kata ganti nama

Post on 06-Apr-2017

1.010 Views

Category:

Documents

28 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KATA GANTI NAMA

Kata ganti nama digunakan untuk menggantikan sesuatu kata nama am. Kata

ganti nama dapat dibahagikan kepada:a)Kata ganti nama dirib)Kata ganti nama tunjukc)Kata ganti nama tanyad)Kata ganti nama tak tentu

KATA GANTI NAMA DIRIKata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama seseorang. Terdapat tiga jenis kata ganti nama diri, iaitu:a)Kata ganti nama diri pertama: saya, aku, beta, patik, hamba, kita dan kami.b)Kata ganti nama diri kedua: kamu, engkau, awak, kalian, anda dan tuan hamba.c)Kata ganti nama diri ketiga: dia, ia, beliau, mereka dan baginda

KATA GANTI NAMA TUNJUKKata ganti nama tunjuk digunakan untuk menunjukkan benda, haiwan, manusia dan tempatIni – menunjukkan sesuatu yang dekatContoh ayat: - Ini kereta bapa saya.

- Saya tidak tahu menjawab soalan ini.Itu – menunjukkan sesuatu yang jauhContoh ayat: - Itu rumah pakcik saya.

- Bersihkan tempat itu segera.

KATA GANTI NAMA TANYAKata ganti nama tanya digunakan untuk menanyakan benda, orang, binatang atau perkara.

SiapaDigunakan untuk menanyakan nama manusia

sahaja.

Contoh ayat:

Murid yang kena denda itu siapa?

ManaDigunakan untuk menanyakan tempat.

Contoh ayat:

Ke manakah kamu pergi tadi?

Apa Digunakan untuk menanyakan

nama benda, binatang atau

perkara.

Contoh ayat:

Benda yang disimpan di dalam

beg itu apa?

KATA GANTI NAMA TAK TENTUKata ganti nama tak tentu digunakan untuk menggantikan benda,

manusia, masa, tempat atau perkara yang tidak khusus. Apa-apa

Digunakan untuk menggantikan benda dan perkara yangtidak khusus.

Contoh ayat: Saya tidak tahu apa-apa tentang hal ini.

Siapa-siapa / sesiapa

Digunakan untuk menggantikan manusia yang tidak tertentu.

Contoh ayat: Siapa-siapa/ sesiapa sahaja boleh memohon biasiswa

tersebut.

Bila-bilaDigunakan untuk menggantikan masa yang tidak tentu.

Contoh ayat:

“Datanglah ke rumah saya bila-bila masa,” kata Jia Ming kepada kawan-kawannya.

Mana-manaDigunakan untuk menggantikan tempat atau benda yang tidak khusus.

Contoh ayat:

Ambillah mana-mana yang kamu suka.

top related