inovasi guna semula
Post on 08-Aug-2015
204 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA TERENGGANU.
LAPORAN INOVASI DALAM BIDANG PENGUKUHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Inovasi: bekas dari bahan terbuang
Tajuk : Guna Semula Bahan
Konsep Sains : Bahan baru dan bahan terbuang
INOVASI YANG DIHASILKAN
Bekas dari benda terbuang dihasilkan untuk memudahkan murid lebih memahami
konsep sains yang ingin ditekankan. Jika sebelum ini murid hanya didedahkan dengan botol,
kertas surat khabar dan plastik sebagai bahan terbuang dan bahan inovasi ini membuka
minda murid tentang bahan-bahan terbuang yang lain.
Kami bertiga telah memulakan inovasi ini bermula dari tarikh 28 April 2012
sehinggalah pada 12 Mei 2012 dengan menggunakan kotak kasut dan kertas majalah untuk
menghasilkan bekas yang menarik.Kertas digulung dan ditampal disekeliling kotak kasut.
Kain perca juga dijadikan bunga dan ditampal disekeliling kotak.
SEBELUM INOVASI
Sebelum inovasi ini dibuat, alat radas yang hendak diagihkan kepada murid disusun
diatas meja dan murid bergilir mengambil untuk di agihkan kesetiap kumpulan. Ini sudah
tentu membazir masa mereka.
Di dalam kelas pula, kapur dan buku disudut bacaan biasanya bertaburan dan selari
dengan program 3K yang mahukan kelas yang bersih dan ceria, maka sudah tentu bekas ini
sangat berguna.
Keadaan di dalam bilik sains keadaan di dalam kelas
SELEPAS INOVASI
Pembahagian alat dan radas dalam bilik sains lebih cepat dan sistematik. Masa juga
dapat dijimatkan.
Penjimatan kos – tidak perlu membeli bakul.
Suasana bilik sains dan kelas lebih kemas dan ceria.
Selepas inovasi di dalam bilik sains Di dalam kelas
FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN.
1. Kreativiti
Bilik sains dan kelas yang kemas dapat membekalkan iklim pembelajaran
yang sesuai dan ini juga dapat menarik minat murid untuk belajar.
Murid akan dapat menghasilkan beberapa bekas yang lebih menarik dengan
menambah beberapa lagi bahan terbuang seperti straw, lidi, butang dan
sebagainya.
2. Signifikan
Inovasi ini dapat memperkukuhkan lagi konsep sains tentang bahan terbuang
dan bahan baru. Murid juga dapat menambah pengetahuan sedia ada mereka
tentang bahan terbuang kerana mereka hanya terdedah kepada botol, plastik
dan kertas surat khabar sebelum ini.
3. Kecekapan
Bahan ini dapat mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik sains kerana masa untuk mengagihkan bahan dan alat radas sains
dijimatkan.
4. Replicability
Inovasi ini boleh digunakan juga oleh guru-guru lain jika terdapat acara-acara
sekolah sebagai tempat meletak pamplet atau sebagai jambangan bunga.
5. Keberkesanan kos
Tiada kos yang besar diperlukan. Majalah, kain perca dan kotak kasut diambil
dari bahan terbuang. Hanya gam sahaja menggunakan sedikit kos.
6. Potensi Pelaksanaan
Didapati kelas kelihatan kemas kerana tiada lagi kapur dan buku yang
bertaburan. Bekas ini juga telah dijadikan tempat meletak bunga di dalam
kelas.
Suasana semasa sebelum eksperimen lebih teratur di dalam bilik sains.
7. Komitmen Pengurusan Atasan
Pihak pengurusan memberi sokongan yang sepenuhnya terhadap bahan
yang dihasilkan.
Tiada bantahan bahan digunakan di dalam bilik sains, bilik darjah dan semasa
acara-acara sekolah dijalankan.
top related