kata banyak makna

Post on 14-Jun-2015

9.813 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KATA BANYAK MAKNA

Terdapat beberapa perkataan dalam bahasa Melayu yang mempunyai makna lebih daripada satu makna.

Senarai kata ganda banyak makna.

Kata Ganda Maksud Ayat Contoh

mengada-ada 1 menunjuk-nunjuk2 berkata atau membuat yang bukan-bukan

1 Sejak bergelar bintang filem, Sarinah mula mengada-ada dan beraksi sombong.2 “Jangan kamu mengada-ada di hadapan orang tua-tua,” kata ibu kepadaku.

agar-agar 1 sejenis lumut laut2 sejenis kuih

1 Penyelam-penyelam itu sedang mencari agar-agar di dalam laut.2. Agar-agar santan yang dijual di gerai kuih itu sungguh enak rasanya.

alang-alang 1 tidak bersungguh-sungguh2 sedikit, kurang

1 Pengurus kilang itu menegur para pekerjanya yang bertugas dengan alang-alang sahaja.2 Alang-alang mandi biar basah.

anak-anak 1 banyak budak2 patung

1 Anak-anak itu sudah berkumpul untuk meraikan Hari Kanak-kanak.2 Adik suka bermain anak-anak bersama kawan-kawannya.

angan-angan 1 cita-cita2 gambaran/bayangan dalam fikiran

1 Angan-angannya hendak menjadi angkasawan pertama Malaysia.2 Panggilan ibunya dari dapur tiba-tiba melenyapkan angan-angan Zubaidah.

angin-angin 1 desas-desus2 gelagat

1 Angin-angin mengatakan bahawa harga minyak petrol akan turun.2 Melihat angin-angin Perdana Menteri, pilihan raya mungkin akan diadakan pada tahun ini juga.

apa-apa 1 segala apa2 sesuatu

1 Pesakit itu tidak memberikan apa-apa reaksi tentang ubat yang diminumnya itu.2 “Ada apa-apa yang kamu belum faham?” tanya Cikgu Murad kepada murid-muridnya.

api-api 1 sejenis serangga perosak2 tumbuhan yang tumbuh pada pokok lain

1 Tanaman bunga orkid itu musnah diserang api-api.2 Pokok api-api itu tumbuh subur pada pohon beringin.

baik-baik 1 dengan rapi2 hati-hati

1 “Simpan wang ini baik-baik,” pesan Encik Mohan kepada anaknya.2 Kata anggota polis itu, “Baik-baik ketika kamu melintas jalan raya.”

banyak-banyak 1 dalam jumlah yang banyak2 sungguh-sungguh

1 Peniaga gerai minuman itu membuat roti canai banyak-banyak.2 “Terima kasih banyak-banyak,” kata peminta sedekah itu kepada dermawan itu.

bayang-bayang 1 gambar pada cermin2 rupa yang tak jelas dalam

1 Asmah melihat bayang-bayangnya sendiri di cermin muka.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu1

gelap 2 Ternampak bayang-bayang orang terhendap-hendap di luar rumah itu.

bulat-bulat 1 bentuk bulat2 dengan begitu sahaja

1 Guli yang dimainkan oleh kanak-kanak itu bulat-bulat belaka.2 Dibelinya buah-buah durian itu bulat- bulat tanpa tawar-menawar harganya.

cita-cita 1 harapan2 maksud

1 Cita-cita Majid ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading.2 Dia menabung wangnya dalam ASB dengan cita-cita untuk mendapatkan dividen yang baik.

datang-datang 1 setibanya2 selalu datang

1 Datang-datang dia ke mari untuk meminjam wang sahaja.2. “Datang-datanglah ke dusun kami apabila tiba musim durian nanti,” kata Pak Saman.

diam-diam 1 tidak memberitahu sesiapa2 tidak berbuat apa-apa

1 Pasangan teruna dan dara itu bernikah diam-diam di negara jiran.2 Ibu itu meminta anak-anaknya duduk diam-diam ketika beliau sedang memandu kereta.

terengah-engah 1 tercungap-cungap2 tergesa-gesa

1 Dia menamatkan larian jarak jauh itu dengan terengah-engah.2 Puan Mariam bertolak ke pajabat dengan terengah-engah sehingga tertinggal tas tangannya.

gilang-gemilang 1 terang-benderang2 cantik sekali

1 Dewan tarian itu kelihatan gilang- gemilang bermandikan cahaya lampu berwarna-warni.2 Pakaian primadona itu gilang-gemilang.

hangat-hangat 1 sementara masih hangat2 tidak bersungguh-sungguh

1 Mi rebus itu elok dimakan hangat- hangat.2 Segala usahanya merupakan hangat- hangat tahi ayam sahaja.

berhati-hati 1 memberi perhatian2 berawas-awas

1 Nenek berpesan, “Berhati-hati selalu sebelum cucu diperdaya orang.”2 Sentiasalah berhati-hati ketika berada di jalan raya.

ikut-ikut 1 meniru2 turut campur

1 Kassim mula ikut-ikut kumpulan budak- budak nakal itu merokok.2 Banyak kaki bola yang ikut-ikut bermain di padang ketika petang.

kira-kira 1 lebih kurang2 ilmu hisab

1 Kira-kira 20 ribu penonton menyaksikan Kosert Bollywood di Stadium Nasional.2 Semua murid belajar kira-kira waktu di sekolah rendah.

kuda-kuda 1 kayu penyangga tulang bumbung rumah2 penopang papan hitam

1 Sebelum memasang atap, tukang rumah itu memasang kuda-kuda dahulu.2 Kuda-kuda papan hitam itu hampir patah.

langit-langit 1 bahagian atas rongga mulut2 kain yang dipasang di bawah atap

1 Langit-langit saya luka kerana tercucuk tulang ikan.2 Langit-langit di bilik rumah yang usang itu sudah reput sama sekali

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu2

main-mainan 1 benda yang digunakan untuk bermain2 barang tiruan yang kelihatan asli

1 Adik kecilku gemar bermain dengan main-mainan.2 Perompak itu menggunakan pistol main-mainan untuk mengancam tukang emas itu.

mana-mana 1 barang apa pun2 siapa-siapa

1 “Pilihlah mana-mana baju yang encik suka,” kata jurujual itu.2 “Mana-mana yang setuju sila angkat tangan,” kata pengerusi mesyuarat itu.

mati-matian 1 dengan bersungguh-sungguh2 berpura-pura mati

1 Askar-askar itu berjuang bermati- matian demi mempertahankan negara.2 Tawanan perang itu terbaring mati- matian ketika dihampiri oleh askar- askar musuh.

mentah-mentah 1 tidak dimasak2 dengan begitu sahaja

1 Ibu gemar makan ulam mentah-mentah.2 Pinangan lelaki tua itu ditolak mentah- mentah oleh ibu bapa gadis remaja itu.

minta-minta 1 mengemis2 moga-moga

1 Terdapat beberapa orang minta-minta di kaki lima restoran besar itu.2 Minta-minta luluslah kamu semua dalam peperiksaan akhir nanti.

bermuka-muka 1 beberapa banyak muka surat2 berpura-pura

1 Dia menulis bermuka-muka surat kepada sahabat penanya.2 Sikapnya yang bermuka-muka amat merugikan dirinya sendiri.

mula-mula 1 pada awalnya2 sejak

1 Salmah menjadi wanita yang mula- mula sampai di kemuncak gunung itu.2 Mula-mula sampai di Cameron Highlands, kami kagum dengan cuaca sejuknya.

orang-orang 1 boneka2 patung untuk menakutkan burung

1 Raja yang lemah memerintah itu dianggap seperti orang-orang sahaja.2 Banyak petani menegakkan orang- orang di tengah-tengah sawah masing- masing.

perlahan-lahan 1 tidak tergesa-gesa2 tidak kuat

1 Lori tangki itu dipandu perlahan-lahan sahaja.2 “Tolong cakap perlahan-lahan,” pinta jururawat itu kepada pelawat di dalam wad pesakit itu.

berputar-putar 1 berpusing-pusing2 berbelok-belok

1 Hakim mahkamah menegur saksi yang sedang memberi keterangan berputar- putar.2 Pemandu teksi itu membawa penumpangnya berputar-putar di sekitar bandar untuk mengelakkan kesesakan jalan raya.

rata-rata 1 rata sekali2 dihitung panjang

1 Jentolak itu sedang menolak longgokan tanah itu rata-rata.2 Rata-rata pendapatan peniaga itu sebanyak RM50 sehari.

merayau-rayau 1 mengembara2 berkeliaran

1 Rombongan pendaki gunung yang tersesat itu merayau-rayau mencari khemah mereka.2 Kambing-kambing yang terlepas itu

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu3

merayau-rayau mencari makanan.rupa-rupanya 1 barangkali

2 sebaliknya1 Rupa-rupanya aku hanya bermimpi.2 Jurujual yang berniat hendak menipu pelanggannya rupa-rupanya tidak demikian jadinya.

sangat-sangat 1 terlalu2 sungguh-sungguh

1 Rumah ialah tempat perlindungan yang sangat-sangat diperlukan manusia.2 Wanita sangat-sangat mengambil berat tentang kecantikan wajah mereka.

satu-satu 1 satu demi satu2 sesuatu

1 “Cuba kira benda itu satu-satu,” kata ayah.2 Pergilah berjumpa doktor jika anda menghidap satu-satu penyakit.

semak-semak 1 belukar2 kusut (fikran)

1 Tanah dusun yang terbiar itu dipenuhi semak-semak.2 Penuntut yang terkandas dalam peperiksaan itu terasa semak-semak di dada.

sia-sia 1 tidak bermanfaat2 kurang berhati-hati

1 Pelajar yang cerdik itu tidak pernah membuang masanya dengan sia-sia.2 Banyak orang menuduh orang lain dengan sia-sia sahaja.

bersiap-siap 1 berjaga-jaga2 berkemas

1 Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Pahang sudah bersiap-siap untuk menghadapi musim banjir.2. Pak long sedang bersiap-siap untuk mengahwinkan anak bongsunya itu.

siapa-siapa 1 orang yang tertentu2 barang siapa

1 Saya tidak mengenali siapa-siapa di dalam teksi yang dinaiki itu.2 Siapa-siapa yang datang lewat ke sekolah akan didenda oleh guru disiplin.

tahu-menahu 1 tidak tahu apa-apa2 tidak ambil peduli

1 Kami tidak tahu menahu tentang kehilangan wang di dalam laci meja itu.2 Terdapat kalangan ibu bapa yang tidak tahu-menahu tentang gerak-geri anak mereka di luar waktu sekolah.

tegak-tegak 1 sentiasa tegak (berdiri)2 dengan begitu sahaja

1 Rekrut-rekrut tentera itu mesti berdiri tegak-tegak ketika dalam latihan berbaris.2 Samseng itu cabut lari tegak-tegak setelah dibelasah oleh orang ramai.

terumbang-ambing

1 tenggelam timbul di dalam air2 gelisah

1 Sampan kotak itu terumbang-ambing dipukul ombak.2. Pengurus syarikat kilang haram itu terumbang-ambing kerana syarikatnya disaman oleh pegawai penguatkuasa Majlis Daerah.

bertingkat-tingkat

1 bertindih-tindih2 sedikit demi sedikit

1 Rumah pangsa baru itu dibina bertingkat-tingkat.2 Sepanjang tempoh kerjaya beliau, pangkat Encik Bidin naik bertingkat- tingkat.

umang-umang 1 ketam laut yang kecil2 orang yang suka bergaya dengan pakaian orang lain

1 Kanak-kanak gemar mencari umang- umang di tepi pantai.2 “Aku benci pada Aminah kerana dia itu

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu4

umang-umang, suka memakai bajuku,” kata Lela kepada Saniah.

undang-undang 1 sesuatu peraturan2 peraturan sesebuah perbadanan

1 Semua undang-undang negara mesti dipatuhi oleh rakyat.2 Tiap-tiap ahli kelab dikehendaki menurut undang-undang kelab itu.

untung-untung 1 barangkali2 mudah-mudahan

1 “Ceritakanlah masalah awak, untung- untung dapat saya membantu,” kata Haida kepada Ali.2. Seman ingin berhijrah ke bandar, untung-untung dia mendapat pekerjaan di sana nanti.

ura-ura 1 cadangan2 perbincangan

1 Ura-ura hendak melawat Zoo Negara itu telah kami batalkan.2 Ura-ura tentang sambutan Hari Guru akan diadakan oleh Kelab Bahasa Melayu pada hari esok.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 Alam Bahasa Melayu5

top related