isu-isu da aplikasi teori humanistik(m7)

Post on 13-Aug-2015

87 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

ISU – ISU DAN APLIKASI – APLIKASI TEORI HUMANISTIK DALAM PENDIDIKAN

Lilian chin Li Lian

Boon Shui Meei

Shutha a/p Avadiyan

Nur Hidayah Binti Mansor

ISU-ISU BERKAITAN DENGAN TEORI HUMANISTIK

Pendekatan humanistik melihat manusia memiliki suatu kuasa dalaman yang memberi impak kepada individu dan berpotensi menjadikan individu tersebut seseorang yang hebat dan menyumbang kepada masyarakat.

Walaupun terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan pendekatan ini.

Carl Rogers menyatakan potensi yang terdapat dalam diri individu akan melahirkan esteem kendiri dan membantu kepada perkembangan potensi diri.

Rangsangan positif yang tidak dirancang (unconditional positive regard), dia akan melayan orang lain dengan baik walaupun tidak sependapat.

Potensi diri positif ini jika disokong dengan persekitaran yang kondusif dan yang dapat memberi rangsangan, potensi diri akan terus berkembang.

Sekiranya kita mempunyai esteem kendiri yang rendah, ia turut mempengaruhi cara kita berhubung dengan orang lain. Ini menjejaskan hubungan kita dalam masyarakat.

Ini bermakna sekiranya persekitaran di sekolah seperti guru, rakan sebaya dan suasana sekolah dapat memberi ransangan positif terhadap pelajar, maka ianya akan dapat membantu pencapaian esteem kendiri yang tinggi dikalangan pelajar.

Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif bagi membantu pencapaian esteem kendiri yang tinggi.

Jika ini tercapai, pelajar akan membentuk peribadi yang baik dan seterusnya akan bertingkah laku seperti yang dikehendaki oleh pihak sekolah.

Hakikatnya, apa yang terjadi pada masa kini dengan berlakunya banyak masalah disiplin ialah pelajar mempunyai esteem kendiri yang rendah.

Kesannya, mereka tidak minat untuk belajar menyebabkan mereka kerap ponteng kelas atau pun sekolah, melakukan aktiviti vandalisme, melawan guru, bergaduh dan sebagainya.

Peranan pihak kerajaan juga penting dalam menyediakanpersekitaran pembelajaran yang baik seperti bilik darjah, guru, peralatan pembelajaran dan prasarana yang mencukupi dan selesa untuk proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Ini akan memberi rangsangan yang baik kepada pelajar.

Maslow (1943) pula memperkenalkan konsep kesempurnaan kendiri(self-actualization) iaitu mencapai potensi diri yang bermakna kepada seseorang.

Bagi Maslow, manusia dilahirkan dengan mempunyai kuasa dalaman untuk menghasilkan potensi diri maksimum yang dikenali sebagai kesempurnaan kendiri(self-actualization).

Pelajar datang daripada pelbagai taraf lapisan sosial

ekonomi.

Ada yang hidup dalam keadaan miskin dan menghadapi

masalah keluarga yang kucar-kacir.

Ini bermakna tahap fisologi masih lagi tidak berjaya dicapai.

Guru perlu mengetahui latar belakang seseorang pelajar

supaya dapat membantu pelajar yang bermasalah.

Peranan ibu bapa penting dalam memenuhi tahap fisiologi

pelajar. Pihak kerajaan turut membantu dalam memenuhi

keperluan-keperluan ini dengan menyediakan skim

pinjaman buku teks, biasiswa dan pinjaman agar pelajar

dapat belajar dengan sempurna.

Kesempurnaan tersebut sedikit sebanyak akan dapat membantu pelajar bergerak kepada tahap yang lebih tinggi.

Pelajar akan bermotivasi untuk belajar dan tidak terlibat dengan tingkah laku tidaberdisiplin seperti mencuri, bergaduh, melepak, vandalisme, terlibat dengan dadahdan sebagainya lagi,

Ini bermakna tahap fisologi masih lagi tidak berjaya

dicapai. Guru perlu mengetahui latar belakang seseorang

pelajar supaya dapat membantu pelajar yang bermasalah.

Peranan ibu bapa penting dalam memenuhi tahap fisiologi.

Pihak kerajaan turut membantu dalam memenuhi

keperluan-keperluan ini dengan menyediakan skim

pinjaman buku teks, biasiswa dan pinjaman agar pelajar

dapat belajar dengan sempurna. Kesempurnaan tersebut

sedikit sebanyak akan dapat membantu pelajar bergerak

kepada tahap yang lebih tinggi.

Keadaan keluarga yang kucar-kacir boleh menyebabkan pelajar tidak bersemangat ke sekolah.

Berlakulah kes ponteng dan melepak yang boleh menjurus kepada penglibatan pelajar remaja ini dengan rakan sebaya yang menghadapi masalah yang sama. Muncul pula kes penagihan dadah.

Di sini pentingnya kerjasama antara ibu bapa dengan sekolah.

Peranan ini boleh dimainkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru dalam merancang strategi bagi membantu pelajar.

APLIKASI TEORI HUMANISTIK DALAM PENDIDIKAN

1. PENDIDIKAN TERBUKA (OPEN EDUCATION)

Murid diberi peluang untuk bergerak secara bebas di sekitar kelas dan memilih aktiviti untuk belajar sendiri.

Guru sebagai pembimbing. Kebaikan: Sebagai petunjuk kepada murid

untuk mempelajari suatu topik tanpa hadirnya guru.

Syarat: a) Pelbagai bahan bacaan atau kemudahan

yang memudahkan proses pembelajaran.b) Suasana yang kondusif.

2. BELAJAR KOOPERATIF (COOPERATIVE LEARNING)

Murid belajar dalam kumpulan kecil (4-6orang).

Saling membantu dan berkongsi ilmu. Teknik: a) Permainanb) Quiz / Pertandinganc) Jigsawd) Projek (kumpulan) Kebaikan: Meningkatkan prestasi murid.

3. PEMBELAJARAN KENDIRI (INDEPENDENT LEARNING)

• Proses pembelajaran yang memerlukan pelajar untuk merancang, mengatur dan mengawal kegiatan dengan sendiri.• Pembelajaran ini sesuai di peringkat tinggi disebabkan memerlukan para pelajar untuk berdikari dalam proses pembelajaran.• Guru merupakan seorang yang berilmu pengetahuan luas dan menjadi tempat bertanya murid-murid.• Guru dan pelajar harus membuat perbincangan dalam perancangan pembelajaran agar tidak wujud jurang perhubungan yang besar di antara satu sama lain.

4. PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID (STUDENT CENTERED LEARNING)

Strategi pembelajaran yang menempatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran.

Kaedah pelaksanaan proses pembelajaran berpusatkan murid:a) Pembelajaran kolaboratifb) Pembelajaran berdaya saing

A) PEMBELAJARAN KOLABORATIF

Pembelajaran merupakan proses yang aktif.

Para pelajar akan saling berinteraksi dan menukar pandangan.

Para pelajar akan berusaha untuk mempertahankan idea-idea apabila wujudnya pandangan yang berbeza.

B) PEMBELAJARAN BERDAYA SAING Ini dapat dilakukan secara individu

ataupun dalam kumpulan. Persaingan secara individu bermaksud

pelajar akan bersaing dengan diri sendiri.

Persaingan kumpulan dilakukan melatih semangat kerjasama antara ahli kumpulan untuk mencapai prestasi tertinggi.

APLIKASI TERHADAP GURU

Guru akan mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran secara berpusatkan murid.

Kurikulum akan tertumpu pada penglibatan murid secara aktif seperti: Perbincangan Perbahasan

Kesannya, pembelajaran adalah lebih berkesan dan bermakna. Pelajar akan lebih berinisiatif dalam belajar dan terjadi pola pemikiran, perilaku dan sikap atas kemahuan sendiri( Sanusi,2009)

Guru akan memiliki sifat humor, adil, demokratis, kreatif dan inovasi.

Guru akan menggunakan ruang kelas secara maksimum dan mampu menyesuaikan diri pada perubahan sekeliling yang berlaku.

Guru akan mewujudkan pembelajaran bersifatkan murid dan mementingkan proses belajar dari hasil pembelajaran.

Guru akan mengaitkan ilmu yang baru dipelajari dengan skema sedia ada pelajar dan juga aplikasi ilmu tersebut dalam kehidupan pelajar.

Persekitaran pembelajaran yang aktif berlaku. bukan hanya murid belajar dari guru, guru juga belajar dari murid.

Sumber pengajaran adalah luas. Tidak tertumpu pada buku sahaja tetapi memaksimumkan bahan dari persekitaran pembelajaran.

Objektif pembelajaran juga mementingkan penciptaan, pengaitan ilmu yang dipelajari dengan kehidupan sehari – harian.

Guru juga berperanan sebagai fasilitator, pendemontrasi, penyelia kepada pelajar.

RUMUSAN

Nilai-nilai seperti kasih sayang, tolong - menolong, jujur,

dan semua nilai baik perlu diberi perhatian oleh ibu bapa.

Di sekolah, guru-guru perlu bersedia untuk memberi input

yang baik seperti menonjolkan teladan yang baik dan

menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

dapat merangsang minat pelajar untuk datang ke sekolah.

Pihak kerajaan pula perlu menyediakan infrastruktur yang selesa seperti tempat belajar yang sempurna dengan pelbagai kemudahan asas seperti bangunan,bilik darjah, serta persekitaran sekolah yang kondusif.

Jika ketiga-tiga elemen ini iaitu ibu bapa, sekolah dan kerajaan dapat bergerak seiring dalam menyediakan rangsangan yang positif kepada pelajar, tidak mustahil kuasa dalaman positif yang dimiliki seseorang pelajar dapat dipupuk dan dapat membentuk tingkah laku yang baik dalam kalangan remaja.

top related