industri perkapalan
Post on 08-Apr-2017
193 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KEMAJUAN INDUSTRI PERKAPALAN
Terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam industri ini. Malaysia telah berdepan dengan masalah dalaman yang akan menjejaskan industri ini secara global.Antara masalahnya ialah :
KURANG KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN DALAM INDUSTRI
PERKAPALAN
Pengendalian kontena yang besar di pelabuhan bukanlah sesuatu kerja yang
mudah. Ketiadaan kemahiran mengendalikan kerja ini
akan menimbulkan risiko keselamatan dan melambatkan urusan perdagangan.
CUACA BURUK YANG PERLU DIHADAPI
Setiap pelabuhan akan berdepan dengan ancaman cuaca buruk
Kejadian ombak besar dan ribut boleh merosakkan kapal dan pelabuhan
Ancaman cuaca buruk akan membawa kerugian yang besar kepada pelabuhan
KOS PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN YANG
TINGGIKos yang besar diperlukan untuk melengkapkan pelabuhan dengan
kemudahan teknologi moden.Pihak pengurusan akan menghadapi
masalah kewangan untuk membesarkan pelabuhan
Wang yang banyak diperlukan untuk membaiki pelabuhan dan kapal yang rosak
ANCAMAN LANUN
Lanun akan berada di laluan tertentu dan merampas
kontena serta menculik anak-anak kapal yan bertugas
USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI PERKAPALAN
MENYERTAI PERTUBUHAN ANTARABANGSA (IMO)
Pertubuhan ini bertujuan untuk memastikan aktiviti perkapalan dagangan
dijalankan dengan selamat, lancar dan teratur serta segala peraturan dipatuhi oleh
para pengamal sektor ini.
MENGHADIRI FORUM PEMILIK KAPAL ASIA (ASF)
Forum ini diadakan bagi membincangkan masalah pelanunan yang menganggu
perjalanan perkapalan yang membawa kargo barangan dagangan
MEMATUHI KONVENSYEN DAN PERATURAN ANTARABANGSA
Peraturan ini telah berkuatkuasa pada 1965 dan merupakan satu pencapaian besar IMO dan membawa kemajuan yang besar dalam
pembaharuan peraturan perkapalan. Peraturan ini turut menyentuh penggunaan
teknologi dan prosedur terkini dalam industri perkapalan
PENGIKTIRAFAN DARIPADA BIRO KONTENA ANTARABANGSA
Bermatlamat untuk menggalakkan kerjasama antara sektor korporat,
badan kerajaan dan pertubuhan bebas berkaitan dengan pengangkutan dan
pengendalian kontena
PENGGUNAAN KAPAL CANGGIH DAN TEKNOLOGI MODEN DALAM
BIDANG MARITIMPelbagai fungsi kapal sama ada kapal
kontena barang dagangan , kapal penumpang ,kapal tentera, kapal
nelayan dan sebagainya hendaklah dilengkapi dengan teknologi moden
dari semasa ke semasa
LATIHAN MARITIM UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN
KAKITANGANPihak Jabatan Laut Malaysia telah menetapkan
bahawa setiap institusi latihan amritim sama ada swasta atau kerajaan hendaklah mengikuti
konvensyen antarabangsa dan memperoleh kelulusan dari Jabatan Laut Malaysia. Hal ini penting bagi
memastikan bahawa setiap institusi latihan Maritim mesti menepati piawaian antarabangsa dan
mempunyai kualiti kerja yang tinggi
top related