geografi tingkatan 2...geografi skala dan tingkatan 2 jarak zulhazlia binti zulkifli smk seri berang...

Post on 12-Nov-2020

21 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Geografi Tingkatan 2 Skala dan

Jarak

Zulhazlia binti Zulkifli

SMK Seri Berang

21700 Kuala Berang

Hulu Terengganu

Di akhir pembelajaran, murid dapat

1. Menyatakan jarak mutlak, jarak relatif, skala

penyata, skala lurus dan pecahan wakilan.

2. Menerangkan jarak mutlak, jarak relatif, skala penyata, skala lurus dan pecahan wakilan.

3. Menggunakan skala penyata, skala lurus dan pecahan

wakilan untuk menentukan jarak sebenar

4. Menentukan jarak sebenar berpandukan skala pada peta

Uji Minda

Bagaimanakah Rashid boleh melukis pelan bilik darjah yang luas di atas sehelai kertas yang

kecil?

Skala

• Skala ialah nisbah jarak sebenar

permukaan bumi dengan jarak yang diwakilkan di atas peta

• Skala digunakan untuk

a) Memudahkan penyediaan pelan/ peta

b) Menjimatkan penggunaan ruang

c) Memudahkan kerja-kerja pembacaan dan pentafsiran peta dijalankan

Tips!

Untuk memahami skala dan jarak dengan baik, murid perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang ukuran asas matematik iaitu

1 cm

1 meter

1 kilometer

Uji minda!

Bagaimanakah 1 km hendak ditukar ke ukuran meter?

Jenis Skala

Terdapat 3 jenis skala iaitu

a) Skala penyata

b) Skala lurus

c) Pecahan wakilan

Skala Penyata

Skala penyata ialah skala yang dinyatakan menggunakan perkataan.

Skala ini merupakan skala yang paling mudah difahami.

Skala Penyata Maksudnya

1 cm mewakili 1 km Jarak 1 cm di atas peta mewakili 1 km di bumi

1 cm mewakili 500 m Jarak 1 cm di atas peta mewakili 500 m di

bumi

1 cm mewakili 20 km Jarak 1 cm di atas peta mewakili 20 km di

bumi

Uji minda

Antara ke tiga-tiga skala yang dinyatakan, skala manakah yang paling besar?

1 cm mewakili 100 cm

1 cm mewakili 1km

1 cm mewakili 500 m

Skala Lurus

Skala lurus ialah garisan lurus yang ditanda mewakili jarak sebenar di permukaan bumi

Terdapat dua jenis skala lurus iaitu

a) Skala lurus mudah

b) Skala lurus penuh

Kelebihan skala ini ialah jarak sebenar akan terus diperoleh jika kita menggunakannya

Skala lurus mudah

Skala lurus penuh

Pecahan wakilan

Pecahan wakilan ialah perbandingan jarak di atas peta dengan jarak sebenar di permukaan bumi

Ianya dinyatakan dalam bentuk pecahan dan dinyatakan tanpa unit

1: 2000 atau 1 2000

1 unit di atas peta

2000 unit di atas permukaan bumi

Menukarkan skala penyata, skala lurus dan pecahan wakilan

1. Teliti skala lurus dan nyatakan jarak yang diwakili oleh satu cm

2. Tukarkan jarak sebenar

Contoh 1

Tukarkan skala lurus di bawah kepada skala penyata

Panjang 1 cm bersamaan dengan 5km di atas bumi. Maka skala penyatanya ialah

1 cm mewakili 5 km

Contoh 2

Tukarkan pecahan wakilan berikut kepada skala penyata

1: 100,000

1cm : 100, 000 cm

1cm : 100, 000÷100,000

1cm : 1 km

Oleh itu, skala penyata bagi pecahan wakilan ini ialah

1 cm mewakili 1 km

100,000 hendak ditukar kepada km

perlu dibahagi dengan 100,000

kerana 1 km = 100,000 cm

Jarak

Jarak adalah ukuran diantara dua titik

Jarak boleh diukur menggunakan jarak mutlak dan

jarak relatif

Jarak mutlak menggunakan ukuran piawai seperti

sentimeter, meter dan kilometer

Manakala jarak relatif diukur dengan menggunakan

masa (minit/jam) atau dalam bentuk kos

Mengukur jarak

Jarak di dalam peta boleh dibahagikan kepada dua iaitu

a) Jarak lurus

b) Jarak melengkung

Jarak yang lurus biasanya melibatkan jalan raya, talian eletrik dan jalan keretapi

Jarak melengkung pula melibatkan jarak ukuran sungai serta kawasan pinggir pantai dan muara

Peralatan yang digunakan untuk mengukur jarak

Jarak lurus

Jarak melengkung

1. Pembaris

1. Benang putih

2. Jangka tolok

2. Jalur kertas

3. Jalur kertas

3. Pembaris

Cara mengukur jarak lurus Jika Ali berada di Kg Selama dan dia hendak ke rumah kawannya di Kg Damai dengan menaiki motosikal. Berapakah jarak yang dilalui oleh Ali? Skala peta : 1 cm mewakili 2 km

Mengukur jarak lurus

Jarak Kg Selama ke simpang jalan

= 6 cm

Jarak simpang jalan ke simpang jalan

= 6.3 cm

Jarak simpang jalan ke Kg Damai

= 1 cm

Oleh itu, perjalanan Ali dari Kg Selama ke kg Damai melalui jalan ialah

= 6.0 cm + 6.3 cm + 1 cm

= 13.3 cm

Mana kala, jarak sebenar di atas peta ialah

= 13.3 cm x 2 ( 1 cm mewakili 2 km)

= 26.6 km

Ali perlu menaiki motosikal sejauh 26.6 km untuk menuju ke rumah kawannya… jarak jauh juga ya!

Jarak relatif

Jarak relatif ialah jarak yang diukur menggunakan kos atau masa.

Jarak ini sentiasa berubah-ubah dan tidak tetap mengikut perubahan masa

Contoh

Jenis kenderaan

Kos Masa

Bas RM 0.50 20 minit

Teksi RM 2.00 10 minit

Azlin tinggal di Kg Damai. Dia hendak ke rumah datukknya di Kg Selama. Jika dia hendak menjimatkan duit belanja, apakah jenis perkhidmatan yang dia boleh gunakan? Berapakah pula kos untuk kenderaan yang dinaikinya?

Jawapan:-

Untuk menjimatkan kos, Azlin boleh menggunakan bas untuk ke rumah datuknya

Jika menggunakan bas, kos tersebut ialah

26.6 km x RM 0.50 = RM 13.30

top related