gst3

Post on 09-Nov-2015

230 Views

Category:

Documents

8 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

gst3

TRANSCRIPT

PANDUAN HARGA PENGGUNABuku Panduan Harga Pengguna ini diterbitkan bertujuan untuk membanturakyat Malaysia khususnya pengguna dalam membuat perbandingan hargabarangan keperluan asas sebelum dan selepas pelaksanaan Cukai Barangandan Perkhidmatan (GST).Senarai 500 barangan yang dimuatkan dalam buku ini merupakan barangankeperluan asas yang telah dipilih berdasarkan kepada populariti semasa.Harga yang dimuatkan dalam buku ini merupakan harga purataberdasarkan data harga oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi bulan November 2014. ImpakGST adalah berdasarkan kajian terperinci yang telah dilakukan oleh JabatanKastam DiRaja Malaysia.Harga yang dipaparkan mungkin akan berubah berdasarkan pelbagaitaktor seperti permintaan dan penawaran, perubahan iklim, bencana alam,kadar tukaran mata wang asing dan kesan lain yang boleh mempengaruhikenaikan harga barang tersebut pada masa akan datang. Jika terdapatmana-mana pihak yang mengambil kesempatan dengan memasukkanmargin keuntungan yang melampau semasa pelaksanaan GST, pihakKPDNKK akan menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikutAkta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan undang-undangberkaitan.Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak KPDNKK untuk menyiasatdan mengambil tindakan susulan sekiranya terdapat kenaikan harga yangtidak munasabah selepas pelaksanaan GST. Siasatan yang akan dibuatbergantung kepada data harga semasa yang dikutip oleh pihak KPDNKK dantidak semata-mata berdasarkan kepada data harga dalam buku panduanini.Penerbitan dan penyusunan buku Panduan Harga Pengguna ini adalah hasilkerjasama KPDNKK bersama dengan Kementerian Kewangan, JabatanKastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa danIndustri, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Perangkaan,Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan Pengguna dan PersatuanPeniaga.PENAFIANBuku Panduan ini hanyalah semata-mata sebagai panduan atau rujukanumum bagi harga barangan keperluan asas yang terpilih sahaja dan iatidak boleh digunakan sebagai rujukan untuk apa-apa tindakan undang-undang. Dalam hal ini, Kerajaan Malaysia tidak memberikan apa-apajaminan mengenai ketepatan dan kesempurnaan maklumat yang terdapatdalam Buku Panduan ini. Oleh itu, Kerajaan Malaysia tidak bolehdipertanggungjawabkan atas apa-apa kesilapan, ketinggalan danketidaktepatan maklumat dalam penyediaan Buku Panduan ini.KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAANPANDUAN HARGA PENGGUNAKEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERKOPERASI DAN KEPENGGUNAANKATA ALU-ALUANASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHIWABARAKATUH DAN SALAM 1 MALAYSIASelaras dengan pelaksanaan Cukai Barangdan Perkhidmatan (GST) yang akanbermula pada 1 April 2015, Kerajaanmengambil inisiatif menerbitkan bukuPanduan Harga Pengguna ini yangmenerangkan mengenai perubahan hargabarangan terpilih kesan pelaksanaan GST.Buku panduan ini diharap dapat membanturakyat membuat keputusan dalampembelian barangan keperluan asaspengguna. la juga boleh dijadikanpanduan dalam menyalurkan maklumat kepada KPDNKK tentangperubahan harga barangan terutamanya barangan yang mengalamikenaikan harga yang ketara. Maklumat ini penting kepada KPDNKK dalammemastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan menaikkan hargasecara berlebihan dengan menjadikan GST sebagai alasan.Edaran buku panduan ini dibuat ke seluruh negara serta boleh dicapai dilaman sesawang www.kpdnkk.gov.my untuk mendapatkan maklumat yangdikemaskini. Kerajaan akan terus memastikan kepentingan dan hak-hakpengguna sentiasa dilindungi. Kerjasama dari semua pihak terutamanyapihak pengguna dan peniaga amatlah diperlukan selaras dengan motoKPDNKK Perdagangan Sihat Pengguna Berkat.Bersama-samalah kita menggunakan hak kita sebagai pengguna danjadilah pengguna yang bijak.YB. DATCr SRI HASAN BIN MALEKMENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI,KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN29 Januari 2015KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

top related