kata penghantar lajnah tarbiyyah -...

Post on 05-Mar-2018

262 Views

Category:

Documents

12 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

#

#

Kata Penghantar Lajnah Tarbiyyah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Segala puji bagi Allah swt,dengan limpah dan kurnianya,selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda nabi muhamad ,kerana dengan usaha dakwah baginda islam dapat tersebar luas ke sekalian alam.

Usaha untuk membuat modul usrah muslim super ini adalah salah satu usaha kami dalam membumikan tarbiyyah yang ingin disampaikn oleh IPIJ.

Di zaman yang penuh dgn maklumat dunia tanpa sempadan,memerlukan Individu-individu muslim yang mempunyai daya tahan iman yang tinggi dan kefahaman islam yang jitu untuk mempertahankan aqidah islam yang dipegang,dan mengimplimentasikan dalam kehidupan dengan membawa manhaj aqidah perjuangan.

Justeru itu,terhasillah satu susunan silibus dalam modul U.M.S yang cuba merangkumi segala aspek kehidupan dalam individu muslim super.Kami berharap,semoga dengan usaha kecil ini,kita dapat sama-sama berukhuwwah,dalam menjalani tarbiyyah berpanjangan,selari dengan moto IPIJ, iaitu ukhuwwah berterusan,tarbiyyah berpanjangan.

Yang benar,

Wakil jabatan nuqaba’ 2012/13

#

Secebis Makalah Presiden

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi dengan inayah dan keizinanNya terhasillah susunan silibus usrah IPIJ. Usaha ini merupakan satu refleksi terhadap keperluan mempunyai satu sistem yang standard demi menyelaraskan fikrah, gerak kerja dakwah serta pemahaman terhadap matlamat penubuhan IPIJ di Jepun. Benarlah kata-kata Saidina Ali,

“Kejahatan yang terancang dapat mengalahkan kebaikan yang tidak terancang.”

Walau benar, hebat dan unggul macam manapun perjuangan dakwah yang kita bawa, tetapi jika tanpa strategi, tertib yang selari dengan waqi' dan keadaan semasa, nescaya perjuangan kita tidak mampu mengenai sasaran. Silibus yang disusun oleh ALUMNI IPIJ dengan kerjasama AJK IPIJ yang berpengalaman dalam dunia dakwah ini terdiri daripada beberapa tingkatan bermula daripada pengenalan kepada aqidah, pembangunan insaniah, dakwah, jemaah dan gerakan Islam serta kepentingan Islam menjadi pengawal kepada alam sejagat. Saya mengharapkan silibus ini mampu membantu para nuqabat serta anak usrah memahami susur galur tarbiyyah dengan lebih sistematik lagi. Semoga kita juga mampu untuk menyebar-luaskan Islam ini juga pada masyarakat di Jepun insyaAllah. Akhir kalam, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK, ALUMNI, ahli usrah, serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan agenda tarbiyyah itu suatu agenda utama dalam kehidupan kita di dunia ini. Ingatlah tanah yang kering tidak mampu menjadi tempat pokok disemai, begitu jua hati yang kering dan tiada roh padanya seolah-olah menjadikan manusia yang tidak subur dan mati. Tanpa tarbiyyah jiwa rebah. Saya juga berharap ukhwah yang terjalin antara kita berkekalan hingga ke akhirat juga sebagai aset kita mendapat lindungan arasy Allah di hari akhirat kelak.

Ukhuwwah berterusan tarbiyyah berpanjangan,

AHMAD MUZAMMIR BIN MUHAMMAD

Presiden Ikatan Persaudaraan Islam Jepun (IPIJ) sesi 2013

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

#

top related