hak suami isteri membuat selepas penceraian tuntutan
Post on 12-Jan-2017
287 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
HAK SUAMI ISTERI MEMBUAT
SELEPAS PENCERAIAN
KELANTANJabatan Kehakiman Syariah Kelantan,
Kompleks Islam Lundang,15200 Lundang, Kota Bahru, Kelantan
Tel:09-7480206 Faks: 09-7430476
TERENGGANU Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu
Jalan Sultan Mohamad,21100 Kuala Terengganu
Tel: 09-6232323 Faks 09-6241510
JOHORJabatan Kehakiman Syariah Johor,
Bangunan Mahkamah Syariah Negeri Johor,Lot 259, Jalan Abu Bakar,80100 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2199000 Faks: 07-2213133
PAHANGJabatan Kehakiman Syariah Pahang,Jalan Masjid, 25000 Kuantan, Pahang
Tel: 09-5177966 Faks: 09-5554805
KEDAHJabatan Kehakiman Syariah Kedah
Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
06550 Bandar Muazam Shah, KedahTel: 04-7001980 Faks: 04-7001989
SARAWAKJabatan Kehakiman Syariah Sarawak
Bangunan Mahkamah Syariah,Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-429810 Fax: 082-244576
SABAHJabatan Kehakiman Syariah Sabah
Tingkat 2, Blok B, Wisma MUIS, Beg berkunci No. 130,
88739 Kota Kinabalu, Sabah.Tel: 088-253579 Faks: 088-219066
WILAYAH PERSEKUTUANMahkamah Syariah Wilayah Persekutuan,
Bangunan Sulaiman, Jalan Damansara,50676 Kuala Lumpur.
Tel: 03-22733788 Faks: 03-22734308.
SELANGORMahkamah Syariah Negeri Selangor, Tingkat 5 & 6,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Persiaran Pegawai, Seksyen 5,40000 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-55191309 Faks: 03-55191317.
NEGERI SEMBILANJabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan,
Jalan Dato’ Hamzah,70000 Seremban, Negeri SembilanTel: 06-7631241 Faks: 06-7645426.
MELAKAMahkamah Syariah Negeri Melaka.
Lot 2434, Blok D, Kompleks Mahkamah Melaka,Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka.Tel: 06-2332061 Faks: 06-2313913
PULAU PINANGJabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang
No. 3, Jalan Batu Gantung,10450 Pulau Pinang.
Tel:04-8271875 Faks: 04-8296427
PERLISJabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis
Persiaran Jubli Emas,Jalan Pegawai,
01000 Kangar PerlisTel: 04-9774846 Faks: 04-9775107
PERAKJabatan Kehakiman Syariah Perak
Aras 3, Kompleks Mahkamah Syariah PerakJalan Pari Off Jalan Tun Razak
30000 Ipoh PerakTel:05-5018400 Faks:05-5018522
Jabatan Kehakiman Syariah MalaysiaAras 2, 3 & 4, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62677 Putrajaya
Tel: 03-88864800 Fax: 03-88891627www.jksm.gov.my
TUNTUTAN
Hubungan kekeluargaan dalam sistem rumahtangga Islam tidak terhenti setakat lafaz cerai dilafazkan. Sistem kekeluargaan dalam Islam amat sempurna dan adil kepada semua pihak dikalangan ahli keluarga. Sungguhpun ikatan pernikahan telah putus akibat jatuh talaq, Islam masih memberi ruang kepada pasangan suami isteri untuk terus berhubungan diantara satu sama lain dengan batas-batas pergaulan yang diharuskan oleh Hukum Syara’. Matlamat ini amat murni bagi memastikan hak-hak bekas suami isteri dan anak-anak dilindungi.
Hak-hak yang boleh dituntut di Mahkamah selepas sesuatu penceraian berlaku ialah nafkah eddah, tunggakan nafkah isteri, mut’ah, hak mendapatkan tempat tinggal, harta sepencarian, hak jagaan anak (Hadhanah) dan nafkah anak.
NAFKAH EDDAH
Nafkah eddah ialah nafkah yang wajib dibayar kepada bekas isteri di dalam tempoh eddah raji’e disebabkan sesuatu penceraian iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut Hukum Syara’.
MUT’AH
Mut ’ah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang di beri kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab yang munasabah mengikut Hukum Syara’. Kadar mut’ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-kedua belah pihak. Sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut’ah tersebut.
HAK SUAMI ISTERI MEMBUAT TUNTUTAN SELEPAS PENCERAIAN
HARTA SEPENCARIAN
Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat ditentukan oleh Hukum Syara’. Harta sepencarian ini boleh dituntut oleh suami atau isteri di Mahkamah yang berbidangkuasa. Harta sepencarian termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan.
Tuntutan Harta Sepencarian ini hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi Syariah.
HAK JAGAAN ANAK (HADHANAH)
Hadhanah bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri.
Mengikut Hukum Syara’ dan Undang-undang keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu adalah orang yang paling berhak bagi menjaga anak-anaknya yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahunbagi perempuan).
Bagi anak yang melebihi had umur di atas, jika berlaku pertikaian mengenai hak jagaan anak, Mahkamah akan menentukan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anak- anak tersebut samada hendak tinggal bersama ibu atau bapa.
Tuntutan Hak Jagaan Anak (Hadhanah) ini hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi Syariah.
NAFKAH ANAK
Nafkah anak ialah suatu nafkah yang wajib ke atas seseorang bagi menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain.
Nafkah Anak ini termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan sekadar mencukupi mengikut kemampuannya.
TUNGGAKAN NAFKAH
Tunggakan nafkah ialah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar. Tunggakan ini boleh dituntut dimana-mana Mahkamah Syariah.
HAK TEMPAT TINGGAL
Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia berasa biasa tinggal semasa dia dalam tempoh perkahwinan selama tempoh eddah.
NOTA PERINGATAN.Segala maklumat di dalam risalah ini hanyalah sebagai panduan sahaja dan tidak boleh dijadikan sebagai hujah di dalam mana-mana prosiding Mahkamah.
Jabatan Kehakiman Syariah MalaysiaAras 2, 3 & 4, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62677 Putrajaya
Tel: 03-88864800 Fax: 03-88891627
www.jksm.gov.my
top related