format penyediaan kertas kerja penubuhan prasekolah
Post on 16-Apr-2015
671 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
DISEDIAKAN OLEH :SITI RAIHANA BT ZAINALKHATIJAH BT ABDULLAH.
ASPEK-ASPEK PENULISAN KERTAS KERJA PENUBUHAN PRASEKOLAH
1.0 Latar Belakang/ Pengenalan2.0 Rasional3.0 Nama,misi dan Visi Prasekolah4.0 Objektif Penubuhan5.0 Lokasi Tapak dan Bangunan6.0 Pelan lantai Bahagian Dalam dan Luar
Prasekolah7.0 Kurikulum dan Program Pembelajaran8.0 Aspek Pemakanan 9.0 Aspek Kebersihan dan Keselamatan10.0 Aspek Kesihatan11.0 Kos Penubuhan12.0 Staf13.0 Penutup
1.0 Latar Belakang/ Pengenalan
Pengenalan melibatkan serba sedikit apa itu pendidikan di
peringkat Prasekolah.
Pengenalan juga menekankan kepentingan pendidikan awal
kepada kanak-kanak.
Motto Prasekolah juga dinyatakan iaitu “Ke arah Pembentukan
Peribadi Muslim” dan bertemakan “Fun In Learning”.
Turut diterangkan ialah Dasar Prasekolah Kebangsaan yang
menyatakan bahawa “kerajaan menyediakan pendidikan
prasekolah kepada kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun selaras
dengan peruntukan “Akta Pendidikan 1996” : Seksyen 2
menyatakan “Pendidikan Prasekolah” ertinya program pendidikan
murid-murid yang berumur 4-6 tahun.
2.0 Rasional
• Titik tolak mengapa perlunya prasekolah ini ditubuhkan.
• Rasional juga merupakan sesuatu yang difikirkan dimana pada akhirnya nanti semuanya akan beroleh manfaat.
• Antaranya ialah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat terhadap kehendak pendidikan awal kanak-kanak serta mampu melahirkan kanak-kanak yang mempunyai jati diri serta berketrampilan.
3.0 Nama, Misi dan Visi Prasekolah
• Nama dipilih sebagai menandakan bagaimanakah
sesebuah prasekolah itu akan menjalankan operasinya.
• Sebagai contoh, Cadangan nama prasekolah yang
dipilih ialah Prasekolah Deena. Nama Deena dipilih
adalah disebabkan maknanya iaitu agama dalam
bahasa Arab dan hampir dengan sebutan ‘dinar’ yang
membawa maksud wang. Ini bertepatan dengan konsep
keusahawanan Islamik prasekolah yang ingin dibina.
• Misi dan visi pula merupakan matlamat yang ingin
dicapai sepanjang proses pendidikan di prasekolah
tersebut.
4.0 Objektif Penubuhan
• Objektif merupakan tujuan atau pun matlamat utama
mengapa sesebuah prasekolah itu ditubuhkan.
• Antaranya ialah membentuk perkembangan mental
dan intelektual kanak-kanak serta membantu
perkembangan sosial dan perhubungan serta
melahirkan kanak-kanak yang berdikari, kreatif dan
inovatif dan mendidik kanak-kanak menyedari tentang
kepentingan penampilan dan keyakinan diri.
5.0. Lokasi Tapak dan Bangunan
• Lokasi Tapak dan Bangunan merupakan cadangan di
mana tempat sesebuah prasekolah itu akan didirikan.
• Pelan lantai yang dicadangkan terdiri daripada 2 iaitu
bahagian dalam dan luar.
• Pelan merangkumi keluasan kawasan, sekiranya
disewa berapakah jumlahnya, bilik-bilik yang
terdapat dalam premis tersebut, serta sudut-sudut
pembelajaran.
7.0 Kurikulum dan Program Pembelajaran
• Kurikulum sebagai satu pelan atau program untuk
segala pengalaman pembelajaran di bawah
bimbingan sekolah.
• Terdiri daripada Kurikulum Utama (KSPK),
Kurikulum Tambahan (Cth : Ilmu Fardhu
Ain,Iqra’,Muqaddam), Jadual Pembelajaran, Buku-
Buku Khas yang digunakan, serta Program
Tambahan seperti Sambutan Hari Kebangsaan.
8.0 Aspek Pemakanan
Nyatakan prinsip-prinsip penyediaan makanan (menunjukkan kualiti pemakanan kanak-kanak)
Bagaimana bentuk penyediaan makanan. Dimasak? Ditempah?
Menyertakan menu makanan harian dalam seminggu
Menyatakan jika ada keistimewaan dalam menu makanan yang disediakan
9.0 Aspek Kebersihan dan Keselamatan
Menyatakan langkah-langkah menjaga kebersihan kawasan prasekolah
Langkah-langkah kebersihan: Panduan cuci tangan, menggosok gigi dll
Langkah-langkah keselamatan: Kawasan persekitaran tiada benda tajam/ licin, plug elektrik, fibre di kawasan permainan, pengawasan dari kawasan jalan raya dll.
10.0 Aspek Kesihatan Mendapatkan surat sokongan 3 agensi
Jabatan Bomba dan PenyelamatPihak berkuasa TempatanPejabat Kesihatan Daerah
Masalah kesihatan yang dikenalpastiKudis butaObesitiRabun warnaJangkitan cacing
Kanak-kanak menerima perkhidmatan pencegahan
penyakit, saringan kesihatan, rawatan ringan dan
rujukan ke klinik atau hospital. Tujuannya adalah :
Mengekalkan tahap kesihatan murid secara optima melalui
pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.
Mengesan masalah-masalah kesihatan murid yang boleh
menghalang pencapaian akademik dan menlakukan
pencegahan pada peringkat awal untuk menjalankan
intervensi dan penempatan murid dalam pendidikan khas.
Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi bagi
membentuk sekolah sebagai satu tempat yang selamat
dan sihat bagi membolehkan pembelajaran berjalan
dengan berkesan.
11.0 Kos Penubuhan
Kos bangunanKos penyediaan sudut-sudut pembelajaran
(alat bantu mengajar)Kos taman permainan/ kawasan kanak-kanak
memperoleh pengalaman.
12.0 Staf
Menyatakan berapa orang staf
Menyediakan carta organisasi staf
Kelulusan pendidikan staf
Program pembangunan profesionalisme staf
(kursus dll)
13.0 Penutup
Menyatakan harapan kertas kerja diangkat
bagi kelulusan
Menyatakan harapan sokongan daripada
pihak yang dipohon
Menyediakan aspek kepentingan pendidikan
awal kanak-kanak kepada negara.
top related