kaedah pelajar menangani isu … · web viewkaedah menangani isu plagiarisme 1.0 apa itu plagiat?...
Post on 01-May-2019
313 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
NAMA PELAJAR : SITI AISYAH BINTI MOHD AZIS A145421
KAEDAH MENANGANI ISU PLAGIARISME
1.0 APA ITU PLAGIAT?
Teknologi maklumat merupakan satu medium yang sangat diperlukan oleh sesiapa
sahaja pada zaman moden ini untuk mencari maklumat, berhubung jarak jauh,
menyimpan data dan sebagainya dengan pantas. Teknologi maklumat sentiasa bergerak
dan berubah setiap masa. Tidak sampai setahun, terlalu banyak jenis teknologi yang
diperkenalkan, termasuklah gadget, komputer riba, kad sim berinternet dan banyak lagi.
Teknologi yang difokuskan menerusi tajuk utama laporan ini adalah medium internet.
Mengapa? Hal ini kerana internet dan pelajar sangat berkait rapat dan tak mungkin
mampu dipisahkan.
Seperti yang diketahui umum, carian maklumat di internet sangat mudah, tidak
sampai 5 saat maklumat yang anda cari akan ditemui. Sememangnya maklumat yang
diperolehi perlu disaring untuk membezakan maklumat yang benar atau palsu. Namun
begitu, semakin mudah memperoleh maklumat, pelajar lebih berisiko untuk melakukan
plagiarisme.
Menerusi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Kedua, makna kata plagiat ialah
hasil mencedok karya atau tulisan orang lain yang disiarkan kembali sebagai karya
sendiri (biasanya dalam hal karang mengarang, iaitu penulisan). Bagaimanapun,
“penerbitan semula makalah jurnal yang baik sebagai bab dalam buku dengan anggapan
pembaca tidak dapat mencapai bahan asalnya tidaklah dianggap satu kesalahan, asalkan
sumber asalnya dinyatakan” (Walter 1999).
2
1.2 SEJARAH PLAGIAT
Plagiat merupakan perkataan yang berasal dari bahasa Latin, iaitu plagiari(us) yang
membawa maksud penculik. Perkataan plagium pula bermaksud menculik.
Menerusi jurnal Plagiarisme, Runtuhnya Tembok Kejujuran Akademik oleh
Herqutanto, Universitas Indonesia, perkataan plagiarius dan plagium mula digunakan
oleh penyair Rom, iaitu Marcus Valerius Martialis, pada abad pertama masehi.
Sebenarnya,pada ketika itu beliau mengeluh kerana banyak puisi yang dicipta oleh orang
lain mirip atau hampir sama dengan hasil karyanya. Seterusnya, perkataan plagium dan
plagiarius dijadikan perkataan oleh Ben Johnson dalam bahasa Inggeris, iaitu plagiarism.
Kes plagiat yang pernah berlaku di Barat ialah kes plagiat kerja ilmiah dalam bidang
perubatan, iaitu psikiatri. Misalnya, Culliton (1988) dan Lock & Wells (1996)
melaporkan peletakan jawatan seorang professor psikiatri setelah dikesan melakukan
banyak kes plagiat pada sekitar tahun 1960-an dan 1970-an. Beliau gemar mengambil
sumber ilmiah daripada rakan sejawatnya, tetapi cuai menjelaskan sumber bahan tersebut.
Sejarah plagiat dalam konteks siswazah pula dikesan oleh Mulley (1986) dan
Connoly(1987) iaitu kes seorang siswazah yang memplagiat keseluruhan makalah tentang
diagnosis difrential dementia (kajian ilmiah). Selain itu, kes plagiat yang lain adalah
tentang peningkatan insulin aneroxia nervosa (Wachslicht- Rodbard et al. 1980) telah
disalin (Soman & Felig 1980). Semua kes ini telah dibentangkan dengan jelas oleh Walter
dan Bloch (2001). Kisah sejarah plagiat moden ini didapati dalam jurnal Penerbitan
Berulangan, Plagiat dan Isu Keperangan Dan Pelanggaran Etika Lain Dalam
Penerbitan Di Malaysia oleh Roosfa Hashim (2006).
3
2.0 JENIS TINDAKAN PLAGIAT
Tindakan plagiat ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu tindakan yang disengajakan dan
tidak disengajakan (Utusan Malaysia, 1999). Tindakan plagiat yang disengajakan ialah
seseorang itu sedar akan tindakannya mencedok hasil karya orang lain, dan tindakan tidak
disengajakan merupakan seseorang tidak tahu akan istilah mengambil hasil karya orang
lain sebagai plagiat. “Kewibawaan pengarang tergugat dan boleh dipersoalkan apabila
karyanya yang sama (atau yang berbeza) tidak dinyatakan dengan jelas apabila
diserahkan untuk penerbitan” (Walter & Bloch 2001).
Walau bagaimanapun, sememangnya mustahil bagi seorang pelajar tidak terlibat
dengan plagiarisme. Hal ini kerana pelbagai penulisan rencana, kupasan perdebatan isu
dalam media massa yang telah menggariskan tentang perihal plagiarisme. Malah,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) telah menjalankan kajian Wibawa,
Integriti dan Profesionalisme (WIP) pada tahun 2010 yang lalu.
Kajian ini dilaksanakan untuk mengetahui tahap kewibawaan, integriti dan
profesionalisme yang diamalkan di instutusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara ini.
Hasil kajian WIP 2010, KPT telah menyediakan Garis Panduan Integriti Akademik
Institusi Pengajian Tinggi untuk hal penerbitan.
3.0 PLAGIAT DALAM SITUASI PELAJAR
Cepat dan mudah. Itulah situasi yang diinginkan bagi setiap insan. Hal ini kerana,
masa tidak akan menunggu kita, sebaliknya kita perlu mengejar masa untuk
melaksanakan tugasan dan amanah yang digalas. Namun, apalah daya sekiranya hasil
4
kerja yang berjaya disempurnakan itu tidak berkualiti dan tidak asli. Sudah tentu ianya
tidak memberikan sebarang makna. Hal ini sangat berpatutan dengan konteks plagiat bagi
pelajar.
Tindakan mengambil hasil karya milik insan lain sangat meluas, terutama dengan
adanya teknologi maklumat yang canggih seperti kemudahan internet. Sebagai seorang
pelajar di ipt, saya sedia maklum mengenai hal ini. Mana tidaknya, kebanyakan pelajar
sering menyiapkan tugasan mereka pada saat akhir walaupun tugasan itu telah diberikan
oleh pensyarah dalam tempoh yang lama. Sikap suka bertangguh dan tidak gemar
mencari sumber rujukan menyebabkan pelajar acapkali terlibat dengan situasi
plagiarisme. Selain itu, plagiat yang sangat berbahaya dan sering terjadi dalam kehidupan
kampus pelajar adalah meniru hasil kerja rakan. Ada segelintir pelajar yang menyalin
hasil kerja rakan sekelas dan hanya menukar beberapa kriteria dalam penulisan itu seperti
gaya tulisan, penambahan idea supaya tindakannya tidak disedari. Perkara ini sangat
mengecewakan kerana tiada nilai atau kualiti hasil kerja tersebut, kerana ianya hasil
ciplak atau tiruan penulisan dan idea secara keseluruhan.
Situasi kedua yang menyebabkan berlakunya plagiat adalah disebabkan oleh sumber
ilmiah yang sangat kurang bilangannya. Apabila kekurangan sumber rujukan bagi sesuatu
subjek, mereka lebih cenderung untuk mengambil maklumat daripada internet.
Kebanyakan sumber di internet pula tiada sumber rujukan secara lengkap. Secara tidak
langsung, pelajar terlibat dengan kegiatan plagiat tanpa sengaja.
Namun begitu, tidak semua pelajar yang terlibat dengan kegiatan plagiat dan situasi
yang tidak sihat ini memerlukan kesedaran dalam diri individu itu sendiri untuk
mengelakkan diri daripada plagiarisme.
5
4.0 ELEMEN KESELAMATAN HASIL KARYA
4.1 KERAHSIAAN
Rahsia membawa maksud sesuatu yang tersembunyi dari ketahui umum dan hanya
diketahui oleh beberapa orang sahaja (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat,
2013).
Pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memulakan langkah usaha
untuk mengatasi permasalahan plagiat ini untuk menjaga kerahsiaan data UKM sendiri
dengan mencipta Dasar Harta Intelek 2010. “Semua pihak yang melawat UKM untuk
cadangan usahasama dengan pekerja atau pelajar hendaklah menandatangani Perjanjian
Kerahsiaan. Apa-apa maklumat yang didedahkan atau diperoleh dalam perbincangan
merupakan rahsia dan tidak boleh didedahkan kepada pihak lain yang tidak terlibat secara
langsung dalam perbincangan itu, melainkan jika dinyatakan sebaliknya.
Bagi mengelakkan apa-apa pelanggaran perjanjian, setiap individu yang terlibat
dalam perbincangan itu bertanggungjawab mengambil langkah yang sesuai untuk
menjaga dan menjamin kerahsiaan apa-apa maklumat yang diterima atau yang diberikan.
Semua Pekerja dan Pelajar hendaklah dimaklumkan tentang
Perjanjian Kerahsiaan dan kepentingannya. Jika terdapat percanggahan tentang apa-apa
maklumat, sama ada boleh diterbitkan atau tidak, maka rujukan boleh dibuat
kepada Pusat Inovasi Kolaboratif.”(Dasar Harta Intelek UKM, 2010).
4.2 AKAUNTABILITI MAKLUMAT
Takrifan rangkai kata akauntabiliti ialah sifat tanggungjawab seseorang terhadap
sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberi penjelasan jika
6
diperlukan ( Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi kedua dan keempat, 2011, 2013).
Dalam erti kata lain, akauntabiliti merupakan kewajipan seseorang dalam
melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan mengikut undang- undang dan
peraturan yang telah ditetapkan. Apabila seseorang itu bersikap tanggungjawab dalam
sesuatu tugas, sudah tentu ia mengetahui tentang kelemahan dan kelebihan hasil kerjanya.
Jika adanya timbul isu berbangkit, pemilik asal karya mampu memberi penerangan yang
menyeluruh mengenai hasil karyanya.
Akauntabiliti sangat berkait rapat dengan cara merekod data atau maklumat yang
diperolehi. Data atau maklumat yang telus dan asli perlulah diperolehi melalui sumber
primer atau sekunder yang sahih serta mempunyai kebolehkepercayaan yang baik.
Maklumat primer bermaksud maklumat yang diperolehi sendiri oleh pengkaji melalui
sumber pertama, iaitu menerusi temu bual dan soal selidik. Walau bagaimanapun, kaedah
perolehan maklumat primer ini memakan masa yang sangat lama, dan hanya sesuai untuk
pengkajian yang terperinci, seperti pembikinan kajian dalam tesis.
Kebiasaannya, para pencari maklumat terutamanya dalam kalangan pelajar
memperolehi maklumat sekunder melalui bahan-bahan penerbitan bersiri seperti buku
dan jurnal, dan bahan rujukan umum seperti pangkalan data atas talian (online) iaitu
kamus atas talian. Situasi ini menyebabkan kebanyakan pelajar tidak mengamalkan
akauntabiliti maklumat dan lebih terdorong untuk melakukan plagiarisme. Contohnya,
pelajar tidak menggariskan perihal mengenai sumber penulis jika maklumat diperoleh
daripada buku atau jurnal. Dan, apabila mencari maklumat atas talian, ianya lebih mudah
untuk salin dan tampal (copy and paste).
Pelajar yang tidak mementingkan akauntabiliti tidak akan mampu untuk
7
menerangkan secara terperinci dan mendalam mengenai sesuatu maklumat yang
diperolehi.
4.2.2 KEPENTINGAN AKAUNTABILITI MAKLUMAT
Sebenarnya, akauntabiliti maklumat sangat penting bagi menjamin keaslian
maklumat dan data yang diperolehi. Setiap individu yang mencari maklumat perlulah
menjelaskan perihal sumber maklumat yang diperolehi dengan jujur dalam rujukan hasil
kerja mereka.
Dengan ini, hasil kerja individu yang baik, berkualiti dan asli mampu dihasilkan dan
kepelbagaian sumber mampu menambah baik hasil kerja seseorang, dengan syarat
mereka menerangkan secara terperinci tentang maklumat penulis asal, tahun pencetakan
yang mereka peroleh tersebut bagi menjamin akauntabiliti maklumat.
4.3 INTEGRITI
Makna rangkai perkataan integriti boleh disimpulkan sebagai tulus, jujur dan utuh dari
sebarang bentuk penyelewengan (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat,
2013). Kejujuran merupakan suatu nilai yang perlu ada dalam setiap diri individu.
4.3.1 JENIS INTEGRITI
Selain itu, Institut Integriti Nasional telah mencirikan maksud integriti kepada dua
pecahan, iaitu integriti individu dan kelompok (organisasi).
Integriti bagi setiap individu ialah nilai amanah dan kejujuran yang ada dalam diri
seseorang. Situasi ini bermaksud, seseorang itu tetap melaksanakan tugasnya dengan
penuh amanah tidak kira apa yang berlaku.
8
Di samping itu, integriti dalam kelompok atau organisasi ialah “pelaksanaan kod
etika, piagam pelanggan, sistem dan proses kerja serta pematuhan amalan terbaik. Kod
etika organisasi ditegaskan, dihayati, dan diulangi oleh ahli anggota organisasi sehingga
menjadi kebiasaan dan budaya” (Pelan Integriti Nasional, muka surat 18).
4.3.2 KEPENTINGAN INTEGRITI
Sebenarnya, pengetahuan dan penghayatan nilai integriti perlu dicakna oleh setiap
komponen ahli dalam masyarakat, tidak kira kaum, budaya dan agama. Malah, setiap
agama menyeru penganutnya mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Perkaitan nilai integriti dan plagiat dalam kalangan individu yang difokuskan dalam
konteks pelajar sangat berkait rapat. Selari dengan salah satu objektif Pelan Integriti
Nasional iaitu meningkatkan kesedaran , komitmen, dan kerjasama pelbagai sektor
dalam usaha peningkatan integriti menjadi budaya masyarakat serta diamalkan
dalam semua bidang. Seharusnya sebagai ahli masyarakat, kita perlu usaha untuk
mengamalkan perkara yang baik untuk memperoleh hasil yang baik.
Sekiranya seseorang pelajar itu berintegriti, beliau pasti akan melaksanakan
tugasannya dengan penuh sabar dan jujur. Selain itu, pelajar yang jujur tidak akan meniru
dan mengambil hasil karya rakan serta menjadikan hasil itu sebagai karyanya. Data yang
ralat dan kebocoran maklumat akan berlaku jika integriti tidak dijaga.
Sikap integriti ini sudah tentu akan menjaga kerahsiaan, dan juga akauntabiliti
sesebuah data dan maklumat penting. Jika seseorang itu tidak menyemai integriti dalam
diri, hanya bayangkan jika dia bakal bekerja dalam sesebuah organisasi kelak. Pastinya
ketirisan maklumat mudah berlaku dan ianya akan menimbulkan permasalahan yang
9
serius jika ianya berkaitan dengan kerahsiaan maklumat klien atau organisasi itu sendiri.
4.4 PROFESIONALISME
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi Keempat, profesional ialah
kemahiran dan kemampuan yang khusus untuk melaksanakan sesuatu dengan cekap dan
teratur. Sementara itu, profesionalisme bermaksud sifat sifat (kemampuan, kemahiran,
cara pelaksanaan sesuatu, dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau
dilakukan oleh seorang profesional (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat,
2013).
Pada pandangan saya, maksud profesionalisme yang diterangkan di atas adalah
sesuatu perbuatan yang dilakukan secara mahir, cekap dan teratur. Kemampuan seseorang
yang menjalankan tugas dengan profesionalisme adalah lebih baik bagi memastikan
tindakan serta hasil kerja yang telus dan teliti terhasil.
4.4.1 KEPENTINGAN PROFESIONALISME
Setiap kerja yang dilakukan dengan profesional menghasilkan karya yang hebat dan
tulus. Tahap profesional perlu dimulai dengan pengurusan maklumat yang baik, proses
yang terperinci dan hasil yang terbaik. Seperti yang dinyatakan oleh sarjana barat,
“pengurusan maklumat juga dapat membantu organisasi dalam memperbaiki
keberkesanan dan kecekapan, memperbaiki kedudukan pasaran, memperbaiki
komunikasi antara pekerja, meningkatkan sinergi antara pekerja dan membolehkan
pembelajaran menjadi lebih berkesan dan cekap”(Beijerse 1999).
Sebagai seorang pelajar, kita perlu belajar mengenai pencarian dan penyusunan
maklumat dengan cara yang profesional bagi menghasilkan kertas kerja yang bermutu
10
serta unik.
5.0 TINDAKAN UNTUK MENGURANGKAN PLAGIAT
5.1 DASAR HARTA INTELEK
Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah menerusi Kementerian Pedagangan
Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menjaga keaslian karya,
mengawal serta mengurangkan kegiatan plagiat. Dasar Harta Intelek merupakan salah
satu bukti usaha kerajaan bagi menjaga keaslian atau ketulenan sesuatu hasil karya.
Secara umumnya, harta intelek terbahagi kepada tujuh jenis, iaitu paten, pembaharuan
utiliti, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, petunjuk geografi, rekabentuk
susunatur litar bersepadu dan hak cipta.
Jenis harta intelek yang berkaitan dengan fokus plagiarisme ini ialah hak cipta. Hak
cipta merupakan hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa
tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Pelindungan
hak cipta di Malaysia adalah berdasarkan kepada Akta Hakcipta 1987.
Sebenarnya, sesuatu karya akan dilindungi secara automatik dengan syarat karya itu
asli, ianya direkodkan menjadi bentuk bahan, pencipta karya berkelayakan, dan karya
tersebut perlulah diterbitkan pertama kali di Malaysia. Hasil karya adalah dilindungi
tanpa mengira kualiti dan tujuan karya itu dihasilkan.
Antara karya yang layak mendapat perlindungan Harta Intelek ialah karya sastera,
muzik, seni, filem, rakaman bunyi, sinaran dan karya terbitan. Karya penulisan buku,
risalah, cerita dan lain-lain penulisan tergolong dalam karya sastera yang dilindungi.
(Perbadanan Harta Intelek Malaysia, MyIPO).
Seharusnya kita perlu bertanggungjawab atas harta intelek yang telah dipatenkan.
Dalam konteks plagiarisme penulisan, jika kita mengambil isi yang terlapat dalam
11
kandungan buku itu, perlulah disertakan dengan nama pengarang, tahun penerbitan dan
lokasi penerbitan bagi mengelakan plagiat berlaku. Generasi muda perlu berintegriti dan
berakauntabiliti bagi menjaga utuhnya ketulenan sesuatu penulisan.
5.2 USAHA PIHAK UNIVERSITI
Selain itu, pihak institusi pengajian tinggi tempatan juga berusaha bagi menjaga hasil
karya yang mereka hasilkan dan terbitkan. Contohnya, pihak Universiti Kebangsaaan
Malaysia (UKM) juga telah merangka dan melaksanakan Dasar Harta Intelek UKM
mulai tahun 2010 bagi menjaga kualiti dan keaslian sesuatu bahan yang mereka cipta dan
cetak, terutamanya bagi pelajar dan pekerja dalam UKM.
Selanjutnya, pihak Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) juga telah
mengambil inisiatif yang tersendiri bagi mengurangkan isu plagiarisme dalam kalangan
penuntut di institusi tersebut. Dasar yang diwujudkan oleh pihak UTHM ialah Dasar
Pencegahan Plagiarisme untuk Pelajar Pasca Siswazah. Dasar ini sebagai satu
langkah bagi mengukuhkan integriti akademik yang sememangnya penting dalam
penulisan kajian ilmiah seperti tesis. Antara salah satu objektif dasar pencegahan
plagiarisme ini adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar mengenai pentingnya
mengelakkan diri daripada plagiat dan kesannya jika mereka terlibat dengan tindakan
menciplak hasil kerja orang lain.
Pihak UTHM juga telah menggariskan panduan bagi mengesan aktiviti plagiat
penulisan dalam kalangan pelajarnya. Antaranya ialah menggunakan perisian pengesanan
persamaan teks, membuat carian semula di internet, merujuk kepada sumber asli dan
mendapatkan penjelasan daripada pelajar tentang hasil kerja yang mereka hasilkan.
12
Plagiat merupakan salah laku akademik di Universiti Malaya (UM). Ianya telah
dinyatakan dalam Buku Panduan Pelajar Ijazah Dasar (Azirah Hashim et al.). Pelajar
yang didapati melakukan plagiat, akan dikenakan tindakan tatatertib seperti tiada markah
diberikan untuk tugasan tersebut, amaran, denda tidak melebihi RM 200.00, digantung
belajar atau dipecat daripada pembelajaran rasmi di UM. (Universiti Malaya, Tatatertib
Pelajar, Peraturan 1999, Kaedah 6).
Dengan langkah berjaga-jaga yang telah digariskan ini, pelajar akan berusaha
untuk menghasilkan kerja yang berkualiti di samping berusaha untuk mengelakkan diri
daripada terjebak dengan plagiarisme.
5.2 WIBAWA, INTEGRITI DAN PROFESIONALISME (WIP 2010)
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, (KPT) telah menjalankan kajian mengenai
isu plagiat dalam konteks akademik, iaitu Wibawa, Integriti dan Profesionalisme (WIP)
pada tahun 2010 yang lalu. Langkah ini merupakan langkah permulaan untuk
menganalisis situasi semasa mengenai kewibawaan, integriti dan profesionalisme yang
diamalkan dalam institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara ini.
Satu garis panduan yang telah dibentuk oleh KPT hasil daripada kajian WIP
2010 sebagai panduan ahli akademik semua ipt di Malaysia dalam konteks penerbitan
karya. Elemen yang diketengahkan dalam garis panduan ini adalah kedudukan
pengarang, plagiarisme, integriti data, penyebaran penerbitan dan perwasitan
manuskrip.
Elemen plagiarisme dan integriti data berkait rapat dengan isu ini. Perincian panduan
bagi elemen plagiarisme ialah bagi mengelakkan plagiat, langkah proaktif diambil
13
supaya penulisan bebas daripada unsur plagiat. Dan, pelajar juga perlu mengelakkan diri
daripada swa-plagiat (self plagiarism).
Bagi panduan elemen integriti data pula, data perlulah diperoleh dan ditafsir
berdasarkan kepada sumber yang sahih melalui kaedah yang saintifik, terutamanya bagi
pembikinan tesis dan karya sarjana. Selain itu, data tersebut mestilah boleh diberikan hak
kebolehcapaian data kepada rakan akademik bagi tujuan verifikasi.
Oleh itu, pelajar IPT atau siswa perlu mencakna usaha yang telah diambil oleh KPT
bagi mengurangkan kadar plagiat dalam kalangan pelajar.
6.0 CARA PELAJAR TANGANI PLAGIAT
Pihak Universiti Malaya telah memberi panduan cara kepada pelajar untuk
mengelakkan diri dari perbuatan plagiat. Secara keseluruhannya, adalah merupakan
tanggungjawab seoarang pelajar itu untuk mencakna pengertian plagiat, tahu ciri-ciri
plagiat dan berusaha untuk mengelakkan diri daripada plagiat.
Pada pandangan saya sendiri, tidak salah untuk membuat rujukan, kerana kita
sememangnya pelajar yang masih belajar tentang sesuatu ilmu. Cuma, kita perlu
menghormati pemilik karya tersebut dan maklumat tentang sumber perlu disertakan.
7.0 CADANGAN DAN SARANAN -UNTUK KEKALKAN KEASLIAN DATA
Roosfa Hashim (2006) telah menggariskan saranan untuk mengekalkan keaslian
maklumat atau penerbitan karya ilmiah. Akbiat terlalu banyak kes plagiat, sepatutnya
strategi untuk mengurangkan plagiat ini perlu dijalankan,Walter & Bloch (2001)
mencadangkan beberapa strategi bagi menggalakan penerbitan etika dan mengurangkan
14
plagiarisme iaitu mewujudkan dan mengukuhkan panduan penerbitan, mengajar etika dan
kejujuran ilmiah dan mengesan serta melaporkan salah laku.
8.0 KESIMPULAN
Sebenarnya, tiada hasil kerja yang akan terjadi jika tiada panduan dari sumber yang
ampuh dan tulen. Sebagai seorang pencari ilmu, kita perlu mencari fakta dari sumber
yang sahih agar hasil kerja yang kita persembahkan itu hasil yang terbaik dan bermanfaat.
Oleh hal yang demikian, kita perlu meletakkan lampiran mengenai fakta dan sumber yang
kita perolehi, perkara ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan plagiat.
Nilai dan etika merupakan perkara yang sangat penting dalam rencah kehidupan.
Sebagai seorang generasi yang menjadi pewaris negara untuk masa yang akan datang,
penyemaian dan pengukuhan nilai murni dalam diri individu amat penting bagi
mewujudkan rakyat yang positif dan sejahtera. Nilai yang baik seperti akauntabiliti,
integriti, profesionalisme dan menjaga kerahsiaan penting dalam kehidupan. Saya akan
cuba berusaha untuk lebih mencakna dan mengaplikasikan ilmu ini dalam konteks
pengajian ilmu di UKM agar plagiat atau ciplak harta karya orang lain mampu dielakkan.
Insya-Allah. :)
15
9.0 RUJUKAN
9.1 Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM),(2010),Dasar Harta Intelek,(UKM).
http://www.ukm.my/e-pelajar/pdf/dasar_harta_intelek.pdf
9.2 Panduan WIP 2010 : http://www.upnm.edu.my/upfiles/dm898_panduan_integriti.pdf
9.3 Dewan Bahasa dan Pustaka, (2013) Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala
Lumpur : Penerbitan Dawama.
9.4 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), (2013), Dasar Pencegahan
Plagiarisme untuk Pelajar Pasca Siswazah ,(UTHM).
9.5 Universiti Malaya (UM), Pengelakan Dari Plagiarism, Buku Panduan Pelajar Ijazah
Dasar,UM.
:http://umisisweb.um.edu.my/doc/berita/plagiarism/Pengelakan_Dari_Plagiarisme_Buku_
Panduan_Pelajar_Ijazah_Dasar.pdf
9.6 Roosfa Hashim (2006) Penerbitan Berulangan, Plagiat dan Isu Kepengkarangan dan
Pelanggaran Etika Lain dalam Penerbitan di Malaysia, Jurnal Penerbitan Media Malaysia.
: http://e-journal.um.edu.my/public/article-view.php?id=611
9.7 Herqutanto (2013) Plagiarisme, Runtuhnya tembok Kejujuran Akademik,
Fakultas Kedokteran Universitas Indonesia, Jakarta:
http://journal.ui.ac.id/index.php/eJKI/article/viewFile/1589/1335
16
top related