interaksi dalam bilik darjah

Post on 19-Jun-2015

1.035 Views

Category:

Documents

12 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

NAMA AHLI KUMPULAN:FADHLINA BINTI ALIAS

FARAH HAWA DILAILA BINTI AHMAD ROSLI

Definisi : Interaksi

satu proses saling bertindak antara individu dengan pihak lain / individu lain dengan alam sekitar.

Bilik darjah tempat proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku.di mana tempat interaksi berlaku.

Contoh–contoh interaksi yang boleh berlaku dalam bilik darjah ialah seperti berikut:

i. Apabila guru bercakap dengan murid-muridnya.

ii. Apabila murid-murid bercakap antara satu sama lain.

iii. Apabila murid-murid membuat soalan daripada buku kerja mereka.

iv.Apabila seorang murid membuat pembentangan projek sejarahnya melalui satu persembahan Power Point.

 

INTERAKSI DI ANTARA INDIVIDU

Interaksi di antara individu terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

a) percakapan gurub) percakapan muridc) kesenyapan

Jenis interaksi Gaya Teknik & Ciri-ciri(a)Percakapan guru

(i) Pengaruh langsung

~ secara bersyarah (memberi arahan & mengkritik)~ adalah satu hala sahaja & penglibatan murid-murid adalah pada tahap minima.

(ii) Pengaruh Tidak langsung

~ Secara menyoal (menerima perasaan & memberikan dorongan)~ untuk membina suasana interaksi yang positif di dalam bilik darjah.

(b)Percakapan murid

Pelbagai hala ~ Terdiri daripada tindak balas & respon murid di mana mereka mengambil inisiatif sendiri untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.~ Terdapat perbincangan aktif antara guru dengan murid & murid dengan murid.

(c) Kesenyapan ~ Secara senyap (kerana kekeliruan berlaku di antara pihak guru dan murid) ~ Untuk memhentikan gangguan komunikasi di antara guru murid.

Jenis, teknik dan ciri interaksi

Terdapat beberapa jenis interaksi dalam bilik darjah, iaitu:

i. Interaksi sehala/interaksi tradisionalii. Interaksi dua hala antara guru dan muridiii. Interaksi dua hala antara murid dan muridiv. Interaksi pelbagai hala antara guru

dengan murid dan murid dengan muridv. Interaksi berkomputer

Berkait rapat dengan pendekatan/ teknik/ kaedah/ strategi yang digunakan oleh guru di dalam pengajarannya.

Contohnya jika guru mangamalkan : pendekatan berpusatkan guru kaedah kelas kaedah syarahan kaedah bercerita kaedah demonstrasi

Interaksi dalam bilik darjah akan menjadi sehala kerana guru yang mengawal segala aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah.

a. Corak interaksi bilik darjah ditentukan oleh guru kelas.

b. Tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid.

c. Murid-murid tidak terlibat dalam proses pengajaran dan pembelanjaran secara aktif.

Guru Murid

Corak Interaksi Sehala

Guru menggunakan pendekatan yang berlainan seperti perbincangan atau kaedah induktif, interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi interaksi dua hala.

Ciri-ciri interaksi dua hala:-1. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bercorak

aktif.2. Perhubungan guru dengan murid menjadi rapat

akibat komunikasi terbuka di dalam bilik darjah.3. Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan

diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyoal dan meminta pendapat mereka.

Guru Murid

Corak Interaksi Dua Hala Antara Guru Dengan Murid

Guru menggunakan pendekatan kumpulan kaedah projek kaedah bermain lakonansumbangsaran psiko drama

Ia sebagai aktiviti-aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran, interaksi antara murid dengan murid dapat buah fikiran yang lebih banyak lagi.

Aktiviti pembelajaran menjadi aktif dan dinamik.

Perhubungan antara murid dengan murid lebih erat.

Interaksi guru dengan murid tidak terhad kepada mengikut arahan guru sahaja.

Pembelajaran koperatif dan kolaboratif menjadi tumpuan guru.

Interaksi antara murid-murid mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan saling bantu membantu di kalangan mereka

Murid

Murid

Murid

Murid Murid

Corak Interaksi Dua Hala Antara Murid Dengan Murid

Guru menggunakan kaedah-kaedah dan teknik pengajaran seperti

1. simulasi 2. main peranan3. pendekatan kumpulan4. kaedah perbincangan5. ujikaji6. kaedah penyelesaian masalah7. kaedah perbincangan

ia akan menggalakkan interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid-murid lain di dalam bilik darjah.

Komunikasi berkesan yang berlaku di antara guru dengan murid dan murid dengan murid.

Penyertaan aktif murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Suasana yang kondusif untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru

Murid

Murid

Murid

Murid

Corak Interaksi Pelbagai Hala Antara Guru Dengan Murid Dan Murid Dengan Murid

Proses pengajaran dan pembelajaran yang terkini ialah penggunaaan komputer dan internet serta aplikasi-aplikasinya.

Kepentingan komputer semakin menyerah dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat membantu dalam proses pendidikan dan mengurus pengajaran serta dapat membantu dalam proses penilaian.

Kini - penggunaan komputer untuk pembinaan penilaian ujian iaitu sebagai bank item dan penjana item serta untuk menjalankan ujian (computer adaptive testing –CAT).

Interaksi dalam bilik darjah menjadi lebih efesien untuk guru menjalani ujian melalui komputer.

Ujian CAT dapat menjimatkan masa guru.

Interaksi murid dengan komputer membolehkan murid-murid mendapatkan maklum balas serta-merta mengenai tindak balas yang dipilih oleh mereka.

Guru dapat menyimpan rekod tentang keputusan murid –murid secara tersusun dan sistematik.

Interaksi di dalam bilik darjah terhad kepada murid dengan komputer, dengan peranan guru sebagai pemudahcara.

1. Membolehkan guru memotivasi murid-murid supaya menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

2. Aktiviti soal jawab dapat menggerakkan murid-murid berfikir memerlukan proses interaksi di antara guru dengan murid-muridnya.

3. Interaksi mengeratkan perhubungan guru dengan murid-murid dalam bilik darjah. Perhubungan guru dan murid-muridnya yang mesra adalah syarat penting bagi guru menyampai pelajaran dengan berkesan.

4. Interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting kerana interaksi merupakan proses utama bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-muridnya.

5. Melalui interaksi, guru dapat melaksanakan rancangan mengajarnya mengikut objektif pelajar yang ditentukan.

6. Melalui interaksi dengan bahan pelajaran, guru dapat menyampaikan pelajarannya dengan berkesan.

7. Pertukaran maklumat atau idea di antara guru dengan murid memerlukan interaksi dua hala.

8. Aktiviti kumpulan, khasnya aktiviti perbincangan, hanya dapat dijalnkan melalui interaksi di antara murid dalam kumpulan.

9. Interaksi berkomputer membolehkan murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran terkini yang sukar didapati daripada buku-buku atau media bercetak yang sedia ada.

Cara-cara yang boleh digunakan untuk mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah iaitu: Mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

yang menggalakkan interaksi dua hala.

Menggunakkan strategi pengajaran koperatif dan kolaboratif.

Memastikan yang penglibatan murid sangat tinggi dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Menggunakan banyak alat bantuan mengajar yang menarik dan canggih.

Memberikan ganjaran atau peneguhan mengajar yang menarik dan canggih.

Memberikan ganjaran atau peneguhan positif jika murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menunjukkan gaya kepimpinan yang bercorak demokratik dalam pengurusan dalam bilik darjahnya dimana terdapat suasana sesio-emosi yang sihat serta perhubungan yang rapat antara guru dan murid-murid.

Pendengar yang baik dan mengelakkan daripada menonjolkan pandanagn kendiri.

Bersifat peramah dan mengaplikasikan konsep peneguhan positif di dalam bilik darjah.

Memikirkan strategi pengajaran yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan lagi interaksi murid-murid di dalam bilik darjah.

top related