hujan asid
Post on 19-Jul-2015
130 Views
Preview:
TRANSCRIPT
HUJAN ASID
HASRINNA ,AINUN ,FARHANA,
FARRAHIN ,FIZA ,TINA ,ERINA
MAKSUD HUJAN ASID
Hujan asid merujuk sejumlah hujan yang
turun sebagai kerpasan dan mengandungi
tahap keasidan yang tinggi,iaitu pH
kurang daripada 5. Terjadi apabila bahan
pencemar seperti sulfur dioksida dan
nitrogen dioksida bertindak semasa proses
sejatan dan berlaku semasa hujan turun.
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA
HUJAN ASID
a) kegiatan perindustrian
b) Pembakaran bahan api fosil
c) Proses peleburan bijih logam
d) Asap kenderaan bermotor
e) Pembakaran terbuka
f) Letusan gunung berapi
g) Penghuraian bahan organic
h) Pembakaran hutan
a) Kegiatan perindustrian
Peningkatan kegiatan perindustrian di seluruh dunia
telah meningkatkan kadar kejadian hujan asid.
Asap kilang yang dilepaskan ke udara
mengandungi bahan pencemar seperti sulfur
dioksida serta nitrogen dioksida dan kemudian
bahan ini akan bercampur dengan wap air lalu
membentuk kerpasan yang turun sebagai hujan
asid.
b) Pembakaran bahan api fosil
Gas sulfur dioksida secara globalnya telahmenyebabkan berlakunya pemendapan asid danpunca utama sulfur adalah pembakaran bahan api fosildi kilang. Pembakaran bahan api fosil ini akanmelepaskan gas nitrogen dalam bentuk oksida nitric keatmosfera. Stesen jana kuasa yang menjalankanpembakaran api fosil seperti arang batu , petroleum dan gas asli sebagai bahan bakar. Pembakaran arangbatu yang bermutu rendah akan menyebabkanpembebasan gas sulfur dioksida yang banyak keatmosfera.
c) Proses peleburan bijih logam
kira-kira enam juta tan gas sulfur dioksida
dibebaskan setiap tahun hasil daripada proses
peleburan logam. Peleburan terutamaya peleburan
timah kuprum menghasilkan banyak sulfur dioksida
kerana setiap tan kuprum yang dileburkan akan
membebaskan sebanyak dua tan sulfur dioksida ke
atmosfera. Gas ini kemudiannya bertindak balas
dengan air hujan bagi membentuk hujan asid.
d) Asap kenderaan bermotor
Oleh kerana jumlah kenderaan semakin meningkat
setahun tahun , maka berlaku pertambahan hujan
asid yang lebih banyak dan pembebasan gas
hidrokarbon(wasap) melalui ekzos menyebabkan
kandungan bahan pencemar dalam udara tinggi.
Asap ekzos membebaskan gas nitrogen dioksida
dan nitric oksida ketika pembakaran pada suhu
tinggi di silinder kereta. Keadaan ini menyebabkan
gas nitrogen dan oksigen di udara beergabung
menjadi nitric dioksida dan kemudian bergabung
dengan oksigen di udara bagi membentuk nitrogen
dioksida serta bergabung dengan air hujan lalu
menbentuk hujan asid.
e) Pembakaran terbuka
kawasan bandar besar yang mempunyaikepadatan penduduk yang tinggi menyebabkankadar pembuangan sampah juga tinggi sertasampah sarap yang dilupuskan banyak. Pembakaran yang terbuka menyebabkan gas beracun seperti sulfur dioksida, karbon monoksidadan bahan-bahan pencemar lain yang terampai di udara bertindak balas dengan wap air lalumembentuk hujan asid.
f) Letusan gunung berapi
Letusan gunung berapi membebaskan banyak gas
sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan karbon
monoksida ke udara seperti yang berlaku di
Pinatubo di Filipina pada tahun 1991. Keadaan ini
menyebabkan bertambahnya kejadian hujan asid.
g) Penguraian bahan organic
Aktiviti bakteria dalam tanih akan menukarkan nitrat
kepada nitrit dan seterusnya kepada gas nitrogen yang
bertukar menjadi asid apabila berlakunya hujan lebat
beserta kilat. Penguraian bahan organic dan najis
haiwan oleh bakteria anaerobic menyebabkan
penurunan sulfat seperti desulfovibrio yang menukarkan
sulfat kepada hidrogen sulfida dalam proses ini dan
bergabung dengan oksigen di udara bagi membentuk
sulfur dioksida yang akan bertindak dengan air hujan
lalu menjadi hujan asid.
f) Kebakaran hutan
Kebakaran hutan terjadi disebabkan oleh
beberapa faktor seperti kegiatan pertanian pindah
yang membakar pokok-pokok yang ditebang.
Hutan yang terbakar akan membebaskan banyak
gas pencemar seperti nitrogen dioksida, karbon
monoksida , karbon dioksida dan hidrokarbon ke
atmosfera.
KESAN-KESAN
a) Kemusnahan ekosistem hujan
b) Kemusnahan ekologi akuatik
c) Keasidan tanah meningkat
d) Kerosakan harta benda penduduk
f) menjejaskan kesihatan manusia
a) Kemusnahan ekosistem hujan
kemusnahan ekosistem ini menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbantut tumbesarannya seperti di black forest german.
b) Kemusnahan ekologi akuatik
kemusnahan plankton-plankton yang menjadimakanan utama hidupan akuatik seperti ikan , udang , ketam dan lain-lain.
c) Keasidan tanah meningkat
Hal ini menyebabkan kesuburan tanah berkurangandan menjejaskan aktiviti pertanian seperti tanamanjagung,sayur-sayuran dan lain-lain.
d) Kerosakan harta benda penduduk
Hujan asid ini telah menyebabkan kenderaan
berkarat,cat bangunan menjadi luntur , zink rumah
berkarat dan lain-lain.
f) Menjejaskan kesihatan manusia
kesihatan manusia menjadi terjejas kesan daripada
berlakunya hujan asid seperti adanya perebakan
penyakit kulit.
Langkah-langkah
Langkah Perundangan
i. Kuat kuasa undang-undang
ii. Denda dan hukuman
Langkah kejuruteraan/penstrukturan
a) Pemasangan ‘scrubbers’ (penapis)
b) Pemasangan pengubah bermangkin pd enjin kereta
c) Penggunaan bahan api rendah kandungan sulfur.
Langkah bukan Perundangan
1. Kempen
2. Pendidikan
3. R&D
Langkah Perundangan
Kuatkuasa undang-undang
- Penguatkuasaan undang-undang oleh kerajaan seperti
menggubal undang-undang alam sekitar yang sedia ada.
- Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 perlu dikemaskini dengan
keadaan semasa alam sekitar.
Denda dan hukuman
- Bagi agensi-agensi yang terlibat dalam sector perkilangan
yang bebas melepaskan asap kilang tanpa mengendahkan
kepentingan alam sekitar haruslah dikenakan hukuman
penjara tidak lebih daripada 5 tahun atau denda sebanyakRM 500,000 atau kedua-duanya sekali.
Langkah
kejuruteraan/penstrukturan
Pemasangan ‘scrubbers’ (penapis) di cerobong asap di
kilang –kilang patut dilakukan untuk menapis gas sulfur
dioksida . Pemasangan penapis ini dapat mengurangkan
kandungan asid di dalam kerpasan.
Pemasangan pengubah bermangkin (catalytic converter) pada enjin . Ini dapat mengurangkan gas Nox sebanyak 90%
di mana gas pencemar dapat diubah sebelum dilepaskan
ke atmosfera. Hal ini,bertujuan utk mengurangkan gas
karbon monoksida dan nitrogen oksida asap ekzos.
Mengehadkan pelepasan gas pencemar udara ke
atmosfera dengan menggunakan bahan api yang rendah
kandungan sulfur dan secara tidak langsung bolehmengurangkan gas sulfur dioksida.
Langkah bukan perundangan
Kempen
- Mengadakan kempen bagi meningkatkan kesedaran mengenaikeburukan hujan asid .
- Aktiviti kemasyarakatan juga salah satu langkah yang baikkerana ini dapat menjadikan setiap masyarakat memainkanperanan demi kesejahteraan alam sekitar.
- Kempen berkongsi kereta dapat mengurangkan pelepasanasap kenderaan .
Pendidikan
- Menanam sikap cinta kepada alam sekitar kepada pelajarmelalui pendidikan iaitu dalam pembelajaran dalam subjek-subjek tertentu seperti Geografi dan Pendidikan Sivik danKewarganegaraan.
R&D
IPTA/IPTS atau badan bukan kerajaan menjalankan kajian bagimengurangkan kejadian hujan asid.
TERIMA KASIH
top related