kamus antonim
Post on 27-Oct-2015
364 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BIL. PERKATAAN ANTONIM
PERKATAAN LAWAN
CONTOH AYAT
1. Abadi Sementara 1. Sahabat sejati akan tetap kekal
abadi dalam ingatan.
2. Dia akan menumpang di rumah
rakannya buat sementara
waktu.
2. Adab Biadab 1. Kita perlu menjaga adab
semasa berada dalam majlis
ilmu.
2. Sebagai orang muda,kita
dilarang bersikap biadab
terhadap orang yang lebih tua.
3. Adil Zalim 1. Pemerintah yang baik ialah
pemerintah yang berlaku adil
terhadap rakyatnya.
2. Ainan sering dipukul oleh ibu
tirinya yang zalim.
4. Ajak Halau 1. Pak Andak mengajak cucunya
pergi ke masjid.
2. Dia dihalau keluar daripada
rumah setelah memalukan
keluarganya.
5. Akar Pucuk 1. Akar pokok itu diambil untuk
diproses menjadi minyak angin.
2. Selepas beberapa hari
disemai,tanaman itu mula
mengeluarkan pucuk.
BIL. PERKATAAN PERKATAAN CONTOH AYAT
ANTONIM LAWAN
6. Amanat Khianat 1. Safwan menunaikan amanat
arwah bapanya untuk menjaga
keluarganya dengan baik.
2. Encik Rahman tidak menyangka
pekerja kepercayaannya
sanggup berlaku khianat
terhadapnya.
8. Bahagia Sengsara 1. Para tetamu mendoakan agar
pasangan pengantin baru itu
bahagia ke akhir hayat.
2. Peperangan di Palestin
membuatkan rakyatnya
sengsara dan menderita.
9. Bantah Setuju 1. Cadangan itu terpaksa ditolak
kerana mendapat bantahan
daripada semua ahli.
2. Puan Ain setuju untuk
mengadakan mesyuarat
bersama pekerjanya pada
minggu hadapan.
10. Batal Sah 1. Lompatan atlet lompat jauh itu
dikira batal oleh ketua hakim.
2. Iwan dan Sofia telah sah
bergelar suami isteri pada pagi
tadi.
BIL. PERKATAAN PERKATAAN CONTOH AYAT
ANTONIM LAWAN
11. Beli Jual 1. Ibu meminta adik pergi ke kedai
untuk membeli rempah ratus.
2. Urusan jual beli hartanah itu
berjalan dengan lancar sekali.
12. Buta Celik 1. Humaira membantu orang buta
itu melintas jalan.
2. Pada era globalisasi
ini,kebanyakkan rakyat telah
mula celik IT.
13. Boros Jimat 1. Natasya ditegur oleh suaminya
kerana boros dalam berbelanja.
2. Rosni lebih gemar
mengamalkan sikap berjimat
cermat dalam kehidupannya.
14. Caci Puji 1. Caci maki yang dilontar oleh
penduduk kampung telah
dianggap biasa oleh bekas
banduan itu.
2. Puji pujian itu tidak
membuatkan dirinya riak dalam
melakukan kerja amal.
BIL. PERKATAAN PERKATAAN CONTOH AYAT
ANTONIM LAWAN
15. Cepat Lambat 1. Cikgu Zaiton menyuruh anak
muridnya melakukan tugasan
yang diberi dengan cepat.
2. Mei Ling lambat tiba ke sekolah
kerna tayar basikalnya pancit.
16. Celik Pejam 1. Setelah hampir seminggu tidak
sedarkan diri,tiba-tiba matanya
kembali celik semula.
2. Abang pura-pura pejamkan
mata apabila ayah masuk ke
bilik tidurnya.
17. Cicir Jumpa 1. Aimi resah kerana dompet
duitnya telah tercicir di jalanan.
2. Syamil gembira kerana berjaya
menjumpai kasut
kesayangannya yang telah
hilang.
18. Condong Tegak 1. Menara Condong Teluk Intan
sangat popular kerana
kedudukannya yang telah
condong selepas berlaku
banjir.
2. Semua rakyat Malaysia perlu
berdiri tegak ketika lagu
Negaraku dimainkan.
BIL. PERKATAAN PERKATAAN CONTOH AYAT
ANTONIM LAWAN
19. Curiga Percaya 1. Rahim berasa curiga dengan
kehadiran pemuda yang tidak
dikenali di hadapan rumahnya.
2. Bagi mengekalkan kebahagiaan
rumah tangga,suami isteri
perlulah saling percaya antara
satu sama lain.
20. Dahulu Sekarang 1. Ragam murid pada zaman
dahulu sangat berbeza dengan
murid zaman sekarang.
2. Pada masa sekarang,pelbagai
kemudahan telah disediakan
oleh kerajaan demi keselesaan
rakyat.
21. Dedah Lindung 1. Makanan terdedah akan mudah
dihinggap kekotoran.
2. Rumah itu tidak kelihatan
kerana kedudukannya
terlindung di sebalik bangunan.
22. Derhaka Setia 1. Anak yang derhaka itu telah
mendapat balasan daripada
Allah.
2. Aisya sangat setia kepada
majikannya.
BIL. PERKATAAN PERKATAAN CONTOH AYAT
ANTONIM LAWAN
23. Dusta Benar 1. Tuduhan yang dilemparkan
kepadanya itu semuanya dusta
belaka.
2. Amin disenangi oleh rakannya
kerana sering bercakap benar.
24. Ekor Kepala 1. Mak Alang sangat suka
memasak sup ekor untuk
suaminya.
2. Kepala Siva berdarah kerana
terlanggar tiang rumahnya.
25. Elok Buruk 1. Buah-buahan itu kelihatan
masih elok walaupun sudah
seminggu disimpan.
2. Syarifah menggunakan kain
buruk untuk mengelap air yang
tertumpah di atas meja.
26. Fajar Senja 1. Ketika fajar baru
menyinsing,ayah sudah turun ke
laut.
2. Waheeda pulang ke rumah
sebelum hari menjelang senja.
BIL. PERKATAAN PERKATAAN CONTOH AYAT
ANTONIM LAWAN
27. Fasih Gagap 1. Cikgu Muhammad sangat fasih
bertutur dalam bahasa Arab.
2. Orang ramai sukar memahami
perkara yang dituturkan oleh
pemuda gagap itu.
28. Gadai Tebus 1. Akibat tidak melunaskan
hutang,tanah Malik telah
tergadai.
2. Izham berjaya menebus
semula tanahnya setelah
membayar semua wang yang
dipinjamnya.
29. Gemar Benci 1. Ikram gemar menyanyi sejak
kecil lagi.
2. Firdaus berasa benci dengan
sikap kawannya yang suka
meludah merata-rata tempat.
30. Gelak Menangis 1. Semua orang tergelak apabila
mendengar celoteh pelawak itu.
2. Kakak menangis setelah
mendapat tahu kucing
peliharaannya telah mati.
BIL. PERKATAAN PERKATAAN CONTOH AYAT
ANTONIM LAWAN
31. Gila Waras 1. Sikapnya yang gila berjudi
membuatkan keluarganya hidup
sengsara dikejar pemiutang.
2. Orang yang berfikiran waras
tidak akan melakukan
perbuatan yang boleh
mencemarkan nama baik
dirinya.
32. Gugup Tenang 1. Pemidato itu kelihatan gugup
untuk memulakan hujahnya.
2. Sabariah tetap kelihatan tenang
walaupun rumahnya hangus
dijilat api.
33. Halus Kasar 1. Kain sutera itu sungguh lembut
dan halus.
2. Permukaan kayu itu kelihatan
kasar dan kotor.
34. Hangat Dingin 1. Cahaya matahari yang
memancar terik itu membuatkan
tubuhnya terasa begitu hangat.
2. Keadaan suhu di Kundasang
yang begitu dingin
membuatkan Aril terpaksa
memakai pakaian yang lebih
tebal.
BIL. PERKATAAN PERKATAAN CONTOH AYAT
ANTONIM LAWAN
35. Hina Mulia 1. Golongan miskin sering
dipandang hina oleh
masyarakat.
2. Peribadi Nabi Muhammad
S.A.W yang mulia perlu
dijadikan contoh oleh umat
manusia.
36. Hinggap Terbang 1. Burung-burung merpati itu suka
hinggap di atas bumbung
rumahnya.
2. Burung helang itu terbang
tinggi di angkasa.
37. Hujung Pangkal 1. Sungai itu terletak di hujung
kampung.
2. Rashid mengutip buah durian
yang jatuh di pangkal pokok itu.
38. Ingat Lupa 1. Datuk Razak masih ingat
kesusahan yang dialami
olehnya sewaktu kecil walaupun
beliau telah berjaya.
2. Zakirah terlupa di mana dia
meletakkanya kunci keretanya
sebentar tadi.
BIL. PERKATAAN PERKATAAN CONTOH AYAT
ANTONIM LAWAN
39. Ingkar Patuh 1. James dimarahi oleh ketuanya
kerana seing ingkar terhadap
perintah yang diberi.
2. Pengguna jalan raya perlu
patuh kepada peraturan jalan
raya bagi mengelak daripada
berlaku kemalangan.
40. Isi Kulit 1. Isi buah manggis itu sangat
gebu dan manis.
2. Julia mengutip kulit siput di
pantai untuk membuat kraf
tangan.
41. Isteri Suami 1. Bakal isteri Izwan sangat cantik
dan berbudi bahasa.
2. Suami Malina sentiasa
menjalankan tanggungjawabnya
dengan baik walaupun sibuk
bekerja.
42. Jahil Alim 1. Orang yang tidak suka
menuntut ilmu akan menjadi
orang yang jahil.
Orang alim sentiasa dihormati
oleh orang ramai.
BIL. PERKATAAN PERKATAAN CONTOH AYAT
ANTONIM LAWAN43. Jajah Merdeka 1. Beberapa buah negara di Asia
pernah dijajah oleh kuasa
asing.
2. Semua rakyat Malaysia perlu
bersyukur atas nikmat merdeka
yang telah diperoleh sejak 56
tahun dahulu.
44. Jarang Selalu 1. Ayah menegur Maria kerana
memakai pakaian yang agak
jarang.
2. Ibu dan ayah selalu bersenam
bersama-sama pada hujung
minggu.
45. Jasad Roh 1. Jasad lelaki yang mati dibunuh
itu telah ditemui di dalam
sungai.
2. Walaupun jasadnya sudah tiada
tetapi rohnya akan sentiasa
hidup.
46. Jernih Keruh 1. Air sungai yang mengalir turun
dari gunung itu sungguh jernih
dan boleh diminum.
2. Air di tasik itu mula berubah
keruh setelah aktiviti
pembalakan dilakukan di
kawasan berhampiran.
BIL. PERKATAAN PERKATAAN CONTOH AYAT
ANTONIM LAWAN
47. Kasih Benci 1. Kasih Ibu terhadap anak-
anaknya sangat mendalam.
2. Angelina benci akan perangai
Siew Wan yang kerap
memungkiri janji.
48. Kemarau Tengkujuh 1. Golongan petani resah tentang
hasil tanaman mereka kerana
musim kemarau telah tiba.
2. Pada musim
tengkujuh,kebanyakkan tempat
akan mengalami banjir.
49. Kering Basah 1. Keadaan tanah di situ sungguh
kering dan gersang kerana
sudah lama tidak dibasahi
hujan.
2. Pakaian murid itu basah lencun
kerana ditimpa hujan.
50. Kosong Penuh 1. Rumah itu sudah lama kosong
kerana penghuninya telah
berpindah ke bandar.
2. Bas itu penuh dengan
penumpang sehingga tiada lagi
temapt duduk kosong.
BIL. PERKATAAN PERKATAAN CONTOH AYAT
ANTONIM LAWAN
51. Kendur Tegang 1. Tali ampaian itu menjadi
kendur akibat dihempap oleh
dahan pokok.
2. Selepas ditarik dengan
kuat,barulah wayar elektrik itu
tegang semula.
52. Kutip Buang 1. Dia pergi ke kebun untuk
mengutip buah durian yang
sudah jatuh.
2. Syakir membuang sampah ke
dalam tong sampah.
53. Labuh Singkat 1. Gadis itu sungguh manis
dipandang apabila memakai
tudung yang labuh.
2. Kain yang dipakainya itu
sungguh singkat sehingga
menampakkan betis.
54. Lapang Sempit 1. Permainan wau sesuai
dimainkan di kawasan yang
lapang.
2. Lorong itu sangat sempit untuk
dilalui oleh kenderaan.
BIL. PERKATAAN PERKATAAN CONTOH AYAT
ANTONIM LAWAN
55. Larang Suruh 1. Datuk melarang Atan bermain
di sungai.
2. Puan Alya menyuruh anaknya
menyambung pangajian di
dalam negara sahaja.
56. Leka Waspada 1. Sikapnya yang sering leka di
dalam kelas membuatkan
keputusan peperiksaannya
semakin merosot.
2. Pihak polis mengingatkan orang
awam agar sentiasa waspada
semasa memandu di jalan raya.
57. Lekat Tanggal 1. Zaini melekat gambar
keluarganya di dalam album
gambar.
2. Adik menanggalkan tudung
setelah tiba di rumah.
58. Lengang Sesak 1. Menjelang lewat
malam,keadaan di pasar malam
itu sudah mulai lenggang.
2. Keadaan lebuh raya mula
sesak setibanya musim
perayaan.
BIL. PERKATAAN PERKATAAN CONTOH AYAT
ANTONIM LAWAN
59. Mahal Murah 1. Sejak kebelakangan ini,harga
barang semakin mahal.
2. Ramai orang menyerbu pasar
raya itu kerana terdapat jualan
murah.
60. Malas Rajin 1. Sikap malas akan membuatkan
seseorang itu tidak akan
berjaya.
2. Orang yang rajin berusaha
akan memperoleh kesenangan
hidup pada masa hadapan.
61. Mara Undur 1. Pasukan bola sepak Malaysia
berjaya mara untuk pusingan
seterusnya.
2. Pasukan tentera itu terpaksa
undur ke sempadan selepas
diserang hendap oleh pihak
musuh.
62. Masak Mentah 1. Syazana mengambil galah
untuk menjolok buah cempedak
yang sudah masak itu.
2. Buah mangga yang masih
mentah itu terasa begitu
masam apabila dimakan.
BIL. PERKATAAN PERKATAAN CONTOH AYAT
ANTONIM LAWAN
63. Mekar Layu 1. Bunga mawar yang dibelinya itu
masih kelihatan mekar dan
cantik.
2. Bunga itu semakin layu apabila
sudah lama tidak disiram.
64 Mirip Berbeza 1. Wajah solehah mirip ibunya.
2. Walaupun zabedah dan syahida
merupakan pasangan kembar
namun wajah mereka kelihatan
jauh berbeza.
top related