folio kerja kayu
Post on 03-Jan-2016
982 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PENGHARGAAN
Alhamdulillah…syukur ke hadrat Ilahi dengan rahmatnya dapat saya menyiapkan folio
asas ketukangan kerja kayu ini dengan jayanya dan megikut tarikh yang telah ditetapkan. Saya
ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak yang telah membantu saya
dalam menyiapkan folio ini. Terutama sekali Dr Asnul Dahar Minghat selaku pensyarah yang
telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami dalam menyiapkan folio ini.
Terima kasih juga buat ibu bapa yang banyak memberi sokongan kepada saya dalam menjalani
kehidupan sebagai seorang pelajar universiti.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak
memberi input-input yang bermanfaat dalam saya menyiapkan folio kerja kayu ini. Idea-idea
yangdisumbangkan olleh mereka banyak membantu saya dalam menghasilkan folio ini.
Sekian, terima kasih.
1 | P a g e
1.ORGANISASI
DAN
PENGURUSAN BENGKEL
2 | P a g e
1.1 ORGANISASI BENGKEL
Secara umumnya, organisasi adalah bermaksud ‘kesatuan atau gabunganmerangkumi
manusia, alatan, kemudahan-kemudahan dan bahan-bahan yang semuanyadiselaraskan dan
disusun secara sistematik untuk mencapai matlamta tertentu.’Organisasi bengkel dan
keselamatan merupakan system pengurusan yang memerlukankerjasama diantara guru dan
pelajar. Sistem ini dapat menjamin keadaan bengkel yangteratur dan selamat semasa
bekerja.Organisasi makmal dan keselamatan adalah aspek yang penting dalampengurusan
bengkel. Dengan adanya struktur organisasi yang lebih baik danbersistematik, pengurusan
bengkel adalah menjadi lebih mudah dan berkesan. Aspek ini penting diamalkan kerana:
a) Memastikan setiap tugasan yang di jalankan didalam bengkel berjalan denganlancar dan
sempurna.
b) Memastikan tugasan bengkel sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih.
c) Memastikan semuakan tugasan makmal dapat dijalankan dengan teratur dan sistematik
mengikut jadual yang telah di tetapkan.
d) Memastikan alat dan kelengkapan berada dalam keadaan teratur, baik dan tidak rosak.
e) Mengelakkan daripada berlaku kemalangan semasa berada didalam bengkel danketika
menggunakan alatan yang terdapat dalam bengkel.
3 | P a g e
1.2 PENGURUSAN BENGKEL
Pengurusan pula adalah satu aktiviti perancangan dn pergerakan atau panduan oleh
sesebuah organisasi atau institusi berhubung dengan segala kaedah, peraturan, tanggungjawab,
dan tugas individu. Ia juga sebagai satu proses social menetukantanggumgjawab untuk
kecekapan atau kekesanan perancangan dan pengendalian sesuatu tugas yang
dilaksanakan.Tujuan pengurusan bengkel yang berkesan adalah:
a)Merancang meningkatkan pengurusan bengkel yang sistematik, efisyen danproduktif
berteraskan konsep tanpa cacat.
b) Mewujudkan keselamatan bengkel, alatan dan bahan.
c) Mengelakkan pembaziran bahan dan menjimatkan masa kerja.
d) Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bengkelyang kondusif
lagi selamat.
e) Menghasilkan produk yang lebih bermutu, menjimatkan bahan dan masa yang diperlukan
untuk melaksanakan kerja amali seperti yang dirancang.
f) Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar.
g) Mencegah daripada berlakunya kemalangan ketika melakukan kerja amali.
4 | P a g e
1.3 PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL
PENGENALAN
Sebelum kita memasuki bengkel atau makmal maka perlulah kita mengetahui tentang
keselamatan di dalam bengkel atau makmal tersebut. Pada peringkat awal, pensyarah akan
menerangkan peraturan keselamatan kepada pelajar-pelajar.
Peraturan keselamatan dalam bengkel haruslah dipelajari dari semasa-kesemasa. Sewaktu
kita bekerja maka perlukan kita berwaspada bagi menggelakkan satu kejadian yang tidak diingini
berlaku.
Punca-punca keselamatan yang berkaitan dengan alat-alat perlulah dikenalpastidan tabiat
kerja yang baik serta selamat perlulah diamalkan selalu. Demikian juga bagi membolehkan
semua kerja-kerja atau peralatan berkeadaan baik.
Setiap kerja yang dilakukan di dalam bengkel mesti dilaksanakan
denganmempertimbangkan keselamatan diri sendiri dan juga orang lain yang berada
dipersekitaran kita.
PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL
Terdapat tiga bahagian yang penting dalam aspek keselamatan di bengkel. Antaranya ialah:
a) Keselamatan bengkel
b) Keselamatan alatan
c) Keselamatan diri
Peraturan Am Bengkel
a) Bengkel hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan teratur.
b) Tempat khas disediakan untuk menyimpan alatan.
c) Hendaklahmemastikan semua alat kawalan dan perlindungan elektrik bengkel berfungsi
dengan baik.
d) Laporkan kepada guru sekiranya terdapat satukeadaan bahaya.
e) Pastikan semua suis ditutup ketika meninggalkan bengkel.
f) Tidak bermain di bengkel.
g) Tidak menumpahkan minyak di atas lantai.
h) Memastikan bengkel dibekalkan dengan alat pemadam api.
5 | P a g e
i) Memastikan bengkel sentiasa cerah dan mempunyai pengudaraaan yang baik.
j) Memastikan bengkel dibekalkan dengan peti pertolongan cemas.
k) Sentiasa peka dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
l) Sentiasa bersikap bertimbang rasa dan sentiasa membantu rakan sekerja atau sekelas.
m) Menyediakan peralatan yang berkaitan sahaja dengan kerja amali yang dilakukan.
n) Hendaklah melaporkan dengan segera kepada guru jika terdapat alatan dan mesin yang
digunanakan rosak dan merbahaya kepada orang lain jika digunakan.
o) Kesemua jenis alat yang tajam hendaklah dibawa dengan matanya sentiasa menghala
kearah bawah.
p) Membawa barang yang merbahaya atau yang panjang melalui laluan yang luar supaya
tidak merbahaya kepada diri sendiri, orang lain dan objek itu sendiri.
Peraturan Keselamatan Alatan
a) Pastikan alatan dalam keadaan selamat sewaktu digunakan.
b) Gunakan alatan yang sesuai dengan kerja yang dilakukan.
c) Bersihkan alatan yang telah digunakan.
d) Laporkan kepada guru sekiranya alatan yang digunakan itu rosak, hilang dan merbahaya
untuk digunakan.
e) Menyimpan semua kayu yang tidak digunakan untuk projek dalam setor selepas habis
kerja.
f) Menyimpan barang-barang yang mudah terbakar di tempat yang selamat.
Peraturan Keselamatan Diri
a) Hendakalah sentiasa mematuhi peraturan bengkel.
b) Hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan asas pertolongan cemas.
c) Laporkan kepada guru serta-merta sekiranya berlaku kemalangan.
d) Pemakaian seperti jaket, tali leher, barang-barang kemas perlu dielakkan semasa
melakukan kerja-kerja bengkel.
e) Seseorang yang berambut panjang perlu mengikat rambutnya.
f) Baju berlengan panjang perlu digulung hingga ke siku.
g) Gunakan kasut yang sesuai.
6 | P a g e
h) Beri perhatian kepada kerja dan alatan yang digunakan.
i) Jangan melakukan kerja-kerja bengkel dalam keadaan yang penat, mengantuk atau
kurang sihat.
j) Gunakan cermin mata keselamatan dan alat pelindung muka untuk melindungi mata.
k) Gunakan alat perlindungan telinga ketika menggukan mesin-mesin elektrik.
l) Gunakan alat penapis habuk ketika berada dalam bengkel kayu.
m) Menutup suis setiap kali hendak melakukan penyesuaian.
n) Mendapatkan kebenaran daripada guru sebelum menggunakan mesin.
JENIS-JENIS KEMALANGAN DI DALAM BENGKEL
Terdapat pelbagai jenis kemalangan yang boleh berlaku di dalam bengkel. Berikutadalah
contoh-contoh yang boleh menjadi punca kepada kemalangan semasa berada didalam
bengkel:
a) Tabiat cuai dan tidak mengambil berat tentang peraturan keselamatan.
b) Pakaian yang dipakai tidak sesuai dengan keadaan kerja di bengkel.
c) Amalan kerja yang tidak betul adalah mengundang faktor kemalangan.
d) Pergerakan yang tidak sepatutnya dilakukan ketika berada dibengkel. Contohnya
bergurau-senda dengan rakan-rakan, berlari-lari dan bermain-main.
Kebakaran
Api merupakan bahaya paling serius yang sering dihadapi di bengkel kayu.Walaupun
prosedur dan latihan yang rapi dapat meminimumkan kemungkinan berlakunya kebakaran,
setiap bengkel masih perlu bersedia untuk menghadapi kejadian kecemasan kebakaran jika
ianya berlaku.
Kelas kebakaran
a) Kelas A
• Bahan mudah terbakar atau bahan berserabut seperti kayu, kertas, kain, getah dan plastik.
b) Kelas B
7 | P a g e
• Cecair mudah nyala dan mudah terbakar seperti minyak petrol, minyak tanah, pelarut cat
dan pelarut organik biasa yang digunakan di dalam makmal.
c) Kelas C
• Peralatan elektrik seperti perkakasan elektrik, Suis, kotak panel, hot plates dan lain-lain.
•Air ialah bahan pemadam api yang amat bahaya untuk kebakaran kelas C kerana
mempunyai risiko kejutan elektrik.
d) Kelas D
• Bahan logam tertentu mudah terbakar seperti magnesium, titanium, kalium dannatrium
termasuk reagen organologam seperti alkyllitiums, Grignards dan diethylzinc. Bahan-bahan
ini terbakar pada suhu yang tinggi dan memberikanoksigen yang secukupnya untuk
membantu pembakaran
Pencegahan kebakaran
a) Rancang kerja
• Majoriti kebakaran makmal berpunca dari kesilapan prosedur ataukelalaian
b) Beri perhatian kepada penjagaan kebersihan
• Jaga ruang kerja supaya tidak berselerak dan bersihkan selalu
• Kosongkan bakul sampah di dalam bengkel pada penghujung hari
c) Beri perhatian kepada amalan keselamatan yang betul
• Perhatian kepada penggunaan alat
• Pakai pakaian bersesuaian dan alat perlindungan diri
• Elakkan bekerja bersendirian
• Adakan pelan kecemasan bertulis
• Adakan latihan kecemasan dan belajar menggunakan peralatankecemasan yang disediakan
d) Tahu apa hendak dilakukan apabila berlaku kecemasan
• Tahu di mana barang-barang seperti alat pemadam api terdekat, kotak penggera kebakaran,
pintu keluar, telefon, shower/eyewash, petipertolongan cemas dan lain-lain.
8 | P a g e
1.4 PERALATAN KESELAMATAN BENGKEL
PENGENALAN
Di dalam susunan keutamaan mengenai langkah-langkah kawalan yang diambiluntuk
keselamatan dan kesihatan di bengkel, kegunaan peralatan keselamatan untuk mencapai
matlamat ini, berada di tahap yang paling rendah berbanding dengan langkah-langkah kawalan
yang lain seperti penghapusan penggunaan bahan-bahan berbahayamelalui proses-proses baru;
penggantian bahan-bahan berbahaya dengan bahan-bahanyang kurang berbahaya melalui
pengubahsuaian proses; pengurangan kegunaan bahan-bahan berbahaya dan akhir sekali kawalan
kejuruteraan seperti peredaran udara,pengasingan proses dan lain-lain bagi mengurangkan
pendedahan.
Peralatan Keselamatan Diri
Cermin Mata Keselamatan •Cermin mata keselamatan memberikan
perlindungan minimum daripada bahaya yang
tidak dijangka berbanding dengan goggles
atau pelindung muka yang memberikan
perlindungan yang lebih kepada mata dan
muka ketika menjalankan kerja-kerja
berbahaya.
Pelindung Muka Pelindung muka boleh memberikan
perlindungan yanglebih kepada mata dan muka
dan hendaklah digunakan pada bila-bila masa
sebagai tambahan kepada cermin mata
keselamatan dan goggles.
9 | P a g e
Sarung Tangan •Terdapat berbagai jenis sarung tangan
perlindungan.Sarung tangan hendaklah selalu
dibasuh dan dibersihkan untuk kerja-kerja
bahaya.
•Buka sarung tangan yang dicemari sebelum
memegang pintu almari, paip air, peralatan,
botol, suis dan alat kawal elektrik yang
mungkin akan dipegang oleh pekerja lain.
•Jangan berkongsi sarung tangan.
•Sarung tangan yang telah dicemari hendaklah
dibuang selepas diguna dan diganti
dengan yang baru.
Selimut Kebakaran •Selimut kebakaran digunakan untuk
memadam api kecilatau kebakaran pada
pakaian.
•Ia diletakkan di tempat-tempat strategik dan
mudah diambil untuk digunakan.
Kasut •Kasut yang sesuai hendaklah dipakai.
•Kasut yang terbuka di bahagian hadapan yang
menampakkan jari kaki, sandal, selipar dan
kasut kanvas tidak boleh memberikan
perlindungan sepenuhnya kepada kaki
Pelindung telinga •Memberi perlindungan kepada deria
pendengaran daripada bunyi yang boleh
merosakkan telinga.
•Kelengkapan ini juga memberi pelindungan
10 | P a g e
pada bahagian kepala
Peralatan Keselamatan Bengkel
Peti pertolongan cemas.
Di mana-mana tempat kerja, perkara paling asas apabila memperkatakan tentang isu keselamatan
ialah sebuah peti pertolongan cemas yang lengkap. Peti ini seharusnyalengkap dan diletakkan di
tempat yang strategik supaya senang diambil oleh sesiapayang memerlukannya. Seseorang perlu
ditugaskan untuk menjaganya dan menambah barang yang telah habis digunakan.
Antara kandungan yang seharusnya terdapat di dalam kotak pertolongan cemasialah:
a) Akriflavin ( ubat kuning )
b) Ubat pembasmi kuman ( antiseptik )
c) Kapas
d) Pembalut luka
e) Forsep
f) Gunting
g) Plaster luka
h) Pin keselamatan
11 | P a g e
Alat Pemadam Api
Terdapat dua jenis alat pemadam api yang sering digunakan di dalam bengkel kayu iaitu
alat pemadam api bahan kimia kering tertekan (Jenis BC atau ABC) dankarbon dioksida.
Sebagai tambahan, bengkel juga perlu mempunyai alat pemadam api serbuk kering kelas
D untuk digunakan bagi kebakaran logam mudah menyala.
Satu baldi berisi pasir kering boleh digunakan, tetapi bengkel perlu ada unit kelas D jika
terlibat dengan logam-logam mudah menyala). Alat-alat pemadam api berasaskan air adalah
tidak dibenarkan untuk digunakan di dalam bengkel.
Alat Pemadam Api Bahan Kimia Kering Alat Pemadam Api CO2
Berikut adalah kegunaan biasa alat-alat pemadam api:
Alat Pemadam Api Air
Alat pemadam api air sesuai digunakan untuk kebakaran kelas A (kertas dansebagainya),
tetapi tidak untuk kebakaran kelas B, C dan D sepertikebakaran cecair, elektrik
atau bahan kimia reaktif. Dalam kes-kes ini, apiakan merebak atau bahaya akan
bertambah.
Alat pemadam api bahan kimia kering
Alat pemadam api bahan kimia kering sesuai untuk kebakaran kelas ABCdan adalah yang
terbaik. Ia mempunyai kebaikan berbanding alat pemadamapi karbon dioksida kerana ia
meninggalkan lapisan bahan tidak terbakar diatas bahan yang dipadamkan yang mana
boleh mengurangkan kemungkinanmenyala semula.
Terdapat dua jenis alat pemadam api bahan kimia kering:
i) Alat pemadam api jenis BC mengandungi natrium atau kalium bikarbonat
ii) Alat pemadam api jenis ABC mengandungi ammonium fosfat
12 | P a g e
Alat pemadam api karbon dioksida
Alat pemadam api karbon dioksida adalah untuk kebakaran kelas B dan C.Ianya tidak
berapa berkesan bagi kebakaran kelas A kerana bahan yangterlibat selalunya menyala
semula. Alat pemadam api karbon dioksidamempunyai kelebihan berbanding bahan
kimia kering kerana ianya tidak meninggalkan sisa yang berbahaya, pilihan terbaik untuk
kebakaran elektrik ke atas peralatan-peralatan elektrik.
Sila ambil perhatian bahawa alat pemadam api karbon dioksida adalah tidak sesuai untuk
kebakaran yang melibatkan logam mudah menyala sepertilitium alkil dan natrium kerana
karbon dioksida akan bertindakbalas denganlogam-logam tersebut. Alat pemadam api
karbon dioksida adalah tidak diluluskan untuk kebakaran kelas D.
13 | P a g e
2. ALATAN TANGAN DALAM
KERJA KAYU
14 | P a g e
2.1 ALAT MENGUKUR
DAN
MENANDA
15 | P a g e
ALATAN TANGAN DALAM KERJA KAYU
ALAT MENGUKUR DAN MENANDA
a) Pembaris keluli
- Diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang tahan karat dan keras. Permukaan
pembaris keluli ditandai dengan ukuran imperial (inci dan kaki) dan juga metric
(sentimeter dan meter).
- Terdapat dalam tiga saiz, iaitu 150mm, 300mm 1000mm.
- Ketepatan pengukuran ialah sehingga 0.1 cm
- Digunakan untuk tujuan pengukuran panjang.
- Kegunaan alat ini ialah:
1. Mengukur dan memindahkan ukuran
2. Membina garisan lurus pada permukaan
3. Menguji keratan permukaan
- Cara menggunakan keluli adalah seperti yang berikut:
16 | P a g e
b) Pita pengukur
- Diperbuat daripada plastic atau keluli. Panjang pita pengukur biasa dapat dilihat ialah antara 2.0 meter hingga 8.0 meter.
- Saiz biasa 3 meter, 5 meter, 7.5 meter dan 8 meter.- Unit yang digunakan ialah imperial (inci dan kaki) dan juga metrik (sentimeter dan
meter)- Ketepatan ukurannya- Kegunaan pita pengukur ialah:
i. Untuk mengukur jarak yangpendek serta panjang.ii. Untuk memindahkan ukuran
- Cara menggunakan pita pengukur adalah seperti berikut: -
17 | P a g e
Klip Pengunci
Pita pengukur
c) Pisau penanda
- Pisau penanda adalah sejenis pisau kecil yang diperbuat daripada keluli khas.- Kegunaan pisau penanda adalah:
i. untuk menanda garisan yang akan dipotong dengan gergaji atau pahat semasa membuat tanggam.
ii. Terdapat pisau yang bergabung iaitu untuk menanda danmemotong veneer atau plywood tidak lebih dari 4mm.
d) Pensil tukang
- Mata dan badan pensil ini lebar dan besar. Permukaannya berbentuk segi empat tepat dan pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja.
- Kegunaan:i. Membuat garisan semasa kerja merancang tanda.
ii. Menanda bentuk atau bahagian benda kerja dan lain-lain.
18 | P a g e
Pemegang
Mata
e) Pembaris lipat
- Pembaris lipat diperbuat daripada kayu keras yang boleh dilipat.- Hujung pembaris ini diperkuatkan dengan Loyang supaya tahan lasak.- Saiznya berbeza-beza daripada 90cm hingga 480cm.- Berfungsi sebagai alat pengukur atau memindahakan ukuran ke benda kerja yang
sedang dibuat.f) Aras spirit
- Ia digunakan untuk menentukan keadaan mendatar bagi penyilang ufuk dan penyilang pugak. Skru klip dan skru pelarasan gelembung digunakan untuk mengubah kedudukan. Gelembung mesti dilaraskan supaya berada di tengah-tengah.
- Ia diperbuat daripada logaam atau kayu yang lurus dan rata pada kedua-dua mukanya.- Panjang aras spirit biasanya diantara 200 milimeter hingga 1.5 meter.g) Sesiku serong boleh laras
- Bentuk badannya serupa dengan sesiku’L’ melainkan matanya tidak dipasang tetap. - Panjang matanya antara 150mm hingga 400mm. Sudutnya boleh berubah-ubah dan
diketatkan dengan skru.- Digunakan untuk menguji dan menandakan sesuatu garisan yang sudutnya lain
daripada 45˚ dan 90˚.
19 | P a g e
Engsel loyang
Hujung Loyang
Tabung spirit
Skru
h) Sesiku bergabung
- Badan matanya diperbuat daripada keluli. Manakala matanya bolehdilaraskan atau diubahsuaikan kedudukan pada badannya. Badannya mempunyai satu muka yang bersudut 90˚ dan mukanya yang lain bersudut 45˚ dengan matanya.
i) Tolok penanda
- Tolok penanda diperbuat daripada kayu. Tolok penanda mempunyai badan dan pelaras. Mata terdapat pada kayu pelaras. Terdapat dua jenis tolok penanda iaitu Tolok Penanda Satu Paku (mata) dan Tolok Penanda Tanggam Puting (dua mata).
- Kegunaannya:i. Digunakan untuk menandai ukuran tebal atau lebar kayu.
ii. Tebal atau lebar kayu itu dapat ditandai dengan garisan selari dengan iras kayu yang dibuat pada sisi atau permukaan kayu.
iii. Garisan ini menunjukkan tebal atau lebar ukurankayu dalam ukuran yang seragam. Cara menanda tebal kayu, garisan selari dibuat pada sisi kayu lebarkayu, garisan selari dibuat pada permukaan kayu.
- Langkah keselamatan: berhati-hati agartangan tidak terkena mata taji yang tajam.
20 | P a g e
Mata
Badan
- Cara-cara menggunakan tolok penanda.1. Longgarkan skru tangan, laraskan badan tonggak mengikut ukuran yang
dikehendaki. Kemudian, ketatkan skru tangan itu semula.2. Semasa menggunakan tolok ini pastikan bahawa badan tonggak ditolak rapat
ke sisi atau permukaan kayu.3. Tolok ini perlu dicondongkan sedikit kedepan supaya mudah ditolak. Pastikan
bahawa mata taji tolok penanda menggores permukaan kayu untuk membentuk garisan kerja.
j) Angkup vernier
21 | P a g e
Rahang dalam (mengukur diameter dalam)
Tanda tebal kayu
Tanda lebar kayu
Bilah mengukur kedalaman
Unit metrik
Unit imperial
pengunci
Rahang luar (mengukur diameter luar)
- Digunakan untuk mengukur, menguji dan menda.- Unit ukuran Metrik dan imperial.- Ukuran yang boleh diambil ialah diameter luar, diameter dalam, panjang dan
kedalaman.
- Fgth
KELEBIHAN VERNIER KEKURANGAN VERNIER Cepat & mudah digunakan. Boleh mengukur panjang saiz yang
bebas. Terdapat dua unit ukuran imperial dan
metrik. Mempunyai bahagian-bahagian ukuran
yang sesuai dengan tempat yang diukur.
Tidak berapa tepat setelah lama digunakan (kerosakan pada alat).
Permukaan ukuran menjadi haus setelah lama digunakan.
Tekanan ukuran dengan tangan tidak menghasilkan ukuran yang tepat.
k) Mikrometer
- Digunakan untuk mengukur, menguji dan menanda.- Unit ukuran metrik dan imperial.- Ukuran boleh diambil pada diameter luar, diameter dalam, panjang dan kedalaman.
- Jenis-jenis micrometer:
22 | P a g e
Mengukur diameter luar Mengukur diameter dalam
Mengukur kedalaman
i. Micrometer luarii. Micrometer dalam
iii. Tolok dalam micrometeriv. Micrometer benang skruv. Micrometer gigi gear
KELEBIHAN MIKROMETER KELEMAHAN MIKROMETER Ukuran yang tepat. Boleh dilaraskan semula jika ukurannya
sudah tidak tepat. Mempunyai pelbagai bentuk dan saiz
sesuai dengan jenis kerja.
Lambat untuk mengambil ukuran. Satu jenis micrometer hanya boleh
mengukur satu bentuk bahankerja sahaja.
Memerlukan penjagaan yang rapi.
23 | P a g e
2.2 ALAT MENGAPIT
DAN
MENYANGGA
ALAT MENGAPIT DAN MENYANGGA
24 | P a g e
Proses kerja-kerja pemasangan, samada kerja logam atau kerja kayu, alat-alat khas
hendaklah digunakan untuk mengapit dan menyangga benda-benda kerja yang berasingan supaya
aktiviti amali dapat dilakukan dengan mudah dan selamat.
Peralatan ini direkabentuk khas untuk jenis pemasangan yang tertentu. Antara peralatan
untuk kerja menngapit dan menyangga ialah ragum meja, apit G, apit F, apit panjang, Apit
rencong, kakak tua, dan lain-lain lagi.
a) Ragum Meja
- Ragum meja terdapat pada meja kerja kayu dan logam
- Ragum meja dilapik dengan kayu pada kedua-dua rahangnya untuk mengelakkan
permukaan benda kerja daripada rosak semasa diapik. Rahang ragum meja logam
pula dilapik dengan logam lembut (biasanya aluminium) untuk menjaga permukaan
kerja.
- Kegunaan utama ragum meja ialah untuk memegang benda semasa ianya dikerjakan.
- Perhatian-jangan menggunakan ragum meja sebagai andas.
b) Apit G dan Apit F
25 | P a g e
Pemegang
Rahang
Andas
- Bahagian pemidang Apit G dan Apit F diperbuat daripada bahan keluli.
- Saiz Apit G dan Apit F ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian
rahang.
- Kegunaan Apit G dan Apit F adalah untuk:
I. Mengapit kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu.
II. Memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat atau digergajikan.
- Apit G digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi
permukaan benda kerja yang diapit.
c) Apit panjang
- Apitpanjang diperbuat daripada besi tuangan atau aluminium dengan panjang ialah
0.6meter, 0.9meter, 1.2meter, 1.5meter, dan 1.8meter.
- Apit panjang digunakan untuk proses pemasangan tanggam, pemidang pintu, tingkap,
perabut, papan yang hendak dicantum atau digunakan.
26 | P a g e
Tapak
Bingkai
Skru Pemulas
d) Apit Rencong
- Apit rencong diperbuat daripada aluminium atau besi tuangan.
- Fungsinya ialah untuk menetapkan kedua-dua bahagian kayu yang bertanggam
rencong apabila apabila hendak diglu atau dipakukan seperti dalam kerja pemasangan
kerangka gambar.
27 | P a g e
II.3 ALAT MEMOTONG
ALAT MEMOTONG
28 | P a g e
1. GERGAJI
Alat-alat dalam bahagian ini ialah untuk menyediakan kayu kepada saiz dan bentuk yang
dikehendaki. Alat memotong ialah seperti gergaji kerat, gergaji belah, gergaji puting, dan gergaji
lengkung halus.
a) Gergaji kerat
- Gergaji kerat digunakan khas untuk mengerat kayu secara melintang ira kayu.
- Gergaji kerat mempunyai gigi berbentuk pisau dihujungnya dan tepi hadapannya
bersudut antara 70 darjah- 80 darjah kepada garisan giginya.
- Gergaji kerat mempuyai bilangan giginya antara 5 hingga 9 batang bagi setiap 25mm.
- Gergaji kerat biasanya panjang antara 550mm-700mm.
Cara-cara menggunakan gergaji tangan.
Condongkan gergaji 45˚ daripada benda kerja apabila menggergaji belah.
Condongkan gergaji 60˚ daripada benda kerja apabila menggergaji kerat.
- Langkah keselamatan: berhati-hati agar mata gergaji tidak terkena tangan. Jangan
rapatkan tangan pada benda kerja yang hendak di potong
b) Gergaji putting
29 | P a g e
- Gergaji puting mempunyai mata yang nipis yang terpaksa diperkuatkan oleh jalur
logam ( patil keluli) di belakang matanya.
- Ia merupakan gergaji kecil yang mempunyai gigi-gigi yang halus sesuai untuk
memotong kayu-kayu yang kecil.
- Biasanya penahan tepi digunakan semasa menggergajikan menggunakan gergaji
puting.
- Bentuknya hampir sama dengan gergaji kerat dan mempunyai mata kecil anta 12
hingga 14 bilah bagi setiap 25 mm.
- Kegunaannya adalah untuk mengerat secara lurus untuk membuat tanggam seperti
membuat puting dan lain-lain.
c) Gergaji lengkung halus
30 | P a g e
- Gergaji ini mempunyai mata yang sangat halus dipasang pada bingkai logam yang
tegak.
- Panjang matanya ialah 150mm.
- Gergaji lengkung halus ini digunakan untuk membuatlengkung yang sempit pada
papan nipis pada bahagian dalam dan luar
d) Gergaji bajang
- Bentuk gergaji bajang serupa dengan gergaji puting tetapi lebih kecil.
- Giginya pula lebih kecil iaitu 18 hingga 22 bagi setiap inci.
- Gergaji bajang digunakan untuk membuat tanggam yang pemasangannya lebih ketat
dan tepat.
e) Gergaji Tebok
- Gergaji tebok bermata halus dan berbentuk tirus.
- Panjangnya 300mm hingga 450 mm.
- Gergaji tebok digunakan untuk memotong benda kerja yang lurus dan melengkung di
bahagian dalam.
f) Gergaji Ekor Tikus
31 | P a g e
- Mata gergaji ekor tikus lebih halus daripada mata gergaji tebok.
- Terdapat tiga jenis mata yang boleh ditukar.
- Gergaji ekor tikus bersaiz lebih pendek daripada gergaji tebok iaiti 200 mm hingga
400 mm.
- Kegunaannya ialah untuk memotong atau mengerat benda kerja yang lurus atau
melengkung di bahagian dalam yang lebih sempit.
2. KETAM
Terdapat pelbagai jenis ketam tangan yang ada di dalam bengkel.Ketam yamg sentiasa
digunakan dalam proses membuat kerja kayu dan perabut ialah:
a) Ketam Kasar
- Terdiri daripada jenis kayu atau logam
- Digunakan untuk mengetam permukaan kayu secara kasar kepada saiz yang
diperlukan dengan cepat
- Permukaan kayu yang dihasilkan adalah kasar dan perlu diketam semula dengan
ketam pelicin kepada saiz yang tepat.
- Panjang ketam kasar ini antara 355-380 mm
b) Ketam Pelicin
- Sebagaimana juga ketam kasar, badan ketam pelicin juga ada yang diperbuat
daripada logam dan kayu.
- Badannya terdapat yang berukuran 203-208 mm.
- Mata keluli yang tajam dan lurus selebar 37mm hingga 62 mm.
- Kegunaannya ialah untuk mengetam permukaan kayu selepas diketam dengan ketam
kasar kepada saiz yang lebih tepat.
c) Ketam Tetingkat
- Ketam ini dibina khas untuk membuat tetingkat pada tepi atau hujung kepingan kayu.
32 | P a g e
- Ketam ini juga terdapat pelbagai jenis dan bentuk.
- Ketam ini boleh didapati untuk kerja khas seperti ketam tetingkat berlaras, ketam
tetingkat mata hujung dan ketam tetingkat mata tepi.
d) Ketam Pangkas
- Ketam ini dibuat khas untuk mengetam penghujung atau pangkal kayu secara
melintang ira.
- Ketam ini sangat berguna untuk membuat kerja-kerja penyudah atau kerja kecil yang
tidak dapat dikerjakan dengan ketam yang lain seperti menyediakan kumai serong.
- Ketam pangkas ini bersaiz kecil, panjangnya ialah 170 mm dan lebarnya 50 mm.
e) Ketam Lurah
- Ketam lurah ini dibina dengan dengan mata yang seumpamanya bagi membina lurah
atau saluran yang selari di sepanjang ira kayu dengan jarak yang tertentu dari tepi
kayu.
- Ketam lurah ini mempunyai satu penahan di bahagian tepi yang boleh dilaraskan
untuk menetapkan jarak dari tepinya.
f) Ketam Golek
- Ketam golek digunakan untk mengetam bahagian tepi permukaan kayu kecil yang
cembong.
- Ketam ini diperbuat daripada logam.
- Bermata lengkung ataupun lurus untuk kerja yang berasingan.
g) Ketam Pancaguna
- Ketam ini besar dan berat.
- Ketam ini digunakan untuk membuat tetingkat dan lurah
- Ketam ini diperbuat daripada logam
- Ketam ini mempunyai mata pemotong pelbagai saiz.
33 | P a g e
Jenis-jenis ketam
3. PAHAT
Terdapat empat (4) jenis pahat dalam proses kerja kayu.Pahat-pahat ini mempunyai fungsi
yang berlainan dalam membuat sesuatu kerja.pahat ini biasanya diperbuat daripada
keluli.Manakala bahagian pemegang atau hulu pula diperbuat daripada kayu atau plasti yang
tahan diketuk.
34 | P a g e
a) Pahat Pelubang atau Pahat Kukuh
- Pahat Pelubang dibuat dengan matanya yang tebal supaya tahan diketuk dengan
gandin semasa membuat lubang atau kerja-kerja kasar.
- Sudut menajamkan mata menggunakan batu asah pula antara 30° hingga 35°.
- Semasa mencanai matanya mestilah bersudut 20° hingga 25°.Lihat rajah di sebelah
b) Pahat Peraut atau Pahat Tepi Serong
- Pahat peraut pada kebiasaannya, mata pahat ini adalah serong pada bahagian tepinya
serta serongan itu adalah lebih panjang dan nipis.Matanya tebal dibahagian tengah
dan nipis pada bahagian tepi.Ini menyebabkan ianya tidak sekuat pahat pelubang.
- Lebar matanya antara 3 mm hingga 50 mm
- Sudut menajamkan mata pahat ini ialah 25°.Manakala untuk menajamkan
menggunakan mesin pencanai pula ialah 20°.
- Pahat peraut sesuai untuk kerja-kerja meraut seperti mengemaskan tanggam dan
acuan yang mempunyai pelbagai bentuk kumai.
- Ganding diperlukan semasa mengetuk pahat ini.
c) Pahat Kuku Jenis Parut-serong dalam
- Pahat jenis ini biasanya digunakan untuk mendapat permukaan yang melengkung
- Pahat jenis ini bersaiz antara 3mm hingga 40 mm
35 | P a g e
d) Pahat Kuku Jenis Peraut-serong luar
- Pahat jenis ini biasanya digunakan untuk membuat lurah tepat.
- Ia sesuai membuat lengkung dalam kerja ukir-mengukir.
- Matanya bersaiz antara 3mm hingga 40 mm.
Gambar rajah: jenis-jenis pahat
Cara mengasah pahat
36 | P a g e
2.4 ALATAN MENUKUL
DAN
MEMUTAR
ALATAN MENUKUL DAN MEMUTAR
37 | P a g e
Proses kerja kayu di dalam bengkel kerja kayu melibatkan berbagai jenis Alatan.Peralatan-
peralatan tersebut boleh di kelaskan kepada dua bahagian iaitu Peralatan Menukul dan Peralatan
Memutar.
A. Alat Menukul :
1) Tukul Kuku Kambing(Tukul Besi Berkuku)
2) Tukul Besi Warrington
3) Tukul Besi Kepala atau Bongkol Bulat
4) Gandin
5) Pembenam Paku
B. Alatan Memutar :
1) Pemutar Skru Jenis Alur dan Pemutar Skru Philip
2) Gerudi tangan
3) Gerudi Giarsala
A. ALATAN MENUKUL
1. Tukul Kuku Kambing(Tukul Besi Berkuku)
- Tukul kuku kambing mempunyai pemegang yang dibuat daripada kayu atau besi dan
bahagian bongkolnya bengkok dan terbelah
- Saiznya ditentukan mengikut berat kepala biasanya antara 260 g hingga 1.2 kg.
- Saiz lazimnya antara 0.5 kg hingga 0.6 kg
- Tukul ini digunakan untuk mengetuk dan mencabut paku.
38 | P a g e
2. Tukul Besi Warrington
- Tukul warrington mempunyai bongkol berbentuk baji yang melintang.
- Bongkol berbentuk baji ini dapat mengetuk paku halus yang dipegang di celah jari.
- Saiz semua jenis tukul ditentukan oleh berat kepalanya. Saiznya ditentukan mengikut
nombor 00 ke 12, saiz 2/3, beratnya 0.4 kg merupakan saiz tukul yang sesuai untuk
kerja am.
- Bongkol berfungsi menukul paku yang kecil seperti paku panel serta menekan kayu
hiasan dan venir ke temaptnya semasa diglu dan bahagian untuk mengetuk paku di
bahagian tepi perabut yang sempit.
3. Tukul Besi Kepala atau Bongkol Bulat
- Bongkol kepala tukul ini berbentuk separuh bulat. Bahagian permukaan rata
digunakan untuk menatal dan membuat kerja-karja am seperti untuk menukul kepala
pahat dan alat-alat menanda.
- Bonkol bulat pula digunakan untuk meribet.
- Langkah keselamatan: Hati-hati dalam memegang benda kerja yang hendak ditukul
supaya tidak terkena tangan.
4. Gandin
39 | P a g e
- Gandin kayu digunakan untuk memahat dan memasang atau menanggalkan tanggam.
- Kepala gandin berbentuk selinder atau segi empat .
- Gandin diperbuat daripada kayu keras.
- Saiz ditentukan oleh saiz kepalanya.
6) Pembenam Paku
- Ia diperbuat daripada keluli dan matanya didapati dalam dua bentuk iaitu bentuk bulat
dan bentuk persegi.
- Pembenam paku yang bermata bulat adalah lazim digunakan dalam kerja membuat
perabut. Saiznya ditentukan oleh diameter matanya dan terdapat dalam pelbagai saiz
antara 1mm hingga 4mm.
- Alat ini digunakan bersama dengan tukul besi untuk menukul kepala paku supaya
terbenam kedalam kayu dan lubangnya ditampal dengan ‘dempol’. Selepas kemasan
bekas paku tidak kelihatan.
B. ALAT MEMUTAR
Alat memutar adalah alat yang digunakan untuk memasang antara dua kayu dengan cara
pusingan sama ada mengikut arah jam atau lawan jam dengan menggunakan skru.
1. Pemutar Skru Jenis Alur dan Pemutar Skru Philip
- Terdiri daripada dua jenis iaitu jenis biasa atau pub bergear.
- Matanya dibuat daripada keluli aloi bentuk bulat dan hujung samada kepala atau
Philips.
40 | P a g e
- Panjang matanya antara 75mm hingga 300mm.
- Pemegangnya dibuat daripada kayu atau plastik.
- Kegunaan alat ini adalah untuk memasang atau menanggalkan skru.
1. Gerudi
Gerudi terdiri daripada dua jenis :
-Gerudi bergear lebih ringan
-Gerudi jenis gear sal(engkol)
Kegunaan gerudi ialah untuk memudahkan kerja
melubang
Terdapat beberapa jenis mata antaranya
-Mata tengah
-Mata terlaras
-Mata paku
-Mata pulas
-Mata Froster
-Mata Pelubang benam
a) Gerudi tangan
- Gerudi tangan digunakan untuk membuat lubang yang berdiameter tidak melebihi
8mm.
- Bahagian utamagerudi ialah hulu, pemegang tepi, tangkai engkol, piring gear, pinion,
bindi dan rahang.
- Gerudi tangan digunakan bersama mata gerudi pintal.
- Saiz mata gerudi pintal ialah 0.4mm hingga 12.5mm.
41 | P a g e
- Ia boleh membuat lubang pada kayu dan logam.
- Semasa mengerudi logam, mata gerudi hendaklah dibubuh minyak untuk mengelak
mata panas dan terbakar.
- Gerudi Engkol
- Gerudi engkol digunakan untuk menebuk lubang pada kayu.- Saiznya ditentukan pada hayunan pemegangnya.- Bahagian utamanya ialah kepala, pemegang, rangka, cincin sesondol, gear sehala,
bindu, dan rahang.- Gerudi engkol digunakan bersama mata gerimit.- Saiz mata gerimit adalah lebih besar jika dibandingkan dengan mata gerudi pintal.- Ia tidak boleh membuat lubang pada logam.2. Senggerek
- Senggerek digunakan untuk membuat lubang kecil pada kayu.- Untuk membuat lubang, pusingkan mata senggerek ke kanan dan ke kiri sambil
menekan.
42 | P a g e
2.5 ALAT MENAJAM
43 | P a g e
ALAT MENAJAM
1. Kikir Menajam
Sejenis alatan tangan yang diperbuat daripada keluli bermutu tinggi.Kegunaan kikir ialah
untuk memotong, menipis, dan melicinkan permukaan sesuatu komponen kerja. Bagi
menghasilkan sesuatu kerja dengan cepat dan permukaan yang licin, pemilihan kikir
mestilah dibuat dengan tepat. Pelbagai jenis kikir yang terdapat di dalam bengkel kerja kayu.
Kikir berbeza dari segi panjang, bentuk, jenis potongan gigi dan kasar atau halus matanya.
Panjang kikir-diukur dari hujung hingga ke bahunya. Kikir yang biasa digunakan berbentuk
segiempat sama, segitiga tirus, separuh bulat dan bulat.
- Bahagian-bahagian kikir:
- Jenis potongan gigi:
I. Gigi selari
II. Gigi bersilang
III. Gigi lengkong
IV. Gigi parut
- Kasar atau halus gigi bergantung padaberapa rapat gigi tersebut dipotong pada
permukaan kikir. Gred kehalusan gigi kikir boleh dikelaskan paling kasar,
kasar,sederhana halus dan sangat halus.
Jenis-jenis kikir:
44 | P a g e
a) Kikir Pipih Terus
- Kegunaannya untuk kerja am. Giginya terdiri dari kasar, sederhana, halus dan sangat halus.
- Pada satu permukaan kikir, giginya dipotong bersilang intan dan terdapat gigi lurus dikedua-dua tepi kikir
- Dua pertiga panjangnya dari pangkal berbentuk selari dan satu pertiga panjangnya berbentuk tirus.
b) Kikir pipih kasar
- Digunakan untuk penyudahan rata. Salah satu daripada tepinya tidak ada gigi dan disebut sebagai tepi selamat. Tepi selamat digunakan semasa mengukir penjuru dalam.
- Gerd kikir ini terdiri dari kasar hingga tersangat halus.c) Kikir Belah Rotan
- Digunakan untuk menyudahkan bahagian-bahagian yang telah ciap.- Gigi pada permukaan rata bentuk silang wajik dan gigi pada permukaan
melengkong berbentuk silang. - Gred gigi kikir ini terdiri dari kasar, halus dan sangat halus.
d) Kikir bulat
- Kikir ini juga disebut kikirekor tikus. Digunakan untuk membesarkan lubang berbentuk bulat dan melengkung.
- Gred gigi kikir ini terdiri dari kasar hingga sangat halus.e) Kikir Segi Empat Sama
- Digunakan untuk membesarkan lubang segi empat sama secara kasar.- Kikir ini boleh mengikir lurah atau alur.
45 | P a g e
- Gred gigi kikir ini terdiri dari kasar dan sangat halus.f) Kikir Segi Tiga
- Kikir ini digunakan untuk mengukir segi tiga yang tajam.- Ianya digunakan juga untuk membersihkan penjuru yangbersudut.- Giginya bersilang dan terdapat dalam gredkasar hingga sangat halus.
g) Kikir Pipih Nipis
- Digunakan untuk mengikir di celah-celah yang nipis seperti untuk memotong celah alur kunci.
- Tirus dihujung, tebalnya sama pada keseluruhan panjangnya.- Kikir ini terdapat pada panjang yang terhad iaitu 100mm, 150mm dan
200mm.h) Kikir Bentuk Pisau
- Kikir bentuk pisau digunakan untuk menajamkan gigi-gigi yang terdapat mata gergaji dan alat-alat pemotong.
- Bentuknya sama seperti pisau dengan bersudut 15˚. Grednya pula terdiri daripada kasar hingga sangat halus.
i) Kikir Jarum.
- Kikir ini terdapat dalam satu set. Satu set biasanya mengandungi antara 4 hingga 12 jenis kikir.
- Kikir jenis ini digunakan untuk kerja-kerja penyudahan selepas sesuatu benda kerja siap dimesin.
- Ianya juga digunakan oleh tukang pembuat jam dan tukang pembuat acuan. Grednya dikelaskan daripada 00, 0, 1, 2 hingga 6. Gred no.6 ialah yang paling halus. Saiznya iaitu 100mm, 140mm dan 160mm.
Gaya mengikir
46 | P a g e
Mengikir memerlukan kemahiran yang tinggi. Seseorang jurugegas bukan sahaja boleh mengikir
dengan tepat tetapi boleh membuat pemasangan benda kerja dengan menggunakan alat tangan.
Semasa mengikir, perkara berikut perlu diambil perhatian:
i. Gaya mengikir yang betul adalah penting semasa mengikir. Semasa berdiri kaki mestilah
renggang. Kaki kiri kehadapan dan kaki kanan terletak lebih kurang 45cm hingga 50cm
kebelakang.
ii. Tinggi benda kerja mestilah sesuai supaya kerja mengikir dapat dilakukan dengan
berkesan.
iii. Semasa mengikir, tekan kikir pada benda kerja dari gerakkan tangan dan badan seperti
dalam gambar. Tekanan dikenakan keatas kikir semasa kikir itu disorong kehapan,
semasa kikir ditarik ditarik kebelakang tekanan tidak diperlukan. Gigi kikir dibentuk
hanya untuk memotong kehadapan sahaja. Jika tekanan dikenakan semasa kikirditarik
kebelakang, mata kikir akan jadi tumpul.
iv. Gaya mengikir juga boleh disesuaikan mengikut kedudukan benda kerja serta jenis benda
kerja.
(cara dan gaya memegang kikir) ( kaedah-kaedah mengikir)
Mengikir rata
Semasa mengikir permukaan yang dikikir hendaklah sentiasa dilitupi kikir. Dengan cara ini
bendakerja dapat dikikir dengan rata.
Mengikir melintang
47 | P a g e
Mengikir melintang dilakukan sekali sekala untuk menentukan permukaan yang dikikir itu rata
atau tidak.
Mengikir tarik
Cara ini digunakan untuk menyudahkan benda kerja supaya kelihatan licin dan cantik. Cara ini
juga digunakan untuk mengikir logam yang nipis. Semasa mengikir tekanan pada kedua-dua
tangan hendaklah sama dan stabil.
Mengikir penjuru bulat
Penjuru bulat boleh dikikir berpadukan langkah-langkah yang ditunjukkan dalam rajah. Mula-
mula kikir kasar melintang dan kemudian kikir bahagian pepenjuru yang bulat pula.
Mengikir permukaan melengkung
Permukaan yang melenkong boleh dikikir dengan kikir separoh bulat.
Langkah Keselamatan /penjagaan kikir
48 | P a g e
i. Sebelum mengikir pastikan hulu kikir dipasang dengan hulu yang sesuai
ii. Kikir mestilah sentiasa dalam keadaan bersih. Kerak-kerak besi yang melekat dicelah
mata kikir boleh merosakan mata kikir dan bendakerja jika dibiarkan tanpa dibersihkan.
iii. Selepas mengunakkan kikir, kikir hendaklah dibersihkan dan diletakkan dirak yang khas
setiap satu di simpan berasingan
iv. Jangan gunakan kikir selain mengikir
v. Gunakan kikir yang bersesuai dengan bahan yang hendak dikikir.
vi. Kikir yang lebih halus digunakan untuk bahan yang lebih keras
vii. Elakkan kikir dari terkena air atau minyak. Jika terkena air ia mudah berkarat dan jika
terkena minyak ia akan mudah tergelinjir semasa mengikir
viii. Gunakan berus kikir untuk membersihkan kikir
ix. Gunakan kikir yang kasar terlebih dahulu dan siapkan dengan kikir yang halus
“Pinning” bermaksud gigi kikir yang tersumbat oleh habuk besi jika tidak dibersihkan, bukan
saja kelancaran mengikir tergangu tetapi akan mencalarkan permukaan logam yang
dikikir.Untuk mengelakan gigi kikir tersumbat, sapukan kapor pada kikir itu atau turpentine
tetapi kaedah ini tidak sesuai apabila hendak mengikir besi tuangan atau loyang kerana gigi kikir
tidak boleh mengigit bahan kerja itu.
49 | P a g e
3. BAHAN
PENYANTUMAN
BAHAN PENYANTUMAN
Bahan penyantuman sebenarnya banyak tetapi di sini hanya mengenai bahan pemasangan dan
kelengkapan dalam kayu dan perabot. Bahan tersebut memainkan peranan penting bagi
50 | P a g e
menyempurnakan pemasangan serta memberi pandangan yang menarik seperti kelengkapan
dalam pemasangan tingkap, pembinaan perabot dan lain-lain. Pemilihan bahan tersebut adalah
kerana faktor kekuatan, ketahanan, harga, kawedah pemasangan, kemudahan dan menarik pada
pandangan mata. Diantara bahan pemasangan adalah seperti paku dan sebagainya.
1. PAKU
- Paku ialah satu bahan yang digunakan untuk mengikat bersama kayu. Kebanyakan kayu
diperbuat daripadabahan keluli lembut. Ia digunakan untuk kerja biasa yang tidak
bergalvani.
- Paku ada pelbagai jenis dan setiap jenis mempunyai sifat dan kegunaannya. Jenis paku
yanglazim digunakan ialah seperti paku biasa, paku mkotak, paku kemasan, paku panel,
paku venir, paku payung, paku berkepala dua, paku konkrit, dan paku bergelugur.
a) Paku Biasa
- Paku ini berkepala bulat dan sesuai digunakan dalam pembinaan yang berat seperti
memaku rangka dinding, membuatkotak dan pembinaan am. Kapala paku mengelakkan
paku daripada senang tercabut.
b) Paku Kotak (box nail)
51 | P a g e
- Paku kotak serupa dengan paku biasa kecuali toloknya lebih kecil. Paku ini digunakan
apabila didapatipaku biasa mungkin meretakkan hujung kayu dan amat sesuai untuk
membuat kotak pembinaan.
c) Paku Kemasan (finishing nail)
- Paku kemasan digunakan untuk kerja-kerja kemasan seperti memasang pelapis dinding,
kerja perabot atau kerja yang tidak memerlukan kelihatan kepala paku yang akan
mencacatkan kemasan pada permukaan kayu.
- Kepalanya berbentuk peluru dan boleh dibenamkan ke dalam kayu dengan menggunakan
alat pembenam paku.
d) Paku Venir
- Merupakan paku dawai halus serupa dengan paku panel. Kadangkala paku jenis ini tidak
mempunyai kepala. Paku ini sesuai untuk memaku amai dan bahan-bahan lain yang nipis.
Selain daripada paku jenis ini terdapat juga paku-paku lain yang dihasilkan untuk
kegunaan khas.
e) Paku Panel (casing nail)
52 | P a g e
- Sejenis paku dawai yang halus, kepalanya berbentuk kon terbalik. Apabila dipakukan ke
dalam kayu, kesannya kurang kelihatan, saiznya antara 12mm × 20mm hingga 50mm ×
16mm.
- Paku ini amat sesuai dugunakan dalam kerja panel dan tidak akan memecahkan kayu.
f) Paku Payung
- Paku ini kepalanya berbentuk seperti payung, digunakan dalam pemasangan bumbung
bergelugur zink dan asbestos supaya air tidak tiris.
g) Paku Berkepala Dua
- Paku ini mempunyai dua kepala. Ia digunakan khas dalam pembinaan acuan kayu.
- Paku ini dipakukan sehingga kepala pertama terbenam dan kepala kedua tertimbul
membolehkan paku ini dicabut dengan tukul berkuku apabila acuan hendak dibuka.
h) Paku Konkrit
- Paku ini diperbuat daripada keluli keras. Ia boleh dipakukan kepada konkrit apabila
memasang kayu, untuk menggantung barang-barang, memasang pendakap dan
sebagainya.
i) Paku Bergelugur
53 | P a g e
- Paku ini adalah jenis paku nipis segiempat bujurdan bergelugur yang diperbuat daripada
keluli. Paku ini amat sesuai digunakan untuk menemukan beberapa kepingan papan dan
juga tanggam.
Cara menggunakan paku
- Untuk memaku terus ke permukaan kayu, panjang kayu mestilah 2½ kali tebal kayu
pertama.
- Untuk memaku ke tepi kayu, panjang paku mestilah 3½ kali tebal kayu pertama.
54 | P a g e
Cara-cara memaku:
2. SKRU- Skru adalah sejenis pengikat yang mempunyai kepala dan badannya diulirkan
sepenuhnya. Kebanyakan skru untuk kerja kayu diperbuat daripada keluli lembut,
kuprum atau loyang. Sebatang skru mengikat dua komponen dengan badannya melalui
lubang pada komponen kedua. Skru terdiri daripada beberapa bahagian iaitu:
a. Kepala – bentuknya menentukan nama skru. Dikepalanya ada alur berbentuk
lurus atau berpalang membolehkan skru ini berputar dengan pemutar skru.
b. Batang bajak – batang skru ialah bahagian skru dibawah kepalanya. Bahagian
hujungnya dibenamkan hingga ke hujung tajam.
c. Benang – ia memudahkan skru dimasukkan ke dalam kayu dan memberi
cengkaman yang lebih kuat.
55 | P a g e
Cara-cara memaku:
- Memaku tegak
- Untuk benda kerja kayu yang nipis.
- Paku dipegang secara tegak apabila
mengetukdengan tukul.
- Memaku serong
- Memberi cengkaman yang lebih kuat
dan kukuh
- Paku dipegang secara serong sedikit
apabila mengetuk dengan tukul.
- Skru yang diperbuat daripada keluli lembut boleh digalvanikan, dikrom, dioksidakan atau
disalut dengan tar untuk kerja-kerja yang tertentu
Jenis-jenis skru- Contoh-contoh skru yang biasa digunakan ialah seperti skru kepala bulat, skru kepala
rata, skru kepala timbul, dan skru kepala segi empat.
56 | P a g e
a) Skru Kepala Rata
- Skru kepala rata diperbuat daripada keluli lembut bergalvani, tembaga dan loyang untuk
mencegah karat.
- Skru hendaklah dipasang dengan cermat kerana mudah patah. Ia digunakan untuk kerja
biasa dimana kepala skrunya sama rata dengan permukaan kayu seperti dalam
pemasangan meja, kerusi, engsel, selak, dan barang-barang logam.
b) Skru Kepala Bulat
- Skru kepala bulat mempunyai kepala yang bulat dengan bahagian bawahnya rata, skru ini
diperbuat daripada keluli, loyang atau tembaga.
- Ia digunakan untuk mengikat bahagian kayu dan disampig itu juga digunakan sebagai
hiasan kerana kepalanya timbul diatas permukaan kayu.
c) Skru kepala timbul
- Skru kepala timbul merupakan cantuman skru kapala rata dan skru kepala bulat yang
diperbuat daripada bahan bahan yang sama tetapi lebih kuat daripada skru kepala bulat.
57 | P a g e
- Ia juga digunakan untuk mengikat kepingan logam kepada kayu dimana kekuatan dan
kecantikannya diutamakan seperti dalam pemasangan engsel hiasan dan pendakap logam.
d) Skru kepala segi empat
- Skru kepala segi empat merupakan sejenis skru yang kuat, dan diperbuat daripada keluli.
Kepala skru ini berbentuk empat segi dan sepana digunakan untuk mengikatnya.
- Ia juga digunakan untuk kerja kasar seperti jambatan, pemasangan engsel pada pintu,
pemasangan engsel pada pintu pagar, pembinaan koc dan pasakan mesin.
Cara memasang skru
Pemasangan skru hendaklah dibuat dengan berhati-hati dan teliti untuk
mendapatkan cengkaman yang kuat dan mengelakkan daripada skru patah. Diantara
langkah semasa pemasangan skru seperti lubang untuk skru hendaklah dibuat dengan
gerudi untuk menerima batang bajak skru. Bagi kayu lembut pula lubang Cuma perlukan
pada kepingan kayu atas sahaja dan dibuatkan benam skru jika perlu.
Bagi kayu keras pula, lubang menerima batang bajak diperlukan pada kepingan
kayu atas dan lubang panduan diperlukan pada kepingan bawah. Skru mestilah
dipasangkan dengan mutar skru yang sesuai dan ia tidak sepatutnya diketuk dengan tukul
58 | P a g e
besi kerana gentian kayu akan terputus dan mengakibatkan daya pegangnya pada kayu
berkurangan. Skru boleh dipasangkan dengan lebih mudah jika hujungnya direndam
didalam lilin atau sabun.
3. GLU
- Glu adalah suatu bahan yang dapat mencantumkan antara 2 benda kerja sama atau
berbeza sifatnya. Ia dibuat daripada pelbagai bahan yang terdiri daripada pelbagai bahan
yang terdiri daripada protein binatang, pokok, sayuran dan susu. Petroleum dan lain-lain.
Ia juga terdiri daripada pelbagai jenis dan kegunaan.
Jenis-jenis glu
- Glu binatang
- Glu kesin
- Glu protein sayur
- Glu darah albumin
- Resin urea fomeldehide
- Epoksi
- Glu PVA
- Glu sentuh
59 | P a g e
(Memasang skru
menggunakan pemutar
skru mata Philips)
(Memasang skru
menggunakan
pemutat skru mata
rata)
a) Glu Binatang
- Glu binatang dihasilkan daripada kulit tulang dan perut binatang.glu ini sesuai untuk
kerja dalaman seperti membuat perabot, venier, papan lapis dan kulit buku.
- Glu ini digunakan dalam pembinaan dalam tanggam bagi menguatkan kukuhan tanggam.
b) Glu Kesin
- Kesin adalah sejenis serbuk yang didapati daripada susu.
- Kesin dicairkan didalam air dengan alkali dan akan menjadi glu kesin.
- Ia mempunyai sifat rintangan air dan suhu yang sederhana, ia akan melumur kayu keras,
ia akan menjadi kering disebabkan kehilangan air dan tindak balas kimia.
c) Glu Protein Sayur
- Glu protein sayur diperbuat daripada minyak campuran seperti kacang soya, kacang
tanah, benih kapas dan dicampurkan dengan bahan-bahan kimia yang lain.
d) Glu Darah Albumin
- Glu Darah Albumin diperbuat daripada darah albumin. Kedua-dua jenis glu protein
sayuran dan glu darah albumin sudah kurang digunakan dan tempatnya diambil alih oleh
resin kerana glu-glu itu mengambil masa yang lama untuk mengering dan ini
melambatkan proses penghasilan.
e) Glu PVA
- Ia digunakan secara meluas kerana ia dihasilkan yang sudah siap dibancuh dan boleh
disinpan jika ditutup rapat. Ia senang digunakan dan tidak melumur.
- Tidak sesuai digunakan pada bahan logam, tidak boleh membakar, tidak berkulatdan
tidak berbisa. Ia boleh mencapai kekuatan meksimum dalam jangka masa 12 jam.
- Glu jenis ini biasa digunakan dalam pembinaan am seperti merekat tanggam dan papan
lapis.
60 | P a g e
f) Epoksi
- Glu ini adalah sejenis resin yang cepat mengeras apabila dicampurkan dengan agen
pengeras.
- Ia mempunyai sifat rintangan kepada bahan-bahan kimia, air dan juga tidak melumur.
- Glu ini sesuai digunakan untuk merekat bahan seperti kayu, logam, kaca, tembikar, jubin,
getah, plastik dan sebagainya.
g) Glu Resin Urea Formaldehyde
- Glu ini digunakan secara sejuk, ia dihasilkan dalam keadaan cecair walaupun serbuk
hendaklah dicampurkan dengan ajen pengeras semasa digunakan.
- Kebaikan glu ini ialah ia tidak melumur dan mempunyai sifat tahan rintangan
terhdappanas dan papan-papan yang lain.
h) Glu sentuh
- Merupakan cecair getah tiruan yang sangat senang terbakar. Cara gunanya ialah dengan
menyapu keseluruhan kedua-dua permukaan benda kerja tersebut dilekatkan kemudian
ditekan dan diurut hingga rata.
- Ia sesuai digunakan untuk merekatkan bahan-bahan berlainan seperti lapisan plastik
hiasan, veneer, kain, kulit dan kaca.
61 | P a g e
4. KEMASANDALAM
KERJA KAYU
PENGENALAN
62 | P a g e
Kemasan merupakan projek terakhir dalam penghasilan sesuatu produk
sebelumdipasarkan. Kaedah kemasan yang betul menentukan kesenian tukang dan
kecantikan benda kerja. Untuk menghasilkan kemasan yang menarik dan bermutu tinggi,
benda kerja atau projek perlu dirawat supaya apabila disiapkan dengan kemasan tertentu
tidak akan menunjukkan kelemahan dan kecacatan kayu tersebut. Antara langkah-
langkah dalam kerja kemasan adalah memilih cat atau kemasan yang sesuai, merawat
kecacatan kayu dengan menyapu dan menyumbat dengan tepung penyumbat (filler
powder), menggosok dan melelas permukaan kayu dengan kertas las (sand paper), serta
menyapu warna pada permukaan kayu jika perlu atau membancuh cat dan mengecat
samada menggunakanberus atau spray.
TUJUAN KERJA KEMASAN
a) Memberikan pandangan kayu yang lebih kemas dan cantik.
b) Menghilangkan kesan calar atau cacat.
c) Menyediakan lapisan pelindung daripada air atau serangga.
d) Membuat projek kerja kayu yang lebih tahan lama.
BERUS
a) Berus Cat
- Berus cat digunakan untuk menyapu lapisan cat dan tona kayu. Ia perlu dibersihkan
selepas digunakan supaya tidak rosak dan dapat digunakan lagi.
Cara membersihkan dan menyimpan berus cat adalah:
63 | P a g e
- Buangkan cat yang melekatpada berus dengan mengesat pada perca kain, surat
khabar lama atau pada tepi cat.
- Basuh berus cat dengan pelarut cat seperti turpentin. Rendam jika perlu.
- Basuh berus dengan menggunakan air dan sabun.
- Perah dan keringkan.
- Gantung berus cat ditempat yang sesuai
b) Berus Syelek
- Digunakan untuk meyapu syelek.
- Seperti berus cat, berus syelelk juga mesti dibersihkan dengan cara yang betul selepas
digunakan supaya tidak rosak dan digunakan lagi. Cara membersihkan berus syelek
ialah:
I. Bersihkan berus syelek dengan menggunakan spirit methil.
II. Basuh berus dengan menggunakan air dan sabun
III. Perah dan keringkan
IV. Gantung berus syelek ditempat yang sesuai
BAHAN-BAHAN PENGEMAS
64 | P a g e
a) Kertas Las
- Kertas las juga dikenali sebagai kertas pasir atau kertas kaca. Ia dijual dalam
bentuk keping berukuran 22cm x 27cm.
- Saiz kertas las ditentukan oleh gred seperti 00, 0, 1, 2, dan 3.
- Gred 0 dan 00 adalah gred paling halus manakala 1 adalah halus dan 2 serta 3
adalah gred paling kasar.
- Bahan yang digunakan untuk membuat kertas las adalah silicin, karbida, dan
aluminium oksida.
- Terdapat dua jenis las iaitu kertas pelelas kalis air(untuk logam) dan kertas pelelas tidak
kalis air (untuk kerja kayu).
- Kertas las juga digunakan untuk menghilangkan kecacatan dan tanda pada kayu serta
menggosok kayu hingga licin.
- Kertas las mesti digunakan dengan cara yang betul supaya kerja kemasan dapat
dilakukan dengan sempurna. Cara menggunakan kertas las ialah:
a) Gunakan bongkah kayu kertas las yang biasanya dibuat daripada gabus, kayu lembut
atau getah.
b) Tujuannnya untuk menghasilkan permukaan yang sekata
c) Gunakan kertas las gred 2 (kasar) untuk menggosok
d) Gosok kertas las selari dengan permukaan kayu
- Kertas melelas boleh dilakukan samada dengan menggunakan tangan atau dengan
mesin. Selain kertas las, benda kerja juga bolehdilicinkan dengan daun mempelas.
b) Tepung Penyumbat
65 | P a g e
- Tepung peeyumbat yang digunakan adalahmerupakan pengemas seperti “Plaster of
Paris” atau kapur Paris.
- Tepung penyumbat digunakan untuk menyumbat lubang-lubang dan liang-liang kayu
sebelum kerja mengecat dan menyelek dilakukan.
- Tepung penyumbat dijual dalam bentuk uang mudah dibancuh dengan air sehingga
sebati.
Cara-cara menggunakan tepung penyumbat ialah:
i. Campur dan bancuh Kapur Paris dengan air sehingga pekat.
ii. Sapu bahan tepung penyumbat dengan cara menggosokkannya merentasi urat
kayu dalam gerakan membulatdengan alat yang sesuai.
iii. Biarkan lapisan tepung penyumbat menjadi kering dan gosok menggunakan
kertas las supaya sama rata dengan permukaan kayu.
c) Tepung Penyumbat Polyfilla
- Sejenis penyumbat kayu khas yang berbentuk tepung.
- Cara penyediaan tepung penyumbat polyfilla dengan air sehingga menjadi adunan yang
pekat.
- Bagi menghasilkan kayu yang berwarna sama, bancuh tepung polyfilla dengan
menggunakan syelek dan pewarna.
- Tepung polyfilla digunakan untuk:
a. Menyumbat urat-urat kayu
b. Menyumbat liang kayu yang kasar
c. Menyumbat lubang pada permukaan kayu
d. Menyumbat kesan kecacatan pada kayu
66 | P a g e
e. Menyumbat kerenggangan pada tanggam
f. Menyumbat lubang bekas paku
- Cara menyumbat yang betul ialah:
a. Bancuh tepung penyumbat polyfilladengan air sehingga menjadi adunan yang
pekat.
b. Adunan ini disumbat ke dalam liang atau lubang-lubang pada kayu dengan
menggunakan kain dan gosok secara melintang kayu atau menggosok secara
berputar-putar.
c. Bersihkan tepung penyumbat yang berlebihan pada permukaan kayu sebelum
menjadi kering.
d. Benda kerja yang telah siap disumbat dibiarkan selama semalaman sehingga
kering.
e. Apabila sudah kering, gosokkan permukaan kayu dengan menggunakan kertas
las yang paling halus.
f. Segala habuk dibersihkan dan permukaan kayu itu disapu dengan cat, syelek atau
sampang.
d) Syelek
- Resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama Iac bug yang hidup di atas dahan
ranting sejenis pokok yang terdapat di Asia Tenggara.
- Larut di dalam alcohol-methylated spirit dan digunakan untuk mengilatkan kayu
dinamakan French polishing secara sembur atau dengan menggunakan berus.
67 | P a g e
- Bolehdidapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk digunakan,
ataupun dibeli secara bancuh siap. Ia nya lazim digunakan pada perabot dan kayu untuk
melindungi dan mencatikkan produk.
- Syelek biasa digunakan kerana kerana ia mempunyai harga yang murah, mudah
disediakan dan kalis air.
- Mempunyai duajenis iaitu syelek jingga untuk kayu berwarna sederhana dan syelek
putih untuk kayu berwarna pucat atau gelap. Ia terdiri daripada syelek jingga yang
didapati dalam bentuk kepingan dan syelek putih yang didapati dalam bentuk cecair.
- Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca atau cina. Syelek
yang dilarutkan hendaklan disimpan didalam tin, warna syelek akan menjadi gelap.
- Cara menggunakan syelek adalah:
a. Kerja menyapu syelek dilakukan pada waktu hari cuaca panas bagi mengelakkan
bahagian yang disapu syelek menjadi putih.
b. Guna berus syelek yang lebar dan lembut.
c. Sebelum mula menyelek, benda kerja dibersihkan dengan kertas las.
d. Bagi lapisan permulaan, sapu dengan gerakan panjang dan cepat.
e. Syelek mesti disapu selari dengan urat kayu.
f. Gunakan hujung berus untuk menyamakan lapisan ketika syelek masih basah dan
jangan disapu balik ke belakang.
g. Biarkan lapisan pertama kering. Kemudian, gosok dengan kertas las 00 dengan
perlahan dan dibersihkan.
h. Sapu lapisan kedua. Kemudian biarkan kering dan gosok dengan kertas las 00
dengan perlahan dan dibersihkan.
i. Sapu lapisan ketiga.
68 | P a g e
e) Cat - Cat adalah sejenis bahan cecair yang digunakan dalam perusahaan untuk memberi
lapisan perlindungan kepada bahan-bahan kayu serta besi, lepa, konkrit, batu-bata, dan
lain-lain.
- Fungsi cat dalah untuk:
Melindungi bahan perusahaan seperti yang disebut di atas daripada kerosakan
yang disebabkan oleh keadaan cuaca, serangan serangga, pengoksidaan dan
sebagainya.
Mencarikkan permandangan.
Memudahkan membersihkan permukaannya.
- Pada dasarnya cat diperbuat daripada jenis pewarna dan cecair. Pewarna cat terdiri
daripada oksida besi, amber, krominium, oksida zink dan lain-lain.
69 | P a g e
- Cecair pula mengandungi bahan-bahan pengikat (binder) dan pelarut (thinner). Bahan
pengikat berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi kesenangan kerja semasa
mengecat.
- Cara mengecat ialah:
a. Sebelum benda kerja disapu cat, permukaan mestilah tidak berminyak, berhabuk
dan dalam keadaan kering.
b. Benda kerja hendaklah dilicinkan dengan menggunakan kertas las.
c. Untuk lapisan pertama, sapu cat dengan menggunakan berus cat yang lebar dan
melintangi urat kayu.
d. Setelah lapisan pertama kering, benda kerja disumbat dengan menggunakan
tepung penyumbat pada bahagian-bahagian yang cacat dan berlubang.
e. Biarkan lapisan tepung penyumbat kering. Kemudian, gosok permukaan dengan
kertas las gred 00 dan dibersihkan.
f. Untuk lapisan kedua, sapu cat selari dengan urat kayu.
- Kerja mengecat boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu disapu dengan berus,
menggunakan penggelek atau roller, dan menggunakan alat sembur yang dibantu oleh
mesin tekanan udara, tangki atau sembur dan hos getah.
- Terdapat beberapa jenis cat yang digunakan dalam kerja mengecat seperti cat berkilau
atau cat licauyang dibancuh menggunakan turpentin, cat emulsi atau cat yang dibancuh
dengan menggunakan air, dan cat distemper.
1) Cat Alas
Cat emulsi ialah sejenis cat yang berfungsi sebagai pengalas untuk menutup
lubang-lubang kecil pada permukaan kayu dan logam. Cara menggunakan alas
ialah:
70 | P a g e
Pilih warna cat alas yang sama atau hamper sama dengan cat
lincau yang akan digunakan nanti.
Setelah permukaan kayu disapu dengan cat alas, gosokkan
permukaan itu dengan kertas las selepas cat alas kering.
2) Cat Lincau
- Sejenis cat yang dibancuh dengan turpentin atau pelarut khas.
- Berfungsi untuk menghasilkan permukaan permukaan yangcantik serta berkilat.
- Memberi perlindungan pada permukaan benda kerja karana cat ini adalah kalis air dan
mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed.
- Cat lincau menjadi kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan.
- Kebaikannya adalah:
i. Senang digunakan
ii. Didapati dalam pelbagai
warna
iii. Boleh menahan haba
iv. Kalis air
v. Tahan lama
vi. Murah
vii. Cantik
viii. Berkilat
- Tiga lapisan diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan.
- Cat lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed dan plumbum merah sebagai
pewarna.
- Langkah-langkah mengecat:
a) Bersihkan permukaan kayu daripada habuk dan kotoran.
b) Menyapu lapisan asas
c) Menyumbat dengan tepung penyumbat
d) Menyapu lapisan cat alas dan dibiarkan kering
e) Gunakan kertas las gred 0 untuk meratakan lapisan cat alas
f) Menyapu lapisan kemasan dengan lapisan cat lincau.
- Cat lincau juga boleh digunakan dengan cara semburan. Langkah menyembur cat lincau
dengan menggunakan penyembur cat dan pemampat udara adalah:
a) Bersihkan permukaan kayub yang hendak disembur dengan cat.
71 | P a g e
b) Gunakan bahan pelarut turpentin untuk mencairkan cat alas kepada keadaan
yang sesuai untuk semburan. Semburkan permukaan kayu mestilah lebih
kurang 30cm. Semburan cat boleh dilakukan berulang kali sehingga mendapat
suatu lapisan permukaan yang licin dan berkilat. Pastikan lapisan lincau
benar-benar kering sebelum menyembur cat seterusnya.
- Selain menggunakan mesin pemampat udara, cat licau juga boleh digunakan kaedah
semburan tin bagi cat licau yang terdapat dalam tin. Langkah-langkah untuk menyembur
cat dengan kaedah semburan ialah:
a) Permukaan yang hendak dicat perlu dibersihkan daripada habuk dan kekotoran.
b) Satu lapisan cat alas disapu pada permukaan kayu dan dibiarkan kering.
c) Gosok dengan kertas las gred halus pada lapisan cat alas untuk meratakannya.
d) Goncang tin bekas cat sembur untuk memastikan campuran cat dan bahan pelarut
sebati. Semburan hendaklah dibuat pada jarak kira-kira 30cm dari permukaan kayu.
Mulakan dengan satu lapisan cat nipis dan biarkan kering.
e) Ulangi proses semburan sehingga mendapat lapisan permukaan cat yang licin dan
berkilat. Pastikan lapisan benar-benar kering sebelum semburan lapisan yang
berikutnya dilakukan.
4. Cat Emulsi
72 | P a g e
- Mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah dibancuh dengan air untuk
mencairkannya semasadigunakan.
- Jenis cat emulsi lateks ialah cat yang diperbuat daripada getah tiruan dan perlu dicairkan
dengan air apabila hendak digunakan untuk mengecat.
- Menghasilkan kemasan yang pudar dan proses pengeringan bagi cat emulsi ialah
memalui sejatan dan resapan.
- Cat ini mudah digunakan dengan caradisapu dengan berus, digelek dengan penggelek
atau disembur. Cat lapisan tidak diperlukan bagi kerja baru.
5. Cat Distemper
- Juga dikenali sebagai cat kapur. Cat ini dihasilkan dengan kapur mati dan dibancuhkan
dengan air serta sedikit nila supaya kelihatan putih.
f) Tona Kayu
- Tona kayu adalah bahan pewarna yang perlu dilarutkan dalam pelbagai perantaraan.
Terdapat jenis tona warna iaitu pewarna minyak, pewarna spirit dan pewarna air.
73 | P a g e
- Tona kayu digunakan untuk menggelapkan dan mengeluarkan susunan urat kayu dan
menyamakan kayu yang berlainan warna. Cara menggunakan tona kayu ialah:
a. Bersihkan permukaan kayu sebelum menyapu tona kayu.
b. Kacau tona kayu sehingga sebati.
c. Sapu lapisan tona kayu dengan berus pada permukaan kayu yang hendak
dikemaskan dan dibiarkan kering.
d. Gosok lapisan tona kayu dengan kertas las gred halus untuk meratakannya.
e. Satu lapisan tona kayu disapu dan ulangi proses terssebut sehingga mendapat
satu lapisan yang licin dan menarik.
- Pewarna minyak digunakan untuk mengilap lilin dan disapu bagi melarutkan pelumur di
dalam turpentin dan petrol.
- Pewarna spirit mesti dibancuh dengan syelek dan spirit bertujuan untuk menyamakan
permukaan kayu dan mendapatkan kemasan yang sekata.
- Pewarna air boleh digunakan terus pada permukaan kayu sebelum menyapu lekar. Ia
boleh disapu dengan menggunakan berus atau kain. Tona kayu lambat kering kerana ia
mempunyai pelbagai pelarut yang digunakan.
g) Lekar
- Lekar disapu selepas syelek dan ianya dapat mencegah permukaan kayu daripada
menjadi calar dan kusam. Lekar yang biasa digunakan terdiri daripada jenis resin.
h) Venir Kayu
- Merupakan kepingan kayu yang nipis bertujuan untuk menampal permukaan kayu.
74 | P a g e
- Ia menyerupai rupa kayu yang asli tetapi ia hanya perlu ditampal pada permukaan kayu
supaya kelihatan seperti urat kayu.
5. LAPORAN DALAM KERJA
KAYU
75 | P a g e
TAJUK AMALI: SPPE B1012- ASAS KETUKANGAN
NAMA PROJEK: RAK CENDERAMATA
BAHAN
1) 1 keping kayu 25 X 70 X 100.
2) 1 keping kayu 13 X 70 X 50.
3) 1 keping papan lapis 3 X 25 X 33
PERALATAN
Pensel penanda
Sesiku L
Pembaris keluli
76 | P a g e
Apit G
Gergaji Puting
Gergaji Lengkung Halus
Pahat Tepi Serong
Tukul Besi Warrington
Gandin Kayu
Pembenam Paku
77 | P a g e
Kikir Jarum
Paku Biasa
Pisau Penanda
Kikir pipih tirus
BAHAN DAN ALATAN KEMASAN
Kertas Las
78 | P a g e
Syelek
Tepung Penyumbat
79 | P a g e
80 | P a g e
LANGKAH KERJA
1) Langkah pertama, kayu yang hendak dipotong mestilah ditanda panjang yang
dikehendaki menggunakan pensil tukang. Untuk mendapatkan penandaan kayu yang
tepat, pembaris besi dan sesiku L digunakan.
2) Selepas menanda, kayu tersebut diapit pada apit G untuk kerja pemotongan.
Permukaan kayu dialas dengan kayu alas supaya tidak rosak kerana diapit dengan apit
G.
3) Pada tanda garisan yang hendak di potong ditoreh dengan mengunakan pisau penanda
supaya potongan kayu tidak tersasar.
4) Kayu yang telah ditanda dipotong dengan menggunakan gergaji puting
5) Pada bahagian yang hendak dipahat pula, dipahat dengan menggunakan pahat tepi
serong. Pahat diketuk dengan menggunakan gandin kayu.
6) Bahagian yang dipahat dikemaskan dengan menggunakan kikir pipih tirus dan kikir
jarum.
7) Sambung kepingan kayu yang telah dipotong dengan menggunakan paku.
8) Setelah kepingan kayu tersebut dipaku, pakukan pula rak yang separuh siap itu
dengan kepingan plywood.
9) Kemaskan setiap permukaan rak tersebut dengan kartas las dan tutup lubang pada
benda kerja dengan tepung penyumbat dan kemaskan dengan kertas las sekali lagi
10) Kemudian, rak yang telah siap disyelek sebanyak dua kali untuk mendapatkan hasil
yang menarik.
11) Setelah selesai, permukaan rak tersebut diratakan dengan menggunakan kertas las.
81 | P a g e
HASIL KERJA
82 | P a g e
6. RUJUKAN
Internet
http://www.scribd.com/doc/83021234/Folio-Projek-Kayu
http://www.slideshare.net/anaqi89/kerja-kemasan
http://tangkapgambar.blogspot.com/2011/04/kemasan-dalam-kerja-kayu.html
http://www.scribd.com/doc/2257376/BAHAN-KEMASAN
http://alatanbengkel.blogspot.com/2011/03/kemahiran-hidup-sekolah-rendah.html
http://www.slideshare.net/ideal90/alatan-tangan-dlm-kerja-kayu
http://khbf2.blogspot.com/2009/02/13-proses-rekabentuk.html
http://muhaidiikmsp.blogspot.com/p/kerja-kayu_30.html
http://download-macam-macam.blogspot.com/2010/08/alatan-tangan-dalam-kerja-kayu.html
http://www.docstoc.com/docs/59712577/ALAT-TANGAN-3
83 | P a g e
top related