kajian tindakan oum : masalah penguasaan jawi
Post on 26-Dec-2015
1.267 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PENGGUNAAN KAD SUKU KATA BERWARNA MENINGKATKAN
PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA JAWI
MOHD ZAINUDDIN BIN ABDULLAH
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
2012
PENGGUNAAN KAD SUKU KATA BERWARNA MENINGKATKAN
PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA JAWI
MURID TAHUN DUA
MOHD ZAINUDDIN BIN ABDULLAH
LAPORAN KAJIAN INI DIKEMUKAKAN UNTUK
MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
2012
PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tarikh : 17 Disember 2012 Tanda Tangan :
Nama : Mohd Zainuddin bin Abdullah
No. Matrik :
ii
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani serta
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan kepada
keluarganya serta para sahabat. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah taufik dan hidayaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan HBEF4303 Projek
Kajian Tindakan ini mengikut perangkaan yang dibuat. Keupayaan yang terbatas
selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui meskipun
memerlukan ketabahan dan kesabaran dalam diri.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada tutor
kami di atas segala sumbangan ilmu, kepakaran dan tenaga beliau dalam memberi
tunjuk ajar. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Pihak Sekolah Kebangsaan
Pitas, Sandakan dan Kementerian Pelajaran Malaysia di atas bantuan yang diberikan
dalam menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah S.W.T jua yang dapat membalas jasa baik
pihak tuan.
Disamping itu, ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada
rakan-rakan seperjuangan yang sanggup bekerjasama, berkorban masa dan wang
ringgit untuk sama-sama menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Tidak dilupakan juga
buat keluarga, isteri tercinta Nor Shazariadila binti Azmi serta anak yang tersayang
Mu’iz Zikri kerana senantiasa memberikan kata-kata semangat untuk lebih berjaya.
Jasa dan pengorbanan kalian hanya Allah s.w.t sahaja yang boleh membalasnya. Amin.
Wassalam.
iii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap penguasaan kemahiran membaca suku kata Jawi di kalangan murid tahun 2. Sampel terdiri daripada 5 orang murid iaitu 3 perempuan dan 2 lelaki yang telah dikenal pasti lemah dalam penguasaan kemahiran membaca suku kata Jawi. Ujian lisan, pemerhatian dan temu bual bersama guru serta beberapa orang murid telah digunakan untuk mengukur tahap pencapaian penguasaan membaca suku kata Jawi. Data dianalisis secara statistik deskriptif yang menjurus kepada huraian peratus bagi mengetahui tahap penguasaan murid dalam sesuatu tajuk. Pengkaji juga ingin mengetahui keberkesanan bahan yang digunakan dapat membantu meningkatkan minat dan penguasaan murid dalam kemahiran membaca suku kata jawi atau sebaliknya. Dapatan kajian membuktikan bahawa murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran membaca Jawi ini dapat dipulihkan dengan menggunakan kad suku kata Jawi berwarna. Kajian ini juga dapat membantu murid-murid yang lemah agar dapat menguasai bacaan Jawi.
iv
KANDUNGAN
PENGAKUAN i
PENGHARGAAN ii
ABSTRAK iii
KANDUNGAN vii
SENARAI LAMPIRAN viii
SENARAI RAJAH
SENARAI JADUAL ix
BAB 1 : PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Persoalan Kajian 4
1.5 Objektif Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 5
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Kerangka Konsep 7
1.9 Definisi Operasional 7
BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 10
2.2 Kajian-kajian Berkaitan Jawi 11
2.3 Kad Suku Kata Berwarna 12
v
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 21
3.2 Reka Bentuk Kajian 22
3.3 Sampel Kajian 23
3.4 Lokasi Kajian 24
3.5 Instrumen Kajian 25
3.6 Prosedur Pemerolehan Data 27
3.6.1 Pemerhatian 27
3.6.2 Soalan Ujian 28
3.7 Analisis Data 29
3.7.1 Analisis Ujian Pra 30
3.7.2 Analisis Pemerhatian 31
3.7.3 Analisis Ujian Pos 31
BAB 4 : HURAIAN DAN ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 33
4.2 Profil Responden 33
4.3 Analisis Ujian Pra 35
4.4 Analisis Ujian Pos 36
4.5 Kesimpulan 37
vi
BAB 5 : PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 38
5.2 Ringkasan Kajian 38
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 39
5.3.1 Tahap Penguasaan Membaca Suku Kata Jawi 40
5.3.2 Minat Mempelajari Jawi 41
5.3.3 Peranan Guru dan Ibu Bapa 42
5.4 Implikasi Dapatan Kajian 43
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 45
5.6 Rumusan 48
RUJUKAN 49
LAMPIRAN 56
vii
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Halaman
A. Gerak Kerja Proses Kajian Tindakan 54
B. Senarai Nama Murid Tahun 2 SK Pitas 55
C. Senarai Nama Murid Lemah Jawi 56
D. Instrumen Soalan Ujian Pra 57
viii
SENARAI RAJAH
No. Rajah Halaman
1.7 Kerangka Konsep Kajian 8
2.3 Kad Suku Kata Jawi 19
5.0 Perbandingann Markah Responden Bagi Ujian 40
ix
SENARAI JADUAL
No. Jadual Halaman
3.5 Instrumen Pengujian Jawi 25
3.7.2 Analisis Tingkah Laku Murid 31
3.7.3 Analisis Ujian Pos 32
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 34
4.3 Analisis Ujian Pra 35
4.4 Analisis Ujian Pos 36
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bidang pembelajaran jawi merupakan salah satu bidang yang wajib diajar oleh guru
dan dipelajari oleh murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sama ada di sekolah
rendah ataupun menengah. Aspek asas Jawi membolehkan murid mengecam dan
membunyikan huruf Jawi iaitu pergerakan mata dan tangan mengikut bentuk huruf,
membentuk huruf Jawi serta membaca suku kata dan perkataan mudah. Melalui bacaan
dan tulisan Jawi juga penerapan nilai-nilai Islam dapat diperteguhkan. Ini kerana,
pembelajaran jawi merupakan pendekatan yang paling baik dalam usaha menerapkan
nilai-nilai Islam kepada murid-murid dan masyarakat selaras dengan cita-cita ‘Falsafah
Pendidikan Negara’.
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi ini sangat penting kepada
murid-murid kerana mereka dapat memahami sesuatu teks tulisan jawi dan akan dapat
memartabatkan tulisan jawi di mata dunia. Menurut sumber Hamdan Abdul Rahman
(1999) dalam bukunya yang berjudul Panduan Menulis dan Mengeja Jawi banyak
mengupas asas-asas penting bagi aspek bacaan dan tulisan Jawi. Ia merupakan
komponen yang ditekankan melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
2
yang menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) mulai tahun
1/2011. Murid-murid telahpun didedahkan dengan tajuk membaca dan menulis suku
kata mulai tahun 1 dalam semester pertama. Pendedahan seawal dari sekolah rendah di
semester pertama persekolahan akan membantu murid-murid mengenali dan
mempelajari Jawi dengan lebih berkesan lagi.
Di samping itu, dalam penyebaran ilmu tidak dinafikan bahasa dan tulisan jawi
memainkan peranan yang sangat penting dari dahulu sehingga sekarang. Pada zaman
dahulu kita dapat lihat, ulama-ulama tersohor di seantero melayu menulis kitab
semuanya menggunakan Bahasa Melayu dan tulisan Jawi sebagai medium
penyampaiannya, antara mereka ialah Matla’ al-Badrain karangan Syeikh Daud al-
Fathani, Furu’ Masail dan Munyatul Musalli karangan Syeikh Daud al-Fathani.
Sebelum negara mencapai kemerdekaan, Pendidikan Islam diajar secara tidak formal
iaitu dengan belajar di rumah guru, pondok dan madrasah.
Manakala, sistem persekolahan formal mula diperkenalkan setelah negara
mencapai kemerdekaan dengan menjadikan Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran
yang wajib bagi setiap murid yang beragama Islam di sekolah rendah dan sekolah
menengah (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1991). Buku teks yang digunakan sebagai
bahan pengajaran dan pembelajaran juga di tulis dalam tulisan Jawi agar dapat
memberi pendedahan kepada mereka untuk menguasai Jawi (Abdullah Ali Hassan,
1980; Abdullah Jusoh, 1990).
3
1.2 Latar Belakang Kajian
Dalam bahagian latar belakang ini, perbincangan berkisar tentang bidang pembelajaran
Jawi di tahap satu sekolah rendah. Bidang Jawi ini merupakan dalam bahagian mata
pelajaran Pendidikan Islam dan wajib diajar kepada murid selama 1 jam waktu
persekolahan dan diselang seli dengan bidang-bidang pembelajaran yang lain.
Sebenarnya, peruntukan masa bagi pembelajaran Jawi ini tidak mencukupi bagi
mengajar murid-murid tentang kemahiran-kemahiran asas membaca dan menulis Jawi
di dalam kelas. Justeru, dalam kajian ini pengkaji akan memberikan beberapa kaedah
yang menggunakan bahan (kad) untuk membantu para guru dan murid untuk
menguasai kemahiran asas Jawi iaitu mengeja dan membunyikan suku kata.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian yang dilakukan ini berpunca daripada pengalaman sendiri yang dialamai oleh
pengkaji. Masalah yang dikaji ini adalah hasil daripada beberapa dapatan dan tinjauan
pengkaji yang mendapati wujudnya kelemahan mengeja dan membaca suku kata Jawi
dalam kalangan murid tahun 2 di SK Pitas, Sandakan selepas perlaksanaan sesi ujian
bulanan. Kajian ini juga dilakukan bagi memastikan masalah murid yang lemah dalam
menguasai kemahiran membaca suku kata Jawi dapat diatasi dan dibasmi dengan kadar
segera dengan menggunakan kaedah dan bahan yang disediakan.
4
Pengkaji telah berkhidmat di sekolah ini selama 6 tahun dan telah
mengenalpasti beberapa masalah yang timbul berkenaan dengan permasalahan Jawi
terutamanya dalam tajuk suku kata Jawi. Semenjak berada di sekolah ini, pengkaji
mendapati penguasaan dan minat murid khususnya di peringkat rendah terhadap
bacaan teks Jawi agak berkurangan kerana mereka tidak mampu untuk menguasai
kemahiran mengeja dan membaca suku kata. Ianya memberikan impak yang besar
kepada murid kerana mereka tidak akan dapat membaca perkataan atau teks dalam
tulisan Jawi.
Murid juga belum menguasai kemahiran menulis suku kata mudah kerana tidak
memahami konsep huruf tersebut apabila dalam bentuk suku kata. Mengikut sukatan
mata pelajaran Jawi, murid-murid tahap 1 terutamanya di tahun 2 sepatutnya sudah
menguasai sukatan pelajaran jawi iaitu dapat membaca dan menulis dengan betul
huruf-huruf Jawi tunggal, suku kata terbuka dan juga suku kata tertutup, akan tetapi
masih ada sebilangan murid yang belum menguasai kemahiran tersebut.
1.4 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan boleh dikemukakan dalam membuat kajian ini. Antara persoalan
adalah seperti berikut:
i. Adakah tahap penguasaan kemahiran membaca suku kata Jawi di kalangan
murid tahun 2 telah mencapai objektif P&P mengikut sukatan?
5
ii. Adakah murid Tahun 2 Cerdik dapat menguasai kemahiran membaca suku kata
Jawi dengan menggunakan kad suku kata Jawi?
1.5 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk melihat aspek-aspek berikut:
i. Mengenalpasti tahap penguasaan membaca suku kata Jawi dalam kalangan
murid tahun 2.
ii. Membantu murid Tahun 2 menguasai kemahiran membaca suku kata Jawi
dengan menggunakan kad suku kata Jawi.
1.6 Kepentingan Kajian
Kepentingan sesuatu kajian biasanya menunjukkan kenapa sesuatu kajian itu
dijalankan. Kepentingan kajian akan meneroka sejauh mana dapatan-dapatan dan
persoalan-persoalan yang menjadi permasalahan akan terurai. Justeru, adalah menjadi
harapan pengkaji segala maklumat yang dihasilkan dari kajian ini mempunyai
implikasi kepada perkara-perkara berikut:
Hasil kajian ini diharapkan dapat mengetahui sejauh mana tahap penguasaan
murid tahun 2 dalam menguasai kemahiran membaca suku kata Jawi. Hasil kajian ini
juga diharapkan dapat mengetahui dan memperbaiki penguasaan murid dalam tajuk
6
bacaan suku kata Jawi. Murid-murid sangat lemah untuk membaca suku kata Jawi
mudah dengan menggunakan kaedah tradisional. Justeru, penggunaan kaedah ini dapat
membantu mereka memperbaiki kelemahan diri.
Di samping itu, kajian ini membantu pihak sekolah dan pentadbir untuk
merancang aktiviti bagi meningkatkan minat dan penguasaan murid dalam bidang
Jawi. Guru mesti memupuk minat murid untuk bersungguh-sungguh mempelajari
bacaan Jawi agar dapat meningkatkan penguasaan ilmu kemahiran mereka. Akhirnya
mereka juga akan minat dan cinta kepada mata pelajaran Jawi dan al-Quran.
Selain itu, kajian ini juga berkepentingan untuk memberi kefahaman kepada
ibu bapa tentang tahap penguasaan Jawi anak mereka masing-masing. Ibu bapa perlu
dimaklumkan berkaitan pembelajaran anak-anak agar dapat membantu mereka di
rumah untuk mempelajari Jawi dengan lebih tekun. Ibu bapa yang memahami
kepentingan Jawi ini akan berusaha untuk memberikan ilmu pengetahuan yang lebih
baik untuk anak-anak mereka agar tidak ketinggalan dalam menguasai ilmu Jawi.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan terhadap 5 orang murid Tahun 2 di SK Pitas daerah Sandakan,
Sabah. Murid-murid berumur dalam lingkungan 8 tahun dan mempunyai pencapaian
yang lemah dalam kelas tersebut. Sampel ini terdiri daripada 3 orang murid perempuan
dan 2 orang murid lelaki. Skop kajian ini dijalankan di sekolah pedalaman atau luar
bandar yang jaraknya agak jauh dari tanah besar. Tumpuan kajian ini berkisar kepada
7
penguasaan murid terhadap kemahiran asas membaca suku kata jawi di kalangan
murid tahun 2 di sekolah tersebut.
Murid yang lemah ini telah dikenal pasti setelah mereka diberikan beberapa
soalan ujian berkaitan suku kata jawi untuk dijawab di dalam kelas bersama-sama
murid yang lain. Ternyata sebilangan daripada mereka amat lemah untuk membaca
suku kata jawi dengan betul dan lancar. Skop kajian ini hanya sesuai dijalankan di
sekolah pedalaman sahaja dan tidak sesuai dijalankan di sekolah bandar kerana
perbezaan tahap pemikiran murid, suasana pembelajaran, jenis-jenis soalan ujian dan
sebagainya.
8
1.8 Kerangka Konsep Kajian
Rajah 1.7 : Kerangka Konsep Proses Kajian
Ujian Bulan Mac
Ujian Bulan Mac
Ujian diagnostik
Ujian diagnostik
Pemilihan sampel kajian
Pemilihan sampel kajian
Rawatan menggunakan kad suku kata
Rawatan menggunakan kad suku kata
Ujian 1 (Pra)
Ujian 1 (Pra)
Ujian 2 (Pra)
Ujian 2 (Pra)
Rawatan menggunakan kad suku kata
Rawatan menggunakan kad suku kata
Ujian 3 (Pos)
Ujian 3 (Pos)
Rawatan menggunakan kad suku kata
Rawatan menggunakan kad suku kata
Peperiksaan Semester
Peperiksaan Semester
Rawatan menggunakan kad suku kata
Rawatan menggunakan kad suku kata
9
1.8 Definisi Operasional
Kajian ini menggunakan beberapa istilah yang mempunyai maksud bagi tujuan
tertentu. Di bawah ini diperjelaskan berkenaan definisi operasional tersebut.
i. Kad suku kata
Kad suku kata yang dibina menggunakan beberapa keping kertas tebal atau manila kad
pelbagai berwarna. Kad ini dipotong untuk membentuk segi empat sama dan ditulis di
atasnya suku kata Jawi untuk mengajar murid mengeja dan membunyikan suku kata.
Murid akan mengeja berdasarkan warna suku kata yang telah diasingkan.
ii. Penguasaan
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2010), “penguasaan” ialah memiliki dan
menguruskan sesuatu iaitu model untuk mengukur pencapaian prestasi murid dalam
melaksanakan tugas semasa pembelajaran atau ujian.
iii. Kemahiran
Menurut definisi Kamus Dewan Bahasa dab Pustaka, edisi empat (2008), kemahiran
merupakan kecekapan atau kepandaian dalam sesuatu bidang. Kemahiran dalam kajian
ini lebih berfokus kepada membaca suku kata Jawi terbuka dan tertutup.
iv. Suku Kata Jawi
Suku kata yang dibina berdasarkan perkataan tertentu untuk membentuk kalimah. Ia
mempunyai dua atau tiga suku kata yang diwarnakan dengan warna yang berbeza
untuk memudahkan murid membacanya.
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Pada dasarnya, kajian ini akan memfokuskan berkaitan masalah penguasaan kemahiran
membaca suku kata Jawi di kalangan murid tahun 2. Maka, kajian ini akan
mengetengahkan hasil berkaitan perkara yang dibincangkan berdasarkan soalan ujian
yang disediakan. Kajian ini juga sebagai rujukan kepada kajian-kajian yang lebih
terperinci dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Jawi bagi memastikan bahasa
dan tulisan jawi terus berkembang subur di kalangan murid sekolah dan seterusnya
dapat disebar luas kepada masyarakat setempat.
Penguasaan suku kata Jawi amat penting untuk memahirkan murid-murid
membaca Jawi dengan betul tanpa sebarang masalah. Ini bertepatan dengan kajian
yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji dari dalam dan luar negara. Justeru,
dalam kajian ini akan dibincangkan beberapa pendapat dan sudut pandangan serta
sorotan beberapa pengkaji dari pelbagai perspektif yang berkaitan dengan kajian
kemahiran membaca suku kata Jawi.
11
2.2 Kajian-kajian Berkaitan Penguasaan Jawi
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan beberapa kajian
mengenai celik huruf Jawi, antaranya ialah Pusat Perkembangan Kurikulum di
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan kajian pelaksanaan pelajaran
Jawi di kalangan murid Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1992.
Pada keseluruhan kajian ini mendapati 66.88% murid tahun 1, 49% murid tahun 2,
61.4% dan murid tahun 3 boleh membaca Jawi mengikut tahap mereka. Manakala,
bagi tahap 2 pula sebanyak 57.7% murid tahun 4, 67% murid tahun 5 dan 67.1% murid
tahun 6 boleh membaca Jawi. Peratusan murid yang rendah menguasai kemahiran Jawi
ini menunjukkan perlunya ada usaha-usaha yang lebih drastik dari semua pihak bagi
membantu murid menguasai Jawi.
Umum mengetahui bahawa terdapat banyak kajian yang dilakukan oleh
cendikiawan tentang isu penguasaan Jawi ini sama ada di dalam negeri ataupun di luar
negara. Antaranya ialah hasil kajian yang dilakukan oleh Norlaila Sulaiman (1993),
mendapati dalam kajiannya bahawa kedudukan pengajaran Jawi yang tidak menentu
dalam kurikulum sekolah sama ada rendah ataupun menengah telah menimbulkan
masalah dan menjadi sebab kelemahan penguasaan kemahiran Jawi di kalangan murid.
Dapatlah difahami daripada kajian tersebut bahawa sistem pengajaran dan
pembelajaran yang tidak sistematik telah memungkinkan berlakunya murid yang
lemah Jawi. Merujuk kepada kajian yang dibuat oleh Norlaila, maka ada persamaan
dari segi bidang yang dikaji tetapi tidak sama tajuk kajian. Oleh itu, kajian ini boleh
12
dijadikan sumber rujukan kepada pengkaji untuk mengetahui tentang kelemahan murid
dalam suku kata dan cara-cara mengatasi permasalahan Jawi ini.
Dapatan kajian di atas disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Amir Mohd.
Rashid (1991) yang mendapati tahap penguasaan kemahiran Jawi di kalangan pelajar
adalah rendah. Ini berlaku disebabkan persaingan dengan tulisan rumi yang diajar dan
digunakan dalam banyak mata pelajaran lain di sekolah. Pendapat ini juga disokong
oleh dapatan kajian yang dijalankan oleh Muhamad bin Endut (1992) yang mendapati
ramai pelajar yang lambat menguasai Jawi disebabkan ia hanya diberi penekanan
dalam masa pelajaran Pendidikan Islam sahaja.
Rumusan dari kajian-kajian di atas mendapati bahawa sistem pendidikan perlu
ditambah baik agar bersesuaian dengan tahap penguasaan pelajar sama ada di
peringkat rendah ataupun menengah agar mereka dapat mengusai pelajaran Jawi.
Guru-guru perlu memartabatkan bidang Jawi ini sebagaimana mereka inginkan
kejayaan murid dalam bidang-bidang yang lain. Tidak wajar sekali jika murid hanya
menguasai dan cemerlang subjek akademik sahaja tanpa memikirkan bekalan untuk
akhirat kelak.
Ini kerana, bahasa dan tulisan Jawi ini merupakan asas kepada pemahaman dan
pembacaan al-Quran al-Karim. Begitu juga suatu pandangan dari Hashim Abdullah
(1999), menyatakan kehilangan atau kelupusan tulisan Jawi bermakna satu lagi
daripada sekian banyak ‘warisan pusaka’ bangsa Melayu yang hilang. Inilah juga yang
dikenal pasti kejahilan anak-anak muda Melayu membaca al-Quran, disebabkan
13
ketidakbolehan mereka membaca Jawi. Ekoran daripada itu pelbagai krisis akhlak dan
sosial di kalangan remaja kerana konsep Islam yang tulen tiada lagi dalam diri mereka.
Menyedari hakikat itulah maka kini, pelbagai pihak tampil ke hadapan dengan pelbagai
pandangan untuk memartabatkan semula Jawi yang pernah mentamadunkan bangsa
Melayu.
Penguasaan kemahiran bacaan dan tulisan Jawi terutamanya melibatkan tajuk
suku kata amat penting untuk dikuasai oleh murid di peringkat sekolah rendah lagi.
Pengkaji mendapati responden lemah dalam kemahiran ini kerana tidak memahami
cara yang betul untuk mempelajarinya dan amat kurang membuat ulang kaji serta latih
tubi di rumah. Jika perkara ini berterusan, kemungkina besar remaja kini akan melupai
khazanah Islam. Ini telah dibuktikan melalui kajian yang telah dibuat oleh Hashim
Abdullah (1999), menyatakan kehilangan atau kelupusan tulisan Jawi bermakna satu
lagi daripada sekian banyak ‘warisan pusaka’ bangsa Melayu yang hilang dan inilah
juga yang dikenalpasti kejahilan anak-anak muda Melayu membaca al-Quran adalah
disebabkan ketidakbolehan mereka membaca Jawi dari peringkat asas.
Senario ini telah bertambah teruk sejak kebelakangan ini apabila dibuktikan di
media-media elektronik mahupun media-media cetak tentang kelemahan murid-murid
menguasai kemahiran asas membaca Jawi. Jika perkara ini tidak dibendung dengan
kadar segera maka negara kita akan hilang identiti sebuah negara Islam yang pernah
masyhur suatu masa dahulu dengan kehebatan tulisan Jawi. Punca kemalapan tulisan
Jawi adalah disebabkan oleh kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam sistem ejaan
Jawi itu sendiri yang dilihat mempunyai kekurangan dari sudut huruf-huruf saksi atau
14
vokal bagi melambangkan bunyi Bahasa Melayu. Tetapi jika diteliti hanya kira-kira 60
patah perkataan sahaja yang terdapat kelemahan, itupun adalah bertujuan untuk
mengekalkan dan memelihara warisan lama.
Terdapat usaha-usaha yang berterusan dari Kementerian Pelajaran untuk
mempertahankan tulisan ini iaitu pada tahun 1985 Kementerian Pelajaran dengan
memahami kepentingan warisannya ini telah mewajibkan pelajaran tulisan Jawi di
sekolah rendah agama. Disamping itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (1992) telah
memasukkan pelajaran Jawi ke dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang
mmeberi tumpuan kepada kemahiran membaca dan menulis Jawi yang diajar dalam
subjek Pendidikan Islam. Permasalahan Jawi ini juga telah dikaji oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia pada tahun 2002 dan telah mengeluarkan pekeliling pada tahun
2003 agar semua sekolah memberikan penekanan kepada penguasaan Jawi khususnya
enam bulan pertama di tahun 1.
Pada tahun 2005 pula, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
memperkenalkan program j-Qaf di sekolah rendah bagi membantu guru-guru agama
untuk meningkatkan penguasaan jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan fardhu ‘ain. Usaha
pihak kerajaan yang terbaru ialah menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun
2011 untuk memartabatkan lagi tulisan Jawi di sekolah rendah dengan menyediakan
peruntukan masa sebanyak 180 minit seminggu bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.
Guru-guru juga akan diberikan kursus pengajaran yang lebih berkesan untuk
15
memperkembangkan lagi ilmu pengetahuan masing-masing dan seterusnya dapat
memudahkan untuk mengajar dalam kelas (sumber; Berita Harian, 5 Oktober 2009).
Kajian-kajian di atas disokong juga oleh kajian yang dilakukan Norina binti
Mohd Nor pada tahun 2011 dari fakulti Pendidikan dan Bahasa yang bertajuk ‘Tahap
Penguasaan Membaca Ejaan Jawi Murid Tahun Lima di SK Darau’ menyatakan
bahawa tahap penguasaan kemahiran membaca Jawi di kalangan murid sekolah adalah
rendah. Murid-murid hanya mempu mengenal huruf Jawi sahaja, akan tetapi tidak
mampu mengeja suku kata walaupun dengan menggunakan pelbagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran.
Murid-murid sangat lemah untuk membaca perkataan Jawi kerana hanya
mampu mengeja suku kata terbuka sahaja. Apabila murid tidak lancar mengeja suku
kata maka impaknya ialah murid sukar untuk membaca perkataan atau ayat Jawi yang
bersambung. Justeru, dapatlah kita fahami bahawa kajian ini mempunyai persamaan
dari segi tajuk iaitu mengkaji masalah suku kata Jawi dan berfokus kepada murid-
murid sekolah rendah. Dapatan dari kajian Norina binti Mohd Nor di SK Darau ini
telah membuktikan suku kata Jawi ini sukar dikuasai oleh murid kerana sistem
pengajaran dan pembelajaran yang tidak sistematik dan faktor murid itu sendiri.
Selain itu, kajian dilakukan oleh Muzni bin Haji Borhan pada tahun 1995 dari
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia yang bertajuk Penguasaan
Pelajaran Jawi di Kalangan Murid Tahun Lima bagi Daerah Tampin Negeri Sembilan.
Kajian ini mendapati kaedah pelajaran jawi dipraktikkan dengan baik oleh guru-guru.
16
Walaubagaimanapun, pencapaian murid-murid didapati kurang memuaskan. Ini
kerana, peruntukan masa pembelajaran yang tidak mencukupi, bahan pembelajaran
Jawi yang kurang dan kelemahan murid untuk menguasai asas suku kata.
Dapatan dari kajian di atas, maka dapatlah kita simpulkan bahawa terdapat
faktor-faktor tertentu yang menjadi penyebab kepada kelemahan murid untuk
menguasai Jawi dengan lebih berkesan. Antaranya ialah penggunaan kaedah dan
teknik yang kurang sesuai dengan murid yang lemah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang demikian, guru perlu mempelbagaikan teknik
dalam penyampaian Jawi agar dapat menarik minat murid untuk belajar Jawi dan
seterusnya membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca Jawi.
Pada tahun 2004, Timbalan Menteri Pelajaran Dato’ Mahathir Mohd Khir telah
memberi penjelasan bahawa Kementerian Pelajaran serius dalam menggalakkan
murid-murid bergiat aktif dalam tulisan Jawi. Justeru, bagi memartabatkan bidang Jawi
ini Kementerian Pelajaran telah menjadikan pengajian dan pembelajaran Jawi dengan
peruntukan masa sebanyak 60 minit seminggu serta menyediakan buku-buku teks
Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi. Usaha ini telah dipergiat ke peringkat sekolah
rendah dan menengah agar masalah murid lemah Jawi ini dapat diatasi dan dibanteras
hingga angka sifar. Sokongan dan kerjasama semua pihak sama ada pihak sekolah, ibu
bapa atau institusi swasta perlu digembeling bersama untuk mendidik murid-murid
minat dalam bidang ini.
17
Terdapat juga beberapa usaha dan kajian yang dilakukan oleh Dr. Amini Amir
Abdullah iaitu Pensyarah Usuluddin dari Universiti Putra Malaysia (UPM)
berpendapat bahawa negara perlu membuat undang-undang tertentu agar semua
masyarakat perlu menggunakan tulisan Jawi dalam pengiklanan dan sebagainya
(Harian Metro; 17 Mac 2012). Hasil pendapat beliau ini maka dapatlah kita fahami
bahawa para cendikiawan zaman ini menyedari bahawa tulisan Jawi makin luntur
penggunaannya di kalangan masyarakat kini. Beliau menegaskan bahawa pihak-pihak
tertentu perlu berganding bahu untuk memartabatkan tulisan Jawi ini agar ianya tidak
pupus di mata dunia.
Kajian yang lain juga dilakukan oleh Aziah binti Ismail dari Universiti Putra
Malaysia (UPM) berkaitan tajuk Penguasaan Tulisan Jawi di Kalangan Pelajar UPM
pada tahun 2006. Kajian ini lebih menjurus kepada pelajar-pelajar di pusat pengajian
tinggi yang masih lagi lemah dalam penguasaan bidang Jawi. Adalah sangat
mengecewakan kerana di peringkat tinggi ini masih ada yang lemah untuk menguasai
asas Jawi. Ini membuktikan kelemahan sistem pendidikan dan sifat individu itu sendiri
yang kurang minat mempelajari bidang Jawi ini. Seharusnya, tidak ada lagi isu-isu
pelajr tidak pandai menulis dan membaca Jawi di peringkat pengajian tinggi. Ini
kerana, aktiviti menulis adalah merupakan salah satu aspek yang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Jawi.
Murid-murid yang tidak menguasai kemahiran Jawi akan menghadapi masalah
di dalam kelas dan pendidik perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai agar dapat
membantu mereka untuk menguasai kemahiran tersebut. Kajian yang dilakukan oleh
18
Aziah binti Ismail ini mempunyai perbezaan dengan kajian pengkaji iaitu dari segi
responden yang diuji kerana melibatkan pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi.
Walaubagaimanapun, permasalahan yang dikaji mempunyai sedikit persamaan iaitu
kelemahan dalam menguasai bidang jawi. Semoga kajian yang dilakukan di pusat
pengajian tinggi ini boleh menjadi panduan kepada pengkaji untuk mendapat data dan
maklumat yang berguna agar dapat menyelesaikan permasalahan pembelajaran Jawi
yang berlaku di SK Pitas, Sandakan.
Selain itu, kajian yang dibuat oleh Hasanudin bin Hj. Borhan di Sekolah
Kebangsaan Bandar Raub Pahang (tahun 1995) telah mengenalpasti kelemahan murid
tahun empat sekolah rendah adalah berkaitan dengan menulis bentuk huruf yang
disebut dan menyambung huruf-huruf tersebut. Dapatan hasil kajian awal yang
dijalankan ke atas murid maka didapati murid-murid sangat lemah di dalam menulis
bentuk huruf tersebut berdasarkan teks rumi dan menyambung huruf tersebut menjadi
perkataan. Bidang kajian ini mempunyai persamaan dengan kajian pengkaji iaitu mata
pelajaran Jawi tetapi ada perbezaan dari segi tajuk kecil iaitu bentuk huruf Jawi.
Dapatan dari kajian yang dilakukan oleh Hasanudin bin Hj. Borhan maka
dapatlah disimpulkan bahawa kajian yang dilakukan oleh beliau ialah tentang
kemahiran asas jawi iaitu menulis dan membentuk huruf-huruf jawi tunggal di
kalangan murid sekolah rendah. Penguasaan huruf jawi tunggal ini amatlah penting di
kalangan murid sekolah rendah mulai tahun 1 lagi. Jika murid tidak dapat menguasai
asas jawi itu maka sukarlah murid untuk mengeja dan menulis suku kata jawi pula dan
impaknya ialah murid tidak mampu membaca perkataan dan ayat jawi. Justeru, para
19
pendidik perlu memberikan lebih penekanan berkaitan kemahiran asas jawi ini agar
murid-murid dapat membaca dan menulis jawi pada masa akan datang.
Kesimpulannya, perbincangan dalam tajuk ini telah menyentuh tentang
beberapa faktor yang telah mendorong kepada berlakunya kelemahan penguasaan
membaca dan menulis suku kata jawi di kalangan murid tahap 1 dan 2 di sekolah dan
pusat pengajian tinggi. Kajian-kajian terhadap pembolehubah yang telah dijangkakan
dari pelbagai perspektif telah diutarakan oleh pengkaji terdahulu menimbulkan
beberapa persoalan kajian. Ulasan karya ini sangat penting kepada pengkaji bagi
memudahkan untuk membuat kajian seterusnya berkaitan isu di SK Pitas, Sandakan
terutama dalam membentuk metodologi kajian.
2.3 Kad Suku Kata Jawi Berwarna
Kad suku kata Jawi berwarna disediakan menggunakan kertas manila kad yang
dipotong kepada beberapa bahagian kecil berbentuk empat persegi. Di bawah ini
ditunjukkan contoh bagi kad tersebut.
Rajah 2.3 : Kad Suku Kata Jawi Berwarna
20
Kad suku kata ini ditulis diatasnya perkataan Jawi yang mempunyai dua atau
tiga suku kata. Ia digunakan oleh guru di dalam pengajaran di dalam kelas untuk
memulihkan murid menguasai kemahiran mengeja dan membunyikan suku kata Jawi.
Kad ini membantu murid membaca Jawi dengan lebih cepat dan lancar kerana terdapat
perkataan yang telah ditandakan dengan warna-warna yang berbeza mengikut suku
kata tertentu. Murid-murid akan cepat belajar Jawi melalui kaedah ini kerana mereka
minat dengan warna-warna perkataan yang berbeza. Apabila murid menguasai
kemahiran membaca suku kata Jawi asas ini, maka akhirnya mereka akan dapat
membaca perkataan atau ayat yang lain.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Kajian ini adalah berbentuk kajian tindakan iaitu kajian yang berorientasikan kepada
perubahan dan melakukan sesuatu yang berguna dengan menggunakan pengetahuan
yang telah diperolehi melalui proses-proses kajian. Paradigma kajian tindakan ialah
tentang usaha atau percubaan untuk memperbaiki masalah yang berlaku di persekitaran
(Bassey, 1990). Kajian ini juga bertujuan membantu guru memilih bahan yang sesuai
dan membuat tindakan susulan samada untuk aktiviti tambah nilai, pengayaan atau
pemulihan diadakan di dalam kelas atau di luar kelas. Justeru, bagi mendapatkan kajian
yang berkualiti, pengkaji akan membentangkan berkaitan dengan metodologi kajian
khususnya bagi menangani permasalahan kelemahan murid tahun 2 dalam penguasaan
kemahiran membaca suku kata Jawi.
Metodologi kajian ini merupakan kaedah-kaedah kajian bagaimana pengkaji
mengumpul data dan maklumat. Pengkaji telah menggunakan beberapa keadah yang
bersesuaian untuk mengetahui tahap penguasaan membaca suku kata Jawi dalam
kalangan murid tahun 2 dan seterusnya mencadangkan cara untuk menyelesaikan
masalah murid di sekolah tersebut. Antara kaedah yang digunakan dalam kajian ini
adalah ujian pra, ujian pos, pemerhatian dan sebagainya. Jangka masa kajian ini
22
dilakukan selama 6 bulan dalam waktu persekolahan bagi mendapatkan keputusan
yang tepat berdasarkan beberapa ujian yang disediakan. Metodologi ini diaplikasi
melalui teori-teori barat yang memberikan penekanan kepada keupayaan murid
menguasai sesuatu kemahiran dan akhirnya mendapat keputusan di akhir ujian melalui
ujian-ujian tertentu.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian merupakan satu tatacara mengumpul dan mengolah data untuk
mencari jawapan kepada andaian-andaian pengkaji. Oleh itu, kajian ini bertujuan
mengetahui tahap keberkesanan pengaplikasian kad suku kata berwarna dalam
menangani masalah murid yang lemah dalam kemahiran membaca suku kata jawi.
Kajian ini merupakan kajian jenis deskriptif iaitu tinjauan secara pemerhatian dan ujian
di mana ia bermatlamat untuk mendapatkan sesuatu maklumat yang sedang berlaku
dan peristiwa yang berlaku. Kajian ini juga bersifat eksperimental kerana pengkaji
ingin mengkaji keberkesanan sistem pengajaran. Ujian pra dan pos akan digunakan
sebagai instrumen dan diakhir kajian pengkaji akan membandingkan keberkesanan
bahan yang telah digunakan kepada para pelajar. Kaedah tinjauan ini merupakan
pengkajian sosial yang digunakan secara meluas. Ia digunakan untuk mendapatkan
maklumat tentang latar belakang responden, tahap kemahiran murid dalam penguasaan
suku kata jawi dan cara-cara untuk memulihkan permasalahan dalam kemahiran
membaca suku kata jawi ini.
23
Pengkaji menggunakan instrumen ujian dan pemerhatian dalam proses kajian
ini kerana dapat mengetahui sejauh mana tahap penguasaan murid dalam tajuk suku
kata jawi terhadap 15 orang murid dari tahun 2. Pengkaji juga mendapat kerjasama dari
guru-guru yang lain untuk memberikan pendapat dan soal selidik tentang murid-murid
di dalam kelas tersebut. Instrumen ini digunakan untuk mendapatkan data murid dan
akan dianalisis secara kualitatif. Selain itu, pengkaji turut menggunakan kajian dari
sumber internet dan bahan bacaan seperti buku, majalah dan banyak lagi. Pengkaji juga
telah mencari bahan-bahan yang berkaitan di Perpustakaan Awam Daerah Sandakan,
Sabah untuk dijadikan rujukan. Pengkaji telah merujuk kepada buku-buku ilmiah,
jurnal, kajian yang lepas dan sumber-sumber lain yang berkaitan. Melalui bahan-bahan
yang didapati, pengkaji cuba menganalisis dan mengulas bahan-bahan tersebut untuk
mendapatkan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah murid lemah suku
kata jawi.
3.3 Sampel Kajian
Populasi kajian terdiri daripada 5 orang murid Tahun 2 SK Pitas, Sandakan. Pecahan
persampelan adalah terdiri daripada 3 orang murid perempuan dan 2 orang murid lelaki
yang mempunyai latar belakang yang berbeza dari aspek kebolehan, taraf sosio
ekonomi keluarga dan tahap kecerdasan otak. Setiap sampel ini juga tidak pernah
belajar di peringkat prasekolah dan hanya mendapat pendedahan pelajaran Jawi seawal
tahun 1 iaitu berumur 7 tahun. Pemilihan sampel terdiri daripada murid-murid yang
lemah dalam penguasaan kemahiran mengeja dan membaca suku kata Jawi dari
peringkat asas lagi. Mereka ini mempunyai pelbagai latar belakang keluarga.
24
3.4 Lokasi Kajian
Pengkaji telah memilih sebuah sekolah di daerah Sandakan Sabah bagi mendapatkan
maklumat kajian. Sekolah ini terletak di sebuah kawasan pedalaman yang jaraknya 150
kilometer dari tanah besar menggunakan pengangkutan bot sahaja. Sekolah ini
dikelilingi oleh rumah-rumah penduduk kampung yang berdekatan dengan sungai.
Populasi penduduk di sini adalah seramai kurang dari 100 orang yang berketurunan
Suluk. Pengkaji memilih sekolah tersebut kerana ia merupakan tempat pengkaji sedang
bertugas hampir 6 tahun dan sangat memahami keadaan murid serta ibu bapa di
kampung tersebut.
Sekolah ini telah dibina pada tahun 1998 dan menerima kemasukan murid dari
kampung ini sahaja. Tenaga pengajar ialah seramai 4 orang guru lelaki sahaja. Sekolah
ini tidak mempunyai prasarana yang mencukupi kerana terletak jauh dari tanah besar
dan masalah pengangkutan. Bahan-bahan P&P sukar diterima tepat pada masanya
kerana faktor keadaan jalan dan cuaca. Murid-murid di kampung ini mempunyai latar
belakang kecerdasan yang biasa sahaja kerana faktor ibu bapa dan persekitaran. Ibu
bapa mereka hanya bekerja sebagai nelayan dan mendapat hasil dari laut atau sungai.
Selain itu, pendedahan agama di kalangan penduduk kampung agak kurang
kerana kampung ini terletak jauh dari bandar dan agak sukar untuk para pendakwah
untuk pergi ke tempat ini. murid-murid pula telah lama tidak belajar ilmu pengetahuan
agama di sekolah ini iaitu lebih kurang 8 tahun kerana ketiadaan guru atau ustaz yang
mengajar mereka berkaitan ilmu agama. Rentetan dari ini, mereka tidak sedar akan
25
kepentingan penguasaan Jawi dan ilmu-ilmu yang lain sebagai ilmu yang berguna
kepada mereka di dunia dan di akhirat.
3.5 Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk ujian pra, ujian pos dan
pemerhatian terhadap perlakuan pembelajaran murid di dalam kelas atau di luar kelas.
Ujian pra dan ujian pos diuji dengan bahan bacaan yang mengandungi suku kata jawi
mudah. Instrumen soalan ujian ini diubahsuai dari kajian lepas dan beberapa item
soalan yang dibina sendiri oleh pengkaji agar bersesuaian dengan tahap pemikiran
murid-murid di daerah pedalaman yang serba kekurangan.
Jadual 3.5 : Contoh Instrumen Pengujian
26
Perlaksanaan ujian pra dan pos ialah dengan menggunakan item-item soalan
yang disediakan oleh pengkaji dan diedar kepada murid tahun 2 di sekolah ini untuk
mendapatkan jawapan kajian. murid-murid akan diberikan masa untuk mereka
membaca secara sendirian sebelum ujian dijalankan. Mereka juga diberikan peluang
beberapa kali untuk membaca suku kata tersebut. Akhir sekali, murid-murid akan
mengeja dan membaca setiap perkataan dan pengkaji akan mencatat butiran tersebut
sebagai hasilan kajian. Hasilan ujian ini didapati 5 orang dari jumlah murid agak lemah
untuk membaca suku kata jawi. 5 orang murid ini terdiri daripada 3 orang perempuan
dan 2 orang lelaki yang mempunyai latar belakang keluarga yang sederhana.
Selain itu, bahan yang digunakan untuk membantu murid menyelesaikan
masalah lemah Jawi ini ialah kad suku kata jawi berwarna. Kad ini disediakan oleh
guru dengan menggunakan manila kad yang bertulis dengan perkataan yang
mengandungi suku kata jawi. Perkataan akan diwarnakan dengan warna yang berlainan
bagi setiap suku kata. Murid akan mudah untuk mengenali setiap suku kata dengan
mengeja mengikut suku kata berwarna. Akhir sekali, murid juga akan dapat membaca
setiap perkataan mengikut suku kata yang telah diwarnakan. Kad suku kata berwarna
ini akan memahirkan murid-murid untuk mengeja dan membaca setiap perkataan Jawi
berdasarkan suku kata yang berlainan warna.
27
3.6 Prosedur Pemerolehan Data
Prosedur pemerolehan data amat penting dalam kajian tindakan agar maklumat yang
diperolehi mempunyai bukti dan keesahan. Terdapat pelbagai teknik dan kaedah bagi
prosedur pemerolehan data. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan beberapa teknik
kajian antaranya ialah;
3.6.1 Pemerhatian
Kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk membuat pertimbangan wajar dan tepat
terhadap kajian ini ialah menggunakan kaedah pemerhatian. Melalui kaedah ini,
pengkaji membuat catatan terus hasil daripada pemerhatian terhadap tindakan,
pergerakan dan aktiviti-aktiviti responden khususnya yang berkaitan dengan kemahiran
membaca suku kata jawi semasa pengajaran Pendidikan Islam di dalam kelas atau di
luar kelas. Pemerhatian ini dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Sebagaimana biasanya, murid perempuan lebih bersedia untuk belajar dan
menunjukkan kesungguhan dan sebaliknya murid lelaki pula kurang mengambil
bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Maklumat ini
sangat penting kepada pengkaji untuk digunakan sebagai bukti sokongan terhadap
data-data yang lain dalam kajian ini.
3.6.2 Ujian Pra
28
Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman
mereka tentang kemahiran membaca suku kata Jawi. Selepas perlaksanaan ujian pra,
maka pengkaji mendapati 5 orang murid (kumpulan rawatan) daripada 15 orang
(kumpulan kawalan) masih belum menguasai sepenuhnya kemahiran mengeja dan
membaca suku kata Jawi. 10 orang murid telah melepasi tahap lemah dalam
penguasaan kemahiran mengeja dan membaca suku kata Jawi tersebut.
3.6.3 Ujian Pos
Ujian pos merupakan pelan terakhir dijalankan dalam kajian tindakan. Ujian ini
dijalankan untuk melihat pencapaian murid setelah perlaksanaan beberapa aktiviti
pemulihan bagi murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran suku kata Jawi.
Soalan yang terkandung dalam ujian pos ini adalah hampir serupa dengan soalan yang
diberikan dalam ujian pra dan hanya terdapat sedikit perubahan pada kata dasar.
3.6.4 Ujian lisan
Pengumpulan data dari responden juga berdasarkan praujian yang berbentuk lisan.
Responden akan disediakan dengan beberapa perkataan yang bersambung dan mereka
diuji untuk mengeja serta membaca perkataan mengikut suku kata dengan betul.
Responden yang diuji diberikan masa tertentu untuk mengulangkaji item ujian tersebut
sebelum responden diuji secara langsung berkaitan tajuk suku kata. Responden akan
diuji kemahiran membaca secara individu di dalam kelas tahun 2 dan akhirnya
29
pengkaji dapat mengkategorikan responden mengikut kategori masing-masing selepas
ujian tersebut selesai dinilai.
3.6.5 Temubual
Pengkaji menggunakan kaedah temubual untuk mengumpul data kajian dalam bentuk
kualitatif. Pengkaji menggunakan kaedah ini semasa di dalam kelas dan di luar waktu
kelas dengan cara mendampingi responden dan berbual untuk mengetahui tentang
sebab-sebab murid tidak dapat menguasai kemahiran membaca Jawi. Data yang
diperolehi dapat diperkukuh dan diperlengkapkan. Ini dimaksudkan sebagai triangulasi
yang bertujuan untuk mengesah data atau maklumat yang diperolehi hasil daripada
proses temubual.
3.7 Analisis Data
Pengukuran analisis data dapat dibuat dengan menjumlahkan semua skor jawapan
murid di kertas ujian dan juga melalui ujian bacaan suku kata Jawi secara individu.
Semua data ini dianalisis secara kuantitatif untuk mendapatkan hasilan yang betul dan
mempunyai keesahan. Teknik analisis yang digunakan ialah peratus dalam lingkungan
bahagian masing-masing iaitu kemahiran mengeja dan membaca suku kata Jawi
dengan betul serta lancar.
30
Manakala analisis data dari pemerhatian pula ialah pengkaji mencatat apa yang
dilihat secara langsung atau tidak langsung dan mendapatkan pandangan daripada
beberapa orang guru yang mengajar kelas tersebut berkaiatan tahap penguasaan
pembelajaran dalam subjek-subjek yang lain. Fakta-fakta yang berkaitan dengan kajian
akan diproses, dianalisis dan ditafsirkan untuk mendapatkan data yang betul dan tepat .
Sumber pemerhatian adalah sumber sokongan penting dalam memberikan maklumat
tambahan kepada jawapan-jawapan kajian dan seterusnya menjadi panduan untuk
merancang aktiviti yang berkaitan.
3.7.1 Analisis Ujian Pra
Ujian pra dilaksanakan sebelum mengklasifikasikan responden (murid) dalam kategori
lemah atau sederhana. Seramai 15 orang murid akan membaca soalan ujian yang telah
disediakan oleh guru. Jawapan murid yang betul akan dianalisis untuk mengetahui
tahap kemahiran mereka. Dapatan dari ujian tersebut mendapati adalah sebanyak 67%
(10 orang) murid telah lulus dengan jayanya dan 33% (5 orang) murid telah gagal
dalam ujian pra. Analisis yang dibuat berdasarkan hasil jawapan murid mendapati
terdapat banyak kesalahan yang dilakukan oleh murid berkaitan suku kata Jawi dan
sebagainya.
31
3.7.2 Analisis Pemerhatian
Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenalpasti sikap belajar murid-murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Jadual 3.7.2 : Mengenal Pasti Tingkah Laku Murid
Tingkah laku Peratus %
Kesungguhan 50%
Kurang tumpuan 20%
Kurang mengambil bahagian 20%
Minat 10%
Dapatan dari jadul di atas, pengkaji mendapati sikap murid menjadi salah satu
sebab kepada kelemahan mereka menguasai kemahiran membaca suku kata Jawi.
Kurang tumpuan dan tidak mengambil bahagian dalam aktiviti kelas telah mendorong
mereka ke arah keputusan yang lemah dalam pencapaian mata pelajaran Pendidikan
Islam khususnya bidang Jawi.
3.7.3 Analisis Ujian Pos
Analisis ujian pos dilakukan selepas semua aktiviti pemulihan jawi dilaksanakan ke
atas murid-murid yang lemah membaca suku kata jawi. Setelah analisis dilakukan,
pengkaji mendapati terdapat peningkatan yang agak ketara dalam pencapaian murid
32
dimana kesemua murid telah lulus dalam ujian pos tersebut. Ini membuktikan
keberkesanan kaedah dan bahan yang digunakan oleh guru semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Bahan yang digunakan juga dapat meningkatkan minat
dan kefahaman murid tentang isi pembelajaran yang disampaikan.
Jadual 3.7.3 : Analisis Ujian Pos
Dapatan dari hasil kajian di sekolah-sekolah lain, pengkaji mendapati kajian-
kajian yang lalu banyak membincangkan tentang kelemahan murid dalam membaca
dan menulis Jawi dari peringkat sekolah rendah lagi. Kementerian Pendidikan
Malaysia juga turut membuat kajian untuk menyelesaikan masalah ini agar tidak
berpanjangan dan merugikan negara. Secara keseluruhannya, kajian-kajian yang lepas
mempunyai beberapa kepentingan untuk membantu pengkaji menyusun strategi dan
Pencapaian (Gred) Bilangan Sampel Peratus %
A (80 – 100) 6 40%
B (60 – 79) 5 33%
C (40 – 59) 4 27%
D (20 – 39) - -
E (0 – 19 ) - -
JUMLAH 15 100%
pelbagai cadangan agar dapat mengatasi masalah lemah Jawi ini di kalangan murid-
murid tahun dua di SK Pitas, Sandakan.
BAB 4
HURAIAN DAN ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Dalam bab ini, pengkaji membentangkan dapatan kajian yang telah diperoleh daripada
penganalisisan data menerusi pemerhatian, soal selidik dan temu bual yang dijalankan
dengan menggunakan peratusan, min dan ujian-t. Ujian yang dipilih adalah
berdasarkan peratusan bertujuan mengenal pasti peratusan murid yang menunjukkan
peningkatan prestasi penguasaan kemahiran. Ujian-t digunakan untuk menentukan
samada terdapat perbezaan penguasaan konsep asas membaca suku kata Jawi sebelum
dan selepas penggunaan bahan iaitu kad suku kata berwarna.
4.2 Profil Responden
Responden terdiri daripada pelbagai latar belakang dan menetap di kampung
pedalaman di sebuah pulau. Kesemua responden mempunyai umur yang sama iaitu 8
tahun dan bersekolah di sekolah ini mulai umur 7 tahun. Responden berketurunan
Melayu Suluk. Responden mempunyai keluarga yang terdiri daripada ayah, ibu dan
34
adik beradik. Infrastruktur di perkampungan ini adalah agak lemah kerana tidak
mempunyai bekalan elektrik 24 jam yang disediakan oleh pihak kerajaan. Mereka
hanya bergantung hidup pada kuasa enjin generator yang dihidupkan sekejap sahaja di
waktu malam. Keadaan ini amat-amat menyukarkan responden untuk mengulangkaji
mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Faktor ini telah menyumbang kepada salah
satu sebab kelemahan responden dalam menguasai mata pelajaran Jawi dan mata
pelajaran yang lain. Lima orang responden kajian ini berada dalam kelas 2 Cerdik yang
terdiri daripada 15 orang dalam satu kelas. Responden mendapat pencapaian yang agak
lemah dalam ujian dan peperiksaan di bawah seliaan sekolah.
Responden terdiri daripada murid-murid tahun dua SK Pitas, Sandakan
mewakili kelas. Analisis deskriptif digunakan bagi menghuraikan keseluruhan
responden.
Jadual 4.2 : Taburan Responden Mengikut Jantina
Jantina Frekuensi (t) Peratus %
Lelaki 6 40%
Perempuan 9 60%
______________________________________________________________________
Jadual 4.2 menunjukkan pecahan jantina bagi setiap kumpulan kawalan dan
kumpulan kajian. Kumpulan kawalan adalah seramai 15 orang murid dalam satu kelas
dan hanya 5 orang murid yang lemah dalam penguasaan jawi sahaja yang dijadikan
sebagai kumpulan kawalan dalam proses kajian ini. Murid tersebut terdiri daripada 3
orang perempuan dan 2 orang lelaki yang mempunyai latar belakang kecerdasan yang
agak lemah. Mereka ini adalah fokus utama dalam kajian untuk menentukan
keberkesanan bahan yang digunakan bagi mengatasi masalah lemah Jawi.
4.3 Analisis Ujian Pra
Secara keseluruhannya, murid disediakan dengan 15 soalan suku kata Jawi di peringkat
ujian pra bagi mengetahui sejauh mana tahap penguasaan murid dalam kemahiran
Jawi. Setiap murid akan diuji secara individu oleh pengkaji dengan cara mengeja dan
membaca setiap suku kata Jawi yang disediakan. Jawapan murid yang betul akan
ditanda semasa proses ujian pra tersebut di dalam borang skor markah. Selepas
perlaksanaan ujian pra, maka pengkaji mendapati 10 orang murid telah lulus dalam
ujian tersebut dan seramai 5 orang murid lagi tidak mencapai tahap lulus. Analisis
jawapan markah murid yang lemah Jawi dalam ujian pra tersebut adalah seperti jadual
di bawah.
Jadual 4.3 : Markah Ujian Pra Bagi Murid Yang Lemah Jawi
Nama Murid Markah Peratus %
Responden 1 5 33%
Responden 2 4 27%
Responden 3 5 33%
Responden 4 3 13%
Responden 5 3 13%
35
Secara keseluruhannya, hasil kajian melalui ujian pra menunjukkan sebanyak
33% murid tidak tahu mengeja dan tidak boleh menguasai kemahiran membaca suku
kata Jawi dalam tahun 2. Markah ujian murid-murid bagi ujian pra adalah yang paling
tinggi sebanyak 33% dan yang paling rendah adalah 13% sahaja. Kebanyakan murid
hanya dapat membaca 3 hingga 5 soalan jawapan dengan betul dan lancar daripada 15
soalan ujian yang disediakan dalam tajuk tersebut. Responden tidak dapat mengeja dan
membaca suku kata jawi kerana tidak memahami konsep huruf bersambung dan bunyi
bagi setiap suku kata yang bersambung.
4.4 Analisis Ujian Pos
Secara keseluruhannya, murid yang telah dikenal pasti lemah dalam ujian pra telah
lulus dengan jayanya setelah diuji dengan ujian pos. Kebanyakan mereka dapat
menguasai kemahiran membaca suku kata Jawi yang diajar oleh guru dengan
menggunakan kad suku kata Jawi berwarna.
Jadual 4.4 : Markah Ujian Pos
Nama Murid Markah Peratus %
Responden 1 10 67%
Responden 2 9 60%
Responden 3 11 73%
Responden 4 10 67%
Responden 5 12 80%
36
Dapatan dari ujian pos yang telah dijalankan ke atas responden yang lemah
mengeja dan membaca jawi membuktikan keberkesanan bahan yang digunakan dalam
kajian tersebut. Responden telah melepasi tahap lemah iaitu semua responden
mendapat markah antara 60% hingga 80%. Ujian pos ini dijalankan dengan
menggunakan item-item ujian yang telah diubahsuai dari item ujian pra. Ini dapat
mendedahkan murid dengan contoh-contoh pengujian. Justeru, responden dapat
menjawab soalan-soalan ujian dengan mudah.
4.5 Kesimpulan
Berdasarkan dapatan daripada analisa ujian, didapati bahawa persepsi murid terhadap
penggunaan kaedah pengajaran dengan bantuan kad suku kata Jawi berwarna adalah
positif. Kaedah ini dapat membantu meningkatkan pemahaman dan menguasai konsep
asas pembelajaran Jawi dengan lebih berkesan. Hasil kajian telah membuktikan
tentang kebolehan murid-murid menguasai bacaan Jawi dengan menggunakan bahan
dan usaha sama antara guru-guru dan ibu bapa. Kajian ini juga dapat mengenal pasti
beberapa kelemahan murid yang perlu diberi lebih perhatian. Disamping itu, kaedah ini
juga merupakan salah satu kaedah yang sangat kreatif dan menyeronokkan serta dapat
menarik minat para murid untuk lebih mempelajari bidang Jawi. Bahan yang
digunakan dapat membantu guru untuk mengajar tajuk dengan lebih berkesan dan
memudahkan murid untuk mengeja suku kata Jawi serta membunyikannya dengan
lebih cepat.
37
BAB 5
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini akan membentangkan beberapa bahagian iaitu mengenai ringkasan kajian,
perbincangan dapatan kajian, cadangan kajian dan cadangan kajian lanjutan. Pengkaji
akan membincangkan hasil kajian secara menyeluruh berdasarkan dapatan yang
diperolehi seperti yang terkandung dalam bab lima. Cadangan kajian lanjutan juga
akan membantu para pengkaji yang lain untuk membuat kajian yang seterusnya. Kajian
ini akan menjadi panduan untuk mereka memperbaiki beberapa kajian kepada yang
lebih baik.
5.2 Ringkasan Kajian
Umumnya, kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedah
pengajaran dan pembelajaran berbantukan bahan iaitu kad suku kata Jawi berwarna
terhadap peningkatan penguasaan kemahiran mengeja dan membaca suku kata Jawi di
kalangan murid tahun 2. Kajian ini juga akan membuktikan peningkatan sikap dan
minat murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran Jawi di dalam kelas. Tempat
kajian ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Pitas Sandakan iaitu sebuah sekolah di
pedalaman Sabah yang jaraknya 150km melalui jalan laut. Responden kajian ini adalah
murid tahun 2 di sekolah tersebut. Sampel kajian diambil daripada satu kelas bagi
memastikan pencapaian murid dalam bidang tersebut adalah setara.
Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra dan ujian pos. Pengkaji telah
berbincang dengan penyelia kajian ini mengenai skrip ujian pra dan ujian pos sebelum
melaksanakan ujian tersebut. Selain itu, pengkaji juga telah menggunakan borang soal
selidik untuk mengetahui pandangan murid dari segi sikap terhadap kaedah
pembelajaran berbantukan bahan (kad suku kata). Data-data yang diperoleh daripada
maklum balas dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan frekuensi dan peratus
pelajar dalam penguasaan kemahiran Jawi. Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan
terdapat perbezaan signifikan tahap pencapaian antara murid yang lemah dengan murid
yang tidak lemah dalam kemahiran Jawi dengan menggunakan ujian-t. Keesahan ujian-
t ini dapat membantu pengkaji untuk menyediakan data-data yang tepat.
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian
Analisis deskriptif mengenai penguasaan murid terhadap penguasaan kemahiran asas
membaca suku kata Jawi di kalangan murid tahun dua adalah lemah. Ujian-t telah
digunakan untuk menganalisis data-data yang diperolehi dari soal selidik, ujian pra dan
ujian pos. Data-data ini telah membuktikan wujud perbezaan yang ketara dalam
penguasaan kemahiran membaca suku kata Jawi di kalangan murid. Dibawah ini
diperjelaskan tentang dapatan-dapatan kajian yang lain.
39
5.3.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Membaca Suku Kata Jawi
Kajian ini menunjukkan semua murid dapat mengingati kesemua 36 huruf Jawi,
menyebut dan menulis huruf tersebut dengan betul dan lancar. Dapatan kajian hasil
pemerhatian terhadap responden menunjukkan penguasaan murid yang tinggi iaitu
100% pada kemahiran di atas. Walaubagaimanapun, terdapat 33% murid yang berada
di tahap lemah dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis suku kata Jawi
terbuka dengan lancar. Hanya 67% murid sahaja yang boleh mengusai kemahiran
membaca suku kata Jawi di dalam kelas tersebut. Justeru, kerjasama semua pihak amat
penting untuk memulihkan murid agar dapat menguasai kemahiran asas tersebut dan
akhirnya berjaya dalam peperiksaan.
Rajah 5 : Perbandingan Markah Responden Bagi Ujian Pra dan Ujian Pos
40
Dapatan dari analisis carta perbandingan di atas menunjukkan bahawa terdapat
peningkatan penguasaan murid-murid dalam kemahiran membaca suku kata Jawi iaitu
sebanyak 33% berbanding ujian pra. Murid-murid yang lemah seramai 5 orang telah
mendapat keputusan yang baik iaitu di tahap gred C (40-59) dan perbezaan sebanyak
7%. Manakala perbezaan murid yang mendapat gred B (60-79) pula ialah sebanyak
13%. Peningkatan penguasaan murid ini membuktikan keberkesanan kaedah dan bahan
yang digunakan oleh pengkaji untuk membantu memulihkan murid-murid yang lemah
dalam kemahiran membaca Jawi agar lebih berjaya untuk menguasai bidang tersebut.
5.3.2 Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi
Kajian ini memperlihatkan minat adalah faktor pelonjak yang sangat penting ke arah
peningkatan pencapaian murid dalam mata pelajaran Jawi. Dapatan soal selidik
menunjukkan majoriti murid mempunyai minat untuk mempelajari Jawi, akan tetapi
ada beberapa orang murid tidak dapat menguasainya kerana masalah-masalah
penghalang yang lain. Masalah pembelajaran tersebut akan dapat diatasi dengan
menggunakan bahan yang telah dicadangkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
Jawi. Bahan ini amat berguna untuk guru dan murid kerana ia mudah digunakan dan
dapat memberikan kefahaman kepada murid yang lemah serta meningkatkan
pengayaan di kalangan murid yang sederhana. Kajian Abu Zahari (1987) menjelaskan
bahawa minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran amat mempengaruhi pencapaian
mereka dalam mata pelajaran tersebut.
41
42
5.3.3 Peranan Guru dan Ibu Bapa
Berdasarkan dapatan soal selidik mendapati bahawa guru telah memainkan peranan
mereka dalam memberikan pembelajaran kepada murid-murid agar mereka dapat
memahami serta menguasai bidang Jawi ini. Temu bual dengan responden juga
mendapati bahawa guru-guru telah menyediakan lembaran kerja untuk murid
menyelesaikannya di rumah, akan tetapi tidak semua murid dapat menyiapkan tugasan
tersebut. Ini telah membuktikan ibu bapa tidak berperanan untuk membantu anak-anak
mereka dalam pelajaran Jawi. Dapatan soal selidik menununjukkan sebanyak 53%
murid mengakui ibu bapa tidak membantu tugasan mereka. Ibu bapa kurang
memberikan penekanan kepada mata pelajaran Jawi berkemungkinan kerana mata
pelajaran ini tidak termasuk dalam subjek Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Dapatan daripada kajian dan analisa yang telah dibuat jelas menunjukkan
pembelajaran berbantukan bahan (kad suku kata) dapat membantu para pelajar yang
lemah dan sederhana meningkatkan pencapaian penguasaan kemahiran membaca suku
kata Jawi dalam tahun 2. Kaedah ini membolehkan para murid belajar mengulangkaji
secara individu atau berkumpulan walaupun semasa ketiadaan guru di dalam kelas
dengan menggunakan kad suku kata berwarna tersebut. Murid-murid juga boleh
mengulangkaji tajuk pelajaran di rumah dengan bantuan kad suku kata ini kerana ianya
amat mudah dan dapat menolong murid untuk mengeja suku kata Jawi menggunakan
pelbagai warna.
43
Berdasarkan kepada profil responden dan keputusan ujian pra pula
menunjukkan kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan kajian
secara umumnya mempunyai latar belakang dan tahap pencapaian akademik yang
tidak sama. Faktor ini adalah penting dalam kajian untuk melihat perbezaan yang akan
dapat dihasilkan sebelum dan selepas penggunaan bahan (kad suku kata) kepada
murid-murid yang terlibat disamping itu dapat membuat perbandingan dengan murid
yang diajar secara kaedah tradisional.
Kesimpulannya, pengajaran yang menggunakan kad berwarna ini dapat
mempengaruhi minat dan motivasi murid dalam pembelajaran Jawi. Terdapat
perbezaan penguasaan kemahiran asas Jawi di antara murid yang didedahkan dengan
pembelajaran berbantukan kad dan murid yang diajar dengan menggunakan kaedah
tradisional. Justeru, guru perlulah memvariasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas agar dapat menarik minat murid untuk belajar dan seterusnya berjaya di
dalam peperiksaan.
5.4 Implikasi Dapatan Kajian
Terdapat beberapa implikasi kajian yang boleh dibincangkan di sini berdasarkan
keputusan dan penemuan kajian. Apa yang penting dalam kajian ini adalah
sumbangannya dalam memperkaya kaedah pengajaran Jawi. Penemuan yang menarik
dalam kajian ini walaupun dilaksanakan hanya di SK Pitas, Sandakan namun
keputusan kajian boleh diguna pakai bagi sekolah lain yang mempunyai latar belakang
yang hampir sama.
44
Umumnya, implikasi kajian ini lebih berfokus kepada murid, guru dan pejabat
pelajaran. Kesan kajian ini terhadap murid ialah mereka dapat mengetahui kelemahan
masing-masing dalam pembelajaran sesuatu subjek dan seterusnya dapat memperbaiki
kelemahan tersebut dengan dibantu oleh rakan sebaya dan guru.
Disamping itu, implikasi daripada kajian yang dijalankan juga telah
memberikan impak kepada guru-guru agar mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
seterusnya dapat meningkatkan minat dan kefahaman murid di dalam kelas. Kaedah
yang sesuai dalam proses pengajaran akan membantu para guru menyampaikan isi
pelajaran dengan lebih berkesan dan murid-murid pula mudah memahami dan
menguasai kandungan pembelajaran.
Selain itu, implikasi dapatan kajian juga membantu pihak pejabat pelajaran
sama ada daerah ataupun negeri untuk merancang aktiviti-aktiviti tertentu untuk
meningkatkan minat dan penguasaan murid-murid di sekolah rendah untuk menguasai
kemahiran membaca dan menulis Jawi. Mereka perlu menyediakan bahan-bahan yang
bersesuaian dengan kaedah pengajaran Jawi bagi murid-murid yang lemah dan pandai.
45
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
Kajian yang telah dijalankan ini merupakan kajian yang bersifat deskriptif bagi
mengenal pasti keberkesanan bahan kad dalam pengajaran dan pembelajaran Jawi.
Beberapa cadangan ingin dikemukakan dengan harapan ia akan dapat memberi
sumbangan ke arah peningkatan corak pengajaran dan pembelajaran guru serta murid
di dalam kelas berkaitan bidang kemahiran Jawi. Kajian ini merupakan kajian
berasaskan sekolah dan dilakukan pada sampel yang kecil iaitu seramai 15 orang murid
dari tahun 2 sahaja. Masa kajian pula sangat terhad iaitu 1 jam pengajaran di dalam
kelas. Kekangan masa dan jumlah persampelan yang kecil ini telah menyebabkan
ruang lingkup kajian serta dapatan tidak menyeluruh. Justeru, pengkaji yang ingin
membuat kajian pada masa akan datang perlulah memilih masa yang panjang dan
sampel yang bersesuaian agar kajian mempunyai keesahan.
Mata pelajaran Pendidikan Islam terutamanya yang melibatkan bidang Jawi
perlu diperkukuhkan di kalangan murid sekolah rendah dan menengah agar ianya tidak
dilupakan pada masa-masa akan datang. Salah satu cara adalah mempergiatkan kajian-
kajian yang berkaitan dengan kemahiran-kemahiran penguasaan asas Jawi yang
berkesan. Berdasarkan dapatan analisis kajian yang telah dibincangkan, pengkaji telah
mengenal pasti terdapat beberapa kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki
dengan kadar segera agar dapat memberi sumbangan ke arah peningkatan corak
pengajaran dan pembelajaran.
46
Penggunaan bahan (kad suku kata berwarna) adalah satu corak pengajaran dan
pembelajaran yang baik dan berkesan. Namun, guru perlulah mempelbagaikan kaedah
dan bahan agar murid-murid yang lemah dapat menggunakan bahan tersebut di rumah
juga bagi tujuan pembelajaran secara individu. Manakala bagi murid yang telah
menguasai kemahiran asas Jawi, mereka pula perlu disediakan bahan yang lebih
menarik seperti permainan kotak beracun dan sebagainya. Ini dapat meningkatkan
minat mereka untuk lebih mempelajari bidang Jawi dengan lebih mendalam. Murid-
murid yang dapat membaca dan menguasai sesuatu kemahiran juga perlu diberikan
ganjaran yang bersesuaian untuk mereka lebih berusaha dalam pembelajaran.
Pengkaji juga perlu mempelbagaikan latar belakang dalam kajian agar hasilan
kajian akan lebih jelas. Kepelbagaian latar belakang murid ini akan memberikan
perbezaan penguasaan tentang sesuatu kemahiran berkaitan wujudnya kerjasama antara
ibu bapa di rumah untuk menolong anak-anak mereka dalam pembelajaran. Murid-
murid akan lebih menguasai pembelajaran Jawi di sekolah jika ibu bapa senantiasa
menolong dan memberi semangat kepada mereka untuk meneruskan pembelajaran.
Subjek kajian ini hanya melibatkan sebuah sekolah sahaja. Pengkaji pada masa
akan datang disarankan agar melibatkan sekolah dari beberapa buah daerah pedalaman
supaya dapatan kajian lebih menyeluruh. Kepelbagaian murid dari sekolah yang
berlainan akan membantu para pengkaji untuk membezakan sama ada suasana di
sesebuah sekolah membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid dan
akhirnya dapat menguasai kemahiran yang ditentukan. Akan tetapi, perlu diingatkan
bahawa kajian ini hanya sesuai dilakukan di sekolah pedalaman atau luar bandar sahaja
47
dan tidak sesuai dilaksanakan di sekolah kawasan bandar kerana soalan kajian adalah
di aras rendah. Jika mahu diadakan di sekolah bandar maka aras soalan ujian perlu
diubah ke tahap yang lebih bersesuaian dengan aras pemikiran mereka.
Di samping itu, pengkaji juga perlu memvariasikan teknik atau kaedah yang
digunakan untuk murid menyelesaikan masalah penguasaan membaca Jawi.
Penggunaan teknik yang betul dan dipelbagaikan mengikut tahap kematangan amat
perlu agar mereka dapat memahami pengajaran dengan lebih mudah. Mereka juga akan
bertambah minat untuk belajar sesuatu perkara kerana bersesuaian dengan kehendak
masing-masing. Guru perlu memahami setiap perlakuan dan sikap murid agar dapat
mengajak mereka untuk turut sama dalam proses pembelajaran dan akhirnya dapat
menguasai kemahiran yang diajar di dalam kelas.
Selain itu, kajian ini hanya menggunakan kaedah statistik kajian deskriptif
peratusan sahaja. Dicadangkan pengkaji akan datang menggunakan gabungan kaedah
kuantitatif dan kualitatif dalam mengkaji kebolehan menguasai kemahiran membaca
Jawi. Ini kerana, kajian yang baik ialah kajian yang menggunakan kedua-dua kaedah
tersebut supaya dapatan kajian lebih terperinci dan menyeluruh.
48
5.6 Rumusan
Kesimpulannya, kebolehan membaca suku kata Jawi amat penting dalam pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Islam. Hal ini kerana bahan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam sebahagian besarnya ditulis dalam Jawi. Pelajar juga
diwajibkan untuk cekap dan menguasai asas Jawi ini agar dapat mempelajari dan
membaca al-Quran dengan lancar. Hasilan daripada kajian ini, dicadangkan agar guru-
guru Pendidikan Islam menggunakan bahan-bahan bantu yang terbaik agar murid-
murid yang lemah dapat menguasai Jawi. Kaedah pengajaran juga perlu dipelbagaikan
bersesuaian dengan latar belakang keupayaan murid di sesuatu tempat. Ini bertujuan
untuk memudahkan murid-murid di sekolah rendah khususnya di pedalaman memhami
pengajaran guru dan menguasai isi pelajaran yang diajar di dalam kelas.
Justeru, kajian tindakan yang dilakukan ini merupakan usaha murni untuk
membantu murid memantapkan penguasaan membaca Jawi. Kemahiran yang
diperolehi dalam proses menyebut suku kata dan perkataan dapat membantu mereka
membina ayat-ayat yang mudah dan bersesuaian dengan tahap kemampuan mereka.
Keupayaan menghasilkan ayat-ayat yang ini akan meningkatkan daya kreativiti mereka
selaras dengan peningkatan umur serta pencapaian mereka dalam proses pembelajaran.
Kreativiti ini seterusnya akan memberikan mereka keyakinan untuk membaca bahan-
bahan daripada tulisan Jawi bersama rakan sebaya yang seterusnya menjadi titik tolak
kepada proses perkembangan ilmu ke arah pembentukan generasi yang berketrampilan
dan mempunyai daya saing yang tinggi.
49
Rujukan
Buku Rujukan:
Adnan Mohamed Yusuf at el. (2008). Open University Malaysia, HBIS3203
Pendidikan Islam Tahun 5 & 6. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Amat Juhari Moaian. (1992). Sejarah Tulisan Jawi Jurnal Bahasa 35(11):101 1012.
Hamdan Abdul Rahman (1999). Panduan Menulis dan Mengeja Jawi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (1998). Daftar Ejaan Rumi dan Jawi. Kuala Lumpur;
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail bin Dahaman & Manshoor bin Haji Ahmad (1996). Pedoman Ejaan Jawi
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kang Kyoung Seock. (1986). Perkembangan Jawi Dalam Masyarakat Melayu; Kuala
Lumpur.
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah – Mod Latihan Perguruan
Berasaskan Sekolah (2005). Pengajian Islam Major j-Qaf. Putrajaya: Bahagian
Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
50
Mahmud Shaari, Ahmad Hasbullah dan Faridah Majid. (1991). Kertas Kerja III.
Konvensyen Tulisan Jawi. Pusat Islam.
Mariah binti Mansur et. Al (2006). Pelajaran Jawi (Buku Teks) KBSR Tahun 4. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Azhan bin Abdul Halim (2006). Kajian Tindakan kepada Modul Senang Jawi.
Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Perak.
Mohamad Najib Abdul Ghaffar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor; Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.
Mustapa Yazid. (1991). Penguasaan Jawi di Kalangan Pelajar-pelajar Sekolah
Menengah di Kelantan; Satu Kajian Khusus di Daerah Kota Bharu. Latihan
Ilmiah, Universiti Malaya Kuala Lumpur.
Muzni Hj Borhan. (1995). Penguasaan Jawi di Kalangan Murid Tahun 3 di Sekolah-
sekolah Rendah Daerah Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tesis
Sarjana; Fakuti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nik Rusila binti Yaakob (2001). Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat
dan Pencapaiannya dalam Pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Jurnal
Pendidik dan Pendidikan; Kementerian Pelajaran Malaysia.
51
Rosinah Edinin (PhD). (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Shamsuddin bin Haji Abdullah (1988). Kembali kepada Jawi: Panduan Menulis dan
Membaca Jawi Paling Ringkas dan Lengkap. Terengganu: Pusat Pengajian
Islam.
Talib Samat. (2004). Berjihad Melalui Tulisan. Selangor Darul Ehsan; Karisma
Publications Sdn. Bhd.
Akhbar:
LC Fang. 2000. Cabaran Tulisan Jawi Masa Kini. BeritaHarian 20 November:8.
Mohamed Jusoh. 2000. Wajibkan Jawi di Sekolah dikaji. Mingguan Malaysia 25 Jun:
13.
Nordin Saad. 2000. Bukan Melayu Turut Gunakan Jawi. Utusan Zaman 10 Disember:
10.
Shahrul Nizam Abdul Talib. 2000. Pupuk Minat Pelajar Cintai Jawi. Utusan Zaman 3
Disember: 10.
52
Internet:
http://www.scribd.com/piqahz/d/57135510-Tahap-Penguasaan-Kemahiran-Membaca-
Ejaan-Jawi-Murid
Dicapai pada 17 Oktober 2012
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2011&dt=0310&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
Dicapai pada 19 Oktober 2012
http://jpnperak.edu.my
Dicapai pada 19 Oktober 2012
http://www.slideshare.net/suhanazuryati/kertas-cadangan-kajian-tindakan-celik-jawi-
mengenal-membaca-dan-menulis-perkataan-jawi-mudah-dengan-kaedah-bahan-dan-
rakan-bantu-rakan-rr-bagi-pelajar-tingkatan-1-efisien
Dicapai pada 23 Oktober 2012
http://www.ukm.my/uba/sebar2012/Prosiding%20SEBAR2012/6.Aziyun.pdf
Dicapai pada 2 November 2012
http://i-epistemology.net/attachments/1127_jp-v9n2-%20Perlaksanaan%20Tulisan
%20Jawi%20dalam%20Sistem%20Pendidikan%20Malaysia%20-%20M%20Mokhtar
%20Shafii.pdf
Dicapai pada 10 November 2012
53
http://myais.fsktm.um.edu.my/9502/1/KEUPAYAAN_BACAAN_AL-QUR
%E2%80%99AN_DI_KALANGAN_PELAJAR_TINGKATAN_EMPAT.pdf
Dicapai pada 15 November 2012
http://www.scribd.com/doc/16657427/Kajian-Tindakan
Dicapai pada 18 November 2012
54
LAMPIRAN A
Gerak Kerja Proses Kajian Tindakan
Bulan Catatan
Mac Perbincangan dengan penyelia berkaitan kajian tindakan.
Membuat rujukan, mencari dan mengumpul bahan berkaitan.
Berjumpa dengan penyelia untuk mendapat bimbingan membuat
kajian tindakan.
April Menyiapkan tugasan bab satu, dua dan tiga dengan bimbingan
penyelia.
Membuat penyemakan tugasan dengan penyelia.
Menghantar tugasan bab satu, dua dan tiga kepada penyelia.
Jun Membina dan menguji alat kajian.
Mendapatkan kebenaran menjalankan kajian di sekolah.
Membuat tinjauan dan mengutip data.
Ogos Menganalisis data.
Menyediakan laporan kajian dan memulakan tugasan untuk bab
empat dan lima dengan bimbingan penyelia.
September Menyempurnakan kelima-lima bab.
Mengemukakan draft terakhir untuk dinilai.
November Perjumpaan dengan penyelia untuk membuat semakan tugasan.
Membuat pembetulan tugasan.
Menghantar tugasan kepada pihak-pihak yang berkenaan.
55
LAMPIRAN B
SENARAI NAMA MURID TAHUN 2/2012
SEKOLAH KEBANGSAAN PITAS, SANDAKAN
BIL. NAMA MURID JANTINA
1. ABDUL MUIZ BIN ZAINUDDIN L
2. ARSHAHDIRA BINTI ROSMAN P
3. AYU SUZANA SHAHMIRA BINTI YUSUF P
4. AZMAN BIN ALI L
5. BADRUL BIN ZAINAL L
6. BUDIMAN BIN AHMAD L
7. DAYANG DD WANA BINTI EDI P
8. DAYANG NURSHAHFIQAH BINTI RASNI P
9. MOHD FAIZUL BIN MOHD FAIZAL L
10. NURMAYA KHAIRINNIE BINTI HASSAN P
11. NURLINA BINTI MOHD YUSSOF P
12. RABIATUL KHAIRULNISA BINTI IBRAHIM P
13. ROHADATUL IRDINA BINTI BADIN P
14. ROHADINATUL EDRIANA BINTI SHAHIR P
15. SHAH INDRAWAN BIN HUSSIN L
56
LAMPIRAN C
SENARAI NAMA MURID LEMAH JAWI TAHUN 2/2012
SEKOLAH KEBANGSAAN PITAS, SANDAKAN
BIL. NAMA MURID JANTINA
1. ARSHAHDIRA BINTI ROSMAN P
2. AYU SUZANA SHAHMIRA BINTI YUSUF P
3. AZMAN BIN ALI L
4. BADRUL BIN ZAINAL L
5. DAYANG DD WANA BINTI EDI P
JUMLAH : 5 ORANG
57
LAMPIRAN D
INSTRUMEN UJIAN PRA & POS PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2
top related