faktor penyerahan sns kepada british
Post on 26-Dec-2015
37 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
2. Jelaskan faktor-faktor penyerahan Sabah dan Sarawak kepada British dan Reaksi penduduk tempatan terhadap penyerahan tersebut.
Disediakan oleh:Chew Min Shan
Jamie Lee Jia ChyiSia Yiik Siau
Faktor penyerahan Sarawak kepada British
• Tidak mempunyai pengganti yang berwibawa, iaitu waris lelaki untuk menggantikannya.
• Umur Charles Vyner Brooke sudah uzur dan ingin bersara.• Hal ini menyebabkan dia tidak dapat mentadbir Sarawak
dengan cekap. • Charles Vyner Brooke enggan meberi peluang kepada
Anthony Brooke mengambil alih pemerintahan Sarawak.
Pertikaian Keluarga Brooke
• Sarawak mengalami kemusnahan akibat peperangan.• Charles Vyner Brooke tidak mempunyai sumber kewangan
yang mencukupi untuk membangunkan Sarawak selepas perang.
Masalah kewangan
• Sebelum perang, Vyner Brooke enggan menyerahkan Sarawak kepada British.
• British mendesak Brooke menyerahkan Sarawak supaya pelaburan mereka terjamin.
Desakan kerajaan British
Reaksi Penduduk Sarawak Terhadap Penyerahan Sarawak Kepada British
Penyerahan Sarawak dibantah oleh Melayu dan Iban.
Masyarakat Melayu diketuai oleh Datu Patinggi dan Abang Haji Adbdillah (ketua datu Melayu dan kaum Melayu terpelajar).
Bantahan tersebut disertai oleh:
i. Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS),
ii. Barisan Pemuda Melayu Sibu (BPM),
iii. Barisan Pemuda Sarawak (BPS)
iv. Persatuan Dayak Sarawak (PDS)
Golongan anti-penyerahan menghantar surat bantahan, kawat dan telegram kepada kerajaan British.
British tidak mengendahkan bantahan tersebut.
Setiap kampung dikerah membuat poster dan sepanduk.
Kaum wanita juga terlibat dalam demonstrasi.
i. Kaum ibu PKMS pimpinan Cikgu Lily Eberwein ke kawasan pedalaman untuk mendapatkan sokongan Iban.
ii. Puan Syarifah Hajah Sipah Tuanku Othman, Dayang Fauziah dan Cikgu Abol juga merupakan wakili kaum ibu BPM menentang penyerahan Sarawak .
British mendapati kebanyakkan pemimpin gerakan anti-penyerahan Sarawak terdiri daripada kakitangan kerajaan khususnya guru Melayu.
British mengeluarkan Notis Pekeliling No.9. untuk memberi amaran kepada kakitangan kerajaan supaya tidak melibatkan diri dalam gerakan anti-penyerahan.
Implikasi pengeluaran Notis Pekeliling No.9:
i. 338 kakitangan kerajaan meletakkan jawatan yang terdiri daripada sebilangan besar terdiri daripada guru Melayu.
ii. 22 sekolah kerajaan terpaksa ditutup.
iii. 56 orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak meninggalkan pengajian mereka.
Tunjuk perasaan terbesar di Kuching untuk membantah perlantikan Gabenor Sarawak.
Gerakan penentangan semakin hebat apabila Barisan Pemuda Melayu (BPM) Sibu mengadakan perhimpunan.
British menggalakkan penubuhan Young Malay Association (YMA).
i. YMA menyokong penyerahan Sarawak kepada British.
ii. YMA ambil ahli baru daripada golongan anti-penyerahan.
iii. British melaga-lagakan orang Melayu dengan orang Dayak agar kedua-dua pihak bertelagah.
Golongan muda dalam BPM Sibu bertemu secara sulit dan telah menubuhkan Kumpulan Rukun 13.
i. Rukun 13 dianggotai ahli BPM yang radikal.
ii. Rosli Dhobi telah menulis sajak dalam Utusan Sarawak dengan menggunakan nama samaran Lidros.
iii. Semasa Gabenor Sarawak kedua, Sir Duncan Stewart mengadakan lawatan rasmi ke Sibu, Rosli Dhobi menikam Duncan Stewart.
iv. Rosli Dhobi, Morshidi Sidek, Awang Rambli dan Bujang Suntong telah dijatuhi hukuman gantung.
• British mengharamkan Persatuan Melayu Sarawak.
Faktor-faktor Penyerahan Sabah Kepada British Pada 15
Julai 1946
• Pelabur dan pemodal Eropah ini telah mendesak kerajaan British melindungi pelaburan mereka di Sabah.
• Pihak British merasakan bertanggungjawab menjaga kepentingan warganegara dan pelaburannya di Sabah.
Desakan pelabur dan pemodal
Eropah
• Sabah merupakan pembekal sumber bahan mentah seperti kayu balak, kelapa kering, tembakau dan hasil tradisional.
• Sabah telah menjadi tempat pasaran barangan keluaran Britain.
Mengeksploitasi sumber bahan
mentah
• Selepas pendudukan Jepun di Sabah, banyak kemusnahan yang telah berlaku sehingga menyebabkan SBUB memerlukan modal yang banyak bagi menampung kos pembaikpulihan Sabah.
• Oleh sebab masalah kewangan yang tidak mencukupi, SBUB telah bertindak dengan menyerahkan Sabah kepada kerajaan British pada 15 Julai 1946.
Kelumpuhan ekonomi selepas
Perang Dunia Kedua
Reaksi Penduduk Sabah Terhadap Penyerahan Tersebut
• Penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat tentangan hebat daripada penduduk tempatan kecuali waris Sultan Sulu yang menganggap Sabah miliknya.
Kurang berpendidikan
• tidak memahami tujuan sebenar Sabah diserahkan.
Berpuas hati terhadap
pemerintahan British
• pihak British juga telah melakukan kemajuan dari segi sosial dan ekonomi yang membawa kesenangan kepada rakyat Sabah.
Golongan yang berada juga mempunyai
kewangan yang stabil
• menyebabkan mereka menyukai pentadbiran British di Sabah.
Faktor-faktor penyerahan Sabah tidak mendapat tentangan yang berkesan
Pertubuhan bercorak
sosio-politik
Persatuan Pemuda Labuan,
Persatuan Pemuda Jesselton yang pro-Indonesia
bertujuan meningkatkan taraf sosial, politik dan ekonomi masyarakat
peribumi Sabah
Persatuan Kebangsaan Melayu
Labuan (PKML)
berjuang untuk memperbaiki
keadaan politik dan ekonomi Sabah
Barisan Pemuda (BARIP)
adalah untuk menyatupadukan
semua anak negeri sebagai satu
bangsa Borneo.
BARIP dan PKML telah berkerjasama dalam pelbagai kegiatan sosial dan kebajikan bagi membela nasib Orang
Melayu Borneo. Tetapi perjuangan ini lemah akibat tekanan yang berterusan daripada pihak British.
top related