frequently ask question (faq) program...

11
1 FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQ) PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN 2015 1. Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015? Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) merupakan penajaan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama di pelbagai bidang yang ditetapkan. Penajaan peringkat Diploma dinamakan Program Diploma Dalam Negara (PDDN) manakala pengajian Peringkat Ijazah Pertama dinamakan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN). 2. Siapakah calaon yang layak memohon? (i) Permohonan adalah dibuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Multimedia (MMU) yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di peringkat Ijazah Pertama. (ii) Permohonan juga dibuka kepada pelajar IPTA dan Politeknik yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di peringkat Diploma. 2. Apakah bidang yang ditaja di bawah Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015? Bidang pengajian yang ditaja adalah bidang-bidang dalam kluster Klinikal dan

Upload: vuongnhan

Post on 06-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQ) PROGRAM …docs.jpa.gov.my/docs/blatihan/2015/PIDN/FAQ_PIDN_2015.pdf · Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015? Program Ijazah Dalam Negara

1

FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQ)

PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN 2015

1. Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015?

Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) merupakan penajaan kepada pelajar yang

sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama di pelbagai

bidang yang ditetapkan. Penajaan peringkat Diploma dinamakan Program

Diploma Dalam Negara (PDDN) manakala pengajian Peringkat Ijazah Pertama

dinamakan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).

2. Siapakah calaon yang layak memohon?

(i) Permohonan adalah dibuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam

(IPTA), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi

Petronas (UTP) dan Universiti Multimedia (MMU) yang telah melengkapkan

sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau mempunyai baki

tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di peringkat Ijazah

Pertama.

(ii) Permohonan juga dibuka kepada pelajar IPTA dan Politeknik yang telah

melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian atau

mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun di

peringkat Diploma.

2. Apakah bidang yang ditaja di bawah Program Ijazah Dalam Negara Tahun

2015?

Bidang pengajian yang ditaja adalah bidang-bidang dalam kluster Klinikal dan

Page 2: FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQ) PROGRAM …docs.jpa.gov.my/docs/blatihan/2015/PIDN/FAQ_PIDN_2015.pdf · Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015? Program Ijazah Dalam Negara

2

Kesihatan, Kejuruteraan dan Teknikal, Sains Sosial dan Sains seperti di

Lampiran A.

3. Apakah syarat-syarat permohonan Program Ijazah Dalam Negara Tahun

2015?

Syarat-Syarat Permohonan PIDN

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Umur belum mencapai 25 tahun pada tarikh permohonan (26 tahun

bagi pelajar peralihan);

(iii) Mempunyai kesihatan yang baik;

(iv) Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ SPMV;

(v) Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)

3.30 dan setara dalam peperiksaan semester peringkat Ijazah Pertama;

dan

(vi) Telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian

atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1)

tahun.

Syarat-Syarat Permohonan PPDDN

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Umur belum mencapai 21 tahun pada tarikh permohonan (22 tahun

bagi pelajar peralihan);

(iii) Mempunyai kesihatan yang baik;

(iv) Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ SPMV;

Page 3: FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQ) PROGRAM …docs.jpa.gov.my/docs/blatihan/2015/PIDN/FAQ_PIDN_2015.pdf · Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015? Program Ijazah Dalam Negara

3

(v) Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)

3.30 dan setara dalam peperiksaan semester peringkat Diploma; dan

(vi) Telah melengkapkan sekurang-kurangya satu (1) semester pengajian

atau mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.

4. Bagaimana saya boleh memohon biasiswa JPA di bawah Program Ijazah

Dalam Negara Tahun 2015?

Permohonan boleh dibuat secara online di http://esilav2.jpa.gov.my mulai

18 sehingga 24 Mei 2015. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu

sebelum boleh memohon secara online. Pemohon hendaklah membaca dan

memahami kesemua panduan dan syarat- syarat yang ada disediakan di

http://esilav2.jpa.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

5. Di mana saya boleh melihat iklan Program Program Ijazah Dalam Negara

Tahun 2015?

Iklan boleh didapati di akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times,

Tamil Nesan, Nanyang Siang Pau, Borneo Post Sabah dan Borneo Post Sarawak

serta rerayap (Crawler) di Stesen Radio & Televisyen.

6. Apakah kriteria pemilihan penawaran Program Ijazah Dalam Negara Tahun

2015?

Kriteria pemilihan ialah pencapaian akademik dan pendapatan keluarga.

Page 4: FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQ) PROGRAM …docs.jpa.gov.my/docs/blatihan/2015/PIDN/FAQ_PIDN_2015.pdf · Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015? Program Ijazah Dalam Negara

4

7. Bagaimanakah JPA akan membuat pemakluman berhubung urusan

permohonan, keputusan dan penawaran Program Ijazah Dalam Negara

Tahun 2015?

Semua urusan berhubung Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015 iaitu

permohonan, keputusan dan cetakan surat tawaran serta dokumen-dokumen

yang berkaitan akan dibuat secara online di http://esilav2.jpa.gov.my.

Surat-surat/ slip-slip pengesahan yang berkenaan hendaklah dimuat turun dan

dicetak sendiri oleh calon.

Calon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di

http://esilav2.jpa.gov.my dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang

maklumat terkini berhubung Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015.

8. Apakah nombor yang boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan?

a) Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang

permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-

8885 3541, 03-8885 3453, 03-8885 3552. Talian-talian telefon ini dibuka

setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang mulai 18 Mei 2015

hingga 24 Mei 2015.

b) Pertanyaan mengenai program tajaan ini boleh dibuat dengan

menghubungi 03-8885 3049 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam

8.00 pagi hingga 5.00 petang atau melalui e-mel di alamat

[email protected].

Page 5: FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQ) PROGRAM …docs.jpa.gov.my/docs/blatihan/2015/PIDN/FAQ_PIDN_2015.pdf · Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015? Program Ijazah Dalam Negara

5

LAIN-LAIN SOALAN BERKAITAN

1. Saya sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan

farmasi bagaimanakah saya boleh memohon? Adakah saya akan ditawarkan

penajaan secara automatik?

Pelajar dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi yang telah mendapat

tempat di IPTA perlu memohon secara dalam talian (online). Tiada penajaan

secara automatik akan diberikan.

2. Saya mendapat biasiswa JPA, tetapi saya tidak mempunyai akaun Bank

Islam. Adakah saya perlu membuka akaun sendiri atau pihak JPA akan

membantu untuk membuka akaun bagi membolehkan saya mendapat

biasiswa JPA?

Pelajar yang mendapat biasiswa tajaan, pihak JPA akan mendapat nombor akaun

Bank Islam yang baharu. Pelajar tidak perlu membuka akaun Bank Islam sendiri.

3. Saya telah menerima tawaran biasiswa JPA, tetapi pada masa yang sama

telah mendapat pinjaman PTPTN, apakah yang perlu saya buat?

Jika pelajar memilih untuk menerima tawaran biasiswa JPA, pelajar perlu

menamatkan kemudahan pinjaman PTPTN. JPA tidak akan menaja pelajar yang

sedang ditaja oleh penaja-penaja lain.

4. Adakah pihak JPA membenarkan saya menukar universiti tanpa

membatalkan biasiswa saya?

Pihak JPA tidak membenarkan pelajar tajaannya membuat pertukaran universiti

tanpa mendapatkan kelulusan daripada pihak JPA terlebih dahulu.

Page 6: FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQ) PROGRAM …docs.jpa.gov.my/docs/blatihan/2015/PIDN/FAQ_PIDN_2015.pdf · Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015? Program Ijazah Dalam Negara

6

5. Bolehkah saya bertukar kursus atau bidang atau universiti selepas

mengikuti pengajian dan menerima biasiswa JPA?

Tiada sebarang pertukaran kursus dibenarkan melainkan atas sebab-sebab yang

kukuh dan munasabah. Sebarang permohonan pertukaran kursus hendaklah

diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa. Sekiranya mesyuarat

bersetuju meluluskan permohonan tersebut, maka penajaan ke atas pelajar akan

diteruskan untuk kursus yang baharu. Namun, jika sebaliknya, penajaan ke atas

pelajar mungkin akan ditamatkan.

Sekiranya pelajar tajaan ingin menukar kursus, sila kemukakan surat rasmi

kepada Jabatan ini dan memaklumkan sebab-sebab ingin bertukar kursus.

6. Bolehkah saya bertukar penaja sekiranya saya ditawarkan oleh penaja lain

setelah saya menerima biasiswa JPA?

Pelajar tajaan JPA tidak dibenarkan sama sekali menerima tajaan lebih daripada

satu penaja. Jika pelajar ingin menukar penaja lain, sila kemukakan surat rasmi ke

Jabatan ini.

7. Saya telah mendapat tajaan JPA semasa di peringkat Diploma dan ingin

menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Adakah saya perlu

memohon semula untuk mendapatkan biasiswa di peringkat Ijazah Sarjana

Muda?

Ya. Pelajar perlu memohon semula biasiswa JPA untuk peringkat Ijazah Sarjana

Muda walaupun telah mendapat biasiswa JPA semasa di peringkat Diploma.

Page 7: FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQ) PROGRAM …docs.jpa.gov.my/docs/blatihan/2015/PIDN/FAQ_PIDN_2015.pdf · Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015? Program Ijazah Dalam Negara

7

8. Apakah bidang yang tidak ditaja oleh JPA?

Bidang-bidang yang tidak ditaja oleh JPA adalah seperti berikut:

(i) Pendidikan;

(ii) Program yang mewajibkan pelajar mengambil lesen juruterbang;

(iii) Program Kejururawatan/Separa Perubatan yang dikendalikan oleh

Kementerian Kesihatan;

(iv) Kursus-kursus Profesional seperti ACCA/ CIMA/ AutoCAD/ Linux;

(v) Program berkembar dengan institusi luar negara;

(vi) Program Double Degree; dan

(vii) Lain-lain bidang yang tidak atau belum diiktiraf oleh Kerajaan.

9. Adakah pelajar dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan selepas tamat

tempoh pengajian?

Pelajar dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan untuk suatu tempoh yang

dipersetujui berdasarkan perjanjian. Keengganan pelajar untuk berkhidmat

dengan Kerajaan boleh dikenakan tuntutan ganti rugi mengikut jumlah yang

ditetapkan dalam perjanjian.

10. Saya merupakan pelajar tahun ke-3 bidang perubatan. Adakah tempoh

berkhidmat dengan Kerajaan masih kekal 10 tahun?

Ya. Tempoh berkhidmat adalah sama seperti pelajar yang ditaja dari tahun

pertama pengajian.

11. Saya adalah pelajar Tahun Kedua di peringkat Ijazah Pertama, layakkah saya

memohon dan bagaimanakah caranya?

Layak. Permohonan adalah secara atas talian (online) di laman sesawang

http://esilav2.jpa.gov.my. Pelajar perlu memilih peringkat pengajian yang

Page 8: FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQ) PROGRAM …docs.jpa.gov.my/docs/blatihan/2015/PIDN/FAQ_PIDN_2015.pdf · Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015? Program Ijazah Dalam Negara

8

sedang diikuti sekarang dalam borang permohonan dalam talian (online). Pelajar

hendaklah menyatakan CGPA yang diperoleh semasa semester kedua atau

semester ketiga bergantung kepada semester terkini pelajar.

12. Saya dijaga oleh keluarga angkat/ adik beradik semenjak dari kecil/

semenjak ibu bapa meninggal dunia. Bagaimana cara bagi mengisi borang

Butiran Ibu/Bapa/ Penjaga?

Di ruangan butiran Ibu/ Bapa/ Penjaga iaitu Nama Bapa, Keturunan Bapa,

Kewarganegaraan Bapa, Taraf Bapa, Pendapatan Bapa, Pekerjaan Bapa, No.

Cukai Pendapatan, No. Pencen sila isikan maklumat keluarga angkat/ adik

beradik. Bagi ruang Status Bapa, sila isikan status bapa kandung sama ada

Tiada Maklumat, Bercerai, Masih Hidup atau Meninggal Dunia. Bagi ruang

Hubungan Dengan Pemohon pula, sila isikan sama ada keluarga angkat, kakak

atau abang.

13. Bapa saya adalah seorang pesara Kerajaan? Apakah yang saya perlu isi di

ruang pendapatan bapa?

Bagi pesara Kerajaan, sila isikan jumlah pencen yang diterima bagi setiap bulan di

ruangan tersebut.

14. Bagaimana saya boleh mengetahui sama ada saya berjaya mendapat

tawaran JPA di bawah PIDN 2015? Adakah JPA akan mengeluarkan surat

tawaran?

Keputusan akan dikeluarkan pada 6 Julai 2015 di laman sesawang

http://esilav2.jpa.gov.my. Bagi calon yang berjaya, pihak JPA akan

mengeluarkan surat tawaran biasiswa serta buku perjanjian.

Page 9: FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQ) PROGRAM …docs.jpa.gov.my/docs/blatihan/2015/PIDN/FAQ_PIDN_2015.pdf · Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015? Program Ijazah Dalam Negara

9

15. Bagaimana sekiranya nama kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti

kepada saya tidak berada di dalam senarai borang permohonan online

PIDN?

Program pengajian yang ditaja oleh JPA adalah program yang telah mendapat

pengiktirafan MQA, badan profesional dan juga mendapat kelulusan Kementerian

Pendidikan Malaysia. Jika pelajar mendapati kursus yang ditawarkan tiada dalam

borang permohonan online, semakan pengiktirafan boleh di buat di Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Page 10: FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQ) PROGRAM …docs.jpa.gov.my/docs/blatihan/2015/PIDN/FAQ_PIDN_2015.pdf · Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015? Program Ijazah Dalam Negara

10

LAMPIRAN A

BIL. KLUSTER BIDANG CONTOH KURSUS

1

KEJURUTERAAN DAN

TEKNIKAL

Kejuruteraan & Pembuatan, Mekanikal,

Elektrikal, Elektronik, Kimia, Aeronautikal,

Automotif, Senibina, Ukur Bahan, Ukur

Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah,

Sustainable Energy, Renewable Energy

Software Design, Robotik, Teknologi Hijau.

2

SAINS SOSIAL

Perakaunan, Undang-undang, Ekonomi,

Perhubungan Antarabangsa, Ekonomi

Antarabangsa, Sains Politik, Psikologi,

Sosiologi, Komunikasi, Geografi, Kulinari,

Fashion & Design, Perniagaan, Pemasaran,

Kewangan, Perbankan, Perdagangan,

Pengurusan Hartanah, Pengurusan Sumber

Manusia, Pelancongan, Sejarah, Falsafah,

Teori Politik, Antropologi, Linguistik, Muzik,

Pengajian Islam, Syariah, Usuluddin

3

KLINIKAL DAN KESIHATAN

Perubatan, Pergigian, Farmasi, Dietetik,

Bioteknologi perubatan, Sains Forensik,

Fisioterapi, Sains Pemakanan, Pertuturan,

Pemulihan Cara Kerja, Audiologi, Optometri,

Pengimejan, Radioterapi Persekitaran, Sains

Perubatan Kecemasan.

Page 11: FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQ) PROGRAM …docs.jpa.gov.my/docs/blatihan/2015/PIDN/FAQ_PIDN_2015.pdf · Apakah itu Program Ijazah Dalam Negara Tahun 2015? Program Ijazah Dalam Negara

11

BIL. KLUSTER BIDANG CONTOH KURSUS

4

SAINS

Fizik, Kimia, Matematik, Statistik, Sains

Komputer, Sains Aktuari, Kejuruteraan

Sistem Komputer Berkaitan Pertanian,

Agronomi, Biologi, Bioteknologi, Mikro

Biologi, Zoologi, Sains Tani, Marin,

Perhutanan, Astronomi, Biokimia, Bio

Geosains, Sains Biologi, Genetik, Perikanan,

Geologi, Sains Persekitaran, Nanosains,

Neurobiologi, Sains Nuklear,

5 VETERINAR -

6 SENIBINA -