faktor yang mempengaruhi cuaca & iklim malaysia

Post on 25-May-2015

4.358 Views

Category:

Education

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

KT Tahun 5 Faktor2 yg mempengaruhi cuaca dan iklim Malaysia

TRANSCRIPT

FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI CUACA

& IKLIM DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH CIKGU HUSNA

Kedudukan Geografi

Angin dan hujan

Ketinggian dari aras laut

Kepulauan

4 Faktor yang mempengaruhi cuaca dan iklim di Malaysia

Kedudukan Malaysia di kawasan Khatulistiwa menyebabkannya tidak mengalami kemarau yang melampau.

Malaysia menerima pancaran matahari sepanjang tahun dengan purata enam jam sehari.

Malaysia juga berkeadaan lembap sepanjang tahun.

Kedudukan Geografi

Malaysia juga bebas daripada ancaman taufan dan siklon tropika disebabkan oleh kedudukan.

Biasanya, kawasan yang dipengaruhi oleh angin siklon tropika ialah antara garisan lintang 6°U hingga 20°U. Siklon tropika merupakan ribut kencang yang bertiup menuju ke kawasan tekanan rendah di lautan tropika

Angin dan Hujan

Suhu kawasan Subang Jaya adalah lebih tinggi berbanding dengan suhu di Tanah Tinggi Cameron .

Min suhu tahunan di Subang Jaya ialah 27.7*C,manakala min suhu tahunan di Tanah Tinggi Cameron ialah 17.8*C.Keadaan ini disebabkan oleh Tanah Tinggi Cameron terletak di kawasan tanah rendah(40m).

Suhu turun dengan kadar 1*C bagi setiap kenaikan 165 meter .

Ketinggian dari aras laut

Kesimpulannya , suhu tempatan di Malaysia dipengaruhi oleh ketinggian.Lapisan udara yang lebih hampir dengan permukaan bumi lebih banyak dipanaskan oleh haba dari bumi .Lapisan udara yang semakin tinggi kurang mendapat haba dari bumi. Oleh itu ,kawasan yang lebih tinggi mempunyai suhu yang lebih rendah .

Malaysia dikelilingi oleh kawasan laut yang luas. Pada waktu siang,kawasan laut yang lambat menerima haba(panas) merendahkan suhu di kawasan pinggir pantai dan menjadikannya sederhana panas .Keadaan tersebut dipengaruhi oleh bayu laut .

Kepulauan

Pada waktu malam, kawasan laut yang lambat kehilangan haba(sejuk) meninggikan suhu di kawasan pinggir pantai dan menjadikan sederhana sejuk .

Keadaan tersebut dipengaruhi oleh bayu darat. Sifat kepulauan dan proses penyederhanaan laut menyebabkan Malaysia mengalami julat suhu tahunan yang kecil.

top related