gst3

1
PANDUAN HARGA PENGGUNA Buku Panduan Harga Pengguna ini diterbitkan bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia khususnya pengguna dalam membuat perbandingan harga barangan keperluan asas sebelum dan selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Senarai 500 barangan yang dimuatkan dalam buku ini merupakan barangan keperluan asas yang telah dipilih berdasarkan kepada populariti semasa. Harga yang dimuatkan dalam buku ini merupakan harga purata berdasarkan data harga oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi bulan November 2014. Impak GST adalah berdasarkan kajian terperinci yang telah dilakukan oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia. Harga yang dipaparkan mungkin akan berubah berdasarkan pelbagai taktor seperti permintaan dan penawaran, perubahan iklim, bencana alam, kadar tukaran mata wang asing dan kesan lain yang boleh mempengaruhi kenaikan harga barang tersebut pada masa akan datang. Jika terdapat mana-mana pihak yang mengambil kesempatan dengan memasukkan margin keuntungan yang melampau semasa pelaksanaan GST, pihak KPDNKK akan menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan undang-undang berkaitan. Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak KPDNKK untuk menyiasat dan mengambil tindakan susulan sekiranya terdapat kenaikan harga yang tidak munasabah selepas pelaksanaan GST. Siasatan yang akan dibuat bergantung kepada data harga semasa yang dikutip oleh pihak KPDNKK dan tidak semata-mata berdasarkan kepada data harga dalam buku panduan ini. Penerbitan dan penyusunan buku Panduan Harga Pengguna ini adalah hasil kerjasama KPDNKK bersama dengan Kementerian Kewangan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Perangkaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan Pengguna dan Persatuan Peniaga. PENAFIAN Buku Panduan ini hanyalah semata-mata sebagai panduan atau rujukan umum bagi harga barangan keperluan asas yang terpilih sahaja dan ia tidak boleh digunakan sebagai rujukan untuk apa-apa tindakan undang- undang. Dalam hal ini, Kerajaan Malaysia tidak memberikan apa-apa jaminan mengenai ketepatan dan kesempurnaan maklumat yang terdapat dalam Buku Panduan ini. Oleh itu, Kerajaan Malaysia tidak boleh dipertanggungjawabkan atas apa-apa kesilapan, ketinggalan dan ketidaktepatan maklumat dalam penyediaan Buku Panduan ini. KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN PANDUAN HARGA PENGGUNA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGER KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN KATA ALU-ALUAN ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHI WABARAKATUH DAN SALAM 1 MALAYSIA Selaras dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan bermula pada 1 April 2015, Kerajaan mengambil inisiatif menerbitkan buku Panduan Harga Pengguna ini yang menerangkan mengenai perubahan harga barangan terpilih kesan pelaksanaan GST. Buku panduan ini diharap dapat membantu rakyat membuat keputusan dalam pembelian barangan keperluan asas pengguna. la juga boleh dijadikan panduan dalam menyalurkan maklumat kepada KPDNKK tentang perubahan harga barangan terutamanya barangan yang mengalami kenaikan harga yang ketara. Maklumat ini penting kepada KPDNKK dalam memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga secara berlebihan dengan menjadikan GST sebagai alasan. Edaran buku panduan ini dibuat ke seluruh negara serta boleh dicapai di laman sesawang www.kpdnkk.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang dikemaskini. Kerajaan akan terus memastikan kepentingan dan hak-hak pengguna sentiasa dilindungi. Kerjasama dari semua pihak terutamanya pihak pengguna dan peniaga amatlah diperlukan selaras dengan moto KPDNKK Perdagangan Sihat Pengguna Berkat. Bersama-samalah kita menggunakan hak kita sebagai pengguna dan jadilah pengguna yang bijak. YB. DATCr SRI HASAN BIN MALEK MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN 29 Januari 2015 KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

Upload: hambadah

Post on 09-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

gst3

TRANSCRIPT

PANDUAN HARGA PENGGUNABuku Panduan Harga Pengguna ini diterbitkan bertujuan untuk membanturakyat Malaysia khususnya pengguna dalam membuat perbandingan hargabarangan keperluan asas sebelum dan selepas pelaksanaan Cukai Barangandan Perkhidmatan (GST).Senarai 500 barangan yang dimuatkan dalam buku ini merupakan barangankeperluan asas yang telah dipilih berdasarkan kepada populariti semasa.Harga yang dimuatkan dalam buku ini merupakan harga purataberdasarkan data harga oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi bulan November 2014. ImpakGST adalah berdasarkan kajian terperinci yang telah dilakukan oleh JabatanKastam DiRaja Malaysia.Harga yang dipaparkan mungkin akan berubah berdasarkan pelbagaitaktor seperti permintaan dan penawaran, perubahan iklim, bencana alam,kadar tukaran mata wang asing dan kesan lain yang boleh mempengaruhikenaikan harga barang tersebut pada masa akan datang. Jika terdapatmana-mana pihak yang mengambil kesempatan dengan memasukkanmargin keuntungan yang melampau semasa pelaksanaan GST, pihakKPDNKK akan menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikutAkta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan undang-undangberkaitan.Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak KPDNKK untuk menyiasatdan mengambil tindakan susulan sekiranya terdapat kenaikan harga yangtidak munasabah selepas pelaksanaan GST. Siasatan yang akan dibuatbergantung kepada data harga semasa yang dikutip oleh pihak KPDNKK dantidak semata-mata berdasarkan kepada data harga dalam buku panduanini.Penerbitan dan penyusunan buku Panduan Harga Pengguna ini adalah hasilkerjasama KPDNKK bersama dengan Kementerian Kewangan, JabatanKastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa danIndustri, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Perangkaan,Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan Pengguna dan PersatuanPeniaga.PENAFIANBuku Panduan ini hanyalah semata-mata sebagai panduan atau rujukanumum bagi harga barangan keperluan asas yang terpilih sahaja dan iatidak boleh digunakan sebagai rujukan untuk apa-apa tindakan undang-undang. Dalam hal ini, Kerajaan Malaysia tidak memberikan apa-apajaminan mengenai ketepatan dan kesempurnaan maklumat yang terdapatdalam Buku Panduan ini. Oleh itu, Kerajaan Malaysia tidak bolehdipertanggungjawabkan atas apa-apa kesilapan, ketinggalan danketidaktepatan maklumat dalam penyediaan Buku Panduan ini.KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAANPANDUAN HARGA PENGGUNAKEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERKOPERASI DAN KEPENGGUNAANKATA ALU-ALUANASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHIWABARAKATUH DAN SALAM 1 MALAYSIASelaras dengan pelaksanaan Cukai Barangdan Perkhidmatan (GST) yang akanbermula pada 1 April 2015, Kerajaanmengambil inisiatif menerbitkan bukuPanduan Harga Pengguna ini yangmenerangkan mengenai perubahan hargabarangan terpilih kesan pelaksanaan GST.Buku panduan ini diharap dapat membanturakyat membuat keputusan dalampembelian barangan keperluan asaspengguna. la juga boleh dijadikanpanduan dalam menyalurkan maklumat kepada KPDNKK tentangperubahan harga barangan terutamanya barangan yang mengalamikenaikan harga yang ketara. Maklumat ini penting kepada KPDNKK dalammemastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan menaikkan hargasecara berlebihan dengan menjadikan GST sebagai alasan.Edaran buku panduan ini dibuat ke seluruh negara serta boleh dicapai dilaman sesawang www.kpdnkk.gov.my untuk mendapatkan maklumat yangdikemaskini. Kerajaan akan terus memastikan kepentingan dan hak-hakpengguna sentiasa dilindungi. Kerjasama dari semua pihak terutamanyapihak pengguna dan peniaga amatlah diperlukan selaras dengan motoKPDNKK Perdagangan Sihat Pengguna Berkat.Bersama-samalah kita menggunakan hak kita sebagai pengguna danjadilah pengguna yang bijak.YB. DATCr SRI HASAN BIN MALEKMENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI,KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN29 Januari 2015KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN