fiqh sirah : gelaran al-amin dan perkahwinan khadijah

Post on 31-Oct-2014

786 Views

Category:

Education

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Maaf jika terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan...

TRANSCRIPT

GELARAN AL-AMIN DAN

PERKAHWINAN KHADIJAH

AHLI KUMPULAN:

MUNIRAH BINTI AB WAHAB D20071029171

NORAINAH BINTI RAHMATULLAHD20071029575

NORIZAN BTE HASSAND20071029606

GELARAN AL-AMIN

DISEBALIK GELARAN AL-AMIN,,,

• Sifat jujur dan amanah yang dimiliki oleh Rasulullah S.A.W. telah membolehkan baginda mendapat gelaran Al-Amin.

• Rasulullah S.A.W. juga telah memberikan sumbangan dan tenaga dalam peristiwa pembinaan Kaabah.

• Contoh: Rasulullah S.A.W. telah mengangkut batu-batu dengan tangan Baginda sendiri untuk membina Kaabah.

• Gelaran Al-Amin ini juga telah diperakui oleh Quraisy semasa berlakunya perselisihan mengenai perletakan Hajarul Aswad.

• Abu Umayyah bin al-Mughira dari Bani Makhzum memberi cadangan agar masalah yang dihadapi diselesaikan dengan melihat siapakah orang yang pertama memasuki pintu Shafa pada pagi keesokan hari.

• Orang tersebut ialah Muhammad Rasulullah SAW.

• Tatkala mereka melihat Rasulullah SAW adalah orang yang pertama memasuki tempat itu, mereka berseru, "Ini al-Amin, kami dapat menerima keputusannya."

DISEBALIK PERLETAKAN HAJARUL ASWAD,,,

KEBIJAKSANAAN RASULULLAH SAW

• Rasulullah memanggil wakil setiap kabilah• Wakil-wakil kabilah tersebut dipinta untuk

memegang setiap penjuru kain (Kain tersebut adalah serban Nabi Muhammad SAW)

• Mereka  bersama-sama membawa kain tersebut ke tempat batu itu akan diletakkan.

• Lalu Rasulullah SAW mengeluarkan batu itu dari kain dan meletakkan batu tersebut pada tempatnya. Dengan demikian perselisihan itu berakhir dan bencana dapat dihindarkan.

HIKMAT PEMBINAAN KAABAHPerselisihan telah berakhir.

Bencana dapat dihindarkan.

Dapat mengelakkan masalah kecurian barang berharga

FIQH SIRAH

• Sifat-sifat mulia yang terdapat pada Rasulullah S.A.W perlu dijadikan ikutan mukmin masa kini

• Setiap permasalahan, ada jalan penyelesaiannya

• Dalam menjayakan sesuatu yang baik, semua orang perlu bergabung tenaga tanpa mengira bangsa, kaum dan agama

• Peribadi mulia Rasulullah S.A.W tidak dapat ditandingi oleh sesiapa

PERKAHWINAN DENGAN SAYYIDAH KHADIJAH

LATAR BELAKANG KHADIJAH BINTI KHUWAILID

• Puteri dari Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushay bin Kilab al-Qurasyiyah al-Asadiyah.

• Digelar Ath-Thahirah-yang bersih dan suci.

• Dilahirkan kira-kira 15 tahun sebelum tahun fill (tahun gajah).

• Seorang saudagar yang masyhur dan berharta.

• Merupakan wanita pertama yang memeluk agama Islam.

• Sebelum berkahwin dengan Rasulullah S.A.W, Khadijah telah berkahwin dengan Abu Halah bin Zurarah At-Tamimi. Dikurniakan dua orang anak yang bernama Halah dan Hindun

• Beliau juga pernah berkahwin dengan Atiq bin ‘A’id bin Abdullah Al-Makhzum. Dikurniakan dua anak iaitu Abdullah dan Jariah.

~ Memiliki peribadi mulia~ Seorang yang dermawan~ Sabar, tabah, cekal, penyayang~ Berfikiran kreatif~ Seorang isteri yang solehah, setia dan

jujur

SIFAT-SIFAT PERIBADI:

- Sokongan dan dorongan - Menyumbangkan semua harta

untuk Islam - Memahami tanggungjawab

suaminya- Memberi keyakinan kepada

Rasulullah SAW

SUMBANGAN :

PERKAHWINAN KHADIJAH DENGAN RASULULLAH SAW

• Khadijah merupakan seorang peniaga yang terkenal.

• Beliau menawarkan kepada Nabi Muhammad SAW supaya memperdagang hartanya ke negeri Syam.

• Beliau memilih Nabi Muhammad SAW kerana baginda seorang yang terkenal dengan sifat jujur,beramanah,berakhlak mulia.

• Nabi Muhammad SAW dibantu oleh Maisarah

• Dalam perniagaan ini Nabi Muhammad SAW telah membawa keuntungan besar.

• Khadijah menjadi lebih kagum dengan sifat amanah dan kejujuran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW

• Beliau menawarkan dirinya untuk disunting Nabi Muhammad SAW melalui kawannya Nafisah.

• Lamaran itu diterima oleh Nabi Muhammad SAW.

• Maka Rasulullah S.A.W dan Khadijah mendirikan rumahtangga yang bahagia dan juga tidak kurang rintangannya.

• Khadijah telah menjadi seorang isteri yang solehah dan sentiasa bersama dengan Nabi Muhammad SAW di saat suka mahupun duka.

• Ketika berkahwin, Khadijah berusia 40 tahun dan Nabi Muhammad SAW berusia 25 tahun.

• Perkahwinan Rasulullah S.A.W dengan Khadijah telah menghasilkan keturunan hanya enam orang, iaitu: Kasim, Zainab, Rukayyah, Ummu Kalthum, Fatimah, dan Abdullah.

• Nabi Muhammad SAW bersama dengannya sebagai suami isteri selama 25 tahun

• (15 tahun sebelum menerima wahyu pertama dan 10 tahun kemudian)

• Khadijah wafat pada usia 65 tahun dan tahun berkenaan dikenali sebagai tahun dukacita.

FIQH SIRAH• Contoh terbaik ibu mithali dan

seorang isteri yang patuh dan taat kepada suami

• Kasih sayang dan saling memahami akan menjanjikan keharmonian rumahtangga

• Kepentingan isteri yang matang tidak terikat dengan unsur keduniaan dan materialistik dan tidak menjadi penghalang dalam kerja dakwah Islam

KESIMPULAN• Nabi Muhammad S.A.W tokoh yang paling disegani dan

menjadi ikutan hingga akhir zaman• Sifat-sifat yang menghiasi Nabi Muhammad S.A.W adalah

cerminan dari Kitabullah Al- Quran• Firman Allah SWT yang bermaksud dalam Surah Al-Ahzab

ayat 21 :

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah Itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan dia banyak menyebut Allah SWT

• Nabi Muhammad S.A.W seorang yang jujur,amanah,adil,bijaksana dan berakhlak mulia dan dengan sifat-sifat yang mulia ini baginda mendapat gelaran Al-Amin

• Sayyidah Khadijah menjadi inspirasi wanita dunia yang begitu teguh iman dan pendirian,amat setia,beramanah dan bertanggung jawab serta menjadi ibu yang terbaik.

• Sayyidah Khadijah meninggalkan segala kemewahan demi keimanan kepada Allah dan RasulNya serta memberikan perlindungan dan pembelaan kepada suaminya.

Syukron,,,

top related