document 4
Post on 07-Dec-2015
229 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1.0 PENDAHULUAN
Tugas seorang guru kini bukan sekadar pengajar, sebaliknya mencurahkan segala ilmu
pengetahuan dan kemahiran kepada semua murid dan pelajar. Begitupun pada masa
kini peranan seorang guru semakin kurang memberi tumpuan kepada aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah walaupun tugas dan tanggungjawab itu sebagai
skop tugas utama guru di sekolah. Tugas seorang guru pada hari ini semakin berat dan
ramai dalam kalangan guru meluahkan rasa keluhan dan rungutan mengenai tumpuan
tugas mereka yang semakin hari semakin membebankan.Tugas dan tanggungjawab
guru kini tidak seperti guru pada satu zaman sebelum ini yang dihormati atas kredibiliti
sebagai guru yang tegas dalam menyampaikan pengajaran serta cukup disegani atas
kedudukan sebagai gedung ilmu. Sebaliknya, pada hari ini semakin banyak pihak yang
mungkin mencebik, menjuih bibir apabila guru merungut mengenai beban yang mereka
hadapi di sekolah. Tidak kurang juga yang mengatakan guru ketika ini manja dan
banyak ‘songeh’ serta pelbagai kritikan lagi dilemparkan kepada para guru termasuklah
sindiran seperti ‘sudahlah kerja separuh hari, cuti banyak pula, itupun nak merungut’.
Mereka yang kebanyakannya menyalahkan guru dalam isu ini mungkin tidak
peka mengenai situasi sebenar kerjaya guru di sekolah ketika ini yang bukan sekadar
bekerja melebihi masa sepatutnya, malah dibebani dengan longgokan kerja yang ada
kalanya tidak selesai di sekolah dan terpaksa dibawa sehingga ke rumah pada hari
Sabtu dan Ahad.
Di sekolah pada hari ini, banyak kerja yang sepatutnya dilakukan oleh seorang
kerani atau pegawai data kini menjadi tugas seorang guru. Tugas-tugas guru yang rutin
seperti merekod maklumat murid, data profil murid, analisis keputusan ujian dan
peperiksaan secara manual dan berkomputer. Begitu juga dengan kerja-kerja
pembayaran buku rujukan, pembahagian susu dan pakaian sekolah, rekod skim
pinjaman buku teks, inventori aset sekolah dilaksanakan oleh seorang guru. Tugas-
tugas tambahan ini kemudian diteruskan lagi dengan tugas arahan pentadbiran dan
sehinggalah kepada urusan pada peringkat pejabat pelajaran daerah serta jabatan
pelajaran negeri.
Justeru itu, adalah tidak wajar seorang guru dahulu dan sekarang dijadikan
perbandingan kerana pada zaman berteknologi maklumat serba canggih ini. Jika pada
hari ini semua kerja perlu direkod dalam sistem berkomputer walaupun rekod bertulis
telah dibuat dan yang menyedihkan, bukan semua guru ada komputer dan tidak semua
guru tahu dan celik menggunakan komputer. Bagi ketua panitia mata pelajaran pula,
bebanan itu ditambah dengan keperluan menyediakan kertas soalan peperiksaan,
penyimpanan dan pelaporan serta analisis peperiksaan dan ujian yang telah
dilaksanakan sepanjang tahun.
Profesion sebagai guru adalah profesion yang sungguh mencabar memandangkan tugasnya
yang begitu banyak dan tanggungjawabnya yang begitu berat. Di Malaysia, persoalan
mengenai tekanan kerja di kalangan guru - guru juga menjadi topik hangat yang sering
diperkatakan. Basinun (1995) menyatakan antara masalah utama guru adalah masalah
kenaikan gaji, peluang kenaikan pangkat dan beban kerja guru yang keterlaluan. Selain
daripada tugas mendidik murid - murid, guru-guru perlu berdepan dengan karenah disiplin
murid yang menambahkan lagi beban kerja guru. Muhamad (1995) memetik laporan Kongres
Kesatuan Guru - Guru Malaysia menyatakan bahawa guru-guru menghadapi tekanan dengan
kerja - kerja persediaan mengajar seperti menyediakan perancangan tahunan, penggal,
mingguan dan harian. Di dalam bilik darjah, guru juga menghadapi tekanan dengan karenah
dan bilangan murid yang ramai. Faridah dan Zubaidah (1999) juga mengakui profesion guru
amat mencabar kerana mereka bukan setakat mengajar, malah terpaksa menangani masalah
pelajar nakal dan kerja-kerja perkeranian yang menuntut masa yang banyak untuk diselesaikan.
Beberapa reformasi yang berlaku dalam pendidikan adalah seperti KBSR, KBSM dan KSSR
dilihat seperti menambahkan lagi bebanan kerja guru yang sedia bertimbun.
Menurut Dunham (1992), terdapat lima faktor utama yang menyebabkan berlakunya
tekanan kerja guru iaitu salah laku pelajar, beban tugas, keperluan penghargaan, kekangan
masa dan tekanan kerja di kalangan guru sekolah dan hubungan interpersonal. Keadaan ini
juga berlaku di Malaysia seperti mana yang dinyatakan oleh Faridah dan Zubaidah (1999) di
mana guru berhadapan dengan masalah sosial, anak muda yang terbiar dan masalah disiplin
yang menakutkan serta disusuli pula oleh tekanan kerja yang kuat. Di samping itu, faktor beban
tugas juga banyak mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Di
dalam bilik darjah guru berhadapan dengan masalah salah laku pelajar yang mana faktor ini
dipercayai antara faktor yang menyebabkan guru - guru di sekolah menengah menghadapi
tekanan. Guru - guru terpaksa berhadapan dengan masalah pelajar-pelajar yang suka membuat
bising, biadap atau kurang ajar dan kesukaran mengawal pelajar dalam kelas.
Sehubungan itu, kita perhatikan bahawa faktor penghargaan merupakan faktor yang
boleh menyebabkan tekanan kerja kepada guru. Faktor penghargaan ini merujuk kepada
penghargaan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang rajin, berdedikasi, dan
cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Terdapat guru-guru yang benar-benar memberi
komitmen yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran, namun penghargaan yang
sewajarnya masih belum diperolehi. Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak berpeluang untuk
kenaikan pangkat dan masih diiktiraf senioritinya untuk memegang sesuatu jawatan.
Adakalanya pandangan, pendapat dan suara guru-guru terhadap kebaikan sekolah tidak
dihargai atau kurang mendapat perhatian yang baik dari pihak pentadbiran sekolah. Ini juga
boleh menimbulkan perasaan tersinggung dan kecewa sehingga menyebabkan guru - guru itu
menjadi kurang proaktif lagi. Terdapat segelintir guru yang melihat gaji yang diterima tidak
seimbang dengan tugasnya sedangkan mereka ini mengharapkan gaji yang seimbang dengan
tugas-tugas yang ditanggungnya. Sepatutnya apabila guru - guru tersebut memegang sesuatu
jawatan atau tugas yang berat, pihak pentadbir harus peka terhadap mereka yang dibebani
kerja yang banyak.
Profesion keguruan merupakan satu profesion yang memainkan peranan yang sangat
penting dalam menjulang martabat pendidikan di negara kita Malaysia.Ini kerana golongan guru
merupakan golongan utama yang diamanahkan untuk bertanggungjawab membantu negara
dalam mencapai matlamat utama pendidikan di Negara kita iaitu untuk menampung keperluan
tenaga kerja dan mencapai perpaduan Negara melalui perkembangan bersepadu individu yang
menyeluruh dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek,dan sosial selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Dalam menyempurnakan hasrat (FPK),para guru bukan sahaja dituntut untuk sekadar
menyebarkan ilmu semata-mata bahkan mereka juga bertanggungjawab dalam pembentukan
sahsiah dan tingkahlaku anak didik mereka.Untuk itu,dalam mencapai hasrat (FPK)
ini,golongan guru seharusnya sedar bahawa tugas mereka bukanlah satu tugas yang mudah
sebaliknya mereka memikul tanggungjawab yang sangat besar.Ini kerana tugas menyampaikan
ilmu serta mendidik bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia memerlukan satu perancangan
jangkamasa panjang disamping perlu berhadapan dengan karenah anak-anak murid dan juga
mesyarakat di sekeliling.
Disamping itu,mereka juga perlu peka dengan perubahan semasa serta bijak
menyesuaikannya dalam tugas terutamanya bagi menangani masalah pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar yang
sememangnya semakin menular pada masa kini.Secara umumnya,kita boleh mengatakan
bahawa sememangnya para guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas dan juga
profesional dalam semua bidang.Menurut Robiah (1998),untuk menjadi seseorang guru yang
profesional,seseorang guru itu perlu menekankan kepada tiga aspek penting yang perlu ada di
dalam dirinya iaitu kepakaran,pengetahuan,dan juga pembentukan sahsiah.
Ini menunjukkan bahawa dalam menjadi guru yang profesional,amat penting bagi seseorang
guru dalam mempunyai sahsiah dan keperibadian yang mantap disamping mempunyai
kepakaran dan pengetahuan yang luas dalam sesuatu bidang.Sebenarnya pihak kerajaan
sudah lama mahu meningkatkan martabat bidang perguruan ini supaya menjadi satu bidang
ataupun kerjaya yang profesional.Namun apa yang berlaku pada hari ini adalah sangat
menyedihkan di mana ada sahaja kes-kes ataupun isu-isu yang berkaitan dengan salah laku
guru yang sering kita dengar melalui dada televisyen mahupun akhbar-akhbar malah ianya
semakin meningkat dari hari ke hari.
Sebenarnya isu guru-guru yang melanggar etika perguruan ini bukanlah satu perkara yang
baru dalam bidang pendidikan di negara kita ini malahan ianya sudah wujud sejak dari dahulu
lagi.Walaupun sistem pendidikan pendidikan di Negara kita dilihat semakin maju dan
berkembang,namun sedar atau sedar kita bahawa kes-kes atau isu-isu guru yang melanggar
etika adalah didapati semakin meningkat.Situasi ini dapat dilihat apabila semakain hari semakin
banyak berita-berita ataupun laporan yang tersiar di dada akhbar mahupun berita mengenai
salah laku guru-guru dari seluruh pelosok Negara.Tidak kira siapa pun guru tersebut malahan
guru yang memegang gelaran ustaz sekalipun tidak terlepas daripada terlibat daripada terlibat
di dalam gejala pelanggaran etika dan tingkahlaku ini.Fenomena ini secara tidak langsung telah
mencalar imej perofesion perguruan yang semakin tidak disenangi oleh ramai pihak ini.
2.0 ULASAN ISU ( GURU PONTENG )
Guru adalah insan biasa yang mempunyai peribadi dan kehidupan sosialnya yang
tersendiri sama seperti manusia-manusia lain. Justeru, guru tidak terlepas dari melakukan
kesilapan ataupun kesalahan. Antara isu salah laku guru yang sering diperkatakan masa kini
ialah isu guru ponteng kerja yang sering kita dengar berlaku di mana-mana sekolah tidak kira
sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Menurut kamus Dewan edisi ketiga (2002),
ponteng dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai kecoh,tipu,lari daripada tugas yakni
tanggungjawab dan lain-lain.Manakala dari segi istilah ponteng membawa maksud tidak hadir
bertugas tanpa sebab ataupun dengan sebab yang tidak munasabah.
Menurut Cascio (2005), ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang
pekerja daripada melaporkan diri ataupun tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang
telah ditetapkan atas apa alasan sekalipun.Ini menunjukkan apabila seseorang itu tidak dapat
hadir ke pejabat pada waktu bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak hadir.Sekiranya
seseorang pekerja tidak hadir tanpa sebarang sebab yang munasabah, maka ianya boleh
dianggap sebagai ponteng kerja.
Berdasarkan kepada keratan akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 20 Mei 2008 yang
bertajuk “Guru Ponteng : Tindakan Tegas Akan Diambil”,isu yang dapat dikenalpasti adalah isu
guru yang ponteng kerja di mana pihak kementerian telah mengambil keputusan untuk
mengambil tindakan tegas terhadap seorang guru yang mengajar di sebuah Sekolah
Kebangsaan Jenis Tamil (SJKT)di Perak jika siasatan membuktikan bahawa guru itu ‘ponteng’
mengajar dengan sengaja.Ini bermaksud jika guru tersebut gagal mengemukan sebarang
alasan yang munasabah mengenai ketidakhadirannya ke sekolah,maka guru tersebut akan
dipecat daripada jawatannya sebagai seorang guru secara rasmi.
Kenyataan tersebut dikeluarkan secara rasmi oleh Timbalan Menteri Kementerian Pelajaran
Malaysia,iaitu Datuk Dr. Wee Ka Siong.Menurut beliau,sebelum mengambil apa-apa
tindakan,pihak kementerian akan menjalankan siasatan terlebih dahulu untuk membuktikan
dakwaan bahawa guru tersebut ponteng kerja adalah benar.Ketika ditemubual wartawan pada
ketika itu,beliau mengakui bahawa sedang menunggu laporan penuh daripada jawatankuasa
yang diarahkan bagi membuat siasatan.
Dakwaan yang dikenakan ke atas guru tersebut adalah berdasarkan rungutan-rungutan yang
dikeluarkan oleh pihak ibu bapa melalui sebuah stesen televisyen yang mendakwa guru
tersebut kerap kali tidak hadir ke sekolah.Guru tersebut juga didapati tidak hadir ke sekolah
selama 30 hari dan dia hanya memaklumkan perkara tersebut kepada pihak sekolah melalui
khidmat pesanan ringkas(SMS).Menurut Datuk Dr. Wee Ka Siong lagi, kementerian mengambil
serius kes tersebut walaupun ia merupakan kes terpencil dan jarang berlaku.Beliau juga
menjelaskan tindakan tegas perlu dilakukan kerana tidak mahu menjejaskan kerjaya perguruan.
Menurut perkara yang dibincangkan dalam artikel ini,ia secara tidak langsung menunjukkan
bahawa isu guru ponteng ini merupakan satu isu yang serius tidak wajar dipandang enteng oleh
guru-guru walaupun ianya merupakan satu isu yang dilihat tidak meluas dan terpencil.Ini kerana
pihak kementerian sememangnya memandang serius mengenai isu ini kerana ianya boleh
membawa kesan yang buruk terhadap pendidikan di Negara ini khusunya terhadap anak-anak
didik.Ini bertepatan dengan kenyataan Datuk Dr. Wee Ka Siong di dalam artikel ini di mana
beliau menyatakan bahawa pihak kementerian memandang serius kes tersebut walaupun ia
merupakan kes yang terpencil.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Dr. Wee Ka Siong juga dilihat sangat bertepatan
dengan satu lagi kenyataan yang telah dibuat oleh Datuk Muhiddin Yusin,Pengarah Pelajaran
Negeri Sabah seperti yang dilaporkan dalam akhbar Utusan Borneo yang bertarikh 24
Disember 2011 yang bertajuk “Guru Ponteng Isu Serius”. Datuk Muhiddin Yusin dalam
kenyataannya berkata “ Pihak Kementerian dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah berasa kesal
dan memandang serius tentang ketidakhadiran guru di Sekolah”.Kenyataan tersebut di buatkan
berdasarkan kepada hasil pemantauan dan pemeriksaan pihak Jemaah Nazir dan Jaminan
Kualiti (JNJK)pada 25 Mei 2010 yang menunjukkan seramai 157 guru dari 14 buah sekolah
yang didapati tidak hadir bertugas di sekolah.Selain itu,dalam artikel yang sama Datuk Muhiddin
juga menegaskan walaupun kejadian itu mungkin terpencil,namun hal berkenaan tidak boleh
dibiarkan berterusan kerana ia mampu melumpuhkan sistem pendidikan negara jika tidak
ditangani dengan sewajarnya.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh dua orang menteri yang terdapat di dalam artikel-artikel ini
secara langsungnya mempertengahkan mengenai isu ponteng yang dilihat semakin menular
serta berleluasa di dalam kalangan guru – guru di negara ini.Semakin hari semakin banyak
faktor penyebab yang dilihat menjadi punca kepada gejala ini.Gejala ponteng dikalangan guru
ini juga dilihat secara tidak langsungnya telah mencemarkan nama profesion guru itu sendiri di
samping telah melanggar etika kerja profesion perguruan yang telah digubal.Justeru itu,sebagai
bakal guru,wajarlah isu guru ponteng ini dipertimbangkan serta dibincangkan dengan serius dan
mendalam kerana ianya mencerminkan profesion perguruan yang selama ini dipandang mulia
oleh masyarakat.
Di sini, saya memilih untuk membincangkan “Masalah Penyalahgunaan Masa” sebagai isu
yang melanggar etika profesion perguruan kerana masalah ini kerap terjadi di kalangan guru.
top related