jurnal minggu 1 seri mega

Post on 01-Nov-2015

13 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

jurnal praktikum

TRANSCRIPT

Bilangan Jurnal : 1Minggu Praktikum : PertamaTarikh Kejadian : 19 Mac 2012 23 Mac 2012Tajuk Jurnal : Suai kenal sekolah

1. Masalah / IsuMinggu ini merupakan minggu pertama saya berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Seri Mega. Saya tidak mempunyai masalah berkenaan P&P lagi kerana untuk minggu pertama ini, kami diberikan masa oleh pihak sekolah untuk berinteraksi dengan warga sekolah dan mengenali persekitaran sekolah terlebih dahulu. Kami diberi relief untuk beberapa kelas tahap satu dan tahap dua. Pada ketika inilah kami cuba mengenali latar belakang murid-murid di sekolah itu dan mula belajar cara-cara untuk mengendalikan kelas. Dan saya mempunyai sedikit masalah untuk berinteraksi dengan pelajar kerana kebanyakan mereka menggunakan bahasa inggeris dalam pertuturan dan kurang menghiraukan saya jika saya bertutur dalam bahasa melayu kepada mereka.

2. AnalisisHal ini adalah disebabkan saya masih dalam proses untuk mengenali sekolah dan menyesuaikan diri dengan murid-murid dan cara untuk mengendalikan kelas. Tambahan lagi ketika itu saya mengendalikan kelas relief, dan saya kurang tegas dalam memberikan arahan, murid-murid agak kurang menghormati saya sebagai guru.

3. Cadangan PenambahbaikanDisebabkan saya masih tidak menjalankan sesi P&P, saya telah melakukan perkara-perkara berikut sebagai ganti masa P&P yang tidak berlaku. Saya menggunakan minggu pertama ini sebagai sesi berkenalan dengan murid dan guru-guru di sekolah Berjumpa dengan guru pembimbing untuk mendapatkan tips-tips dalam mengawal kelas. Meminjam buku teks dan buku panduan guru daripada pihak SPBT. Mengemaskini portfolio dan buku rekod pengajaran.

4. Tempoh MasaPenambahbaikan ini dilakukan sepanjang minggu pertama. Ia dilakukan sekiranya saya tidak terlibat dengan apa-apa tugasan.

5. Penilai KejayaanSaya akan meminta rakan praktikum saya menjadi penilai kejayaan saya terhadap penambahbaikan yang dilakukan.

6. Tindakan SusulanSaya akan mengubah cadangan penambahbaikan jika ia tidak mendatangkan hasil yang positif kepada saya.

top related