drama berdialog 'jika saya
Post on 29-Jul-2015
579 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Drama Berdialog Jika Saya…
Qisya : Jika saya menjadi pokok kaktus, tiada siapa yang akan berani menyentuh saya.
Danial : Kenapa awak berkata demikian?
Qisya : Sebab pada badan pokok kaktus dipenuhi dengan duri. Durinya tajam.
Danial : Ooh..giliran saya pula. Jika saya menjadi sampan, setiap hari saya ingin mengembara.
Qisya : Kenapa mahu pergi mengembara?
Danial : Sebab saya berminat untuk menjelajah dunia.
Aiman : Jika saya pula, saya ingin menjadi mentol.
Qisya dan Danial : Kenapa mahu menjadi mentol, Aiman?
Aiman : Cahaya matahari akan menerangi waktu siang tetapi waktu malam mentol dapat menerangi waktu malam.
(murid bersedih)
Cikgu Rashidah : Kenapa Aiman sedih? Qisya dan Danial ganggu awak ke?
Qisya : Kami tak buat apa-apa cikgu. Tadi Aiman cakap dia mahu menjadi mentol sebab waktu malam nanti akan jadi terang kalau ada mentol.
Cikgu Rashidah : Emm..Aiman, boleh cikgu tahu kenapa Aiman berkata demikian?
Aiman : Rumah saya tiada bekalan elektrik cikgu. Saya dan
keluarga guna lampu minyak tanah sahaja. Emak dan ayah saya tak mampu nak bayar bil elektrik sebab kami miskin.
Cikgu Rashidah : Ohh..begitu ceritanya.Aiman jangan risau dan sedih lagi. Cikgu akan berusaha meminta bantuan sumbangan kewangan daripada guru-guru dan orang kampung bagi meringankan beban emak dan ayah awak.
Aiman : Betul ke ini cikgu?
Cikgu Rashidah : Insyaallah..betul. Aiman kena berjanji dengan cikgu bahawa awak akan berusaha dan rajin belajar demi masa depan awak dan emak ayah. Janji?
Aiman : Janji cikgu.
Cikgu Rashidah : Qisya dan Danial boleh janji juga dengan cikgu?
Qisya dan Danial : Kami pun berjanji akan belajar bersungguh- sungguh cikgu.MAISARAH BTE MISTAR
IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
top related