gbm1103 mesej dan saluran

Post on 11-Aug-2015

182 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PENSYARAH : HJ MOHD RUDZI BIN DARUS

PEMBENTANG: -AHMAD NAZMI BIN CHE RAHIM -AIDIL SHAZWAN BIN MOHD -AHMAD ALIDUDDIN BIN SHAHARIN -FRONTHY SAMUEL ANAK UDAM

ELEMEN - ELEMEN DALAM

KOMUNIKASIMESEJSALURAN

• DEFINISI DAN KONSEP Mesej merupakan intipati dalam proses komunikasi.Mesej terdiri daripada simbol-simbol bukan lisan atau

perkataan lisan yang digunakan oleh sumber untuk menyampaikan sesuatu makna.

Mesej juga ada yang tersurat dan yang tersirat. Sebagai penerima kita hendaklah mentafsirkannya

mengikut persekitaran termasuk pengetahuan dan pengalaman.

• ELEMEN PENTING DALAM MESEJ-PERKATAAN TEPAT

Pemilihan perkataan dan ayat yang tepat dan memberi makna yang jelas bagi menggambarkan maksud mesej. Ini akan membantu penerimaan mesej dengan tepat.

- Contoh : makan(mudah difahami) sepak (terdapat berbagai makna)

-BAHASA TEPAT

Bahasa yang digunakan hendaklah difahami bagi mengelakkan tafsiran yang tidak tepat.

Contoh: Hadirin dipersilakan duduk.

- BERI CONTOH Contoh-contoh dan butir-butir penyokong kepada mesej digunakan dengan baik bagi membantu kefahaman yang jelas. Cerita atau pengalaman peribadi dan profesional anda bolehlah digunakan bagi membantu kefahaman

DISAMPAIKAN DENGAN GAYA YANG SESUAIMesej disampaikan dengan menggunakan gaya persembahan yang sesuai samada secara berbincang, membca dari teks, gabungan keduanya atau sebagainya bagi menarik perhatian penerima.

• DEFINISI DAN KONSEP

Saluran adalah merujuk kepada sama ada alat atau perantara yang berkemampuan menyalurkan mesej daripada sumber kepada penerima. Pemilihan saluran dalam komunikasi memainkan peranan yang penting kerana ia menyumbang kepada kejelasan dan ketepatan maklumat komunikasi.

BENTUK SALURAN

SALURAN PERANTARA

•Media merupakan perantara yang meliputi aplikasi jenis-jenis media berikut.

1)Media cetak seperti akhbar, majalah dan buku-buku2)Media elektronik seperti televisyen, radio dan internet3)Media Tradisional seperti teater, wayang kulit dan opera

• SALURAN BESEKEMUKA

• Saluran ini menggunakan alat pendengaran dan alat percakapan

• Saluran ini mampu sampai kepada penerima dengan cepat dan tepat

• Saluran ini juga mampu menerima maklum balas dengan cepat

• Saluran ini kebanyakan secara tidak formal dan kejujuran mudah dicapai

• Percakapan dengan menggunakan suara ialah alat komunkasi yang penting.

• Suara adalah saluran emosi yang agak berkesan dengan syarat suara dapat menggambarkan perasaan yang dilahirkan bersamanya.

SALURAN MESEJ TANPA LISAN

•Saluran ini merupakan secara visual•Pengirim akan melakukan sesuatu aksi dan pihak penerima akan memahami melalui pemerhatian•Mimik muka boleh digunakan untuk menggambarkan ‘mood’ mesej

top related