ess 222 aktiviti kokurikulum e30203120438 elizawaty ramlee
Post on 18-Jun-2015
3.044 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TUGASAN
MEI 2013 SEMESTER
KOD KURSUS ESS 222
NAMA KURSUS AKTIVITI KOKURIKULUM
PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR ELIZAWATY BINTI RAMLEE
NO. MATRIK E 30203120438
NAMA FASILITATOR AKADEMIK
EN. WAN MOHD KHAIRUL BIN WAN ISA
PUSAT PEMBELAJARAN AeU CAWANGAN JOHOR BAHRU
1
ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 PENGENALAN 2
2 BAHAGIAN APENDAPAT MURID
3 – 9
3 LAPORAN PERTANDINGAN BOLA JARING ANTARA AHLI KELABANJURAN KELAB BOLA JARING
1.0 MATLAMAT, OBJEKTIF DAN OBJEKTIF KHUSUS2.0 PENGURUSAN MESYUARAT3.O PENGURUSAN FAIL
10 – 11
4 LAPORAN KEGIATAN- STATUS PELAKSANAAN PROGRAM- LAPORAN PROGRAM
1213 – 15
5 PENILAIAN 16
6 PENGURUSAN KEWANGAN 16
7 REFLEKSIa. Kekuatanb. Kelemahanc. Penambahbaikan
17 - 18
8 LAMPIRAN 19 - 34
9 RUJUKAN 35
2
PENGENALAN
Kegiatan Kokurikulum merupakan sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan.
Kementerian Pelajaran telah mewajibkan semua sekolah melaksanakan
kegiatan kokurikulum ( Seksyen 18 Akta Pendidikan 1996)- Akta 550. Keenggan
melaksanakannya boleh dikenakan penalty ( Seksyen 135, Akta Pendidikan 1996).
Sehubungan dengan itu, semua guru hendaklah terlibat bagi memastikan keberkesanan
pelaksaan gerak kerja kokurikulum di sekolah. Hal ini termaktub dalam Perkara 5.2 dalam
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985. Oleh itu, penyertaan murid dalam kokurikulum di
sekolah adalah WAJIB ({ Perkara 5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS) 8591/Jld
II(29)} Penyertaan murid kegiatan kokurikulum akan direkod dan diberi penilaian.
Dalam melaksanakan tugasan yang diberikan, saya telah memilih lima orang responden
untuk menjawab beberapa soalan yang dikemukakan. Kaedah yang saya jalankan ialah,
temubual dan menjawab soalan secara bertulis. Kriteria murid yang saya pilih adalah murid
yang aktif dalam bidang Sukan dan Permainan, Unit Beruniform, dan Persatuan . Kelima-
lima responden ini pernah mewakili sekolah dan juga sehingga peringkat zon.
Bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam bahagian B, saya telah memilih Kelab
Bola Jaring di sekolah saya. Kelab Bola Jaring sekolah saya, merupakan salah satu Kelab
yang aktif dan beberapa orang pemainnya kerap dipilih untuk mewakili peringkat zon.
Selain itu, Kelab Bola Jaring mempunyai jurulatih yang berpengalaman luas dalam bidang ini
serta seringkali menjadi jurulatih di peringkat Zon dan Negeri.
3
PENDAPAT MURID TENTANG PENGLIBATAN
DALAM AKTIVITI KO-KURIKULUM
Murid A
Murid A merupakan ahli kelab permainan bola sepak, persatuan Bahasa Inggeris dan
pengakap. Beliau amat meminati aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah pada
setiap hari Sabtu. Menurut Murid A, melalui aktiviti permainan bola sepak beliau dapat
meningkatkan kemahirannya sekaligus melayakkan beliau mewakili sekolah sehingga ke
peringkat daerah. Beliau menambah bahawa kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah
telah mencukupi dan lengkap untuk memastikan aktiviti permainan bola sepak dapat
dilaksanakan dengan lancar seperti padang, bola, tiang gol, jersi dan guru penasihat yang
berkaliber.
Selain itu, Murid A juga merupakan ahli persatuan Bahasa Inggeris. Menurut Murid
A, beliau memperoleh banyak faedah melalui aktiviti persatuan Bahasa Inggeris. Antara
aktiviti yang disertai olehnya ialah Letter Building, Spelling Bee, Crossword Puzzle, Public
Speaking dan banyak lagi. Manakala faedah yang diperoleh ialah beliau dapat menambah
kosa kata, lebih yakin berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, menulis esei dengan baik dan
lain-lain. Selain daripada aktiviti individu, terdapat juga aktiviti kumpulan seperti melukis
mural dan projek.
Murid A seorang merupakan individu yang aktif dan lasak. Oleh itu, beliau memilih
pengakap sebagai unit badan beruniform. Beliau amat meminati pengakap kerana terdapat
pelbagai aktiviti yang mencabar seperti merentas desa, pertolongan cemas, ikhtiar hidup dan
banyak lagi. Bertepatan dengan slogan pengakap “Buat Habis Baik” dan “Tolong Orang
Setiap Masa” melatih murid A menjadi individu yang baik dan sentiasa menolong orang.
Murid A menyatakan bahawa kemudahan seperti khemah dan tali amat menyumbang kepada
aktiviti pengakap sama ada pada hari Sabtu mahupun semasa aktiviti tahunan seperti
perkhemahan tahunan.
Walaupun jarak rumah Murid A dengan sekolah lebih kurang 5 km namun beliau
tidak menghadapi sebarang masalah untuk menghadiri ko-kurikulum di sekolah. Ibu bapa
beliau amat menyokong penglibatannya dalam aktiviti ko-kurikulum dengan menghantarnya
ke sekolah setiap hari Sabtu.
4
Murid B
Murid B telah memilih permainan badminton, persatuan seni dan kebudayaan dan
pandu puteri sebagai aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Menurutnya, beliau tidak pandai
bermain badminton namun minat untuk mempelajarinya. Oleh itu, beliau telah memilih
badminton sebagai aktiviti permainan di sekolah. Walaupun beliau tidak dapat memiliki raket
sendiri namun kemudahan raket dan bulu tangkis yang disediakan oleh pihak sekolah
mencukupi untuk kegunaan semua ahli kelab badminton. Walaupun belum setahun mengikuti
permainan badminton di sekolah beliau telah dapat menguasai kemahiran asas seperti servis
dan mengangkat bulu tangkis.
Murid B amat meminati bidang seni dan kebudayaan terutamanya tarian. Menurut
beliau lagi, aktiviti tarian dapat meningkatkan kesedaran tentang warisan negara dan
membentuk disiplin diri. Beliau juga menyatakan bahawa guru penasihat persatuan seni dan
kebudayaan merupakan seorang guru yang berkebolehan dalam bidang kesenian. Oleh itu,
banyak ilmu yang dapat diperoleh semasa aktiviti ko-kurikulum dilaksanakan. Namun,
kemudahan seperti pentas dan kelengkapan tarian seperti pakaian, perhiasan dan alat muzik
adalah kurang memuaskan. Ini kerana pihak sekolah tidak menitikberatkan kelengkapan seni
dan kebudayaan kerana jarang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut di luar
sekolah. Antara aktiviti kesenian yang difokuskan ialah dikir barat dan koir.
Selain itu, sebagai seorang murid perempuan Murid B amat menggemari pandu
puteri. Beliau berpendapat unit badan beruniform pandu puteri amat sesuai dan bertepatan
dengan dirinya. Aktiviti yang dilaksanakan tidak terlalu lasak dan banyak mendidik diri
supaya berdisiplin. Murid B pernah mengikuti perkhemahan unit badan beruniform di
sekolah dan menyatakan bahawa kemudahan yang disediakan adalah memuaskan seperti
khemah, peralatan memasak, tali untuk aktiviti ikatan dan pelbagai lagi.
Murid B berpendapat aktiviti ko-kurikulum kurang dijalankan kerana sekolah sering
mengadakan program lain pada hari Sabtu. Walaupun demikian, ibu bapa Murid B memberi
galakan dan membenarkannya untuk mengikuti ko-kurikulum pada hari Sabtu.
Memandangkan jarak rumah Murid B ke sekolah hanyalah 300 m maka beliau berbasikal ke
sekolah. Beliau berharap aktiviti ko-kurikulum dapat dijalankan dengan lebih kerap supaya
pelbagai aktiviti dalam kelab dan persatuan dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.
5
Murid C
Murid C telah memilih permainan hoki, persatuan Sains dan Matematik dan unit
badan beruniform Persatuan Bulan sabit Malaysia (PBSM) untuk aktiviti ko-kurikulum di
sekolah. Beliau amat meminati permainan hoki. Menurut beliau, guru penasihat akan
membahagikan aktiviti kepada dua sesi iaitu sesi teori dan sesi praktikal. Semasa sesi
praktikal setiap murid akan diberikan kayu hoki untuk mempelajari cara membuat pukulan
yang betul. Murid C mendapati kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah melalui unit
ko-kurikulum amat memuaskan dan mencukupi bagi menampung bilangan ahli permainan
hoki. Ia turut mendidik setiap ahli agar sentiasa berdisiplin dan bermain dalam satu pasukan.
Murid C amat lemah dalam subjek Matematik. Oleh itu, beliau telah memilih
persatuan Sains dan Matematik bagi membantu meningkatkan kefahamannya dalam subjek
Matematik. Murid C amat meminati dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang
dilakasanakan oleh guru penasihat seperti kuiz, teka silang nombor, seni dan kreatif dalam
Sains, poster, jualan penanda buku dan lukisan mural. Ternyata Murid C amat menggemari
aktiviti-aktiviti yang berbentuk praktikal dan permainan dalam kumpulan.
Murid C telah memilih PBSM sebagai unit badan beruniform walaupun beliau tidak
memiliki pakaian seragam yang lengkap. Murid C amat meminati bidang perubatan dan
berazam menolong orang yang dalam kesusahan. Menurut Murid C, kelengkapan dalam
PBSM di sekolah adalah tidak lengkap seperti peralatan bantuan kecemasan. Ini
menyukarkan setiap ahli menjalankan latihan praktikal seperti CPR atau balutan luka. Selain
itu, Murid C juga mengatakan bahawa kekurangan ubat-ubatan menyebabkan pihak sekolah
tidak mempunyai peti kecemasan yang lengkap. Ini menyukarkan ahli PBSM memberi
bantuan kepada murid lain seperti semasa hari sukan kerana kekurangan latihan dan ubat-
ubatan.
Ibu bapa Murid C amat menggalakkan penglibatan anaknya dalam aktiviti ko-
kurikulum dan menghantar Murid C sendiri ke sekolah pada hari Sabtu. Murid C tidak
menghadapi masalah dari segi kewangan mahupun masa dan tidak pernah ponteng
menghadiri aktiviti ko-kurikulum.
6
Murid D
Murid D pula memilih permainan bola baling, persatuan Bahasa Melayu dan unit
badan beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS). Murid D merupakan seorang murid yang
lasak dan aktif. Beliau meminati permainan bola baling dan pernah mewakili rumah sukan
dalam karnival sukan dan permainan peringkat sekolah. Menurut Murid D, kelengkapan bola
baling amat memuaskan dan membenarkan setiap ahli menjalani latihan praktikal dengan
baik semasa aktiviti ko-kurikulum.
Selain itu, Murid D juga amat meminati subjek Bahasa Melayu dan sering memasuki
pertandingan seperti pidato dan menulis esei. Menurut Murid D, melalui aktiviti yang
dijalankan oleh guru penasihat persatuan Bahasa Melayu ia banyak membantu Murid D
dalam penulisan esei. Contohnya, aktiviti seperti kaya bahasa, permainan bahasa dan celik
kosa kata dapat memperkayakan perbendaharaan kata Murid D.
Murid D amat meminati aktiviti yang mencabar dan seiring dengan aktiviti-aktiviti
yang dilaksanakan dalam KRS ia dapat meningkatkan tahapm ketahanan Murid D dari aspek
mental dan fizikal. Walaupun Murid D masih belum memiliki baju seragam yang lengkap
namun beliau amat menyukai aktiviti yang diatur oleh guru penasihatnya. Tambahan lagi,
Murid D dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan semangat setia kawan sesama
ahli kumpulan. Menurut Murid D lagi, kelengkapan untuk melaksanakan aktiviti KRS amat
memuaskan.
Ibu bapa Murid D amat menggalakkan penyertaan anaknya dalam aktiviti ko-
kurikulum seperti memberi sumber kewangan untuk membeli t-shirt KRS.
7
Murid E
Murid E amat meminati aktiviti ko-kurikulum di sekolah kerana beliau merupakan
seorang murid yang aktif dan pernah mewakili sekolah dalam pertandingan bola jaring.
Menurut beliau, melalui aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab bola jaring timbul minat untuk
mendalami pelbagai kemahiran seperti kemahiran menghantar dan menerima bola,
menjaring, mengawal dan gerak kaki. Walaupun ada segelintir murid yang mengatakan
bahawa permainan bola jaring amat sukar kerana mempunyai pelbagai peraturan yang ketat
namun tidak bagi beliau. Selain minat yang sedia ada, beliau turut mengatakan bahawa guru-
guru penasihat kelab bola jaring amat berkebolehan dan berpengalaman dalam teknik-teknik
permainan bola jaring. Secara tidak langsung guru-guru berpengalaman ini dapat
membimbing murid terutamanya dalam kelab bola jaring dengan baik. Semasa mengikuti
aktiviti ko-kurikulum pada setiap hari Sabtu, beliau menyatakan bahawa sesi aktiviti
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sesi teori dan sesi praktikal. Semua peralatan untuk
permainan bola jaring adalah lengkap seperti gelanggang, bola, tiang gol dan bip. Oleh yang
demikian, beliau dan rakan-rakan dapat menjalani aktiviti ko-kurikulum dengan lancar.
Selain aktiviti permainan, beliau turut merupakan ahli persatuan Didik Bistari.
Melalui didik bistari beliau diajar tentang konsep perniagaan. Antara aktiviti yang menarik
minat beliau ialah terlibat dalam aktiviti jualan di sekolah seperti jualan sempena hari sukan,
jualan setiap hari Rabu dan lain-lain lagi. Murid E berpendapat penglibatannya dalam
persatuan didik bistari telah membina keyakinan diri serta sikap tidak berputus asa. Beliau
dan rakan-rakan mendapat tunjuk ajar daripada guru penasihat tentang selok-belok dalam
menjalankan aktiviti perniagaan. Persatuan Didik Bistari merupakan salah satu persatuan
yang aktif di sekolah Murid E.
Murid E telah memilih Persatuan Puteri Islam sebagai unit badan beruniform dalam
ko-kurikulum. Beliau berpendapat persatuan tersebut dapat menjadikan beliau seorang insan
yang berilmu, beramal dan berguna kepada ibu bapa, sekolah dan negara. Menurut Murid E
lagi, penglibatannya dalam persatuan puteri Islam banyak mendidik beliau agar menjadi
individu yang khamil. Antara aktiviti persatuan yang menarik minat beliau ialah nasyid,
memasak, menjahit, seni kreatif, gotong-royong dan banyak lagi. Tambahan lagi, kemudahan
8
yang lengkap telah memudahkan ahli persatuan melaksanakan aktiviti yang dirancang dengan
lancar.
Murid E tidak menghadapi apa-apa masalah untuk mengikuti aktiviti ko-kurikulum di
sekolah kerana mendapat sokongan daripada ibu bapa yang sedia menghantar beliau setiap
kali aktiviti ko-kurikulum pada hari Sabtu. Namun, Murid E sedikit kecewa kerana aktiviti
ko-kurikulum tidak dapat dilaksanakan pada setiap hari Sabtu sekiranya pihak sekolah
mempunyai program yang lain. Murid E menyatakan antara faedah yang diperoleh ialah
dapat mengisi masa lapang, bertemu dengan rakan, menambah ilmu pengetahuan dan
meningkatkan kemahiran bersosial dan berkomunikasi.
9
Bahagian B
LAPORAN PERTANDINGAN BOLA JARING ANTARA AHLI KELAB
ANJURAN
KELAB BOLA JARING
2012
1.0 MATLAMAT, OBJEKTIF AM DAN OBJEKTIF KHUSUS
1.1 Matlamat
Matlamat pertandingan bola jaring antara ahli kelab ialah supaya semua ahli kelab
dapat menyertai aktiviti kelab yang telah dirancang supaya dapat membawa
keseronokkan, member peluang berinteraksi dan memenuhi masa lapang dengan
berfaedah serta memupuk semangat kesukanan, kerjasama yang tinggi,
bertanggungjawab dan berkemampuan member sumbangan mengharumkan nama
sekolah, daerah, negeri dan negara.
1.2 Objektif Am
1.2.1 Menjadikan permainan bola jaring sebagai kegiatan rekreasi.1.2.2 Menganjur pertandingan yang boleh disertai oleh setiap ahli kelab bola
jaring.
1.3 Objektif Khusus
1.3.1 Mengenal pasti dan mempertingkatkan potensi dan bakat individu ke
tahap yang lebih tinggi serta menambah kemahiran di dalam sukan
bola jaring.
1.3.2 Membimbing anak didik supaya menguasai teknik dan kemahiran asas
permainan bola jaring.
10
1.3.3 Memupuk minat yang berterusan di kalangan individu supaya
permainan bola jaring terus berkembang dan maju bukan sahaja di
sekolah tetapi juga di kalangan masyarakat umum.
2.0 PENGURURAN MESYUARAT
Pengurusan mesyuarat dilaksanakan mengikut format SPSK.
2.1 PK07/1 – Panggilan Mesyuarat
2.2 PK07/2 – Borang Kehadiran
2.3 PK07/3 – Minit Mesyuarat
2.4 PK07/4 – Borang Maklum Balas
3.0 PENGURUSAN FAIL
Sepanjang program ini dilaksanakan, pihak penganjur telah menggunakan empat buah fail
iaitu:
3.1 Fail Urusetia
3.2 Fail Penjaga Masa
3.3 Fail Pengadil
3.4 Fail Pengurus Pasukan
11
4.0 LAPORAN KEGIATAN
PK01/2
STATUS PELAKSANAAN PROGRAM
1. Tajuk Program : Pertandingan Bola Jaring Antara Ahli Kelab
2. Tarikh Pelaksanaan : 15 September 2012.
3. Aktiviti yang dijalankan :
3.1 Perhimpunan
3.2 Senamrobik
3.3 Pertandingan Bola Jaring
3.4 Penyampaian hadiah
4. Dapatan :
4.1 Dilaksanakan : Ya ( √ ) Tidak ( )
4.2 Jika dapat dilaksanakan sila buat laporan berdasarkan PK01/3
4.3 a) Ulasan (Jika tidak dapat dilaksanakan) :
..................................................................................................................
..................................................................................................................
..................................................................................................................
b) Cadangan pelaksanaan pada masa akan datang :
Membuka penyertaan kepada semua murid perempuan Tahap 2.
Disediakan oleh : Disahkan :
12
............................................... .............................................
(LATIFAH BINTI ISMAIL)
PK01/3
FORMAT LAPORAN PROGRAM
1. Nama Program : Pertandingan Bola Jaring Antara Ahli Kelab
2. Tarikh : 15 September 2012
3. Hari / Masa : Sabtu / 7:30 pagi – 12:00 tengahari
4. Tempat : Dataran Perhimpunan
5. Objektif : Mengenal pasti dan mempertingkatkan potensi dan bakat
individu ke tahap yang lebih tinggi serta menambah kemahiran di dalam sukan bola
jaring.
6. Sasaran : Semua ahli kelab bola jaring
7. Butiran aktiviti : 1. Perhimpunan di dataran
2. Senamrobik
3. Pertandingan bola jaring
4. Penyampaian hadiah
8. Penilaian Program :
8.1 Kekuatan Program:
Ia dapat meningkatkan kemahiran permainan bola jaring sekaligus mencungkil bakat dan potensi murid bagi mewakili sekolah.
8.2 Kelemahan Program:
Hanya melibatkan ahli kelab bola jaring sahaja.
8.3 Cadangan Penambahbaikan :
13
Membuka penyertaan kepada murid tahap 2 tanpa mengira ahli kelab atau tidak.
9. Dokumentasi Bergambar :
9.1 Perhimpunan
9.2 Senamrobik
14
9.4 Pertandingan
9.5 Rehat
9.6 Penyampaian Hadiah
Disediakan : Disemak : Disahkan :
............................. .................... ......................
(LATIFAH BINTI ISMAIL)
15
5. PENILAIAN MURID
Antara objektif penganjuran pertandingan ini ialah mengenalpasti kebolehan, potensi dan bakat murid dalam permainan bola jaring terutama tahap penguasaan kemahiran-kemahiran dalam permainan tersebut. Oleh itu, pihak penganjur telah menyediakan dua jenis borang untuk menilai prestasi murid iaitu:
a. Borang Penilaian 1b. Borang Penilaian 2
6. PENGURUSAN KEWANGAN
Peruntukkan kewangan diperoleh daripada peruntukkan ko-kurikulum sekolah.
Pembahagian perbelanjaan adalah seperti berikut:
a. Banner = RM 100
b. Hadiah pertandingan = RM 50 x 4 pasukan
= RM 200
c. Cenderahati pengadil = RM 20 x 4
= RM 80
d. Minuman = RM 1 x 100
= RM 100
6.5 Kecemasan/Perubatan = RM 30
Jumlah kewangan = RM 510
16
7. REFLEKSI
a. Kekuatan
Program tahunan pertandingan antara ahli kelab terbukti Berjaya
dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Semua murid yang terdiri daripada ahli
kelab bola jaring sekolah dapat melibatkan diri dalam pertandingan yang
dijalankan. Fokus utama kelab bola jaring ialah mencari bakat dan potensi baru
pemain bola jaring yang dapat mewakili sekolah pada tahun 2013.
Selain itu, wujud kerjasama dan semangat berpasukan yang baik walaupun
pemain dalam setiap pasukan digabungkan antara aliran Tahun 4, 5 dan 6.
Ternyata setiap pengurus pasukan berjaya menyatupadukan setiap pemain tanpa
mengira faktor perbezaan umur, kelas, bangsa dan agama. Pertandingan ini juga
melahirkan kerjasama yang amat baik antara semua guru walaupun mereka bukan
daripada guru-guru kelab bola jaring. Buktinya, guru lelaki membantu dari aspek
penyediaan peralatan seperti gelanggang dan tiang gol. Bagi guru yang
berpengalaman dalam permainan bola jaring pula diberi penghormatan menjadi
pengadil perlawanan.
Pertandingan seumpama ini juga dapat dijadikan perintis kepada kelab-
kelab permainan yang lain seperti bola sepak, hoki dan bola baling. Selain itu,
kejayaan penganjuran pertandingan ini jelas menunjukkan kerjasama daripada
semua pihak di sekolah tanpa bantuan daripada pihak luar. Harapan semoga
program ini akan dikekalkan pada tahun-tahun berikutnya serta dijadikan salah
satu program tahunan bagi kelab bola jaring.
b. Kelemahan
Memandangkan pertandingan ini disertai oleh ahli kelab bola jaring sahaja
maka potensi dan bakat baru para pemain terhad kepada ahli kelab sahaja. Oleh
itu, peluang kepada murid-murid lain adalah terbatas. Selain itu, cuaca yang tidak
menentu membatasi kelancaran program di mana para pemain di peringkat akhir
17
terpaksa bermain dalam keadaan berhujan. Sekolah tidak mempunyai gelanggang
bertutup dan menyukarkan pihak penganjur menyediakan alternatif yang lain.
Masa latihan yang diberikan kepada setiap pasukan adalah terhad. Ini
menunjukkan ada sebahagian murid yang masih tidak dapat menguasai teknik dan
peraturan permainan bola jaring dengan baik. Latihan semasa minggu ko-
kurikulum juga tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana sering bertindan dengan
program sekolah yang lain.
c. Cadangan Penambahbaikan
Pihak penganjur bercadang membuka peluang kepada semua murid tanpa
mengira keahlian kelab pada masa akan datang. Ini bertujuan mencari bakat dan
potensi baru pemain bola jaring yang dapat mewakili sekolah dalam kejohanan di
peringkat zon dan daerah. Selain itu, pihak pengajur juga merancang
melaksanakan pertandingan ini di dewan bertutup pada tahun hadapan bagi
mengelakkan cuaca hujan. Oleh itu, pihak penganjur mestilah menyewa dewan di
luar sekolah memandangkan sekolah tidak memiliki dewan bertutup yang
bersesuaian. Ekoran daripada itu, pihak penganjur hendaklah mencari sumber
kewangan bagi menampung kos sewa dewan dan pengangkutan. Selain itu, pihak
penganjur turut mencadangkan agar pihak sekolah melalui unit ko-kurikulum
mengadakan Hari Karnival Sukan dan Permainan di mana ia menggabungkan
semua unit kelab dan permainan selaras dengan 1Murid 1Sukan.
18
8. LAMPIRAN
a. Surat Akuan Kebenaran Ibu Bapa dan Penjaga Menyertai Aktiviti Kokurikulum
b. Borang Perakuan Kesihatan Murid Sebelum Menyertai Aktiviti Kokurikulum
c. Minit Mesyuarat
d. Senarai Nama Kehadiran Guru Penasihat Kelab Bola Jaring
e. Minit Mesyuarat Kelab Bola Jaring
f. Borang Penilaian 1
g. Borang Penilaian 2
h. Borang Pendaftaran
i. Borang Pertandingan
j. Borang Pertukaran Pemain
k. Dokumentasi Bergambar
l. Borang Soal Selidik
m. Contoh Soal selidik yang dijawab oleh murid.
19
20
21
a. Minit Mesyuarat
22
23
24
25
b. Borang Penilaian
BORANG PENILAIAN 1
NAMA PASUKAN: ________________________
Nama Ahli Kemahiran
Gera
k
kaki
Sambutan Elak/
Kawal
Menjarin
g
Jumlah Gred
Boleh melakukan
Teknik betul
Boleh melakukan
Teknik betul
Boleh melakukan
Teknik betul
Boleh melakukan
Teknik betul
Boleh melakukan
Teknik betul
Boleh melakukan
Teknik betul
Nota: Tandakan (/) jika boleh melakukan dan (0) jika boleh melakukan dengan teknik
yang betul.
Penggredan: Gred A jika dapat 4 (/) boleh melakukan dan 2(/) ke atas boleh melakukan
dengan teknik betul. Gred B jika dapat kurang daripada 4 (/) boleh melakukan dan
kurang daripada 2(/) boleh melakukan dengan teknik betul.
26
c. Borang Penilaian
BORANG PENILAIAN 2
NAMA PASUKAN: ___________________________________
BIL. NAMA PEMAIN JENIS KEMAHIRAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Purata pencapaian pasukan
untuk setiap kemahiran:
Nota:
4 = memuaskan
3 = sederhana
2 = lemah
1 = tidak boleh melakukan
27
d. Borang Pendaftaran
PERTANDINGAN BOLA JARING
ANTARA AHLI KELAB
BORANG PENDAFTARAN
NAMA PASUKAN : _______________________________________________
NAMA PENGURUS : _______________________________________________
JURULATIH : _______________________________________________
PENGADIL : _______________________________________________
KETUA PASUKAN : _______________________________________________
PEMAIN-PEMAIN:
BIL. NAMA PENUH T/LAHIR NO. K/P
Tarikh: _______________________ Tandatangan: _______________
Nama : ( )
Pengurus Pasukan
28
e. Borang Pertandingan
BORANG PERTANDINGAN BOLA JARING
ANTARA AHLI KELAB
ANJURAN KELAB BOLA JARING
PASUKAN : __________________________________________________
PENGURUS : __________________________________________________
JURULATIH : __________________________________________________
KETUA PASUKAN: ________________________________________________
WARNA BIB : __________________________________________________
PERLAWANAN : ____________________ LAWAN _____________________
TARIKH : ____________________ MASA: ______________
BIL PEMAIN UTAMA NO. K/P POSISI
1 GS
2 GA
3 WA
4 C
5 WD
6 GD
7 GK
BIL PEMAIN SIMPANAN NO. K/P POSISI
1
2
3
TARIKH: ________________ T/TANGAN : ____________________
NAMA : ( )
PENGURUS PASUKAN
29
f. Borang Pertukaran Pemain
BORANG PERTUKARAN PEMAIN
NAMA PASUKAN : ____________________________________________
MELAWAN PASUKAN : ____________________________________________
TARIKH : __________________ MASA: ______________
MASA PERTUKARAN
DUA SEPARUH MASA EMPAT SUKU
SEPARUH MASA
PERTAMA
SUKU PERTAMA
SUKU KEDUA
SEPARUH MASA
KEDUA
SUKU KETIGA
SUKU AKHIR
PERTUKARAN PEMAIN
BIL NAMA PEMAIN MASUK BIL NAMA PEMAIN KELUAR
1 1
2 2
3 3
PERTUKARAN POSISI
BIL NAMA PEMAIN MASUK BIL NAMA PEMAIN KELUAR
1 1
2 2
3 3
30
g. Gambar-gambar kegiatan
i. Latihan bola jaring
ii. Pertandingan bola jaring
31
BORANG SOAL SELIDIK
NO. BIL.: __________
Tandakan (/) pada ruangan yang berkaitan. Berikan alasan jika perlu.
Soalan YA TIDAK1. Adakah anda berminat dengan kegiatan ko-kurikulum?2. Mengapa anda minat atau tidak minat melibatkan diri dengan aktiviti
ko-kurikulum? Sebab: ___________________________________________________
_________________________________________________________
3. Nyatakan kelab/permainan/persatuan yang anda minati. Mengapa?
_________________________________________________________
_________________________________________________________
4. Adakah anda menghadapi masalah mengikuti aktiviti ko-kurikulum?4.1 Masalah pengangkutan?4.2 Masalah masa?4.3 Masalah kewangan?4.4 Lain-lain:
5. Adakah anda diberi peluang mencukupi untuk melibatkan diri dengan kegiatan ko-kurikulum? Sebab: ___________________________________________________
_________________________________________________________
6. Adakah ibu bapa menggalakkan anda melibatkan diri dengan kegiatan ko-kurikulum? Mengapa?
_________________________________________________________
_________________________________________________________
7. Adakah kelengkapan dan kemudahan untuk ko-kurikulum di sekolah anda memuaskan? Mengapa?
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
32
BIBLIOGRAFI
Daripada modul
33
top related