frequently ask question (faq) program...
Post on 06-Feb-2018
236 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQ)
PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN 2015
1. Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015?
Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) merupakan penajaan kepada pelajar yang
sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama di pelbagai
bidang yang ditetapkan. Penajaan peringkat Diploma dinamakan Program
Diploma Dalam Negara (PDDN) manakala pengajian Peringkat Ijazah Pertama
dinamakan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).
2. Siapakah calaon yang layak memohon?
(i) Permohonan adalah dibuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi
Petronas (UTP) dan Universiti Multimedia (MMU) yang telah melengkapkan
sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau mempunyai baki
tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di peringkat Ijazah
Pertama.
(ii) Permohonan juga dibuka kepada pelajar IPTA dan Politeknik yang telah
melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau
mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di
peringkat Diploma.
2. Apakah bidang yang ditaja di bawah Program Ijazah Dalam Negara Tahun
2015?
Bidang pengajian yang ditaja adalah bidang-bidang dalam kluster Klinikal dan
2
Kesihatan, Kejuruteraan dan Teknikal, Sains Sosial dan Sains seperti di
Lampiran A.
3. Apakah syarat-syarat permohonan Program Ijazah Dalam Negara Tahun
2015?
Syarat-Syarat Permohonan PIDN
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Umur belum mencapai 25 tahun pada tarikh permohonan (26 tahun
bagi pelajar peralihan);
(iii) Mempunyai kesihatan yang baik;
(iv) Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ SPMV;
(v) Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)
3.30 dan setara dalam peperiksaan semester peringkat Ijazah Pertama;
dan
(vi) Telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian
atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1)
tahun.
Syarat-Syarat Permohonan PPDDN
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Umur belum mencapai 21 tahun pada tarikh permohonan (22 tahun
bagi pelajar peralihan);
(iii) Mempunyai kesihatan yang baik;
(iv) Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ SPMV;
3
(v) Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)
3.30 dan setara dalam peperiksaan semester peringkat Diploma; dan
(vi) Telah melengkapkan sekurang-kurangya satu (1) semester pengajian
atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.
4. Bagaimana saya boleh memohon biasiswa JPA di bawah Program Ijazah
Dalam Negara Tahun 2015?
Permohonan boleh dibuat secara online di http://esilav2.jpa.gov.my mulai
18 sehingga 24 Mei 2015. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu
sebelum boleh memohon secara online. Pemohon hendaklah membaca dan
memahami kesemua panduan dan syarat- syarat yang ada disediakan di
http://esilav2.jpa.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
5. Di mana saya boleh melihat iklan Program Program Ijazah Dalam Negara
Tahun 2015?
Iklan boleh didapati di akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times,
Tamil Nesan, Nanyang Siang Pau, Borneo Post Sabah dan Borneo Post Sarawak
serta rerayap (Crawler) di Stesen Radio & Televisyen.
6. Apakah kriteria pemilihan penawaran Program Ijazah Dalam Negara Tahun
2015?
Kriteria pemilihan ialah pencapaian akademik dan pendapatan keluarga.
4
7. Bagaimanakah JPA akan membuat pemakluman berhubung urusan
permohonan, keputusan dan penawaran Program Ijazah Dalam Negara
Tahun 2015?
Semua urusan berhubung Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015 iaitu
permohonan, keputusan dan cetakan surat tawaran serta dokumen-dokumen
yang berkaitan akan dibuat secara online di http://esilav2.jpa.gov.my.
Surat-surat/ slip-slip pengesahan yang berkenaan hendaklah dimuat turun dan
dicetak sendiri oleh calon.
Calon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di
http://esilav2.jpa.gov.my dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang
maklumat terkini berhubung Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015.
8. Apakah nombor yang boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan?
a) Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang
permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-
8885 3541, 03-8885 3453, 03-8885 3552. Talian-talian telefon ini dibuka
setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang mulai 18 Mei 2015
hingga 24 Mei 2015.
b) Pertanyaan mengenai program tajaan ini boleh dibuat dengan
menghubungi 03-8885 3049 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam
8.00 pagi hingga 5.00 petang atau melalui e-mel di alamat
pidn2015@jpa.gov.my.
5
LAIN-LAIN SOALAN BERKAITAN
1. Saya sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan
farmasi bagaimanakah saya boleh memohon? Adakah saya akan ditawarkan
penajaan secara automatik?
Pelajar dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi yang telah mendapat
tempat di IPTA perlu memohon secara dalam talian (online). Tiada penajaan
secara automatik akan diberikan.
2. Saya mendapat biasiswa JPA, tetapi saya tidak mempunyai akaun Bank
Islam. Adakah saya perlu membuka akaun sendiri atau pihak JPA akan
membantu untuk membuka akaun bagi membolehkan saya mendapat
biasiswa JPA?
Pelajar yang mendapat biasiswa tajaan, pihak JPA akan mendapat nombor akaun
Bank Islam yang baharu. Pelajar tidak perlu membuka akaun Bank Islam sendiri.
3. Saya telah menerima tawaran biasiswa JPA, tetapi pada masa yang sama
telah mendapat pinjaman PTPTN, apakah yang perlu saya buat?
Jika pelajar memilih untuk menerima tawaran biasiswa JPA, pelajar perlu
menamatkan kemudahan pinjaman PTPTN. JPA tidak akan menaja pelajar yang
sedang ditaja oleh penaja-penaja lain.
4. Adakah pihak JPA membenarkan saya menukar universiti tanpa
membatalkan biasiswa saya?
Pihak JPA tidak membenarkan pelajar tajaannya membuat pertukaran universiti
tanpa mendapatkan kelulusan daripada pihak JPA terlebih dahulu.
6
5. Bolehkah saya bertukar kursus atau bidang atau universiti selepas
mengikuti pengajian dan menerima biasiswa JPA?
Tiada sebarang pertukaran kursus dibenarkan melainkan atas sebab-sebab yang
kukuh dan munasabah. Sebarang permohonan pertukaran kursus hendaklah
diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa. Sekiranya mesyuarat
bersetuju meluluskan permohonan tersebut, maka penajaan ke atas pelajar akan
diteruskan untuk kursus yang baharu. Namun, jika sebaliknya, penajaan ke atas
pelajar mungkin akan ditamatkan.
Sekiranya pelajar tajaan ingin menukar kursus, sila kemukakan surat rasmi
kepada Jabatan ini dan memaklumkan sebab-sebab ingin bertukar kursus.
6. Bolehkah saya bertukar penaja sekiranya saya ditawarkan oleh penaja lain
setelah saya menerima biasiswa JPA?
Pelajar tajaan JPA tidak dibenarkan sama sekali menerima tajaan lebih daripada
satu penaja. Jika pelajar ingin menukar penaja lain, sila kemukakan surat rasmi ke
Jabatan ini.
7. Saya telah mendapat tajaan JPA semasa di peringkat Diploma dan ingin
menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Adakah saya perlu
memohon semula untuk mendapatkan biasiswa di peringkat Ijazah Sarjana
Muda?
Ya. Pelajar perlu memohon semula biasiswa JPA untuk peringkat Ijazah Sarjana
Muda walaupun telah mendapat biasiswa JPA semasa di peringkat Diploma.
7
8. Apakah bidang yang tidak ditaja oleh JPA?
Bidang-bidang yang tidak ditaja oleh JPA adalah seperti berikut:
(i) Pendidikan;
(ii) Program yang mewajibkan pelajar mengambil lesen juruterbang;
(iii) Program Kejururawatan/Separa Perubatan yang dikendalikan oleh
Kementerian Kesihatan;
(iv) Kursus-kursus Profesional seperti ACCA/ CIMA/ AutoCAD/ Linux;
(v) Program berkembar dengan institusi luar negara;
(vi) Program Double Degree; dan
(vii) Lain-lain bidang yang tidak atau belum diiktiraf oleh Kerajaan.
9. Adakah pelajar dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan selepas tamat
tempoh pengajian?
Pelajar dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan untuk suatu tempoh yang
dipersetujui berdasarkan perjanjian. Keengganan pelajar untuk berkhidmat
dengan Kerajaan boleh dikenakan tuntutan ganti rugi mengikut jumlah yang
ditetapkan dalam perjanjian.
10. Saya merupakan pelajar tahun ke-3 bidang perubatan. Adakah tempoh
berkhidmat dengan Kerajaan masih kekal 10 tahun?
Ya. Tempoh berkhidmat adalah sama seperti pelajar yang ditaja dari tahun
pertama pengajian.
11. Saya adalah pelajar Tahun Kedua di peringkat Ijazah Pertama, layakkah saya
memohon dan bagaimanakah caranya?
Layak. Permohonan adalah secara atas talian (online) di laman sesawang
http://esilav2.jpa.gov.my. Pelajar perlu memilih peringkat pengajian yang
8
sedang diikuti sekarang dalam borang permohonan dalam talian (online). Pelajar
hendaklah menyatakan CGPA yang diperoleh semasa semester kedua atau
semester ketiga bergantung kepada semester terkini pelajar.
12. Saya dijaga oleh keluarga angkat/ adik beradik semenjak dari kecil/
semenjak ibu bapa meninggal dunia. Bagaimana cara bagi mengisi borang
Butiran Ibu/Bapa/ Penjaga?
Di ruangan butiran Ibu/ Bapa/ Penjaga iaitu Nama Bapa, Keturunan Bapa,
Kewarganegaraan Bapa, Taraf Bapa, Pendapatan Bapa, Pekerjaan Bapa, No.
Cukai Pendapatan, No. Pencen sila isikan maklumat keluarga angkat/ adik
beradik. Bagi ruang Status Bapa, sila isikan status bapa kandung sama ada
Tiada Maklumat, Bercerai, Masih Hidup atau Meninggal Dunia. Bagi ruang
Hubungan Dengan Pemohon pula, sila isikan sama ada keluarga angkat, kakak
atau abang.
13. Bapa saya adalah seorang pesara Kerajaan? Apakah yang saya perlu isi di
ruang pendapatan bapa?
Bagi pesara Kerajaan, sila isikan jumlah pencen yang diterima bagi setiap bulan di
ruangan tersebut.
14. Bagaimana saya boleh mengetahui sama ada saya berjaya mendapat
tawaran JPA di bawah PIDN 2015? Adakah JPA akan mengeluarkan surat
tawaran?
Keputusan akan dikeluarkan pada 6 Julai 2015 di laman sesawang
http://esilav2.jpa.gov.my. Bagi calon yang berjaya, pihak JPA akan
mengeluarkan surat tawaran biasiswa serta buku perjanjian.
9
15. Bagaimana sekiranya nama kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti
kepada saya tidak berada di dalam senarai borang permohonan online
PIDN?
Program pengajian yang ditaja oleh JPA adalah program yang telah mendapat
pengiktirafan MQA, badan profesional dan juga mendapat kelulusan Kementerian
Pendidikan Malaysia. Jika pelajar mendapati kursus yang ditawarkan tiada dalam
borang permohonan online, semakan pengiktirafan boleh di buat di Kementerian
Pelajaran Malaysia.
10
LAMPIRAN A
BIL. KLUSTER BIDANG CONTOH KURSUS
1
KEJURUTERAAN DAN
TEKNIKAL
Kejuruteraan & Pembuatan, Mekanikal,
Elektrikal, Elektronik, Kimia, Aeronautikal,
Automotif, Senibina, Ukur Bahan, Ukur
Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah,
Sustainable Energy, Renewable Energy
Software Design, Robotik, Teknologi Hijau.
2
SAINS SOSIAL
Perakaunan, Undang-undang, Ekonomi,
Perhubungan Antarabangsa, Ekonomi
Antarabangsa, Sains Politik, Psikologi,
Sosiologi, Komunikasi, Geografi, Kulinari,
Fashion & Design, Perniagaan, Pemasaran,
Kewangan, Perbankan, Perdagangan,
Pengurusan Hartanah, Pengurusan Sumber
Manusia, Pelancongan, Sejarah, Falsafah,
Teori Politik, Antropologi, Linguistik, Muzik,
Pengajian Islam, Syariah, Usuluddin
3
KLINIKAL DAN KESIHATAN
Perubatan, Pergigian, Farmasi, Dietetik,
Bioteknologi perubatan, Sains Forensik,
Fisioterapi, Sains Pemakanan, Pertuturan,
Pemulihan Cara Kerja, Audiologi, Optometri,
Pengimejan, Radioterapi Persekitaran, Sains
Perubatan Kecemasan.
11
BIL. KLUSTER BIDANG CONTOH KURSUS
4
SAINS
Fizik, Kimia, Matematik, Statistik, Sains
Komputer, Sains Aktuari, Kejuruteraan
Sistem Komputer Berkaitan Pertanian,
Agronomi, Biologi, Bioteknologi, Mikro
Biologi, Zoologi, Sains Tani, Marin,
Perhutanan, Astronomi, Biokimia, Bio
Geosains, Sains Biologi, Genetik, Perikanan,
Geologi, Sains Persekitaran, Nanosains,
Neurobiologi, Sains Nuklear,
5 VETERINAR -
6 SENIBINA -
top related