPT
HI
KBK 3033 INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK DALAM
PENDIDIKAN KHAS
TUGASAN 1 (INDIVIDU)
KUMPULAN EL
UPSI (A121PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
AZIZAH BINTI MUZAINI D20102042358 012-3575196
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR KANNAMAH AP
TARIKH SERAH: 29 NOVEMBER 2012
DEFINISI, OBJEKTIF, FALSAFAH, PRINSIP DAN LANGKAH-LANGKAH INTERVENSI AWAL YANG BOLEH MEMBANTU MEMULIHKAN DUA KATEGORI
KANAK-KANAK KHAS:
HIPERAKTIF (ADHD)
AUTISMA
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1 Pendahuluan 3
2 Definisi
i) Hiperaktif
ii) Autisma
3
4
3 Objektif Intervensi 5
4 Falsafah Intervensi 6
5 Prinsip Intervensi 6
6 Intervensi Awal
i) Hiperaktif
ii) Autisma
6
8
7 Penutup 11
8 Rujukan 13
2
PENDAHULUAN
Intervensi awal ialah satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan
kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan
fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran.
Perkhidmatan atau program intervensi awal yang disediakan adalah untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas dalam lima bidang
perkembangan, iaitu perkembangan fizikal, kognitif, komunikasi, sosial dan emosi dan
adaptasi (Sandler, Brazdziunas, Cooley & De Pijem 2001) melalui pelbagai terapi atau
perkhidmatan, seperti terapi cara kerja, terapi fisio, terapi pertuturan dan khidmat sokongan
untuk keluarga (Addison 2003).
Program intervensi awal disediakan untuk kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai kanak-
kanak yang mengalami kelambatan atau ketidakupayaan dari segi perkembangan yang
berumur 0 hingga 6 tahun (U.S. Department of Education 2004). Program intervensi awal di
Malaysia disediakan kepada kanakkanak yang berkeperluan khas yang berumur dari 0 hingga
6 tahun. Menurut Majnemer (1998), intervensi awal boleh mengurangkan kesan kelambatan
perkembangan yang dialami, malah boleh mengelakkannya daripada menjadi semakin serius.
Selain itu, intervensi awal juga boleh memaksimumkan potensi kanak-kanak berkeperluan
khas dan mengurangkan bebanan masyarakat.
Addison (2003) merumuskan beberapa pengaruh positif intervensi awal ke atas kanak-kanak
berkeperluan khas. Antaranya termasuklah kemajuan kanak-kanak dalam pelbagai
perkembangan pada tahap tertentu, mengelakkan atau mengurangkan masalah susulan,
mengurangkan tekanan keluarga dan keperluan pendidikan khas bagi kanak-kanak
berkeperluan khas. Guralnick (1997) berpendapat bahawa intervensi awal ialah satu sistem
yang dibentuk untuk menyokong bentuk interaksi keluarga supaya perkembangan kanak-
kanak tidak terganggu.
DEFINISI HIPERAKTIF ATAU ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY
DISORDER (ADHD)
3
Persatuan Psikologi Amerika (APA) telah mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan
psikologi dengan petanda-petanda yang dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7
tahun. ADHD merupakan satu corak tidak memberi tumpuan, impulsif, dan / atau
hiperaktiviti-impulsif lebih kerap dan teruk berbanding kebiasaan yang dilihat pada individu
pada tahap perkembangannya.
Definisi ADHD yang diberikan oleh Persatuan Psikologi Amerika di atas dikategorikan
kepada tiga (Marilyn Friend,2002), iaitu:
i. ADHD – Kurang Tumpuan
Bagi sesetengah kanak-kanak dengan ADHD, tidak memberi tumpuan merupakan
petunjuk yang utama. Mereka mungkin meninggalkan bahagian mustahak tugasan yang
diberikan, kerap mengelamun dalam kelas, tidak teratur, dan kerap kali pelupa.
ii. ADHD – Hiperaktif-impulsif
Bagi ADHD jenis ini, petunjuk utama adalah gabungan antara hiperaktif iaitu jumlah
pergerakan yang sangat tinggi, dan impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir.
Murid jenis ini kerap mengetuk-ngetuk meja dan menggoyang-goyang kerusi, selalu
berlari-lari, sentiasa aktif, dan banyak bercakap.
iii. ADHD – Gabungan
Sesetengah kanak-kanak dengan ADHD mempunyai petunjuk-petunjuk pada kedua-
dua ciri di atas yang merupakan sebahagian daripada kecelaruan yang dihadapi, iaitu
tidak ada tumpuan dan hiperaktif-impulsif.
DEFINISI AUTISMA
Perkataan autisma berasal daripada perkataan bahasa Greek iaitu “autos” yang bermaksud
sendiri. Dalam situasi ini, autos merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya
sendiri. Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo Kanner telah memperkenalkan istilah
austis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau terhadap penghidap autisme yang
menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi dengan orang lain, pengasingngan
diri, keadaan yang tidak fleksibel dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza
daripada orang biasa. Hasil kajian, (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov,
4
2006), di dalam jurnalnya yang bertajuk “Does Television Cause Autism?” menyatakan
bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan penghidap autisma.
Menurut kamus Oxford Advance Learner autisme ialah a mental condition in which a person
is unable to communicate or form relationships with other. Kamus Electronik Encarta
terbitan Microsoft Coporation pula menyatakan bahawa autisme ialah a disturbance in
phycological development in which use of language, reaction to stimuli, interpretation of the
world, and the formation of relationships are not fully established and follow unusual
pattern. Maka, dapat disimpulkan di sini, autisme merupakan ganguan psikologi terhadap
perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial, dan sentuhan.
Kanner (dalam Safaria, 2005) mendefinisikan autisma sebagai ketidakmampuan untuk
berinteraksi dengan orang lain. Cohen dan Bolton (1999) mendefinisikan autisma sebagai
keadaan yang mempengaruhi anak membuat mereka tidak dapat membentuk hubungan sosial
atau mengembangkan komunikasi secara normal.
Autistik atau autisma merupakan kecacatan seumur hidup yang berlaku terhadap kanak-kanak
sejak kecil lagi. Autisma merupakan masalah komunikasi yang tersekat laku. Maksud
tersekat laku ialah kanak-kanak autisma akan menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai
dengan peringkat umur mereka malah melakukan perkara diluar jangkaan kita. Contohnya
kanak-kanak sebelas tahun akan menunjukkan tingkah laku mengamuk seperti kanak-kanak
tiga tahun atau kanak-kanak tersebut akan memegang sesuatu permainan dan menguis
permainan tersebut sehingga hancur atau rosak.
OBJEKTIF INTERVENSI
Objektif utama Intervensi awal ialah:
Membantu mempercepatkan perkembangan bayi dan kanak-kanak yang telah dikenal
pasti mempunyai masalah kognitif.
Mencuba mengurangkan kos pendidikan khas yang tinggi dengan memulakan
program secepat mungkin.
Mengurangkan keperluan untuk ditempatkan di pusat harian terapi secara tetap
(institutionalisation).
Meningkatkan peluang hidup berdikari
5
Membantu keluarga, penjaga dan kumpulan sokongan.
FALSAFAH INTERVENSI
Falsafah intervensi awal merujuk kepada satu usaha yang memberi empowermen kepada
keluarga kanak-kanak khas supaya dapat membantu anak mereka memperkembangkan semua
potensi yang masih ada, sejajar dengan perkembangan umur dan kognitif anak tersebut.
Usaha ini transaksional di mana satu rangka kerja memupuk pendidikan melalui permainan
sambil menekankan interaksi kanak-kanak khas dengan persekitarannya melalui kolaborasi
antara keluarga, komuniti, guru dengan terapis.
Ibu bapa diberi penghormatan untuk membantu mendidik anak masing-masing. Penglibatan
ibu bapa adalah satu usaha berterusan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ibu
bapa dan keluarga menjadi tunjang dalam memulihkan kanak-kanak khas. Oleh itu, mereka
diwajibkan belajar cara-cara membantu anak mereka di rumah. Addison (2003), menyatakan
sekiranya ibu bapa berganding bahu membantu anak mereka, nescaya anak mereka akan
memperkembangkan semua potensi mereka yang sedia ada.
Menurut falsafah intervensi awal, diagnosis kanak-kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran perlu dijalankan dalam lingkungan masa dilahirkan sehingga kanak-kanak itu
berumur 6 bulan. Tetapi ini jarang berlaku. Terdapat banyak kes di mana intervensi awal
bermula selepas 3 atau 6 tahun. Ada juga intervensi awal yang bermula semasa kanak-kanak
berumur 9 tahun. Walaubagaimanapun, sekiranya kanak-kanak itu telah dikenal pasti
mempunyai masalah, maka perkhidmatan perlu dimulakan selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh
masalah dikenal pasti.
PRINSIP INTERVENSI AWAL
Antara prinsip intervensi awal ialah:
1. Prinsip berpusatkan keluarga
Prinsip ini merujuk kepada perkhidmatan kaunseling untuk keluarga. Ibu bapa diberi
pendidikan dan kaunseling tentang cara berkomunikasi dan membesarkan anak
6
mereka. Ibu bapa diajar tentang cara terbaik untuk merawat dan memulihkan anak
mereka. Sebahagian besar intervensi dikendalikan oleh ibu bapa dan dipantau oleh
pakar-pakar dari hospital.
2. Persekitaran yang merangsangkan
Ia merujuk kepada persekitaran yang sesuai untuk merangsang deria-deria yang masih
ada. Contohnya, jika seorang kanak-kanak khas menghadapi masalah penglihatan,
maka, kanak-kanak ini perlu dibenarkan berinteraksi dengan ‘persekitaran semulajadi’
(natural environment) supaya dia boleh mengenal pasti pelbagai jenis bau, merasa,
menyentuh barang-barang yang terdekat dan mendengar bunyi-bunyian.
3. Berkomprehensif, tersusun dan berasaskan kepada pasukan multidisiplin.
Penglibatan golongan profesional dalam intervensi awal sangat penting untuk
memperkembangkan potensi kanak-kanak khas. Para professional mempunyai
kelayakan dan kemahiran yang komprehensif, tersusun dan berfokus untuk membantu
kanak-kanak ini. Biasanya, para profesional akan berganding bahu dengan ibu bapa
anak-anak khas ini untuk memulihkan pergerakan kanak-kanak tersebut.
LANGKAH-LANGKAH INTERVENSI AWAL BAGI KANAK-KANAK
HIPERAKTIF (ADHD)
1. Terapi Tingkah Laku
Kanak-kanak ADHD memerlukan bantuan mengorganisasi diri mereka seperti
berikut:
a) Penjadualan: Tentukan bahawa kanak-kanak ini melakukan perkara-perkara yang
sama sejak mereka bangun hingga tidur pada waktu malam. Jadual yang disusun
hendaklah menyatakan masa mereka patut membuat kerja rumah, bermain di luar
dan di dalam rumah seperti bermain komputer. Letakkan jadual itu di merata
tempat supaya mereka boleh merujuk dengan mudah. Maklumkan kepada mereka
sekiranya terdapat perubahan dalam jadual tersebut.
b) Peraturan: Kanak-kanak ADHD memerlukan peraturan yang ketat dan konsisten
dan mudah untuk dipatuhi. Pastikan mereka mnyimpan atau meletakkan barang-
7
barang di tempat yang telah ditetapkan. Beri ganjaran seperti pujian jika mereka
mematuhi peraturan tersebut.
c) Penyusunan: Galakkan kanak-kanak ADHD mencatatkan dengan menulis tugas-
tugas yang perlu dilakukan.
2. Psikoterapi
Psikoterapi membantu kanak-kanak ADHD menerima masalah yang dihadapi dan
mengambil tindakan untuk mengurangkan kesannya. Ia tidak merujuk kepada apa
yang menyebabkan ADHD atau simtom-simtom. Kanak-kanak berbincang bersama
terapis tentang pemikiran dan perasaan yang ada dalam diri mereka. Mereka
digalakkan melihat diri sendiri dan cara pemikiran mereka.Tujuannya ialah untuk
mencari jalan bagi mengurus emosi dan perasaan mereka. Semasa berbual dengan
terapis, mereka dibawa untuk memahami diri sendiri dan bagaimana mereka dapat
mengatasi masalah yang dihadapi.
3. Latihan kemahiran sosial
Latihan ini dapat membantu kanak-kanak mempelajari tingkah laku atau kelakuan
baru. Seorang terapis akan berbincang dan mencuba model tingkah laku yang sesuai
untuk mengekalkan hubungan sosial yang baik. Antara tingkah laku berkenaan ialah
menunggu mengikut giliran, berkongsi bahan permainan, meminta pertolongan dan
sebagainya. Dalam program latihan kemahiran sosial, kanak-kanak diajar bagaimana
‘membaca’ gerak geri badan dan intonasi suara orang lain sebagai tanda sesuatu
tingkah laku dan cara untuk bertindak. Latihan kemahiran ini penting untuk
membantu kanak-kanak mencari jalan bercampur gaul dan bermain dengan kanak-
kanak lain.
LANGKAH-LANGKAH INTERVENSI AWAL BAGI KANAK-KANAK AUTISMA
Tidak ada satu rawatan yang sesuai untuk semua kanak-kanak autistik. Namun begitu,
terdapat beberapa intervensi yang lazim digunakan bagi kanak-kanak autistik iaitu:
1. Penggunaan Analisis Tingkah Laku (Applied Behavior Analysis)
8
Kaedah ini diperkenalkan oleh B.F. Skinner pada tahun 60-an dan menekankan
penggunaan prinsip peneguhan positif dalam memperkukuhkan sesuatu tingkah laku.
Peneguhan positif boleh digunakan untuk memperkukuhkan komunikasi, hubungan
sosial, pencapaian akademik serta pengurangan tingkah laku yang tidak diingini
dalam kalangan kanak-kanak autistik. Melalui pendekatan ini, kemahiran yang ingin
digalakkan diperincikan kepada beberapa langkah kecil. Kanak-kanak diberi peluang
untuk mempelajari dan mengamalkan kemahiran berkenaan dalam pelbagai situasi
dan sentiasa diberi peneguhan positif apabila kemahiran dapat dipamer atau
dilakukan. Prestasi akan diukur berterusan melalui pemerhatian dan intervensi akan
diubah suai jika data yang diperoleh menunjukkan murid tidak membuat kemajuan
yang memuaskan. Tujuan membuat analisis tingkah laku adalah untuk membolehkan
murid berkenaan berdikari dan berjaya dalam pelbagai situasi atau persekitaran.
2. Terapi Floortime
Terapi ini diperkenalkan oleh pakar psikiatri kanak-kanak, Stanley Greenspan.
Pendekatan ini berdasarkan bahawa kanak-kanak autistik boleh dibawa ke tahap yang
lebih tinggi dengan bantuan orang dewasa. Bantuan berkenaan hendaklah bermula
pada tahap kanak-kanak itu berada dan akan dibawa ke tahap seterusnya dengan
menggunakan kekuatan kanak-kanak tersebut. Oleh kerana kanak-kanak autistik
cenderung untuk mengasingkan diri, terapi Floortime bertujuan untuk membawa
kanak-kanak autistik melalui 6 tahap penting yang menekankan perkembangan
emisional seperti berikut:
a) Pengawalan kendiri dan menimbulkan minat terhadap dunia sekeliling.
b) Orang dewasa dan kanak-kanak menjadi lebih rapat dan melahirkan
keinginan berinteraksi dengan orang lain.
c) Mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi dua hala agar kanak-
kanak itu menyedari bahawa tindakannya membawa reaksi kepada
orang lain.
d) Mempertingkatkan pengendalian komunikasi terbuka.
e) Idea emosional iaitu kebolehan melahirkan perasaan terhadap sesuatu.
f) Pemikiran emosional iaitu kebolehan berfikir tanpa beremosi.
9
Orang dewasa berkenaan akan meyakinkan kanak-kanak autistik itu untuk berubah daripada
hanya bersendirian kepada interaksi lebih kompleks dengan orang lain. Terafi Floortime
mementingkan perkembangan emosional dan dipanggil Floortime kerana orang dewasa akan
berada pada tahap kanak-kanak autistik berkenaan untuk berinteraksi.
3. Intervensi Pembinaan Hubungan
Intervensi Pembinaan Hubungan ( Relationship Development Intervention)
diperkenalkan oleh ahli psikologi Steven Gutstein yang berfokus kepada peningkatan
kualiti hidup individu autistik untuk jangka panjang. Intervensi ini melibatkan ibu
bapa dan bertumpu kepada masalah mencari kawan, berasa empati, menunjukkan
kasih sayang dan berkebolehan berkongsi pengalaman dengan orang lain.
Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan, Gutstein mendapati kanak-kanak autistik
kekurangan kemahiran mengurus persekitaran yang sentiasa berubah. Beliau
menyifatkan kemahiran dan kebolehan ini sebagai “kecerdasan dinamik” yang terdiri
daripada aspek-aspek seperti berikut:
i) Rujukan emosional (Emotional referencing): Kebolehan menggunakan sistem
maklum balas emosi untuk mempelajari pengalaman orang lain.
ii) Kordinasi sosial (Sosial coordination): Kebolehan memerhati dan mengawal
tingkah laku untuk membolehkannya bergaul dengan orang lain dan berkongsi
emosi.
iii) Bahasa deklaratif (Declarative language): Menggunakan bahasa dan
komunikasi bukan bahasa untuk berkongsi pengalaman dan perasaan dengan
individu lain.
iv) Pemikiran fleksibel (Flexible thinking): Kebolehan menyesuaikan diri dengan
keadaan yang sentiasa berubah dan mengatur strategi yang sesuai dengan
persekitaran.
v) Refleksi (Reflection): Kebolehan mengimbas kembali dan menggunakan
pengalaman lampau untuk menjangka senario masa hadapan.
Menurut Gutstein, tujuan pendekatan ini adalah untuk mengawal diri, memperkukuhkan
interaksi sosial dan memperkembangkan pemikiran fleksibel.
10
4. Terapi pertuturan
Masalah komunikasi yang dihadapi kanak-kanak autistik adalah berbeza. Ada yang
dapat bercakap dengan lancar terutama terhadap topik yang mereka minati dan
sebaliknya. Lazimnya mereka tidak mempunyai masalah menyebut perkataan tetapi
menghadapi masalah menggunakan bahasa. Contohnya, menyebut sesuatu yang tiada
kaitan dengan situasi atau mengulangi sebutan yang mereka telah dengar atau hafal.
Sesetengahnya pula bercakap dengan nada yang tinggi atau bercakap seperti robot.
Oleh itu, usaha menggunakan terapi pertuturan hendaklah bermula dengan
pentaksiran kemahiran bahasa kanak-kanak berkenaan oleh pakar pertuturan dan
patologis bahasa.
Terapi pertuturan berfokus kepada penggunaan bahasa dalam situasi sosial seperti tumpuan
mata semasa bercakap dengan orang lain. Terapi ini juga memberi tumpuan penggunaan
gerakan tangan dan bukan bahasa verbal ketika bertutur. Bagi sesetengah kanak-kanak, ia
boleh dicapai dengan menggunakan bahan visual.
5. TEACCH (Training and Education of Autistic and Related Communication
Handicapped Children)
TEACCH ialah program pendidikan khas yang digubah khusus untuk kanak-kanak
autistik. Program ini diamalkan sejak tahun 60-an oleh Schopler, Reichler dan
Lansing. Tujuannya untuk melahirkan kanak-kanak yang boleh berdikari dan fokus
kepada kewujudan sesuatu persekitaran fizikal dan sosial yang menggalakkan
komunikasi. Persekitaran dibina dengan mengambil kira kesukaran yang dihadapi
oleh kanak-kanak autistik dan melatih mereka bertindak dengan cara yang sesuai dan
diterima masyarakat.
Memandangkan kebanyakan kanak-kanak autistik adalah murid visual, TECCH mengunakan
bahan visual untuk mempertingkatkan kefahaman, organisasi dan kemahiran berdikari.
Kanak-kanak diajar dalam persekitaran yang berstruktur termasuk penyusunan perabot secara
teratur, kawasan aktiviti yang dinyatakan dengan jelas, penggunaan alat visual dan dipandu
untuk mengikuti urutan aktiviti yang tersusun dan jelas. Adalah dipercayai bahawa struktur
bagi kanak-kanak autistik adalah asas bagi pembelajaran.
11
PENUTUP
Tiada sesiapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas kejadian yang
berlaku di muka bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri dalam keadaan
sempurna dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Justeru, terdapat insan yang
dikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluan khas kerana cacat deria lihat dan
dengar, pertuturan, fizikal, mental dan emosi. Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
berkeperluan khas tidak semua mengikuti norma pertumbuhan dan perkembangan kanak-
kanak normal.
Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa mereka mempunyai impian
dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik selepas mereka
meninggalkan bangku sekolah (Mohd. Sharani 2004).
Hajah Hasnah (1988) menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang mungkin terdapat pada
anak-anak perlu diambil berat dan bawa mereka berjumpa pakar perubatan bagi mengetahui
dan mengesan sebarang kekurangan terhadap kanak-kanak. Keprihatinan ibu bapa terhadap
anak-anak mereka akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung dan memberi semangat
kepada kanak-kanak berkeperluan khas untuk terus hidup. Oleh itu, masyarakat khususnya
ibu bapa perlu mendapatkan nasihat, pengetahuan dan bantuan supaya kanak-kanak khas
dapat dibimbing dengan sempurna.
12
RUJUKAN
Dunst, C. J. (1996). Early intervension in the USA Programs, models and practices
Tjossem. D. T. (1976). Early intervention: Issues and approaches, in Tjossem, T. D. (ed):
Intervention strategiesfor high risk infants and young children. Baltimore, University Park
Press.
Addison S. 2003. Early intervention matters. The Exceptional Parent 33: 141-5.
Azizah Lebai Nordin. (2002). Pendidikan awal kanak-kanak teori dan amali. Penerbitan
Universiti Malaya.
Guralnick, M. J. 1997. The effectiveness of early intervention. Baltimore: P. H. Brookes.
Friend, M. (2005). Special Education: Contemporary Perspectives for school professionals.
Boston: Pearson Education, Inc.
Web http://www.floortime.org/
Abdul Rahim Talib (2009). HBSL1103 Pengenalan Kepada Kanak-kanak Bermasalah
Pembelajaran. Selangor: Open University Malaysia (OUM).
Jamila K.A.Mohamed (2006). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Selangor: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
www.Seri pengasih .com/intervensi .htm
Luiselli, J. K., Connon, B. O., Ellis, J. T. & Sisson, R. W. 2000. Home-based behavioural
interventions for young children with autism/pervasive development disorder: A
preliminary evaluation of outcome in relation to child age and intensity of service
delivery. Autism 4(4): 389-398.
13
14
top related