kata ganda
Post on 14-Jun-2015
18.601 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KATA GANDA
Kata ganda ialah kata yang terhasil atau terbentuk daripada kata yang digandakan atau diulang sama ada sebahagian atau keseluruhannya.Kata gandi terbahagi kepada empat bentuk seperti yang berikut:-a) Kata ganda seluruh c) Kata ganda bersajakb) Kata ganda separa d) Kata ganda berimbuhan
Kata Ganda SeluruhKata ganda seluruh terhasil atau terbentuk daripada kata dasar yang digandakan sluruhnya. Kata ganda ini diberi tanda sempang ( - )
Kata ganda seluruh terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut:-
Kata Dasar Kelas Kata Kata Ganda Seluruh
jamjalan
kata namakata nama
jam-jamjalan-jalan
pemberitasoalan
Kata nama terbitankata nama terbitan
pemberita-pemberitasoalan-soalan
manaapa
kata tanyakata tanya
mana-manaapa-apa
comelkasar
kata adjektifkata adjektif
comel-comelkasar-kasar
dudukbaring
kata kerjakata kerja
duduk-dudukbaring-baring
awaljarang
kata keterangankata keterangan
awal-awaljarang-jarang
Contoh penggunaan kata ganda seluruh dalam ayat:1. Kura-kura dapat hidup di darat atau di dalam air.2. Pahlawan itu handal-handal belaka.3. Buku yang dibelinya tebal-tebal belaka.4. Undang-undang perlu kita patuhi.5. Layang-layang itu terbang tinggi di angkasa.
Senarai kata ganda seluruh mengikut kelas kata.
A. Kata Ganda Seluruh (Kata Nama) Contoh:
B. Kata Ganda Seluruh (Kata Adjektif) Contoh:
© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu1
gado-gado kunang-kunangberang-berang kupu-kupuberi-beri ubur-uburangan-angan ura-urakelip-kelip rama-rama
hitam-hitam muda-mudakaya-kaya indah-indahjinak-jinak gagah-gagahragu-ragu hebat-hebatsusah-susah lama-lama
C. Kata Ganda Seluruh (Kata Kerja) Contoh:
D. Kata Ganda Seluruh (Kata Keterangan) Contoh:
Kata ganda seluruh ada yang menyatakan maksud tunggal dan ada yang menyatakan maksud bilangan banyak/jamak.
Perhatikan penerangan yang berikut:-
A. Kata Ganda Seluruh (maksud bilangan tunggal) Contoh:
B. Kata Ganda Seluruh (maksud bilangan banyak) Contoh:
Yang berikut ialah senarai beberapa kata ganda seluruh.
abang-abangajak-ajakakhir-akhirakan-akananak-anakangan-anganapa-apaawal-awalbagus-bagusbaik-baikbakul-bakulbanyak-banyakbarang-barang
handal-handalhangat-hangatharta-hartaharum-harumhati-hatihidup-hiduphitam-hitamibu-ibuiklan-iklaniras-irasingat-ingatindah-indahisi-isi
olok-olokonak-onakonde-ondeoneng-onengorang-orangotot-ototpahit-pahitpaku-pakuparu-parupihak-pihakpijat-pijatpintu-pintupuak-puak
© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu2
main-main pulang-pulangmarah-matah duduk-dudukmuntah-muntah baring-baring
kadang-kadang terang-terangkalau-kalau masak-masakkira-kira laju-lajumoga-moga ketat-ketatsayup-sayup kuat-kuat
agar-agar onde-ondeampai-ampai ilam-ilamamung-amung biri-biriangkut-angkut dalu-dalubaling-baling jemput-jemput
sahabat-sahabat rajah-rajahpintar-pintar jari-jarilesen-lesen kedai-kedaimusuh-musuh tua-tuanama-nama gelas-gelas
besar-besarbuah-buahbulat-bulatcantik-cantikcara-caracarik-carikcepat-cepatcita-citacuri-curicondong-condongcuba-cubadalam-dalamdaun-daundekat-dekatdengar-dengardewa-dewadiam-diamduduk-dudukegen-egenejek-ejekelok-elokenak-enakentah-entahensot-ensotepok-epokerat-eratfaham-fahamfaedah-faedahfakta-faktafasih-fasihfatwa-fatwafiil-fiilfilem-filemfirman-firmangadis-gadisgado-gadogarang-garangganas-ganasgemuk-gemukgila-gilagula-gulaguru-guruhalus-halus
isteri-isterijahat-jahatjalan-jalanjamu-jamujarang-jarangjari-jarijaring-jaringjauh-jauhjelik-jelikkaki-kakiketuk-ketukkawan-kawankuat-kuatkuda-kudakuning-kuningkura-kurakurus-kuruslagi-lagilagu-lagulain-lainlaju-lajulancar-lancarliat-liatlayu-layulebam-lebammain-mainmakan-makanmarah-marahmasam-masammati-matimula-mulamuntah-muntahmusuh-musuhnama-namanaga-naganakal-nakalnegeri-negerinilai-nilainipis-nipisnyaris-nyarisnyiru-nyiruobor-oborole-ole
puas-puasragu-ragurajin-rajinraja-rajarajah-rajahrakan-rakanrapat-rapatrata-ratarumah-rumahsaat-saatsahabat-sahabatsamar-samarsesak-sesaksudu-sudusuka-sukasukar-sukarsusah-susahtajam-tajamtamu-tamuteknik-teknikteman-temanterang-terangtiket-tikettin-tintinggi-tinggiubi-ubiudang-udangulama-ulamaulat-ulatundang-undangura-urauri-uriunsur-unsurwabak-wabakwajah-wajahwakil-wakilwaktu-waktuwali-waliwang-wangwangi-wangiwarung-warung
Dari segi ejaan atau penulisan, kata ganda seluruh mestilah dibubuh tanda sempang ( - ).Contoh:
Anak-anak pelajar-pelajar cawan-cawan
Frasa setara tidak boleh diulang atau digandakan sama ada sebahagian atau keseluruhannya untuk menyatakan maksud jamak (bilangan banyak).Contoh:
1.a) Ibu-ibu bapa (X) b) Ibu bapa (√)2.a) Pinggan-pinggan mangkuk. (X) b) Pinggan mangkuk (√)
© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu3
Kata ganda yang sudah bermakna jamak oleh sebab penggandaan, maka kata ganda itu tidak boleh disertai kata bilangan.Contoh:
1.a) Tiga biji gelas-gelas itu telah retak. (X) b) Gelas-gelas itu telah retak. (√) c) Tiga biji gelas itu telah retak. (√)
Dalam binaan ayat, sekiranya kata ganda seluruh yang terdiri daripada kelas kata adjektif telah sedia membawa makna jamak, maka kata nama yang diterangkan oleh kata adjektif itu tidak boleh digandakan lagi.Contoh:
1.a) Gelas-gelas minuman itu cantik-cantik belaka. (X) b) Gelas minuman itu cantik-cantik belaka (√)
Kata bilangan boleh digunakan kepada kata ganda seluruh yang menyatakan makna tunggal.Contoh:
1. Tiga ekor rama-rama.2. Empat orang kanak-kanak itu cacat penglihatan.
Kata Ganda Separa
Kata ganda separa ialah kata ganda yang terhasil daripada pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya. Huruf vokal pada suku kata pertama kata dasar itu berubah menjadi vokal e. Kata ganda separa tidak menggunakan tanda sempang ( - ).
Kata ganda separa terbentuk daripada kelas kata nama sahaja. Perhatikan contoh di bawah ini:-
Kata Dasar Kelas Kata Kata Ganda Separa
kunyittulangriangsendilada
kata namakata namakata namakata namakata nama
kukunyittetulangreriangsesendilelada
Contoh penggunan kata ganda separa dalam ayat:1. Kekotak itu disusun dengan rapi sekali.2. Peparu wanita itu berair.3. Bebuluh itu dibelah un tuk dibuat lantai rumah.4. Ibu suka makan bebotok.5. Laluan masuk ke gua batu itu dipenuhi dengan sarang lelabah.
Senarai Kata Ganda Separa.
Kata ganda separa ada yang menyatakan maksud tunggal dan ada yang menyatakan maksud bilangan banyak/jamak.
Perhatikan penerangan yang berikut.
© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu4
balang-balang = bebalangbendul-bendul = bebendulberas-beras = beberasbibir-bibir = bebibirgelung-gelung = gegelungjamu-jamu = jejamu
juang-juang = jejuangbuluh-buluh = bebuluhkunci-kunci = kekuncisendal-sendal = sesendalgasing-gasing = gegasingdawai-dawai = dedawai
A. Kata Ganda Separa (maksud bilangan tunggal) Contoh:
B. Kata ganda separa (maksud bilangan jamak/banyak) Contoh:
Senarai Kata Ganda Separa.
bebalaibebaraubebawangbebenangbebolabebotokbebulibebuluhcecaircecawicecekakdedalidedaludedamakdedarudedawaidedaundedaupgegasinggegendangjejakajejalajejamongjejamu
jejarijejawijejentikjejuangkekabukekacangkekapaskekarakekepukkekilikekisikekuncilelabahlelabulelabileladalelakilelayangleletuplelumbamemayapepanggilpeparupepejal
peperampepenjurupepijatpepuyurerambutreriangreriburerukusesaginsesekatsesendalsesendisesentihsesikusesumpitsesunguttetamutetanggatetuangtetubantetulangtetupaitetambaktetingkat
Dalam penulisan, kata ganda separa tidak memerlukan tanda sempang ( - ).Contoh:
le-laki (X) ke-kura (X)lelaki (√) kekura (√)
Kata bilangan tidak boleh digunakan kepada kata ganda separa yang telah sedia membawa makna jamak.Contoh:
1.a) Beberapa helai dedaun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (X) b) Dedaun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (√)
© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu5
oneng-oneng tetamukekuda tetulangjejentik sesikukekabu sesenditetupai lelayang
lelada dedahankekotak jejarijejala pepohondedaun bebuluh
c) Beberapa helai daun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (√)
Kata bilangan boleh digunakan kepada kata ganda separa yang menyertakan makna tunggal atau satu.Contoh:
1. Tiga ekor lelabi itu mati di dalam air sungai yang telah tercemar itu.2. Lima ekor pepijat merayap di atas tilamnya.
Kata ganda bersajak/berima
Kata ganda bersajak ialah kata ganda yang mengalami perubahan bunyi dengan memberikan kata gandaan yang berbeza daripada kata dasarnya.Kata ganda bersajak ini diberi tanda sempang ( - ).
Contoh penggunaan kata ganda bersajak/berima dalam ayat:1. Mereka beroleh batu-batan itu dari bukit yang berhampiran.2. Desas-desus mengatakan bahawa pengarah syarikat itu akan meletakkan jawatannya dalam syarikat berkenaan.3. Mulut Tok bomoh itu kumat-kamit membaca jampi serapah.4. Pihak berkuasa terus memburu saki-baki komunis yang masih bersembunyi di dalam hutan di negara ini.5. Dalam keadaan kelam-kabut itu ayah terlupa untuk membawa telefon bimbitnya.
Senarai kata ganda bersajak/berima.A. Kata ganda bersajak (kata nama)Contoh:
B. Kata ganda bersajak (kata adjektif)Contoh:
C. Kata ganda bersajak (kata kerja)Contoh:
© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu6
anak-pinak gunung-ganangawan-gemawan sayur-mayurlauk-pauk rempah-ratuskuih-muih kayu-kayansemak-samun bukit-bukausampah-sarap tali-temali
gilang-gemilang lekak-lekukkusut-masai porak-perandasegar-bugar ramah-tamahserba-serbih riuh-rendahterang-benderang karut-marutlicin-licau gundah-gulana
bolak-balik ayun-temayuncorat-coret huru-harakacau-bilau kicak-kicaukicang-kecok lenggang-lenggoksusup-sasap beli-belah
D. Kata ganda bersajak (kata keterangan)Contoh:
Senarai Kata Ganda Berima.
adai-badaialai-balaialai-belaianak-pinakaram-temaramawan-gemawanayun-temayunbasa-basibatu-batanbecang-becakbedil-bedalbelat-belitbengkak-bengkilbongkar-bangkirbukit-bukaucalar-balarcarut-marutcebar-ceburcelam-celumcelas-celuscelengkak-celengkokcelorong-celorengcirit-biritdesas-desusdayung-mayungdegap-degupdengkang-dengkoldentam-dentumderam-derumdesas-desusdolak-dalikengkap-rengkaperang-erotgembar-gemburgerak-gerigilang-gemilanggolang-golekgual-guilgulung-gemulunggundah-gulanagunung-ganang
halai-balai hancur-mumurharu-biruherot-merothilang-pintanghingar-bingarhuru-harahuyung-hayanginca-bincaincang-incutinggang-inggungjangkih-mangkihjendal-jenduljengkang-jengkotjerah-jerihjongkang-jongketjongkar-jongkirjulur-jalarkalang-kabutkalut-malutkasak-kisikkebas-kebuskecuh-kecahkeluh-kesahkerak-kerukkeriang-keriutlekuh-lekahlempang-lempunglentam-lentumliang-liuklicin-licaulintang-pukanglopak-lapikluntang-luntingmandi-mandamasak-mangsaimerah-merangmercak-mercikmorat-maritmuda-mudimundar-mandir
musuh-masaholah-alik olang-olingorak-arikpiat-piutpincang-pincingpindah-randahpiut-miutpolang-palingporak-perandapontang-pantingpunah-ranahremeh-temehrempah-pawahsempang-sempongriuh-rendahrobak-rabikropak-rapikrumput-rampairanggu-ranggasaki-bakisampah-sarapsara-barasaudara-marasayur-mayursimpang-perenangsuku-sakatsusup-sasapsusur-galurtakang-takiktakuh-takahtanah-tanihteka-tekiterang-benderangtikai-pangkaitindak-tanduktulang-temulangulang-alikumbang-ambingunggang-unggitwarna-warni
Kata ganda bersajak/berima yang telah sedia membawa makna sangat atau paling, maka kata penguat tidak noleh digunakan lagi bagi menguatkan maksud kata ganda bersajak atau berima itu.Contoh:
1.a) Lantai bilik air itu sangat licin-licau. (X)
© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu7
lambat-laun pontang-pantinglintang-kedak serta-mertalintang-pukang tunggang-langgang
b) Lantai bilik air itu licin-licau. (√) c) Lantai bilik air itu sangat licin. (√)2.a) Rambut orang gila itu sangat kusut-masai. (X) b) Rambut orang gila itu kusut-masai. (√) c) Rambut orang gila itu sangat kusut. (√)
Kata ganda berimbuhan
Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang ditambah dengan imbuhan, sama ada yang berupa awalan, akhiran, apitan atau sisipan.Kata ganda berimbuhan ini diberi tanda sempang (-).Contoh:
Awalan tercari-cari, berjam-jam, ketujuh-tujuh, melambai-lambai, tersipu-sipu, tertanya-tanya
Akhiran buah-buahan, gali-galian, ulam-ulaman, sayur-sayuran, biji-bijian, mati-matian, kenang-kenangan
Apitan bersalam-salaman, bercakar-cakaran, keanak-anakan, kebiru-biruan, sekecil-kecilnya
Sisipan awan-kemawan, tikam-menikam, tilik-menilik, tulis-menulis, usik-mengusik, ukir-mengukir
Kata ganda berimbuhan terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut:
A. Kata Ganda Berimbuhan (kata nama)
Contoh:
B. Kata Ganti Berimbuhan (kata adjektif)Contoh:
C. Kata ganda berimbuhan (kata kerja)Contoh:
D. Kata ganda berimbuhan (kata keterangan)Contoh:
Contoh penggunaan kata ganda berimbuhan dalam ayat:1. Abu berangan-angan hendak menjadi seorang juruterbang.2. Pak Haji Ali bercadang untuk mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya itu secara besar-besaran.3. Ah Keong bermati-matian tidak mahu mengakui kesilapannya itu.4. Sikap bantu-membantu perlu diamalkan dalam masyarakat.5. “Seelok-eloknya kita merancang perbelanjaan pada setiap bulan,” kata Aida kepada Ruby.
© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu8
anak-anakan orang-oranganbuah-buahan rumah-rumahandaun-daunan tumbuh-tumbuhan
mudah-mudahan hidup-hidupanmati-matian masam-masamanmanis-manisan besar-besaran
umpat-umpatan tumbuk-menumbuktuduh-menuduh caci-mencacikeji-mengeji ukur-mengukur
sebaiknya sesungguhnyaseboleh-bolehnya seharusnyasedapat-dapatnya selewat-lewatnya
Senarai Kata Ganda Berimbuhan.
ambil-mengambilambin-mengambinancam-mengancamandam-mengandamangkut-mengangkutaniaya-menganiayaatas-mengatasiayak-mengayakbahu-membahubalas-membalasbancuh-membancuhbantu-membantubedil-membedilbaham-membahambelit-membelitbenci-membencicaci-mencacicanai-mencanaicari-mencaricela-mencelacetak-mencetakcium-menciumconteng-mencontengcuri-mencuridahulu-mendahuluidakap-mendakapdakwa-mendakwadatang-mendatangidayung-mendayungdendam-mendendamidesak-mendesakdorong-mendorongeja-mengejaejek-mengejekekor-mengekorielak-mengelakendah-mengendahifaham-memahamifikir-memikirfitnah-memfitnahgali-menggaligaris-menggaris
gaul-menggaulgertak-menggertakgigit-menggigitgilap-menggilaphambat-menghambathantar-menghantarharga-menghargaihasut-menghasuthentam-menghentamhias-menghiashormat-menghormatihubung-menghubungiikat-mengikatikut-mengikutiingat-mengingatiintai-mengintaiintip-mengintipjadi-menjadijahit-menjahitjatuh-menjatuhijauh-menjauhijilat-menjilatjilid-menjilidjual-menjualkacau-mengacaukafir-mengkafirkait-mengaitkarang-mengarangkasih-mengasihikata-mengataikecil-mengecilkankira-mengiralanggar-melanggarlawat-melawatilempar-melemparkanlengkap-melengkapimaaf-memaafimaki-memakimalu-memaluimasak-memasakmati-matiannafi-menafikan
nasihat-menasihatipandang-memandangpaut-mamautpikul-memikulpinang-meminangpilih-memilihpukul-memukulpuji-memujipujuk-memujukragu-meraguiratap-meratapiraut-merautrejam-merejamrendah-merendahkanrendam-merendamrenjis-merenjissahut-menyahutsalah-menyalahkansambar-memenyambarselar-menyelarselit-menyelitsilang-menyilangsiram-memyiramsorok-menyoroktahu-menahutakluk-menaklukitampal-menampaltampar-menampartarik-menariktegah-menegahtentang-menentangtilik-menilikubah-mengubahugut-mengugutukir-mengukirukur-mengukurungkit-mengungkitusik-mengusikutus-mengutusulang-mengulangiyakin-meyakiniziarah-menziarahi
Apabila kata ganda berimbuhan yang digunakan dalam ayat telah sedia menyatakan makna berulang-ulang, maka kata berkali-kali atau berulang-ulang tidak boleh digunakan selepas kata ganda berimbuhan itu.Contoh:
1.a) Adik melambai-lambaikan tangannya berkali-kali sebelum dia menaiki pesawat itu. (X) b) Adik melambai-lambaikan tangannya sebelum dia menaiki pesawat itu. (√)
Sekiranya kata ganda berimbuhan yang digunakan dalam ayat sudah menyatakan maksud
© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu9
menyaling, maka kata saling tidak perlu lagi. Contoh:
1.a) Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling potong-memotong. (X) b) Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu potong-memotong. (√) c) Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling -memotong. (√)
Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganda seperti yang berikut:-
1. Kesalahan meletakkan tanda sempang ( - ) bagi kata ganda separa. Contoh:
a) Ke-kisi tingkap itu masih kukuh. (X)b) Kekisi tingkap itu masih kukuh. (√)
2. Kesalahan mengulangi/menggandakan frasa nama setara untuk menunjukkan makna jamak. Contoh:
a) Periuk-periuk belanga itu kelihatan seperti baru setelah digilap. (X)b) Periuk-belanga itu kelihatan seperti baru setelah digilap. (√)
3. Kesalahan menggandakan kata nama dalam ayat apabila kata adjektifnya telah digandakan. Contoh:
a) Baju-baju itu besar-besar belaka. (X)b) Baju itu besar-besar belaka. (√)
4. Kesalahan menyertakan kata saling kepada kata ganda menyaling dalam ayat. Contoh:
1.a) Mereka saling caci-mencaci. (X) b) Mereka caci-mencaci. (√)
5. Kesalahan menyertakan kata penguat kepada kata ganda berima untuk menyatakan maksud darjah tertinggi. Contoh:
1.a) Mary ditegur oleh Cikgu Yati kerana rambutnya kelihatan sangat kusut-masai. (X) b) Mary ditegur oleh Cikgu Yati kerana rambutnya kelihatan kusut-masai. (√)2.a) Sayur itu kelihatan sungguh segar-bugar. (X) b) Sayur itu kelihatan segar-bugar. (√)
6. Kesalahan menyertakan kata bilangan kepada kata ganda berima yang kata dasarnya terdiri daripada kata nama. Contoh:
1.a) Semua kuih-muih itu dijualnya di pasar malam. (X) b) Kuih-muih itu dijualnya di pasar malam. (√)
© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu10
top related