elimen 2&3
Post on 08-Apr-2018
237 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/7/2019 elimen 2&3
1/36
1
Tajuk kajian:
Institusi pentadbirantempatan
MAJLIS PErBANDARAN
KOTA BHARU
-
8/7/2019 elimen 2&3
2/36
2
SENARAI KANDUNGAN
BIL ASPEK MUKA SURAT
1
2
3
4
5
6
7
8
9
TAJUK KAJIAN
SENARAI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
OBJEKTIF KAJIAN
KAEDAH KAJIAN
HASIL KAJIAN
RUMUSAN
LAMPIRAN
RUJUKAN
1
2
3
4
5
6 27
28
29 31
32
-
8/7/2019 elimen 2&3
3/36
3
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan
hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham,
kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan
Nabi besar kita Muhammad s.a.w dan kepada ahli keluarganya, seterusnya kepada para
sahabat baginda dan para tabi'n, para alim ulama sehinggalah kepada semua hamba-hamba
Allah yang mengikuti jejak langkah mereka.
Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Mohamed binYaakob selaku pengetua SMKIP yang banyak memberi sokongan kepada para pelajarnya.
Penghargaan tidak terhingga juga saya tujukan kepada cikgu Zarina Teratai selaku guru sejarah
saya yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya
sepanjang proses menyiapkan kerja kursus sejarah ini. Pertama sekali, saya ingin melahirkan
syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, kerja kursus
sejarah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan
oleh-Nya.Ucapan penuh kasih sayang juga saya tujukan buat ayah saya Basary bin Omar dan ibu
saya Sofiah binti Abdullah,terima kasih atas segalanya bantuannya dan dorongannya. Tanpa
tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat
menghasilkan kerja kursus sejarah dengan sebaik mungkin. Jutaan penghargaan juga diucapkan
kepada semua rakan-rakan saya yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam
menyiapkan kerja kursus ini.
Semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran pahala yang besar kepada semua hamba-hamba-Nya
yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Amin.
-
8/7/2019 elimen 2&3
4/36
4
OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat beberapa objektif kajian yang telah tercapai setelah melakukan kerja kursus ini .
Pertama sekali , saya telah mengenal pasti sumber yang sahih untuk menyokong kajian yang
dijalankan . Saya juga telah mengetahui tentang sumber sumber sejarah yang pelbagai seperti
buku , majalah , internet akhbar dan gambar yang dapat membantu saya mendapatkan
maklumat yang benar dan boleh dipercayai semasa membuat kajian ini .
Selain itu, saya juga telah mengetahui tentang institusi pentadbiran tempatan , iaitu Majlis
Perbandaran Kota Bharu ( MPKB ) dengan lebih terperinci . Melalui kajian ini juga saya dapat
mengetahui aspek latar belakang institusi pentadbiran tempatan ini , sumbangan kepadapenduduk Kota Bharu serta keistimewaan institusi pentadbiran ini . Matlamat , objektif , misi ,
visi penubuhan Majlis Perbandaran Kota Bharu juga dapat diketahui . Pengetahuan saya
tentang institusi pentadbiran tempatan juga bertambah luas selepas kajian ini dihasilkan .
Saya juga telah berjaya mempelajari kaedah mengumpul , mengelas , membuat rujukan serta
merekod segala maklumat yang diperolehi ketika melakukan kajian ini . Pelbagai nilai murni dan
semangat patriotisme juga telah saya terapkan dalam diri saya dan juga rakan-rakan seperti
bekerjasama , cinta akan tanah air , bersyukur dan juga bertoleransi setelah membuat kajian ini
.
-
8/7/2019 elimen 2&3
5/36
5
KAEDAH KAJIAN
a) Analisis dokumen
Analisis dokumen telah dibuat oleh saya dan ahli kumpulan saya sepanjang menghasilkan kerja
kursus ini . Rujukan telah dibuat terhadap surat khabar , majalah dan buku-buku yang berkaitan
dengan Majlis Perbandaran Kota Bharu . Laman web Majlis Perbandaran Kota Bharu juga telah
saya lawat dan saya telah mendapat banyak dokumen yang berfaedah seperti sejarah
penubuhan , carta organisasi , struktur pentadbiran , dan keistimewaan Majlis PerbandaranKota Bharu melalui penyelidikan internet .
b) Lawatan dan pemerhatian
Kaedah ini dilakukan di sekitar bangunan pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Bharu dan juga
di dalam bangunan tersebut untuk mendapatkan maklumat yang sahih untuk dijadikan sumber
kajian kerja kursus ini . Pelbagai maklumat telah diperolehi sama ada dalam bentuk majalah ,
artikel , buku panduan yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu dan juga gambar
bangunan institusi pentadbiran tersebut .
c)Penyelidikan perpustakaan
Saya telah menjalankan penyelidikan di Perpustakaan Awam Kota Bharu dan juga Perpustakaan
Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra untuk mendapatkan maklumat dan bukti yang
kukuh untuk dijadikan sebagai sumber kajian saya . Pelbagai buku yang berguna tentang
institusi pentadbiran tempatan telah diperoleh dan dikaji dengan teliti .
-
8/7/2019 elimen 2&3
6/36
6
HASIL KAJIAN
Pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Bharu
MajlisPerbandaran KotaBharu
Namalain
y MPKB KelantanPengenalan
Organisasi Majlis Perbandaran Kota Bharu
Nama ringkas MPKB
Jenis Pihak berkuasa tempatan
Tahun ditubuhkan 1978
Negeri Kelantan
-
8/7/2019 elimen 2&3
7/36
7
LOGOMAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU
5K (KAF)
melambangkan 5 teras kota bharu bandaraya islam iaitu keilmuan,
kepatuhan, kebajikan, kebersihan dan kesejahteraan.
Bilah sisipmelambangkan 6 rukun iman.
Bulan sabit
melambangkan kesyumulan islam dan bentuknya yang condong
melambangkan islam dinamik dan futuristik.
Bunga kerak nasibunga rasmi kota bharu bandaraya islam mempunyai 5 kelopak
melambangkan 5 rukun islam.
-
8/7/2019 elimen 2&3
8/36
8
Warnahijau
adalah warna islam, islam sebagai ad-deen mencakupi hubungan manusia
dengan tuhan, manusia sesama manusia dan manusia bersama alam sekitar
menepati konsep rahmatan Lilalamin yang menjamin kedamaian,
keharmonian dan kesejahteraan. Warna hijau melambangkan kesejahteraan
dimana kehidupan warganya sentiasa segar bugar (rohani dan jasmani)
Mahkota
lambang kedaulatan raja sebagai ketua agama negeri Kelantan
Warna merah
adalah warna rasmi negeri Kelantan melambangkan jati diri rakyat Kelantan,kesepaduan tekad
dan komitmen, keberanian dan kecekalan dalam menegakkan kebenaran dan menghadapi
cabaran
Pintu gerbang istana balai besar
lambang kota bharu kota budaya dan kesenian negeri Kelantan
Al-Quran dan Rehal
sebagai ikon kota bharu bandaraya islam
-
8/7/2019 elimen 2&3
9/36
9
V
isi
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam sebagai sebuah organisasi yang unggul akan
membangun dan memajukan bandar Kota Bharu sebagai sebuah Bandaraya Islam yang bersih,
indah dan berdikari berteraskan dasar Membangun Bersama Islam
Misi
Membawa kemakmuran dan kesejahteraan hidup kepada warga kota dan mempertingkatkan
kemajuan sosio-ekonomi serta memberi sumbangan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi
bandar Kota Bharu khasnya dan negeri Kelantan amnya.
-
8/7/2019 elimen 2&3
10/36
10
Objektif
y Memperkemaskan jentera pentadbiran Majlis supaya menjadi pihak Berkuasa Tempatanyang melaksanakan segala tindakan berasaskan perancangan yang teratur dan tersusun
y Memperkukuhkan kewangan majlis dengan mempertingkatkan keupayaan jenterapungutan hasil dan mengenal pasti punca-punca hasil baru
y Mempertingkatkan perkhidmatan perbandaran dengan memberi penekanan kepadaaspek kebersihan dan keindahan bandar
y Mempertingkat program pembangunan insan untuk melahirkan wargakota yangberwibawa seterusnya menyumbang ke arah pembangunan fizikal dan rohani selaras
dengan Kota Bharu Bandar Raya Islam
y Mengutamakan dan menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam aktiviti danprogram pembangunan majlis
y Mempertingkatkan langkah-langkah pembasmian aktiviti maksiat dan kemungkarandalam kawasan majlis
-
8/7/2019 elimen 2&3
11/36
11
-
8/7/2019 elimen 2&3
12/36
12
Profil YDP Majlis Perbandaran Kota Bharu
Nama : Tuan Haji Nazran B Muhammad
Jawatan : Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
No TelPejabat : 09 748 3333
Emel :ydp@mpkb.gov.my
-
8/7/2019 elimen 2&3
13/36
13
Senarai Ahli Majlis Tahun 2010
Bil NamaPegawai Jawatan
1 Ust. Hj. Abd. Rahman Bin YunusAhli
Majlis
2 En. Aidy Bin HassanAhli
Majlis
3 Tn. Hj. Mohd Noordin Bin NoorAhli
Majlis
4 Hj Dr Izani bin husinAhli
Majlis
5 Dr Ramly MamatAhli
Majlis
6 Chua Chin HuiAhli
Majlis
7 Wan Sepiah Wan SulaimanAhli
Majlis
8 Hjh Norriha Ab GhaniAhli
Majlis
9 En. Hassan Bin Mamat AhliMajlis
10 En. Shaari Bin Mat YamanAhli
Majlis
11 En. Mohamed Bin SulaimanAhli
Majlis
12 Tn. Hj. Mortazi Bin IsmailAhli
Majlis
13 Ust. Wan Azimin Bin Wan Adnan
Ahli
Majlis
14 En. Ruzely Bin AbdullahAhli
Majlis
15 En. Abd Hamid Bin SemanAhli
Majlis
16 En. Mohd Noor Bin Mat Yajid Ahli
-
8/7/2019 elimen 2&3
14/36
14
Majlis
17Tuan Hj. Mohd. Makhatar bin Che
Haron
Ahli
Majlis
18 Ong Tian Huei @ Wong Tian Huei
Ahli
Majlis
19 Hjh. Nik Shamsiah @ Aminah bt. IsmailAhli
Majlis
20 Nor Hashimah binti DeramanAhli
Majlis
21 Wan Abu Bakar bin Wan MuhammadAhli
Majlis
22 Hjh. Noraini binti HusseinAhli
Majlis
23 En. Musa bin AminAhli
Majlis
24Hj Mohd. Zahiruddin bin Hj. Ahmad @
Mohd
Ahli
Majlis
-
8/7/2019 elimen 2&3
15/36
15
Latar Belakang MajlisPerbandaran KotaBharu
Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) adalah organisasi Majlis Kerajaan Negeri yang
menjalankan operasi di sekitar bandar Kota Bharu yang meliputi 65 seksyen. Keluasan kawasan
pentadbirannya ialah 115.64 kilometer persegi yang merangkumi kawasan dari Pantai Cahaya
Bulan ke Pantai Sabakdi sebelah utara, kawasan yang bersempadan dengan kawasan Batu 5,
Jalan Pasir Mas dan Jalan Kuala Kraike jambatan Pasir Tumboh di sebelah selatan, Sungai
Pengkalan Datu dan Wakaf Stan di sebelah timur dan disebelah barat Sungai Kelantan.
Kawasan MPKB adalah merupakan nodus pembangunan bagi Negeri Kelantan dengan
terletaknya bandar Kota Bharu sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan kewangan.
Manakala Pengkalan Chepa sebagai pusat perindustrian dan Kubang Kerian sebagai Pusat
Institusi.
-
8/7/2019 elimen 2&3
16/36
16
Bandar Kota Bharu telah ditubuhkan pada tahun 1844 dan diisytiharkan sebagai pusat
pemerintahan Negeri Kelantan oleh Kebawah Duli Yang Mulia Al-Marhum Sultan Muhammad
Ke-II. Pada tahun 1936, bandar Kota Bharu dinaik tarafkan sebagai Majlis Bandaran Kota Bharu
(MBKB). MBKB telah dimansuhkan dan ditukarkan kepada Lembaga Bandaran pada tahun 1971.
Pada tahun 1978 Lembaga Bandaran Kota Bharu disusun semula dan dinaik tarafkan kepada
Majlis Perbandaran Kota Bharu pada tahun 1978.
-
8/7/2019 elimen 2&3
17/36
17
Undang-Undang Kecil
Apakah Undang-Undang Kecil?
Undang-Undang Kecil atau 'by-laws' dalam bahasa Inggeris adalah perundangan subsidiari
kepada undang-undang ibu. Ia digubal oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Perundangan subsidiari
ini dikenali juga dengan nama Perintah, Kaedah, Peraturan dan sebagainya
Pindaan
Undang-Undang KecilPindaan kepada undang-undang kecil yang telah diwartakan boleh dibuat daripada masa ke
semasa berdasarkan keperluan mengikut prosedur penggubalan yang sama
Kadar Kompaun
Berdasarkan Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MPKB (Pindaan) 2002,
perlanggaran mana-mana undang-undang kecil boleh dikompaun dan tawaran bayaran
-
8/7/2019 elimen 2&3
18/36
18
kompaun adalah sehingga maksima RM 500.00. Manakala kadar maksima kompaun kesalahan
di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) ialah RM 1,000.00.
Penalti/Denda
Sekiranya tawaran kompoun tidak dijelaskan, perlanggaran mana-mana undang-undang kecilboleh didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penalti/denda sehingga
RM2,000.00 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan yang berterusan
selepas sabitan, denda boleh dikenakan maksima RM200.00 sehari.
-
8/7/2019 elimen 2&3
19/36
19
Senarai Undang-Undang KecilMajlis
Perbandaran KotaBharu Bandar Raya IslamSehingga 2008, undang-undang kecil yang digunapakai di Majlis Perbandaran Kota Bharu
Bandar Raya Islam adalah sebagaimana berikut:
1 Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran MPKB 1983
2 Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau MPKB 1983
3 Undang-Undang Kecil Pasar MPKB 1986
4 Undang-Undang Kecil Iklan MPKB 1990
5 Undang-Undang Kecil Taman MPKB 1986
6 Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut MPKB 1986
7 Undang-Undang Kecil Penjaja MPKB 1986
8 Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan MPKB 1986
9 Undang-Undang Kecil Pengawalan dan Penyeliaan Establisymen Makanan MPKB 1987
10 Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MPKB 1985
11 Undang-Undang Kecil Kecil Tempat Letak Kereta Persendirian MPKB 1987
12 Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah MPKB 1985
13 Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1985
14 Undang-Undang Kecil Rumah Tumpangan MPKB 1989
15 Undang-Undang Kecil Tandas Awam MPKB 1990
16 Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya MPKB 1989
17 Undang-Undang Kecil Kedai Dobi MPKB 1990
18 Undang-Undang Kecil Vandalisme MPKB 1994
19 Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing MPKB 1995
20 Undang-Undang Kecil Kerja Tanah MPKB 1990
21 Kaedah-Kaedah Pegawai MPKB (Kelakuan Dan Tatatertib) 1983
-
8/7/2019 elimen 2&3
20/36
20
22 Perintah (Tempat-Tempat Letak Kereta) (Kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu) 1985
23 Perintah Pengangkutan Jalan (Letak Kereta Bermeter) MPKB 2000
24 Perintah Lalulintas Jalan (Larangan Ke Atas Penggunaan Jalan ) MPKB 2002
25 Perintah Tetap MPKB 2001
26 Perintah Tetap Tatacara Kompaun MPKB-BRI 2006
27 Perintah Tetap Tatakelakuan Anggota Penguatkuasaan MPKB-BRI 2007
-
8/7/2019 elimen 2&3
21/36
21
Piagam Pelanggan Majlis
Perbandaran Kota
Bharu
Bandar Raya Islam1. Mempertingkatkan kualiti penghidupan bandar melalui perancangan dan perkhidmatan
yang cekap, adil dan mesra.
2. Memastikan segala projek pembangunan majlis dilaksanakan dengan baik, berkualitidan tidak membazir.
3. Memastikan kesihatan awam terjamin melalui peningkatan aktiviti dan kawalankebersihan di semua tempat.
4. Memastikan semua pelanggan mendapat layanan sempurna dan memproses segalapermohonan dengan kadar yang segera.
5. Memastikan penyusunan dan pengawasan pembangunan yang berkesan danterancang.
6. Mewujudkan program keindahan bandar secara menyeluruh ke arah menjadikan BandarKota Bharu hijau dan berbunga.
7. Memastikan setiap aduan yang diterima diambil tindakan segera.8. Menjamin perlindunagn masyarakat melalui undang-undang dan memastikan tindakan
undang-undang dijalankan dengan adil dan saksama.
9. Berusaha mengekal dan memelihara imej bandar Kota Bharu sebagai Bandar Berbudaya.
-
8/7/2019 elimen 2&3
22/36
22
MOTTO
MEMBANGUN BERSAMA
ISLAM
-
8/7/2019 elimen 2&3
23/36
23
Perincian fungsi/ peranan
y Melaksanakan segala fungsi kerajaan tempatan di dalam kawasan pentadbiran MPKBberdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1974 (Akta 133) .
y Memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi,sosial dan prasarana di dalam kawasan pentadiran MPKB.
y Melaksanakan perancangan pembangunan mengikut rancangan pembangunan ke arahmencapai pembangunan mampan.
y Membangunkan kemudahan pelancongan dengan mengambilkira penglibatanpenduduk setempat.
-
8/7/2019 elimen 2&3
24/36
24
Peranan MajlisPerbandaran
KotaB
haru1 . Ekonomi
Dalam membangunkan ekonomi bandar Kota Bharu , pelbagai usaha telah diambil oleh Majlis ,
dan kesemuanya amat efektif . Pertama , Majlis telah sentiasa berusaha untuk memastikan
kebersihan Kota Bharu . Dengan ini , Majlis dapat memastikan kredibiliti pantai di Kota Bharu
sebagai destinasi pelancongan setanding tempat tempat lain di Malaysia . Majlis Perbandaran
Kota Bharu juga telah menyediakan banyak lokasi untuk berniaga ( gerai ) di tempat tersebut .
Para peniaga kecil tidak akan kehilangan peluang untuk memulakan perniagaan mereka dengan
adanya peluang perniagaan yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu . Jika dilihat
dari segi infrastruktur pula , pihak Majlis telah banyak berusaha untuk memastikan bandar Kota
Bharu sentiasa berada di samping bandar bandar lain di Malaysia dengan membina pelbagai
infrastruktur seperti bangunan dan wisma syarikat , kedai kedai , pusat beli belah dan juga
taman tema air yang baru dibina . Semua ini , secara langsung dan tidak langsung telah
menambahkan sumber pendapatan atau ekonomi penduduk bandar tersebut .
2 . Pendidikan
Selain faktor ekonomi , Majlis Perbandaran Kota Bharu tidak pernah lupa akan kepentingan
sektor pendidikan di bandar ini . Pelbagai jenis sekolah telah disediakan sama ada sekolah
rendah mahupun menengah . Terdapat sebanyak 59 buah sekolah kebangsaan seluruh Kelantan
, 2 buah sekolah kebangsaan cina dan 5 sekolah teknik. Semua ini telah membuktikan bahawa
penduduk bandar Kota Bharu sentiasa setanding dengan bandar bandar ataupun daerah
daerah lain dari segi pendidikan .
-
8/7/2019 elimen 2&3
25/36
25
3 . Kemasyarakatan
Majlis sentiasa memastikan bahawa penduduk Kota Bharu hidup secara aman , selamat dan
sejahtera . Balai Bomba dan Penyelamat , Ibu Pejabat Polis , Pejabat Kastam Diraja Malaysia ,
Klinik Kesihatan Kota Bharu , dan juga Pejabat Penerangan Kota Bharu telah ditubuhkan . Ini
akan memastikan bandar Kota Bharu sentiasa berada dalam keadaan yang aman dan sejahtera .
Penduduk Kota Bharu juga berasa terjamin kerana berada di bawah penjagaan Majlis
Perbandaran Kota Bharu . Segalah masalah dari segi keselamatan mahupun keselesaan
penduduk di bandar ini akan diselesaikan dengan secepat mungkin oleh Majlis .
4 . Pelancongan
Dari segi pelancongan, pantai di Kota Bharu merupakan destinasi pelancongan yang terkenal di
persada negara mahupun antarabangsa . Majlis sentiasa memastikan bahawa pantai ini berada
dalam keadaan yang bersih , selamat dan sesuai untuk pelancong pelancong yang datang
untuk bercuti . Pelbagai kemudahan awam disediakan untuk penduduk dan pelancong yang
datang untuk melawat bandar ini seperti tandas awam, kompleks sukan , Padang , Taman
Komuniti Awam , khemah dan bot untuk pelancong di pantai . Pihak MPKB juga memastikan
bahawa pelancong yang datang ke tempat ini akan dilayan secara sebaik mungkin dan yang
paling penting , keselamatan mereka di tempat ini juga akan diambil kira . Selain pantai , Kota
Bharu juga menyajikan tarikan pelancong yang lain seperti keindahan batik di PCB, wau,
songket, keropok lekor dan sebagainya.
-
8/7/2019 elimen 2&3
26/36
-
8/7/2019 elimen 2&3
27/36
27
akan memberi banyak kemudahan bagi kemajuan Kota Bharu sama ada dari segi pentadbiran
mahupun pembangunan infrastrukturnya. Bertepatan dengan moto MPKB Membangun Bersama
Islam',MPKB menyeru kepada semua pihak supaya penduduk Kota Bharu dapat bersama-sama
berganding bahu merealisasikan inspirasi Majlis untuk meningkatkan tahap produktiviti terutama
dalam keupayaan dan kecekapan perkhidmatan.
-
8/7/2019 elimen 2&3
28/36
28
RUMUSAN
Setelah menyiapkan folio ini , beberapa nilai patriotisme telah saya terapkan dalam diri saya .
Antaranya ialah saya amat berbangga sebagai rakyat Malaysia kerana mempunyai institusi
pentadbiran tempatan yang sangat cekap dan berwawasan . Segala kesusahan dan ketidakselesaan
penduduk bandar Kota Bharu dapat diselesaikan oleh pihak MPKB dengan cepat dan efisien .
Selain itu , saya juga dapat memupuk sikap bersemangat kekitaan dalam kalangan penduduk
tempatan . Masyarakat bandar Kota Bharu sentiasa saling menolong antara satu sama lain tidak kira
kaum atau agama . Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan sikap penduduk yang
berganding bahu untuk menyelesaikan masalah .
Akhir sekali , nilai patriotisme berusaha dan produktif ditanam dalam diri saya setelah
membuat kajian ini . Semasa menghasilkan Kerja Kursus Sejarah 2011 ini , saya telah melihat
dan mempelajari sikap pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu yang sentiasa rajin dan gigih
semasa menjalankan tugas tanpa mengeluh walau sekali pun . Kesemua ahli-ahli majlis sentiasa
menyokong dan melibatkan diri dalam pembangunan negara . Nilai-nilai patriotisme ini
semestinya akan membantu saya menjadi orang yang taat dan cinta akan tanah air .
-
8/7/2019 elimen 2&3
29/36
29
LAMPIRAN
Bagunan Majlis Pembandaran Kota Bharu
-
8/7/2019 elimen 2&3
30/36
30
Peta Kota Bharu
-
8/7/2019 elimen 2&3
31/36
31
Logo Majlis Pembandaran Kota Bharu
-
8/7/2019 elimen 2&3
32/36
32
RUJUKAN
y Internethttp://maps.google.com.my/maps
http://www.mpkbbri.gov.my/home
yMajalahMajalah OFF THE EDGES.Ditulis oleh Farish A Noor, November 2008
y AkhbarSinar Harian, Ahad 14 November 2010.Muka surat K4
yOrang sumber
-
8/7/2019 elimen 2&3
33/36
33
Elemen 3
-
8/7/2019 elimen 2&3
34/36
34
Karangan patriotisme
Pada zaman atom ini, sifat mementingkan kebendaan dan diri sendiri telah biasa diamalkandalam kalangan masyarakat. Tidak kurang sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing terutama di kawasan bandar. Generasi muda kini pula kurang bersikap patriotik.Budaya barat diagung-agungkan manakala nilai cinta akan tanah air sendiri diketepikan.
Semangat patriotik memang harus diamalkan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak merekakanak-kanak lagi.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kanak-kanak harus didedahkan kepada nilai cinta akan
negara dan sifat-sifat patriotik. Mereka perlu disedarkan bahawa kepentingan semangatpatriotisme. Ibu bapa harus mendidik mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan
kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal yang berjuang demi tanah air. Kanak-kanak akan ingat padapengajaran dan ikut kata ibu bapa. Sikap yang diamalkan semasa kecil biasanya akan kekal
hingga dewasa. Semangat patrotik yang disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara turut
akan diingati dan dipraktikkan oleh mereka pada masa hadapan.
Bapa borek anak rintik. Ibu bapa wajar menjadi teladan kepada kanak-kanak. Mereka harusmenerapkan semangat patriotik dalam kehidupan. Kanak-kanak yang cepat belajar daripada ibu
bapa akan mengikut jejak mereka dengan mengamalkan semangat patriotik . Secara tidaklangsung, perbuatan membelot negara akan dikeji dan lahirlah keinginan rakyat untuk memberi
sumbangan untuk kepada negara. Dengan semangat itu, negara kita dapat membangun denganpesat dan menjadi negara maju.
Selain itu, pengaruh guru turut beperanan penting dalam usaha menyemai semangat patriotik
dalam jiwa rakyat negara ini semenjak kanak-kanak. guru-guru yang mengajar di sekolah patut
menekankan unsur-unsur patriotik terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah dan PendidikanMoral. Mereka perlu mendorong kanak-kanak lahir perasaan bangga dan syukur terhadap negaraserta cinta akan negara. Mereka perlu mendedahkan amalan yang mengandungi unsur
patriotisme kepada kanak-kanak. Maka wujud patriotisme dalam pembentukan sahsiah insan-insan mulia.
Pihak berkuasa juga boleh mengambil beberapa langkah untuk memupuk semangat patriotik
dalam kalangan kanak-kanak. Pelbagai pertandingan boleh dianjurkan sempena bulanpenghayatan merdeka. Misalnya, pertandingan menulis esei berkaitan dengan tokoh yang
mempertahankan negara, pertandingan kolaj dengan topik merdeka atau sejarah, pertandingankolaj dengan bertemakan topik merdeka atau sejarah, pertandingan melukis dengan bertemakan
"negaraku" dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung semangat patriotik dapat disemaikan dalamjiwa kanak-kanak semasa mereka mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan.
Jika semangat patriotik tidak disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak, kemungkinan mereka akan kurang perhatian terhadap isu-isu negara dan tidak
mempunyai sifat-sifat patriotik. Mereka akan mengagung-agungkan budaya luar negara sertakurang kesedaran untuk mempertahankan maruah negara. Sebaliknya, mereka akan terpikat oleh
dunia di luar dan meninggalkan tanah air demi kepentingan negara sendiri dan tidak mahumelakukan perbuatan tidak setia kepada negara seperti mambakar bendera negara.
-
8/7/2019 elimen 2&3
35/36
35
Kesimpulannya, semangat patriotik mesti disemaikan dalam jiwa rakyat negara ini semenjakmereka kanak-kanak. Demikianlah perbuatan derhaka dapat dicegahkan dan kukuh semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat. Maka wawasan 2020 dapat dicapai dan Malaysia akanmenjadi negara gemilang. Rasa bangga sebagai warganegara Malaysia semasa Jalur Gemilang
dikibarkan.
-
8/7/2019 elimen 2&3
36/36
top related