karangan jenis bahan rangsangan

Post on 16-Jan-2016

136 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

bm karangan bahan ransangan

TRANSCRIPT

Karangan jenis bahan rangsangan

Panduan

• Bagi karangan A, iaitu karangan yang memerlukan anda menulis antara 200-250 patah perkataan

• Pastikan anda tidak menulis melebihi 250 patah kata kerana tulisan selepas 250 patah perkataan tidak akan diambil kira. Tuliskan jumlah perkataan yang betul.

• Dicadangkan, 3 isi dengan jumlah 60 patah perkataan untuk setiap perenggan jadi jumlah 180 patah perkataan.

• 30 patah perkataan untuk pendahuluan dan 30 patah perkataan untuk penutup, jadi jumlah besar ialah 240 patah perkataan.

• Rancang perenggan anda dengan hati-hati. Ini sangat penting. Pemerenggan sangat penting.

• Tuliskan fakta dengan jelas. Isi/fakta itu mesti menjawab soalan yang diberikan. Isi yang umum akan menyebabkan markah anda tidak mendapat kepujian atau cemerlang.

• Jangan lupa masukkan peribahasa dalam karangan sekurang-kurangnya satu tetapi peribahasa tersebut mestilah tepat dan relevan dengan isi atau ayat tersebut. Kalau dapat memetik kata-kata pemimpin atau isu-isu semasa  yang di petik dari akhbar atau televisyen lebih baik kerana anda peka dengan isu-isu semasa.

• Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan calon.

• Walau bagaimanapun, markah tidak akan ditolak walaupun melebihi 250 patah perkataan.

Strategi

Strategi pertama dalam penulisan karangan ialah pentafsiran bahan rangsangan, ialah kata kunci, tajuk karangan, fokus/skop karangan, dan kepanjangan karangan.

Strategi kedua ialah menulis introduksi/pendahuluan yang mantap. Pendahuluan perlu mempunyai 3 elemen: ayat rangsangan, iaitu ayat yang mengungkapkan tajuk karangan; ayat huraian, iaitu ayat yang menghuraikan tajuk karangan; dan ayat arahan, iaitu ayat yang menyatakan fokus/skop karangan.

Strategi ketiga ialah pembinaan perenggan isi yang efektif dan kreatif. Terdapat 3 jenis perenggan isi – deduktif, induktif, dan deduktif-induktif.

Lazimnya, perenggan isi jenis deduktiflah yang dimanfaatkan kerana mudah dan efektif,:

Deduktif = Idea + Huraian + Contoh + Kesimpulan

Dengan kata lain, binaan perenggan isi ini terdiri daripada 4 jenis ayat, iaitu ayat topik/judul (menyatakan idea/isi) + ayat huraian (menghuraikan idea) + ayat contoh (menyatakan contoh/bukti) + ayat penyimpul (membuat kesimpulan).

Strategi keempat dan terakhir ialah pelajar perlu mengakhiri karangan dengan suatu rumusan/ kesimpulan yang mantap. Ketika membuat kesimpulan, usahlah terbawa-bawa oleh hawa nafsu yang mencemari keseluruhan karangan.

Perenggan penutup ini perlu mempunyai 3 ciri utama, kesimpulan, cadangan, dan harapan. Seperkara lagi, perenggan penutup perlu terdiri daripada 3 jenis ayat: ayat kesimpulan (AKspn), ayat cadangan (ACdgn), dan ayat harapan (AHrpn).

top related