faktor perang dunia ke 2
Post on 21-Jun-2015
278 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Azam Faizul
PERANG DUNIA KE-II
Perang Dunia Kedua meletus pada tahun 1939 dan berlarutan
sehingga tahun 1945. PD2 bukan hanya melibatkan negara-negara
di Eropah sahaja malah melibatkan negara di Asia dan
Kepulauan Pasifik.
Perang yang melibatkan dua
kuasa utama iaitu Kuasa Berikat dan Kuasa Paksi ini dikatakan lanjutan daripada PD1 yang
tercetus pada tahun 1914-1918.
Perjanjian Versailles yang berat sebelah
Pertentangan Ideologi
Kemelesetan Ekonomi Dunia
Dasar / Pendirian negara terlibat
Gerakan nasionalisme yang melampau di Jepun
Kepentingan Ekonomi
Isu keselamatan negara Jepun
Faktor Berlaku Perang
Dunia Ke-II
Jerman yang kalah dalam PD1, menganggap syarat Perjanjian
Versailles berat sebelah. Jerman menganggap perjanjian tersebut merupakan satu hinaan
kepada mereka.
1. PERJANJIAN VERSAILLES YANG BERAT SEBELAH
PENCABULAN ADOLF HITLER DALAM SYARAT PERJANJIAN VERSAILLES
Menubuhkan Tentera
Udara Jerman
Memasukkan Austria ke
dalam Jerman
Menyerang dan berjaya menakluki
Czechoslovakia
Menyerang Poland
Menghidupkan semula dasar
kerahan tenaga bagi membentuk
pasukan tentera.
Menawan wilayah
Rhineland dan Saar yang diserahkan
kepada Perancis.
2. PERTENTANGAN IDEOLOGI [DEMOKRASI VS FASISME / NAZISME]
Kemunculan ideologi baru mencabar ideologi demokrasi yang diamalkan oleh negara2 di
Eropah. Ideologi Fasisme dan Nazisme yang muncul sekitar tahun 1920-an telah
menggugat kestabilan politik di Eropah.
Sebagai contoh, Benito Mussolini tidak menghiraukan kecaman antarabangsa
dengan menakluki Habsyah. Malah beliau bercita-cita menguasai Albania dan tanah jajahan Perancis di Afrika Utara. Beliau
menggunakan kekerasan dan senjata kimia bagi menghadapi tentangan penduduk
tempatan
3. KEMELESETAN EKONOMI DUNIA
Dasar atau pendirian negara pada ketika itu banyak mendorong kepada
tercetusnya PD2. Pada ketika itu, setiap negara cuba menonjolkan diri
@ bersaing untuk mengatasi satu sama lain sama ada dari segi ekonomi
mahupun politik. Situasi ini secara tidak langsung mencetuskan suasana
tegang di antara negara terbabit.
4. DASAR / PENDIRIAN NEGARA TERLIBAT
Kita Ikki merupakan seorang pelampau yang mempelopori aliran baharu nasionalisme di
Jepun. Beliau berpendapat pembentukan semula negara Jepun oleh tentera atas nama maharaja perlu dilakukan. Beliau menolak
amalan demokrasi Barat dan Parlimen Jepun yang mudah terjebak dalam amalan rasuah.
Aliran ini menyebabkan berlakunya pergeseran antara parti pemerintah dengan
golongan tentera
5. GERAKAN NASIONALISME YANG MELAMPAU DI JEPUN
Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 menyebabkan golongan petani dan rakyat Jepun dibebani kemiskinan. Petani
yang tidak berpuas hati dengan pemerintah akhirnya telah menyatakan sokongan
kepada tentera. Pada tahun 1936, golongan tentera memberontak dan berjaya
menguasai kerajaan. Kerajaan Jepun kemudiannya berusaha mempersiapkan diri
untuk menghadapi peperangan.
Dasar Pemodenan Meiji berjaya memacu ekonomi Jepun sehingga menjadi negara industri yang kuat. Bagi mendapatkan
bekalan bahan mentah dan pasaran, Jepun telah melaksanakan dasar imperialisme.
China dan Manchuria menjadi sasaran Jepun. Belanda, Britain, AS dan Perancis bimbang dasar imperialisme Jepun ke kawasan lain
seperti Indo-China dan Asia Tenggara menjejaskan kepentingan mereka.
6. KEPENTINGAN EKONOMI
Kebangkitan Jepun sebagai kuasa ekonomi [penghujung abad ke-19]
dan dasar imperialisme yang dijalankan menyebabkan Jepun berdepan tekanan kuasa Barat
seperti AS, Britain dan Rusia. Yoshida Shoin, iaitu tokoh intelek Jepun
menegaskan bahawa Jepun perlu memperkukuhkan pertahanannya.
7. ISU KESELAMATAN NEGARA JEPUN
Yamagata Aritomo iaitu salah seorang pemimpin kerajaan Meiji dan juga
pengasas tentera Jepun moden mengetengahkan konsep garis
kepentingan negara. Konsep garis kepentingan negara merujuk kepada
kawasan bersempadanan @ berhampiran dengan Jepun dianggap mempengaruhi
keselamatan Jepun. Oleh itu, garis kepentingan negara ini wajar
diperkukuhkan.
Penekanan ke atas konsep ini menyaksikan Jepun cuba meluaskan
garis kepentingan negara dengan menyerang Rusia [1905], Korea [1910], China [1895 & 1937],
Manchuria [1932], Indo-China dan Asia Tenggara [1941].
Berbeza dengan PD1, PD2 melibatkan lebih banyak negara dan kesan yang lebih dahsyat. Sikap saling curiga, nasionalisme yang melampau dan
persaingan yang tidak sihat terutama dalam bidang politik dan ekonomi merupakan antara pencetus PD2.
KESIMPULAN
Terdapat negara seperti Jepun dan Jerman yang memang telah bersiap sedia dari awal untuk menghadapi
sebarang peperangan. Faktor inilah yang menyebabkan sekali lagi sejarah
perang besar dunia dicatatkan.
top related