hbml 4303 kurikulum & kaedah bahasa melayu
Post on 26-Dec-2015
108 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEPTEMBER / 2014
HBML 4303
KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NAMA TUTOR : PN. CHRISTINE TEE SIEW SIA
NAMA PELAJAR : RUSLINAH BINTI IDZSANG
NO. MATRIKULASI : 710820125746001
NO. KAD PENGENALAN : 710820-12-5746
NO. TELEFON : 019-8332755
E-MEL : ruidzs@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN TAWAU
KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1
2.0 DEFINISI DAN KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS. 5
3.0 CIRI-CIRI KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS. 6
4.0 TATACARA PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS DALAM PENGAJARAN 8
5.0 RUMUSAN 15
6.0 LAMPIRAN 17
7.0 RUJUKAN 21
i
1.0 PENGENALAN
Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang mengawal tenaga bagi
memastikan otak manusia dapat bekerja dan beroperasi dengan baik serta tenaga ini boleh
diperolehi melalui tafakur atau merenung. Manakala, pemikiran pula merupakan proses
penyusunan konsep atau idea berkaitan tentang apa difikir yang melibatkan beberapa aktiviti
menyusun idea atau menjangka perkara tersembunyi, membuat kesimpulan untuk
mendapatkan ilmu atau kemahiran baru akan digunakan untuk penyelesaian masalah yang
kian mencabar. Kemahiran berfikir pula ialah kecekapan seseorang menggunakan akal
menjalankan proses pemikiran. Proses berfikir adalah seperti operasi yang menggunakan
fakta-fakta lain supaya fakta yang baru dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada.
Penerapan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar pada hari ini, secara langsung
mendedahkan pelajar kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk menghadapai
dunia yang saling berhubungkait tanpa sebarang sempadan, melatih mereka agar mempunyai
kebolehan memimpin dan berupaya menjana ekonomi negara pada masa akan dengan penuh
keyakinan dan berketrampilan. Dalam Falsafah Pendidikan Negara, perkembangan daya
intelek individu diberi penekanan bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi dan
jasmani.
(Kementerian Pendidikan Malaysia,1989:01)
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) merupakan unsur yang diberikan
penekanan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran BM dan mata-mata pelajaran
lain di bilik darjah. Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah
memberi pendedahan kepada guru-guru tentang kaedah perlaksanaan unsur tersebut dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
1
Usaha tersebut dijalankan dengan giatnya di peringkat kebangsaan, peringkat negeri,
peringkat daerah dan peringkat sekolah sejak tahun 1994. Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu unsur KBKK sebenarnya telah lama wujud melalui unsur-
unsur teras Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Cuma dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, Penekanan unsur tersebut tidak begitu jelas dan semakin
terabai. Memandangkan KBKK adalah unsur penting yang dapat menghasilkan pelajar yang
berilmu serta berfikiran kritis dan kreatif, maka ia perlu diberi penekanan semula supaya
matlamat menghasilkan pelajar dan seterusnya rakyat yang berketrampilan dapat dicapai.
Sehubungan itu kajian perlu dibuat untuk melihat sejauh mana kehadiran unsur-unsur
KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran BM supaya usaha memperlengkapkan
guru-guru BM dengan pengetahuan tentang KBKK dapat dijalankan secara tepat dan
berkesanJ usteru, penulisan tugasan ini akan membincangkan KBKK dari segi definisi dan
konsep, ciri-ciri KBKK dan bagaimana proses KBKK diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
2.0 DEFINISI DAN KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIFDAN KRITIS.
Menurut George (1970) dalam Som dan Mohd Dahalan (1993) menyatakan bahawa
pemikiran ialah suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semula jadi yang
kompleks. Sementara Edward de Bono (1976) pula menyatakan pula terdapat perkaitan
antara kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja
untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan
pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah. Selain itu, Mayer (1977) menyatakan
bahawa kemahiran berfikir sebagai proses operasi-operasi mental tertentu yang berlaku
dalam minda atau system kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.
2
Manakala, Chaffee (1988) pula berpendapat bahawa kemahiran berfikir ialah proses luar
biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Vincent Ryan Ruggiero (1984) pula berpendapat“Thinking is any mental activity that helps
formulate or solve a problem, make a decision, or fulfil a desire to understand. It is a
searching for answers, a reaching for meaning.” Selari dengan itu, John Barell (1991)
mendefinasikan kemahiran berfikir iaitu;“…I define thinking as a search for meaning and
understanding that can involve tha anventurous generation of options, the attempt to arrive
at logical, reasonable judgements, and reflection on the process ”.
Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa konsep pemikiran ialah proses penggunaan minda
seseorang di dalam usaha memahami, mencari makna, penerokaan idea atau ciptaan,
membuat keputusan, menyelesaikan masalah terhadap perkara yang dilalui oleh seseorang.
Jadual gambar rajah KBKK.
3
Definisi dan konsep Pemikiran Kreatif
Kemahiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk
menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan
bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan. Kemahiran berfikir secara kreatif
adalah keupayaan sesorang untuk menghasilkan dan mencetuskan idea yang baru dan
mempunyai originaliti yang tersendiri. Hasil idea yang kreatif juga merupakan hasil adea
yang diilhamkan sendiri daripada individu atau hasil daripada gabungan idea yang sedia ada.
Kemahiran berfikir secara kreatif sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana
ia dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan
bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada.
Keupayaan meningkatkan pemikiran ini sudah tentu dapat membantu pelajar dalam
memahami dan menghuraikan sesuatu konsep yang sedang mereka pelajari semasa
pembelajaran. Pemikiran kreatif mempunyai definisi yang berbeza dengan pemikiran kritis.
Ini kerana kreativiti merupakan sifat-sifat Allah yang berkaitan dengan daya ciptanya dalam
mencipta manusia dan alam ini. Kreativiti bukanlah sesuatu yang baru. Cuma ia semakin
berkembang dari segi budaya, serta bidang kehidupan lain seperti ekonomi dan politik.
Pemikiran kreatif adalah satu usaha secara sedar yang melibatkan pencetusan idea kreativiti
berserta tindakan kreatif terhadap suatu konsep atau pendekatan atau ciri-ciri lama.
Ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan menjana sesuatu idea yang baru serta dapat
menggunakan idea tersebut untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Kreativiti
juga didefinisikan dengan melihat kepada empat aspek utama iaitu bakat kreatif yang
semulajadi, produk kreatif, proses kreatif dan penekanan terhadap kreativiti ataupun
persekitaran yang menyokongnya. Orang-orang yang berfikir kreatif dianggap sebagai orang
spontan dan sanggup mengambil risiko serta melakukan kesilapan. Mereka juga dianggap
sebagai orang yang boleh menerima idea-idea dan pengalaman yang baru. Pemikiran kreatif
juga dikenali sebagai pemikiran lateral yang bermaksud berkembang kepada beberapa cara
penyelesaian dari satu idea utama.
4
Definisi dan konsep Pemikiran Kritis
Kemahiran berfikir secara kritis pula ialah satu proses pemikiran yang bermula dengan
proses menyoal kepada masalah bagi mendapatkan serta mempertingkat pemahaman. Ia
melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, sintesis dan penilaian. Pemikiran kritis
menggalakkan individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati, mencari bukti yang
sah serta kukuh sebelum membuat kesimpulan.
Pemikiran kritis boleh juga sebagai proses pemikiran secara teliti demi menjelaskan dan
memperbaiki kefahaman, dengan erti kata lain pemikiran kritismendorong individu menguji
kebenaran sesuatu perkara. Seseorang pemikiran kritis tidak hanya cekap menggunakan
kemahiran dalaman (mikro) tetapi mempunyai sikap tertentu.Pemikiran kritis mendorong
individu bersifat rasional seperti menaakul secara kritis, malahdapat meneliti
pengalamannya, menilai dan menimbang pelbagai pendapat dan idea sebelummembuat
keputusan. Pemikiran kritis juga mempunyai kemahiran pengadilan, iaitu
dapatmempertimbangkan dan memutuskan kesahihan pernyataan yang dikemukaan oleh
pihak tertentu.
Terdapat beberapa teori mengenai pemikiran kritis yang dikemukakan oleh ahli pengkaji dan
ahli fikir.
Antaranya adalah:
1. Beyer (1985) berpendapat, pemikiran kritis adalah kebolehan manusia untukmembentuk
konsep, memberi sebab atau membuat penentuan.
2. Pascarella dan Terenzini (1991, 2005) pula mendefinisikan pemikiran kritis sebagai
kebolehan individu untuk mengenalpasti isu-isu dan membuat andaian untuk dibahaskan
serta mengenal pasti hubungan penting untuk mendapatkan rumusan yang tepat daripada
maklumat yang sedia ada.
5
3. Menurut Dewey (1993), pemikiran kritis adalah berfikir secara serius dan mendalam serta
membuat pertimbangan daripadanya, 4. Manakala Marlina dan Shaharom (2007)
mendefinisikan kemahiran berfikir kritis sebagai kecekapan atau keupayaan menggunakan
minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan,
kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
Kesimpulannya, pemikiran kritis dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.Ia melibatkan satu proses intelektual yang
melibatkan pembentukan konsep,aplikasi,analisis dan menilai maklumat yang terkumpul
atau dihasilkan melalui pengamatan dan pengalaman sebagai suatu landasan ke arah
keyakinan.
3.0 CIRI-CIRI KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS.
Ciri-ciri pemikiran kreatif
Antara beberapa ciri-ciri pemikiran kreatif ialah keaslian, kelancaran, kefleksibelan, dan
penghuraian.
1) Keaslian
Idea-idea yang diterbitkan adalah luar biasa dan asli. Ia tidak ditiru atau diciplak bulat-bulat.
Keasliannya tetap dipelihara dengan syarat idea tersebut merupakan pembaikkan daripada
idea lama. Kita mendapat idea hasil daripada apa yang kita lihat dan saksikan seperti benda,
perkara dan peristiwa yang berlaku di sekeliling. Sudah sekian lama kita dapati orang
mengukur kelapa secara tradisional. Ia bukan sahaja tidak efisien tetapi amat memenatkan.
Apabila satu alat ukur kelapa yang canggih dan ekonomik dicipta, ia boleh dilabelkan
sebagai asli dan baru kerana masih belum terdapat idea yang kita bayangkan.
6
2) Kelancaran
Bermaksud keupayaan untuk melahirkan idea kreatif secara spontan dan ada pula yang
memakan masa yang agak lama untuk diterbitkan. Ia bergantung kepada individu,
persekitaran dan darjah sesuatu penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
Ciri-ciri pemikiran kritis
1. Mencirikan
Kemahiran ini dapat mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu
konsep atau objek.
Kemahiran ini digunakan untuk:
a) Mendefinisikan konsep atau item.
b) Mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa.
2.Membandingkan dan Membezakan
Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan
unsur sesuatu objek atau peristiwa.
Kemahiran ini digunakan apabila :
a) Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan.
b) Membuat pilihan atau keputusan.
3. Mengumpulkan dan Mengelaskan
Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-
masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah
berdasarkan ciri atau sifat sepunya.
Kemahiran ini digunakan apabila terdapat :
a) Banyak item atau maklumat.
b) Item atau maklumat yang tidak tersusun.
7
4.0 TATACARA PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS DALAM PENGAJARAN
Bagaimanakah Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis diterapkan di dalam
pengajaran? KBKK bukan satu mata pelajaran khusus. ( Dr. De Bono merancang satu
sukatan khas untuk KBKK ) Ia diajar secara penyebatian. Penyebatian maksudnya ialah
strategi pengajaran yang menyepadukan kemahiran berfikir ke dalam mata pelajaran yang
diajar.
Terdapat 2 Kaedah Penyebatian :
i. Penyebatian sepenuhnya : KBKK disepadukan secara menyeluruh dalam setiap langkah
pengajaran yang dikenalpasti. Terdapat 2 cara :
a) kenalpasti tajuk/isi pelajaran dan bahan seterusnya tentukan KBKK
b) kenalpasti KBKK dan tentukan isi pelajaran yang sesuai serta bahan
ii. Penyebatian separa : strategi pengajaran yang menyepadukan sebahagian daripada unsur.
Unsur KBKK hanya disepadukan dalam langkah-langkah tertentu sahaja mengikut
keperluan dan kesesuian. Penyebatian separa biasanya setelah pelajar telah mengikut
penyebatian sepenuhnya dalam pembelajaran yang lepas.
Bahan pengajaran adalah segala peralatan yang digunakan oleh guru untukmembantunya
menyampaikan pelajaran di bilik darjah. Bahan bolehdibahagikan kepada dua kategori
berdasarkan fungsinya dalam kontekspengajaran guru iaitu bahan asas dan bahan bantu.
Dalam konteks kajian inibahan asas merujuk kepada media utama yang dijadikan sumber isi
pengajaran guru. Ia mungkin berbentuk elektronik seperti radio, televisyen, kaset radio atau
komputer.
Bahan juga boleh terdiri daripada media bukan elektronik seperti buku, akhbar, petikan
bercetak, gambar, bahan grafik atau bahan maujud. Bahan bantu mengajar pula merujuk
kepada bahan yang berfungsi sebagai penyokong atau pengukuh kepada penyampaian isi
oleh guru. Bahan bantu mengajar boleh terdiri daripada apa sahaja peralatan sama ada
elektronik atau bukan elektronik.
8
Sebagai contoh guru menggunakan gambar-gambar sebagai bahan bantu untuk memudahkan
pelajar memahami isi pelajaran yangbersumberkan petikan bercetak sebagai bahan
pengajaran.Bahan merupakan rangsangan yang digunakan untuk melatih /mewujudkan
suasana berfikir dikalangan pelajar. Bahan boleh berbentuk :
i. Prosa - cerita, cerpen, rencana, berita
ii. Puisi - pantun, syair, sajak, lirik lagu
iii. Grafik - gambar, rajah, graf, kartun
4 Kategori Bahan:
i. Bahan seronok - menggalakkan pelajar menggunakan banyak daya imaginasi yang
memerlukan pelajar membuat ramalan yang berbagai-bagai sebagai contoh:
" Bagaimana jari anda ada 5? "
ii. Bahan asing - bahan yang berlaku tetapi di luar pengalaman remaja/pelajar. Bahan ini
datang dari dunia orang dewasa.
" Bagaimana cara nak menyekat pemuda yang menunggang motor dengan laju? "
iii. Bahan persekitaran - bahan datang dari dunia remaja yang mereka alami dan gemari.
" Kamu tahu kawan kamu mengambil makanan dari kantin tanpa membayarnya. Apa yang
kamu akan lakukan ? "
iv. Bahan berat - Bahan yang mempunyai implikasi serius pada kehidupan remaja.
" Kamu ingin masuk kumpulan rock, tapi ibubapa kamu menentang. Apa yang patut kamu
buat ? "
Penggunaan Alat Dan Bahan Berfikir
Alat-alat berfikir membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan
berkesan.Pemikiran kita menjadi lebih tersusun,luas, jelas dan kita tidak terburu-
burumelakukan sesuatu.
9
Di sini dikemukakan empat alat yang bolehdigunakan untuk meningkatkan ketrampilan
berfikir iaitu:
1.Soalan Dan Penyoalan
2.Peta Minda
3.Pengurusan Grafik
4. CoRT
Alat-alat berfikir ialah instrumen yangboleh membantu kita membuat pengurusan lisan ,
mengurus pemikiransecara visual dan terkawal.
1.Soalan Dan Penyoalan
Soalan penyoalan membantu kita berfikir secara mendalam dan meluas, sebagai guru,
pengetahuan mengenai soalan dan penyoalan membolehkan kita membentuk soalan dan
menggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Soalan yang
baik ialah proses penyoalan mengikut aras taksonomi Bloom.
Penyoalan merupakan aspek penting yang membantu guru menguji pemahaman serta
merangsang pemikiran pelajar. Untuk melihat tahap soalan yang dikemukakan oleh guru,
kajian ini mengkategorikan soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru berdasarkan aras
kognitif seperti berikut:
(a) Pengetahuan
(b) Kefahaman
10
(c) Penggunaan
(d) Analisis
(e) Sintesis
(f) Penilaian
Berdasarkan ciri-ciri soalan dalam setiap jenis, kajian ini membahagikan enam jenis soalan
di atas kepada dua kategori soalan iaitu soalan aras rendah dan soalan aras tinggi. Soalan
jenis pengetahuan dan kefahaman dikategorikan sebagai soalan aras rendah sementara
soalan jenis
penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian dikategorikan sebagai soalanaras tinggi.
Soalan Bertumpu Dan Bercapah
Soalan boleh dikategerikan kepada jenis bertumpu dan bercapah .
Soalan Bertumpu Soalan Bercapah
Aras rendah Aras tinggi
Jawapan atau respon terhad Jawapan atau respon luas
Berbentuk tertutup Berbentuk terbuka
Sesusi menguji daya ingatan Sesuai menguji penaakulan dan
penafsiran
Lebih bersifat objektif Lebih bersifat subjektif
Lingkaran soalan
Soalan jenis ini mula diperkenalkan oleh Christenburydan Kelly (1983) dan telah
diperkenalkan di Malaysia oleh William W.Wilen pada 1994. Lingkaran soalan memberi
tumpuan kepada tiga skop khusus iaitu:
1. Perkara(P)
2. Individu(I)
3. Luar Individu(LI)
11
Perkara (P) – dalam konteks pembelajaran BahasaMelayu misalnya, merujuk kepada sama
ada tema, tajuk, idea, isu, peristiwa atauteks yang dipelajari. Contohnya tajuk Buah-buahan
Tempatan, soalan yangdikemukakan hendaklah ditumpukan kepada tajuk atau teks bacaan
secara langsung.
Contohnya:
Namakan lima jenis buah-buahantempatan tanpa musim.
Mengapakah durian digelar raja segalabuah?
Perkara Individu (I)– merujuk kepada orang atau pelajar yang terlibat sebagai pembaca teks
atauorang yang dikehendaki menjawab soalan berkenaan. Oleh itu soalan yangdikemukakan
hendaklah dikaitkan dengan pengalaman, pengetahuan, pemerhatianatau pandangan pelajar.
Contohnya:
Adakahanda suka makan buah-buahan tempatan?
Pada pendapat anda, apakah buah-buahanyang mempunyai potensi untuk dieksport secara
besar-besaran?
Perkara Luar Individu (LI) – merujuk kepada skopdiluar individu (pelajar) seperti
masyarakat, komuniti, manusia sejagat,kawasan, daerah, negeri dan luar negara yang sesuai
dengan peringkat pelajar.
Contohnya;
Senaraikan buah-buahan luar negara yang terdapat di dalam pasaran?
Mengapakah negara Australia banyak mengeksport buah-buahan?
Ternyata soalan-solan di atas dibina berdasarkan skop lingkaran yang berbeza. Untuk
mempelbagaikan lagi araspenyoalan, guru bolehlah menggunakan aras keupayaan kognitif
bloom bagi setiaplingkaran.Bagi mempertingkatkan kemahiran berfikir pelajar, setiap
lingkaran tersebut dapat digabungkan dengan lingkaran yang lainsehingga menjadi dua atau
tiga lingkaran. Kombinasi tiga skop ini akan menjanakan lebih soalan yang boleh
meningkatkan kemahiran berfikir .
12
Contoh soalan 4: Harga buah-buahan tempatan semakin mahal (P). apakah komenanda (I)?
Contoh soalan 5: Apakah beza buah-buahan tempatan (P) dengan buah-buahandari luar
negara (LI)?
Contoh soalan 6: Pada pendapat anda (I), bagaimanakah industri buah-buahan tempatan
dapat dimajukan (LI)?
Contoh soalan 7: Buah-buahan tempatan lebih lazat dan berkhasiat (P)daripada buah-buahan
negara Barat (LI). Adakah anda bersetuju dengan pendapatini (I)? Beri alasan anda.
2. Peta Minda
Peta Minda adalah suatu lakaran grafik pemikiranindividu. Ia menjadikan sesuatu yang
tersirat kepada tersurat. Peta mindamembolehkan kita merangka, mencatat nota, merekod
maklumat atau peristiwa,merancang aktiviti, membuat sesuatu persembahan dan sebagainya.
Ia adalah alatberkesan untuk mendorong pemikiran kreatif.
Bentuk Peta Minda
Bentuk peta minda adalah pelbagai bergantung kepada kreativiti penulis. Perkara penting
yang perlu diberi peretimbangan ialah mudah, menarik dan bermakna kepada penulis.
Panduan membina peta minda
Gunakan kertas kosong tanpa garisan
Gunakan secara lanskap
Sebaiknya mulakan dari pusat kertas
14
Lukiskan imej pusat yang mengambarkan idea,isi utama ataupun pemikiran. Guna
sekurang-kurangnya 3 warna. Hadkan saiz imejagar jangan terlalu besar
Kembangkan dari pusat ke arah luar
Tuliskan perkataan di atas garisankembangan. Boleh digantikan dengan gambar
ataupun kedua-duanya
Boleh kembangkan lagi idea daripada garisan kembangan tadi. Gunakan garisan lebih
nipis dan saiz huruf yang lebih kecil.
Bentukkan menjadi corak yang menarik.
Gunakan anak-anak panah, gambar atau corakuntuk menunjukkan perkaitan.
Gunakan kod-kod peribadi untuk keberkesanan.
Biarkan kreatif dan asli.
Jadikan peta minda sebagai sesuatu yangmenghiburkan.
5.0 RUMUSAN
Berfikir merupakan satu proses mental yang memerlukan interaksi antara pengetahuan,
kemahiran dan sikap bagi membolehkan individu memahami dan mencorakkan alam
sekelilingnya.Seseorang yang berfikir secara kritis sentiasa menilai sesuatu idea dengan
sistematik sebelum menerimanya. Perkataan kritis adalah berasal dari satu perkataan
Inggeris iaitu ‘ critic ’. Kata dasar ‘kritis’ merupakan perkataan Greek ‘kriths’ (kritikos)
yang membawa erti menimbang (judge). Menimbang pula bermaksud menilai,
membezakan, mencetuskan dan menyoal samada sesuatu itu benar atau salah.
Pemikiran kritis merupakan sejenis pemikiran yang bersifat terbuka dalam menerima
sesuatu idea atau pendapat dan berupaya untuk cuba mempertimbangkan idea itu semula
dengan menganalisa semula ia secara kritis dan mengambil kira pelbagai sudut dan aspek.
Pemikiran kritis turut memungkinkan pencernaan beberapa idea dan konsep baru yang lebih
sempurna daripada pandangan atau idea yang diterima sebelumnya.
15
Kesimpulannya kritis membawa maksud kebolehan seseorang untuk membantu dan
membaiki idea-idea orang supaya ia boleh diterima atau ditolak sekiranya idea tidak benar
atau tidak ada kepastian samaada hendak menerimanya atau tidak disebab kerana tidak
cukup maklumat untuk menerima atau menolak. Kritis juga bererti keupayaan untuk
menganalisa apa yang diperkatakan, menilainya dengan teliti, mencari bukti tentang
kebenaran tentang sesuatu perkara, menyusun atur semua maklumat dengan tepat.
Tujuannya untuk mengelakkan dari membuat kesilapan cara berfikir, meneliti dan menyoal
perkara-perkara yang tidak munasabah serta membuat keputusan dan perancangan
berdasarkan maklumat yang ada. Selain itu ia juga bertujuan untuk mencari kefahaman-
kefahaman baru. Kritis dapat ditentukan sama ada sesuatu kenyataan itu betul atau salah.
Bagaimana pun, kritikan hanya boleh dibuat untuk membaiki idea-idea yang ada dengan
mencari kelemahan yang terdapat pada idea tersebut.Kemahiran berfikir secara kreatif dan
kritis merupakan salah satu kemahiran berfikir yang amat diperlukan oleh pelajar bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pembelajaran mereka. Penguasaan kemahiran
berfikir akan membantu pelajar untuk menjadi warga negara yang cemerlang, gemilang dan
terbilang yang bakal menguasai kemahiran sains dan teknologi bagi memenuhi keperluan
warga negara maju menjelang 2020.
16
6.0 LAMPIRAN
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) BM Tahun 5
Tarikh / Hari : 30 Oktober 2014 ( Khamis)Masa : 9:10- 10:10 ( 1 jam)Kelas : 5 AmanahBil. Pelajar : 25 orangMata Pelajaran : Bahasa MelayuTema : Sukan Dan KesihatanTajuk : Kesihatan Asas Kesejahteraan
Objektif : Di akhir pengajaran murid dapat:i) Mengelaskan maklumat berdasarkan topik yang dibincangkan.ii) Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada bahan bacaan.iii) Memilih dan mengenal pasti penanda wacana.
Pengetahuan sedia ada :Konsep : Murid pernah didedahkan dengan frasa dan rangkai kata serta penanda wacana di dalam pengajaran yang lepas.Bahan : Petikan teks m/s 58 buka teks Bahasa Melayu Tahun 5, kad gambar dan lembaran kerja.Nilai : Menjaga kesihatan, bekerjasama, berdisiplinKemahiran : Membaca, lisan dan menulis.
17
Langkah/Masa
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Pembelajaran CatatanAktiviti guru Aktiviti Murid
Set Induksi(5 minit)
Bersoal jawab tentang makanan kesukaan murid.
1.Menunjukkan gambar hidangan makanan tengah hari.2.Meminta murid menyatakan makanan yang dimakan semalam
1.Menyatakan apa yang dilihat di dalam gambar.2.Menyatakan jenis makanan yangh dimakan semalam
BBM:Gambar makanan tengah hariNilai:BekerjasamaKBKK:Sumbangsaran
Langkah 1(15 minit)
Menganalisis data
Aktiviti berkumpulan:1.Meminta murid duduk dalam kumpulan2.Mengedarkan petikan kepada murid.3.Meminta murid membaca petikan secara mentalis (secara senyap)4.Meminta murid menganalisis data dengan mengkelaskannya mengikut jenis makanan
Aktiviti berkumpulan:1.Membaca petikan secara mentalis (secara senyap)2.Mengelaskan makanan mengikut jenisnya:Karbohidrat,Protein,Vitamin,garam galian dan lemak
BBM:- Petikan teks-jadualNilai:BekerjasamaKBKK:Mengklasifikasi
Langkah 2(15 minit)
Membentangkan laporan
1.Meminta ketua kumpulan membentangkan laporan di hadapan kelas.2.Menampal jadual yang dilengkapkan oleh murid di
1.Ketua setiap kumpulan membentangkan laporandi hadapan.
BBM:JadualNilai:Mematuhi arahanKBKK:Merumus
papan putih.
Langkah 3(20 minit)
1 .Mengenalpasti penanda wacana2. Membina dan menulis ayat
1. Mengarahkan semula murid membaca teks secara senyap.2. Meminta murid mengenalpasti dan menggariskan penanda wacana yang terdapat di dalam petikan.3. Meminta murid menyenaraikan penanda wacana yang digaris.4. Meminta murid membina ayat menggunakan penanda wacana
1. Membaca teks secara senyap.2. Mengenalpasti dan menggariskan penanda wacana yang terdapat di dalam petikan.3.Menyenaraikan penanda wacana di dalam lembaran kerja .4. Membina dan menulis ayat menggunakan penanda wacana di dalam lembaran kerja.
BBM:Lembaran kerjaNilai:Mematuhi arahanKBKK:Mengenalpasti, Menjana idea
Penutup(5 minit)
1.Penerapan nilai murni
1.Mengingatkan murid agar sentiasa makan makanan seimbang.2.Meminta murid mengamalkan makanan seimbang.3. Menyebut semula penanda wacana yang telah dipelajari.
1.Menyebut semula makanan seimbang yang berkhasiat.2. Menyebut semula penanda wacana yang telah dipelajari.
Nilai:Menghargai kesihatanKBKK:sumbangsaran
19
7.0 RUJUKAN
Beyer, B.K. (1991) Developing a Thinking Skills Program. Allyn and Bacon, Boston.
Chaffee, J. (1988). Thinking Critically. Boston: Houghton Mifflin Company.
De Bono, E. (1976). Teaching Thinking. England: Penguin Books.
Fraenkel, J.R. (1980). Helping Students Think and Value: Strategies for Teaching the Social
Studies. Englewood Cliffs,. New Jersey: Prentice-Hall, INC.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mayer, B. (1983). Thinking, Problem Solving, Cognition. New York: Allyn Bacon.
Som Hj Nor dan Mohd Dahalan Ramli. (1993). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif –
Pengenalan Am. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
http://eprints.utm.my/2278/1/Zainudin.pdf
http://fizarahim1991.blogspot.com/
http://mujahid.tripod.com/kbkk.html
http://ollyusofalhaj.ipgkti.edu.my/sumber/resosbestari/IKG/KBKK/kbkk.htm
http://pdbiasa30dec2011.blogspot.com/p/bab-2-pemikiran-kritis.html
20
top related