formula tajwid
Post on 12-Jun-2015
20.544 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Kepada pelajar – pelajar yang ku sayangi dan kasihi, disini ustaz bekalkan “Formula Tajwid” untuk kalian sebagai persediaan untuk menghadapi SPM tidak lama lagi..Baca satu persatu agar mudah difahami..dan gunakanlah waktu cuti sepenuhnya untuk study..
Jaga Kesihatan baik2 & Selamat berpuasa
Ustaz Mohd Muzaidi Mustani
Pendahuluan
FORMULA MUDAHTAJWID
UNTUK SPM
Bahagian hukum tajwid untuk peperiksaan SPM adalah pada soalan
kertas 2. Markah yang diperuntukkan bagi soalan tajwid adalah 10 markah.
Ia melibatkan 19 jenis hukum. Soalan seterusnya berbentuk nyatakan hukum
dan cara bacaan. Pelajar yang menguasai bahagian tajwid boleh
membantunya untuk mendapat cemerlang dalam SPM.
Matlamat :
Nota ini bertujuan membantu pelajar mampu menjawab dengan baik,
khususnya dalam bahagian tajwid.
Objektif :
1. Pelajar-pelajar mengenal pasti jenis-jenis hukum tajwid yang disoal
dalam SPM.
2. Pelajar-pelajar dapat mengingati formula mudah tajwid.
3. Pelajar-pelajar dapat menerangkan cara bacaan setiap hukum tajwid.
4. Pelajar-pelajar dapat mengenal simbol bacaan dalam al-Quran.
5. Membolehkan pelajar-pelajar mendapat markah penuh bahagian
tajwid iaitu 10 markah.
Simbol Bacaan Dalam Al-Quran
2
Simbol Maksud
م Wajib diwakafkan
ت Wakaf yang sempurna (tam)
أت Wakaf yang paling sempurna
ح Wakaf yang baik
أح Wakaf yang lebih baik
ج Wakaf yang diharuskan
ص Lebih baik sambung bacaan
صلى Bacaan hendaklah disambungkan
ال Tidak boleh wakaf
قلى Diutamakan wakaf
س Tanda saktah
� Baris mati
Huruf mati
Bacaan panjang (4,5,6 harakat)
3
Huruf-huruf al-Quran yang terlibat secara langsung dengan
tajwid ( 30 Huruf)
4
حجثتبا
زرزذدخ
ظطضصشس
لكقفغع
ء الھونم
ى
Formula 1 : Hukum nun mati (ن) dan tanwin ( )
Pada hukum nun mati (ن ) dan tanwin ( ), ia mengeluarkan 4 jenis
hukum iaitu :
1. Izhar Halqi
2. Ikhfa’ Hakiki
3. Iqlab
4. Idgham
1. Izhar Halqi
- Ia terdiri daripada 6 huruf iaitu غ ع خ ح ھأ . Izhar Halqi ialah
apabila nun mati (ن ) atau tanwin tanwin ( ) bertemu dengan salah satu
huruf Izhar. Hukum Izhar Halqi hendaklah dibaca dengan JELAS / dibaca
TANPA DENGUNG.
Contoh :
I. Pada nun mati (ن ) :
i. وننهي
ii. غ م م / ن ه ير ون
II. Pada tanwin ( )
i. يوا / ع ناوه سمي / غ دلى رسو / ع عير مين ا لليم
5
2. Ikhfa’ Hakiki
- Terdiri daripada 15 huruf iaitu ط ض ص ش س ز ذ د ج ث ت
ك ق ف .ظ
- Huruf Ikhfa’ Hakiki ialah apabila nun mati (ن) atau tanwin ( )
bertemu dengan salah satu huruf-huruf ikhfa’. Ikhfa’ Hakiki dibaca
dengan DENGUNG.
Contoh :
I. Pada nun mati(ن) :
i. م / د نع م / ت نى بلهم ق نحتهم
II. Pada tanwin ( )
ii. حسا / ف ةكمشكو ذ نيها عل / ا تطعهما ف ملك ال
3. Iqlab
- Huruf Iqlab hanya “ " بsahaja.
- Hukum Iqlab ialah apabila nun mati (ن ) atau tanwin ( ) bertemu
dengan “ " ب.
- hukum Iqlab dibaca dengan DENGUNG.
6
Contoh :
I. Pada nun mati(ن ) :
i. عدهم ب نم
II. Pada tanwin ( )
ii. صير ب عسمي
4. Idgham
- Idgham terbahagi kepada 2 iaitu Idgham Maal Ghunnah dan Idgham
Bila Ghunnah.
- Idgham Maal Ghunnah dan hurufnya terdiri daripada ى و ن .م
- Idgham Bila Ghunnah dan hurufnya ialah ر &ل
- Hukum Idgham Maal Ghunnah apabila nun mati (ن ) atau tanwin ( )
bertemu dengan salah satu daripada hurufnya. Idgham Maal Ghunnah
dibaca dengan DENGUNG.
Contoh :
I. Pada nun mati (ن ) :
i. عمل ي نم
ii. همٮرا و نم
7
II. Pada tanwin ( )
i. غفرلكم ن ةحط
ii. كنا و القلي
- Idgham Bila Ghunnah apabila nun mati(ن ) atau tanwin ( ) bertemu
dengan ل atau ر , dan dibaca TANPA DENGUNG.
Contoh :
I. Pada nun mati (ن ) :
i. ربهم من
II. Pada tanwin ( )
i. رحيم عفور
Hukum Mim Mati ( م � )
Pada hukum mim mati (م) akan menjadikan :
i. Izhar Syafawi
ii. Ikhfa’ Syafawi
iii. Idgham Mislain
1. Izhar Syafawi ialah apabila mim mati bertemu dengan huruf-huruf (م)
berikut :
8
ل ك ف غ ع ظ ط ض ص ش س ز ر ذ د خ ح ج ث ت ا
ى ھن
Contoh :
i. حلة ر ماءلفه
ii. ينكم د ملك
iii. يه ف ميبعثك
- Hukum bacaan Izhar Syafawi ialah JELAS/ NYATA atau TANPA
DENGUNG.
2. Ikhfa’ Syafawi apabila mim mati bertemu (م) dengan ,sahaja "ب"
bacaannya HAMPIR DENGUNG (samar).
Contoh :
i. ه مؤمنين ب موما
3. Idgham Mislain apabila mim mati bertemu dengan mim (م) .juga (م)
Bacaannya WAJIB DENGUNG.
Contoh :
i. كنتم ما مولك
9
Bahagian Mad untuk SPM
Hukum Mad Cara Bacaan
Mad Wajib Mutassil Pangjang 5 harakat
Mad Jaiz Munfasil Panjang 2,4,5 harakat
Mad Arid Lissukun Panjang 2,4,6 harakat
Mad Lin Panjang 2,4,6 harakat
Mad Silah Tawilah Panjang 2,4,6, harakat
Mad Silah Qasirah Panjang 2 harakat
Mas Asli Panjang 2 harakat
FORMULA :
1. Mad Wajib Mutassil ialah pertemuan antara huruf mad dengan huruf
hamzah berbaris dan berada dalam satu kalimah.
Contoh :
i. الله جآء اذا نصر
2. Mad Jaiz Munfasil ialah pertemuan antara huruf mad dengan hamzah
berbaris tetapi pada 2 kalimah
10
Contoh :
i. أ ق نفسكموأ
ii. أ ف حسني
iii. أ ي الذين آ يها
3. Mad Arid Lissukun ialah kalimah yang ada huruf yang dimatikan kerana
wakaf.
Contoh :
i. العال رب لله مينالحمد
ii. تظلم ال ونوانتم
iii. تتفكر ونافال
4. Mad Lin ialah kalimah yang huruf " و" / "ى " berbaris mati (sukun) yang
didahului baris atas, dan dibaca lembut dengan kadar 2 harakat .Tetapi
dibaca panjang 2,4,6 harakat apabila wakaf.
Contoh :
i. خ فومن
ii. ليهع
11
5. Mad Silah Qasirah ialah apabila (ھ) dhamir dan huruf sebelumnya
BERBARIS, dan huruf selepasnya bukan hamzah atau alif. Mad Silah
Qasirah dibaca panjang 2 harakat.
Contoh :
i. عبادته
ii. ض صدر يقاه
6. Mad Silah Tawilah ialah apabila selepas (ھ) dhamir adalah kalimah yang
bermula dengan huruf hamzah, dan kadar bacaannya 4 atau 5 harakat.
Contoh :
i. أحد غيبه
ii. وأحد غذابه
6 Mad Asli ialah apabila huruf alif (ا)didahului dengan berbaris di atas, atau
huruf wau didahului(و) dengan berbaris depan, atau ya didahului(ى)
dengan berbaris bawah, dan kadar bacaannya ialah 2 harakat.
Contoh :
i. ( ا ( تعبدون ما
ii. ( و ( عيدون
iii. ( ى ( دينكم
Qalqalah
12
- Huruf-huruf Qalqalah terdiri daripada 5 huruf iaitu قطب ( د ج ب ط ق
جد)
-Qalqalah terbahagi kepada kepada qalqalah sugra dan qalqalah kubra.
- Qalqalah Sugra ialah mana-mana huruf qalqalah berada di tengah-tengah
kalimah dan berbaris atau bertanda mati
Contoh :
i. هم ل قب من
ii. ايديهم ط قف عوا
iii. عون ط يق
- Qalqalah kubra ialah mana-mana huruf qalqalah berada di hujung kalimah
dan dimatikan baris kerana wakaf.
Contoh :
i. ابالطل
ii. اقالطل
iii. يو يلدلم لدولم
iv. أ هو حدقل
Alif Lam
-Hukum alif lam terbahagi kepada Alif Lam Qamariah dan Alif Lam
Syamsiah.
-Alif Lam Qamariah dibaca Izhar (jelas) alif lamnya.
-Alif Lam Syamsiah dibaca Idgham (dengung) alif lam dalam huruf
berikutnya.
13
-Huruf alif lam Qamariah ialah و م ك ق ف غ ع خ ح ج ب ء ھا
Alif lam Qamariah ialah mana-mana huruf selepas lam . ى berbaris (ل)
tetapi tiada tanda tasydid.
Contoh :
i. ارعة��الق
ii. اقعة�الو
iii. ابا�الب
iv. االنسن
- Huruf alif lam Syamsiah ialah ط ض ص ش س ز ر ذ د ث ت
ن ل ظ
- Alif Lam Syamsiah ialah mana-man huruf selepas lam berbaris dan
bertanda tasydid.
Contoh :
i. مشالش
ii. اجرالت
iii. للهالض
14
Harapan
Saya menyediakan nota ini bertujuan membantu para pelajar yang
mahu menguasai bahagian hukum tajwid. Berdasarkan pemerhatian saya,
pelajar sukar memahami dan menguasai formula hukum tajwid. Dengan nota
ini saya benar-benar mengharapkan pelajar mampu menguasai bahagian
hukum tajwid yang berfokuskan soalan-soalan SPM. Pelajar-pelajar perlu
mengingati formula dan kaedahnya, tetapi bukan menghafal kalimah bagi
sesuatu hukum dan cara bacaan.
Di samping menguasai hukum tajwid berfokuskan soalan-soalan
SPM, orang-orang Islam disarankan supaya mampu membaca al-Quran
dengan tajwid yang betul. Adalah dianggap salah sekiranya tidak mengambil
kira kesilapan pada tajwid. “Belajar Kerana Allah”
Selamat Maju Jaya
Sekian…
15
Maklumat Tambahan .
Adab Membaca al-Quran
I. Semasa membaca, hendaklah menghadap kiblat
II. Memulakan dengan lafaz الرجيم الشيطان من بالله اعوذ
III. Wajib dibaca dengan الرحيم الرحمن الله pada بسم setiap kali
permulaan surah kecuali surah al-Baqarah.
IV. Membaca al-Quran secara tartil
V. Menutup aurat termasuk kepala
VI. Menutup semula al-Quran selepas selesai membaca
VII. Al-Quran diletak di tempat tinggi
VIII. Bersih daripada hadas dan berwuduk
IX. Berdoa selepas tamat membaca al-Quran
16
17
top related