ekonomi- m

Post on 16-Feb-2016

247 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

koko

TRANSCRIPT

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti arah aliran inflasi di Malaysia serta

hubungan kadar inflasi antara Malaysia dengan Amerika Syarikat dari tahun 2006

hingga 2012 . Kajian ini dijalankan dengan menggunakan data sekunder yang boleh

diperoleh daripada laman web Kementerian Kewangan Malaysia , Jabatan Perangkaan

Malaysia , Unit Perancangan Ekonomi Malaysia , buku-buku rujukan ekonomi dalam

pasaran dan sebagainya . Data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan peratusan

dan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan gambar rajah . Hasil kajian mendapati

arah aliran inflasi di Malaysia mengalami penurunan dari tahun 2006 hingga tahun

2012 sebanyak 2% . Di samping itu , kadar inflasi di Amerika Syarikat juga

menunjukkan penurunan dari tahun 2006 hinggan tahun 2012 sebanyak 1.1% . Kadar

inflasi Malaysia dipengaruhi oleh ekonomi Amerika Syarikat kerana Amerika

Syarikat merupakan sebuah negara yang membuat majoriti keputusan mikroekonomi .

Ramai perdagangan antarabangsa adalah menggunakan dolar Amerika Syarikat .

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Di Malaysia , kenaikan kadar inflasi merupakan faktor utama yang

menyebabkan kejatuhan harga barangan yang dibeli oleh pengguna . Kadar inflasi

yang tertinggi ialah pada 5.4 peratus pada tahun 2008 disebabkan oleh peningkatan

dalam bahan mentah seperti harga bahan api . Apabila harga bahan api meningkat ,

maka firma akan mengurangkan bekalan barangan dan perkhidmatan . Ini akan

membawa kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan lain yang akan

menyumbang kepada inflasi di negara ini . Keadaan ini terbukti apabila harga dunia

bahan api meningkat , harga barang-barangan seperti barang-barang isi rumah juga

akan meningkat .

Amerika Syarikat merupakan satu negara maju di dunia . Ekonomi Amerika

Syarikat (AS) adalah ekonomi terbesar di dunia . Amerika Syarikat mengamalkan

ekonomi campuran di mana perbadanan dan firma swasta lain membuat majoriti

keputusan mikroekonomi sambil dikawal oleh kerajaan . Hakikatnya , hubungan

antarabangsa yang cukup luas berjaya memahat kedudukan Amerika Syarikat sebagai

kuasa ekonomi dunia . Cuma semenjak peristiwa 11 September, ekonomi Amerika

Syarikat mulai merudum yang mengakibatkan kenaikan harga minyak dan berlakunya

defisit .

Menurut laman web ‘Ekonomi-Holic’ , inflasi bermaksud kenaikan tingkat

harga umum barangan dan perkhidmatan yang berlaku secara menyeluruh , berterusan

dan tidak terbatas dalam sesebuah ekonomi pada suatu tahun tertentu dengan tahun

sebelum . Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang cuma dapat

membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada

sebelumnya . Oleh itu , inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang

berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan

unit akaun dalam sesebuah ekonomi .

Selain inflasi , indeks harga pengguna (IHP) merupakan satu kaedah yang

digunakan untuk mengukur atau menentukan kadar inflasi . IHP mengukur harga

purata barang-barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh isi rumah pada tempoh

masa yang ditetapkan . IHP diukur dengan membandingkan purata harga barangan

dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga barang bagi tahun semasa .

2.0 PENYATAAN MASALAH

Dengan merujuk teori Keynes , terdapat tiga jenis inflasi iaitu inflasi tarikan

permintaan , inflasi kos tarikan , dan terbina dalam inflasi . Berdasarkan kepada trend

kadar inflasi antara 2006 hingga 2012 di Malaysia , terdapat beberapa faktor yang

menyumbang kepada trend inflasi ini . Faktor yang dapat menjejaskan permintaan

agregat dan penawaran agregat yang hampir boleh menjejaskan inflasi dalam pelbagai

cara . Sebagai contoh , jumlah wang yang dicetakkan oleh kerajaan , kadar faedah ,

perbelanjaan kerajaan , potongan cukai dan peningkatan dalam harga wang bahan

mentah dan kadar upah .

Kuantiti wang yang dicetak oleh kerajaan akan meningkatkan bekalan wang

merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada inflasi . Ini kerana

wang yang lebih tinggi yang dibekalkan , semakin tinggi kadar inflasi . Sebagai

contoh, jika kerajaan mengurangkan kadar faedah , ini akan menyebabkan kuantiti

peningkatan wang . Oleh kerana wang yang banyak di pasaran , pengeluaran barangan

akan berkurangan kerana permintaan produk lebih tinggi . Pada masa ini , kebanyakan

kerajaan mengawal bekalan wang mereka . Mencetak wang baru membolehkan

barang yang akan dibeli tanpa pertukaran sebenar .

Selain itu , inflasi yang diimport juga merupakan faktornya . Faktor-faktor luar

negara juga boleh menyebabkan inflasi . Apabila kos bahan mentah seperti

petroleum , barang siap atau perkhidmatan yang diimport dari luar negara meningkat ,

ia akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran tempatan

meningkat tanpa mudah disedari . Kenaikan harga barangan import boleh berlaku

secara langsung iaitu inflasi yang berlaku di negara pengeksport atau tidak langsung

melalui perubahan kadar pertukaran wang asing yang memihak kepada pengeksport

negara .

Kepentingan kajan ini dilakukan adalah dapat membantu kerajaan dalam

pembuatan dasar-dasar yang sesuai dan efektif untuk mengatasi masalah inflasi .

Data-data yang diperolehi dapat membantu kerajaan dalam perancangan suatu dasar

yang tepat untuk pengguna dan menambahbaik ekonomi Malaysia .

3.0 TUJUAN / OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengenal pasti arah aliran inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga 2012 .

ii. Mengenal pasti hubungan kadar inflasi antara Malaysia dengan Amerika Syarikat

pada tahun 2006 hingga 2012 .

4.0 KAEDAH KAJIAN

Kerja Projek Berasaskan Sekolah (PBS) Ekonomi ini dijalankan dengan

menggunakan dua kaedah adalah kaedah sekunder iaitu kaedah pengumpulan data dan

juga menggunakan kaedah penganalisisan data .

4.1 Kaedah Memperoleh Data

Kaedah memperoleh data sekunder dilakukan bagi mendapatkan maklumat-

maklumat daripada bahan-bahan ilmiah . Para penyelidik boleh mendapat gambaran

yang mengenai prinsip , konsep , kaedah , pengolahan dan penganalisisan data yang

bersesuaian dengan reka bentuk kajian . Kaedah ini juga melibatkan beberapa proses

yang utama iaitu mengumpulkan dan menganalisis data . Pengkaji akan menggunakan

hasil analisis yang dilakukan dan menggunakannya dalam penghasilan hasil kajian .

Selain itu , pengkaji juga membuat rujukan daripada sumber-sumber lain seperti

melalui internet , laporan-laporan daripada agensi kerajaan serta swasta , majalah-

majalah , dan juga daripada surat khabar . Data-data yang didapati daripada agensi

kerajaan melalui internet seperti Bank Negara Malaysia

(BNM)(http://www.bnm.gov.my/) , Jabatan Perangkaan Malaysia

(https://www.statistics.gov.my/) , Kementerian Kewangan Malaysia

(http://www.treasury.gov.my/) dan Unit Perancang Ekonomi Malaysia (UPEN)(

http://www.epu.gov.my/) . Beberapa agensi kerajaan ini dapat memberi banyak

maklumat tentang data yang dikehendaki oleh pengkaji seperti inflasi negara . Data

sekunder dapat memberi penjelasan tentang data . Takrifan data adalah mengikut

sumber-sumber yang dirujuk .

4.2 Kaedah Analisis Data

Kaedah deskriptif dalam bentuk nilai peratusan , kadar perubahan , min dan

median , perbandingan , arah aliran , maksimum dan minimum serta graf dapat

digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul . Analisis data telah dikumpulkan

selepas memperoleh data sekunder daripada Laporan Ekonom Malaysia tentang

inflasi dari tahun 2006 hingga tahun 2012 . Data yang diperoleh akan disunting dan

ditukarkan kepada analisis bentuk angka bagi mencapai analisis yang tepat . Hasil

data yang dikehendaki akan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf .

Formula kadar inflasi dan indeks harga pengguna (IHP) :

Kadar Inflasi = IHPt – IHP( t - 1 )

Indeks Harga Pengguna (IHPt) = KDNK harga semasa / nominal

Contoh Pengiraan :

Tahun Indeks Harga Pengguna Kadar Inflasi (%)

2010 110.4 -

2011 113.9 [(113.9-110.4)x100]/110.4=3.17

2012 118.2 [(118.2-113.9)x100]/113.9=3.78

KDNK harga tetap / benar x100

IHP(t-1)x100

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini dibuat untuk mengenal pasti arah aliran di Malaysia dan hubungan kadar

inflasi antara Malaysia dengan Amerika Syarikat dari tahun 2006 hingga 2012 .

Tahun Indeks Harga Pengguna

(IHP)

Kadar Inflasi

(%)

Perubahan Kadar Inflasi

(%)

2005 87.7 3.0 -

2006 90.9 3.6 0.6

2007 92.7 2.0 -1.6

2008 97.7 5.4 3.4

2009 98.3 0.6 -4.8

2010 100.0 1.7 1.1

2011 103.2 3.2 1.5

2012 104.9 1.6 -1.6

5.1 Mengenal pasti arah aliran inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga 2012

Jadual 1 : Arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga tahun 2012

Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia

Berdasarkan jadual di atas , kadar inflasi pada tahun 2006 adalah 3.6% dan menurun

kepada 2.0% pada tahun 2007 . Pada tahun 2008 , kadar inflasi meningkat kepada

5.4% . Kadar inflasi menurun dari 5.4% ke 0.6% pada tahun 2009 . Pada tahun 2010 ,

kadar inflasi meningkat kepada 1.7% dan terus meningkat kepada 3.2% pada tahun

2011 . Akhirnya , kadar inflasi menurun kepada 1.6% pada tahun 2012 .

2006 2007 2008 2009 2010 2011 20120

1

2

3

4

5

6

Arah Aliran Kadar Inflasi Di Malaysia (%)

Kadar Inflasi MalaysiaArah Aliran Kadar Inflasi

Rajah 1: Arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga tahun 2012

Jadual 1 dan Rajah 1 adalah menunjukkan arah aliran kadar inflasi di Malaysia antara

tahun 2006 hingga tahun 2012 .

Pada tahun 2006 , indeks harga pengguna(IHP) ialah 90.9 dan kadar inflasi di

Malaysia adalah 3.6% . Perubahan kadar inflasi dari tahun 2005 ke tahun 2006 adalah

sebanyak 0.6% . Menurut Bank Negara Malaysia , keadaan ini disebabkan oleh inflasi

terus meningkat hampir sepanjang tahun 2006 di seluruh dunia akibat daripada kesan

harga minyak . Kenaikan harga bahan api dan pelincir dalam kategori pengangkutan .

Kenaikan harga minyak antarabangsa dengan ketara pada awal tahun itu memberi

kesan yang besar atas perbelanjaan mengurus kerajaan . Dengan pertambahnya kos

pemberian subsidi , kerajaan mengambil langkah menaikkan harga petroleum runcit .

Kenaikan harga ini menyebabkan kadar inflasi meningkat .

Pada tahun yang seterusnya adalah tahun 2007 menunjukkan IHP adalah 92.7

dan kadar inflasi merupakan 2.0% . Kadar inflasi merosot dari 3.6% tahun 2006 ke

2.0% tahun 2007 . Perubahannya merosot sebanyak 1.6% berbanding dengan tahun

2006 . Menurut Bank Negara Malaysia , kemerosotan mengakibat daripada

pertumbuhan global adalah kukuh pada tahun 2007 , didorong oleh pertumbuhan yang

melebihi trend di kebanyakan ekonomi perindustrian dan pertumbuhan pesat ekonomi

pasaran sedang pesat membangun . Selain itu , ekonomi Amerika Syarikat

menunjukkan trend pertumbuhan yang tidak sekata pada tahun 2007 , namun

Tahun

Kadar Inflasi (%)

berkembang secara keseluruhannya pada kadar yang lebih sederhana berbanding

dengan tahun sebelumnya .

Pada tahun 2008 , IHP adalah 97.7 manakala kadar inflasi mencatatkan

sebanyak 5.4 % . Kadar inflasi telah meningkat secara mendadak dari 2.0% tahun

2007 ke 5.4% tahun 2008 . Perbezaan kadar inflasi antara kedua-dua tahun berkenaan

adalah 3.4% . Menurut Laporan Ekonomi Malaysia , kenaikan harga makanan ,

minyak dan pelbagai jenis komoditi menyebabkan inflasi global berada pada trend

meningkat pada tahun 2008 . Harga minyak mentah meningkat kira-kira 50% untuk

mencatat paras tertinggi sebanyak USD147 setong . Walau bagaimanapun , pada

separuh kedua, krisis kewangan yang semakin mendalam menjejaskan prestasi

ekonomi merosot di seluruh dunia yang mendorong kepada pembetulan harga

komoditi dengan pesat dan mendadak . Sementara itu, masalah kewangan yang

dihadapi institusi kewangan Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 2007 telah

merebak sehingga menjadi krisis kewangan sistemik antarabangsa yang besar

menjelang akhir tahun 2008 .

Di samping itu , IHP ialah 98.3 dan kadar inflasi merupakan 0.6% pada tahun

2009 . Kadar inflasi menurun secara teras berbanding dengan tahun 2008 iaitu

sebanyak 4.8% . Menurut Laporan Ekonomi , hal ini sedemikian kerana faktor

penawaran dan permintaan yang lemah . Inflasi pada tahun 2009 dipengaruhi oleh

faktor luar dan dalam negeri . Di luar negeri , kelemahan ekonomi pada separuh

kedua 2008 telah mengakibatkan tekanan deflasi dalam ekonomi . Dua faktor utama

terhadap tekanan deflasi ini ialah kejatuhan ketara harga komoditi dunia , terutamanya

harga minyak mentah dan ekonomi yang semakin lembap apabila kemelesetan global

bertambah buruk .

Apabila tahun 2010 , IHP adalah 100 sebaliknya kadar inflasi ialah 1.7% .

Peningkatan kadar inflasi sebanyak 1.1% berbanding dengan tahun sebelum .

Kerajaan telah menetapkan tahun 2010 sebagai tahun asas . Menurut Bank Negara

Malaysia , kenaikan tingkat harga umum bagi kumpulan makanan dan minuman tanpa

alkohol , perumahan , air , elektrik , gas dan bahan api lain serta pengangkutan

menyebabkan kadar inflasi meningkat . Peningkatan harga bagi kumpulan makanan

dan minuman tanpa alkohol akibat daripada peningkatan permintaan berikutan musim

perayaan dan kekurangan penawaran yang berpunca daripada keadaan cuaca yang

tidak menentu .

Seterusnya IHP pada tahun 2011 adalah 103.2 dan kadar inflasi ialah 3.2% .

Kadar inflasi terus meningkat dari 1.1% tahun 2010 ke 1.5% tahun 2011 . Menurut

Bank Negara Malaysia , peningkatan kadar inflasi akibat daripada gangguan terhadap

bekalan dalam negeri yang disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan

kekurangan tenaga kerja juga menyebabkan peningkatan inflasi makanan pada tahun

2011 . Hujan lebat semasa musim tengkujuh menyebabkan harga ikan dan makanan

laut terus naik sepanjang tahun itu . Selain itu , faktor penawaran luaran dan dalam

negeri merupakan penyebab utama inflasi pada tahun 2011 . Di luar negeri, trend

kenaikan inflasi amat ketara dalam ekonomi , didorong oleh harga komoditi dunia

yang lebih tinggi dan permintaan dalam negeri yang lebih kukuh . Harga makanan

global yang meningkat sejak separuh kedua tahun 2010 , naik lagi pada tahun 2011 .

Suhu panas yang melampau di Rusia dan Amerika Syarikat telah menyebabkan

penurunan bekalan gandum dan jagung , lantas menaikkan harga bijirin tersebut ,

sementara banjir di Thailand dan Vietnam telah menyebabkan harga beras dunia

meningkat .

Pada tahun 2012 , IHP ialah 104.9 manakala kadar inflasi ialah 1.6% . Kadar

inflasi telah menurun pada tahun 2011 ke tahun 2012 sebanyak 1.6% . Menurut Bank

Negara Malaysia , keadaan ini berlaku disebabkan oleh keadaan bekalan makanan

dalam negeri yang lebih baik daripada jangkaan dan inflasi dalam kategori

pengangkutan yang lebih rendah daripada jangkaan . Inflasi dalam kategori makanan

dan minuman tanpa alkohol menjadi sederhana disebabkan oleh penurunan harga

daging dan sayur-sayuran . Inflasi yang lebih sederhana dalam kategori pengangkutan

adalah kerana tiada penyelarasan terhadap kebanyakan harga bahan api , di samping

harga petrol RON97 yang lebih rendah .

Kadar inflasi pada tahun 2008 adalah tertinggi berbanding dengan tahun 2006

hingga 2012 . Kadar inflasi tahun tersebut melebihi 4% manakala kadar inflasi pada

tahun 2010 adalah terendah berbanding dengan tahun 2006 hingga 2012 . Kadar

inflasi tahun ini berkurang 2% . IHP di Malaysia meningkat dari 90.9 bagi tahun 2006

ke 104.9 bagi tahun 2012 .

Kesimpulannya , kadar inflasi di Malaysia adalah tidak stabil antara tahun

2006 hingga tahun 2012 tetapi secara keseluruhannya mengalami penurunan dari

tahun 2006 hingga tahun 2012 . Berlaku masalah inflasi di Malaysia masih terkawal

dan belum menjadi masalah ekonomi yang serius . Dengan kajian ini , pengkaji dapat

lebih memahami tentang faktor peningkatan dan penurunan kadar inflasi di Malaysia

dari tahun 2006 hingga tahun 2012 . Kadar inflasi Malaysia menunjukkan penurunan

dari tahun 2006 hingga 2012 .

5.2 Mengenal pasti hubungan kadar inflasi antara Malaysia dengan Amerika

Syarikat pada tahun 2006 hingga 2012

Tahun Kadar Inflasi di Malaysia (%) Kadar Inflasi di Amerika Syarikat (%)

2006 3.6 3.2

2007 2.0 2.8

2008 5.4 3.8

2009 0.6 -0.4

2010 1.7 1.6

2011 3.2 3.2

2012 1.6 2.1

Jadual 2 : Arah aliran kadar inflasi di Malaysia dan Amerika Syarikat dari tahun 2006

hingga 2012 Sumber

: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dan ‘US Inflation

Calculator’

Berdasarkan jadual di atas , kadar inflasi Malaysia adalah 3.6% dan kadar inflasi

Amerika Syarikat adalah 3.2% pada tahun 2006 . Kadar inflasi di Malaysia dan

Amerika Syarikat pada tahun 2007 adalah 2.0% dan 2.8% . Pada tahun seterusnya ,

kadar inflasi bagi negara Malaysia dan Amerika Syarikat adalah 5.4% dan 3.8% .

Untuk tahun 2009 , kadar inflasi bagi negara Malaysia dan Amerika Syarikat adalah

0.6% dan -0.4% . Pada tahun 2010 , kadar inflasi Malaysia adalah 1.7% dan kadar

inflasi Amerika Syarikat adalah 1.6% . Bagi tahun 2011 , kedua-dua negara ini

terdapat kadar inflasi yang sama iaitu 3.2% . Akhirnya , kadar inflasi Malaysia adalah

1.6% dan kadar inflasi Amerika Syarikat adalah 2.1% .

2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012-1

0

1

2

3

4

5

6

MalaysiaArah Aliran Kadar Inflasi MalaysiaAmerika SyarikatArah Aliran Kadar Inflasi Amerika Syarikat

Rajah 2: Arah aliran kadar inflasi di Malaysia dan Amerika Syarikat dari tahun 2006

hingga tahun 2012

Amerika Syarikat merupakan satu negara maju di dunia . Ekonomi Amerika Syarikat

adalah ekonomi terbesar di dunia . Amerika Syarikat juga merupakan pelabur asing

terbesar di Malaysia . Syarikat-syarikat dari Amerika melabur di Malaysia

terutamanya dalam sektor tenaga , elektronik dan pembuatan , dan menggaji hampir

200,000 rakyat tempatan . Nilai kumulatif pelaburan persendirian Amerika Syarikat

dalam sektor pembuatan di Malaysia adalah lebih kurang $15 bilion . Oleh itu ,

ekonomi Amerika Syarikat dapat mempengaruhi kadar inflasi di Malaysia .

Pada tahun 2006 , kadar inflasi di Malaysia adalah 3.6% manakala kadar inflasi

di Amerika Syarikat adalah 3.2% . Perubahan kadar inflasi antara dua negara ini

adalah 0.4% . Menurut laman web ‘Worldwide Inflation Data’ , kesan harga minyak

menyebabkan peningkatan kadar inflasi di Malaysia . Minyak adalah komponen

utama bagi kedua-dua harga pengguna dan harga pengeluar walaupun tidak dapat

menentukan . Kenaikan kos bahan api yang boleh mencetuskan kesan

pengkompaunan . Jika kos bahan api meningkat , barang lain akan meningkat untuk

menampung kos tambahan yang ditanggung oleh pengeluar produk . Walau

bagaimanapun , peningkatan dalam harga biasanya akan menjadi hasil daripada

peningkatan dalam bekalan wang walaupun ia juga boleh menjadi hasil daripada

penurunan dalam bekalan minyak , sama ada melalui bencana alam atau hal-hal

Kadar Inflasi (%)

Tahun

Arah Aliran Kadar Inflasi Di Malaysia Dan Amerika Syarikat

seperti kartel minyak secara sukarela mengurangkan bekalan untuk mencuba untuk

menaikkan harga . Oleh itu , peningkatan harga minyak dapat menyebabkan pelbagai

barangan dan perkhidmatan turut meningkat harga . Kadar inflasi di Amerika

Syarikat adalah rendah berbanding dengan kadar inflasi di Malaysia kerana ekonomi

Amerika Syarikat lebih stabil berbanding dengan ekonomi Malaysia yang kurang

berstabil .

Pada tahun 2007 , kadar inflasi di Malaysia adalah 2.0% manakala kadar inflasi

di Amerika Syarikat adalah 2.8% . Perubahan kadar inflasi antara dua negara ini

adalah 0.8% . Menurut laman web ‘Inflation Data’ , ekonomi Amerika Syarikat

menunjukkan trend pertumbuhan yang tidak sekata pada tahun 2007 , namun

berkembang secara keseluruhannya pada kadar yang lebih rendah berbanding dengan

tahun sebelumnya . Pertumbuhan global adalah kukuh menyebabkan pertumbuhan

yang melebihi trend di kebanyakan ekonomi perindustrian dan pertumbuhan pesat

ekonomi pasaran sedang pesat membangun .

Pada tahun 2008 , kadar inflasi di Malaysia adalah 5.4% manakala kadar inflasi

di Amerika Syarikat adalah 3.8% . Perubahan kadar inflasi antara dua negara ini

adalah 1.6% . Menurut Laporan Ekonomi Malaysia , masalah kewangan yang

dihadapi institusi kewangan Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 2007 telah

merebak sehingga menjadi krisis kewangan antarabangsa yang besar menjelang akhir

tahun ini . Krisis kewangan di Amerika Syarikat yang semakin mendalam

menjejaskan prestasi ekonomi merosot di seluruh dunia . Kenaikan harga makanan ,

minyak dan pelbagai jenis komoditi menyebabkan inflasi kepada seluruh dunia berada

pada trend meningkat .

Bagi tahun 2009 , kadar inflasi di Malaysia adalah 0.6% manakala kadar inflasi

di Amerika Syarikat adalah -0.4% . Perubahan kadar inflasi antara dua negara ini

adalah 1% . Menurut Laporan Jabatan Tenaga Kerja , indeks tenaga menyebabkan

kemerosotan kadar inflasi tahun ini . Peningkatan tenaga adalah disebabkan oleh

indeks petrol . Menurut Bank Negara Malaysia , KDNK benar Amerika Syarikat

menguncup dengan ketara pada kadar tahunan sebanyak 6.4% pada suku pertama

2009 . Ini merupakan penguncupan paling buruk dalam tempoh 29 tahun .

Penguncupan KDNK ini sebahagian besarnya disebabkan oleh kemerosotan dalam

pelaburan tetap dan pengeluaran inventori yang besar berikutan tindakan sector

perniagaan mengurangkan pengeluaran secara agresif sejak penghujung tahun 2008

memandangkan permintaan keseluruhan jatuh dengan nyata . Sebagai tindak balas

kepada perkembangan ini , Kerajaan AS mengumumkan rangsangan fiskal sebanyak

USD787 bilion pada bulan Februari 2009 , yang terdiri daripada rebat cukai kepada

sektor isi rumah dan perniagaan serta perbelanjaan infrastruktur .

Pada tahun 2010 , kadar inflasi di Malaysia adalah 1.7% manakala kadar inflasi

di Amerika Syarikat adalah 1.6% . Perubahan kadar inflasi antara dua negara ini

adalah 0.1% . Menurut laman web ‘UK Economy Essay’ , kenaikan tingkat harga

umum bagi kumpulan makanan dan minuman tanpa alkohol , perumahan , air ,

elektrik , gas dan bahan api lain serta pengangkutan menyebabkan kadar inflasi

kedua-dua negara ini meningkat . Perdagangan antarabangsa seperti eksport dan

import antara dua negara ini akan berkurang . Kerajaan menggalakkan orang ramai

menggunakan keluaran tempatan supaya mengurangkan kegiatan perdagangan

eksport dan import dan juga dapat mengurangkan cukai-cukai seperti cukai import ,

cukai barangan dan perkhidmatan dan sebagainya .

Pada tahun 2011 , kadar inflasi di Malaysia adalah 3.2% manakala kadar

inflasi di Amerika Syarikat adalah 3.2% . Kadar inflasi antara dua negara ini adalah

sama pada tahun ini . Menurut laman web ‘Worldwide Inflation Data’ , suhu panas

yang melampau di Rusia dan Amerika Syarikat telah menyebabkan penurunan

bekalan gandum dan jagung , lantas menaikkan harga bijirin tersebut . Keadaan cuaca

yang tidak menentu dan kekurangan tenaga kerja menyebabkan makanan laut

terkurang dan harganya terus meningkat . Ini menyebabkan permintaan dari luar

negara adalah banyak dan penawaran adalah tidak secukupnya . Oleh itu , harga

barangan import dan eksport terus meningkat .

Pada tahun 2012 , kadar inflasi di Malaysia adalah 1.3% manakala kadar inflasi

di Amerika Syarikat adalah 2.1% . Perubahan kadar inflasi antara dua negara ini

adalah 0.8% . Menurut Departmen Perdagangan Amerika Syarikat , peningkatan

harga bekalan makanan , energi , minyak dan sebagainya mempengaruhi ekonomi

kedua-dua negara ini tetapi tidak memberi kesan yang besar kepada Amerika Syarikat

kerana ekonominya adalah lebih stabil berbanding dengan Malaysia . Rakyat yang

ramai dan kebanyakan adalah dari golongan kaya . Mereka dapat membebankan

peningkatan harga barangan pengguna berbanding dengan rakyat Malaysia yang tidak

ramai berbanding dengan Amerika Syarikat . Menurut Reuters , berita bahawa inflasi

kekal di cek ‘harus membantu memberikan bilik Rizab Persekutuan untuk menaikkan

ekonomi dengan tinggal di jalan dasar monetarinya ultra-mudah’ .

Kesimpulannya , peningkatan atau penurunan kadar inflasi di Malaysia dan

Amerika Syarikat biasanya dipengaruhi oleh harga minyak dan makanan . Amerika

Syarikat mengamalkan ekonomi campuran di mana perbadanan dan firma swasta lain

membuat majoriti keputusan mikroekonomi sambil dikawal oleh kerajaan .

Hakikatnya , hubungan antarabangsa yang cukup luas berjaya memahat kedudukan

Amerika Syarikat sebagai kuasa ekonomi dunia .

6.0 CADANGAN

Beberapa cadangan yang dapat menangani inflasi di Malaysia agar ekonomi

negara kita dapat berkembang pesat dan taraf hidup rakyat dapat ditingkatkan .

Menyedari bahawa inflasi boleh menimbulkan kesan buruk kepada

perkembangan ekonomi negara , kos sara hidup dan taraf hidup orang berpendapatan

rendah , kerajaan melaksanakan Kempen Anti Inflasi melalui media cetak dan

elektronik untuk meningkatkan kesedaran dan perubahan sikap pembeli supaya

mereka boleh mengambil langkah-langkah positif untuk membantu membendung

inflasi . Objektif kempen berkenaan ialah untuk mengurangkan kadar inflasi ke tahap

sifar . Kempen ini disasarkan kepada konsep untuk memupuk pemikiran masyarakat

supaya membanteras inflasi dengan menggalakkan pengguna agar membeli barang

buatan Malaysia , mengelakkan pembelian tidak dirancang , membeli hanya barangan

yang benar diperlukan .

Selain itu , kerajaan mengambil langkah mengurangkan harga barang

keperluan seperti petrol dan beras selaras dengan pengurangan harga komoditi dunia .

Subsidi diesel patut terus diberikan kepada golongan tertentu terutamanya nelayan

kerana bertujuan mengurangkan kos operasi mereka dan secara tidak langsung harga

ikan murah di pasaran . Subsidi petrol atau diesel patut disalurkan kepada rakyat

supaya dapat menjimatkan perbelanjaan rakyat . Kos sara hidup rakyat dikurangkan

dan taraf hidup rakyat dapat ditingkatkan .

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna

menganjurkan ‘Kempen Beli Barangan Malaysia’ . Langkah ini amat mustahak untuk

memulihkan masalah inflasi . Rakyat Malaysia digalakkan supaya membeli bahan

keperluan asas yang sedia ada di negara kita daripada membeli barangan import . Ini

untuk mengelakkan inflasi di import berlaku . Sementara itu , kilang tempatan juga

digalakkan untuk meningkatkan kualiti barangan agar dapat bersaing dengan

barangan import dan barangan tempatan dapat dijadikan barang penggantian import .

Hal ini dapat memantapkan defisit pendapatan negara supaya nilai mata wang

Malaysia tidak jatuh berbanding dengan mata wang asing . Sebagai contoh , Kedai 1

Malaysia dan Klinik 1 Malaysia dibuka untuk mengalakkan rakyat membeli barang

buatan tempatan serta membantu rakyat supaya dapat membeli barang pengguna yang

lebih murah .

Tambahan pula , penguatkuasaan undang-undang merupakan tindakan yang

ampuh untuk membendung inflasi . Demi mencegah penyelewengan peniaga yang

tamak , pengawai yang terlibat tidak patut bertindak bena tak bena sahaja . Misalnya

permantauan atau serbuan hanya dijalankan secara bermusim sahaja . Tanpa tindakan

undang-undang yang ketat , peniaga akan bertindak bermaharajalela dengan penjara

dan hukuman denda yang berat dijatuhkan dengan semaksimunya terhadap peniaga

yang licik . Pemantauan yang lebih kerap harus diadakan terhadap semua permis

perniagaan dan pasar malam . Masyarakat kita perlu menjadi mata dan telinga kepada

pihak berkuasa seperti ‘Rakan Cop’ untuk melaporkan berlakunya penyelewengan

peniaga .

Sebagai kesimpulannya , pihak kerajaan dan persatuan pengguna harus

berganding bahu untuk mengatasi masalah inflasi di Malaysia . Pihak berkuasa dan

masyarakat juga patut bekerjasama untuk membendung inflasi yang berlaku di negara

kita supaya Wawasan 2020 dapat berjaya dicapai .

7.0 PENUTUP / RUMUSAN KAJIAN

Sepanjang menjalankan kajian ini , pengkaji mendapati bahawa kadar inflasi di

Malaysia adalah tidak stabil dari tahun 2006 hingga tahun 2012 . Terdapat beberapa

jenis faktor yang menyebabkan berlaku peningkatan atau penurunan kadar inflasi .

Antaranya adalah seperti kenaikan permintaan melebihi pengeluaran , berlakunya

bencana alam , kenaikan harga minyak , kenaikan harga komoditi makanan dan

sebagainya .

Di samping itu , pengkaji mendapati bahawa kadar inflasi yang meningkat

secara mendadak di Malaysia adalah peningkatan sebanyak 2.0% tahun 2007 ke 5.4%

tahun 2008 . Keadaan ini disebabkan oleh berlakunya krisis kewangan di Amerika

Syarikat yang semakin mendalam menjejaskan prestasi ekonomi merosot di seluruh

dunia . Sementara itu , kenaikan harga makanan , minyak dan pelbagai jenis komoditi

menyebabkan inflasi berlaku di Malaysia .

Pengkaji juga mengkaji hubungan kadar inflasi antara Malaysia dengan

Amerika Syarikat dari tahun 2006 ke 2012 . Ekonomi Amerika Syarikat (AS) adalah

ekonomi terbesar di dunia . Amerika Syarikat mengamalkan ekonomi campuran di

mana perbadanan dan firma swasta lain membuat majoriti keputusan mikroekonomi

sambil dikawal oleh kerajaan . Oleh itu , inflasi Malaysia dapat dipengaruhi oleh

ekonomi Amerika Syarikat . Pengkaji mendapati bahawa masalah inflasi perlu diatasi

dengan mengambilkan tindakan yang berkesan oleh kerajaan seperti menguatkuasa

undang-undang , menganjurkan ‘Kempen Beli Barangan Malaysia’ , melaksanakan

‘Kempen Anti Inflasi’ dan sebagainya . Hal ini adalah amat penting supaya ekonomi

negara tidak akan dijejas dan diganggu secara serius .

Sebagai kesimpulannya , masalah inflasi merupakan salah satu masalah

ekonomi yang kini dihadapi oleh negara Malaysia . Terdapat banyak faktor yang

menyebabkan berlaku masalah inflasi dan kesan yang dihadapi oleh ekonomi

Malaysia akibat daripada inflasi di Malaysia . Namun , terdapat juga cara-cara yang

boleh mengawal kadar inflasi supaya ekonomi Malaysia tidak terjejas . Oleh itu ,

pihak kerajaan harus mengambil tindakan secara berterusan dan berkesan supaya

Malaysia terus berkembang pesat di pasaran antarabangsa .

top related