dirgahayu bahasaku-cerpen pungut- t5

Post on 09-Feb-2016

107 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

DIRGAHAYU BAHASAKU (cerpen) tingkatan 5- PUNGUT ALIAS ZAHARA ALIAS YAP SIEW HONG

TRANSCRIPT

Cerpen ini mengisahkan tentang perjalanan hidup Mak Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat

selama 24 tahun. Kisah ini bermula dengan imbas kembali bagaimana peristiwa Mak Timah mengambil anak angkatnya

yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil dari keluarga Bibik yang

berketurunan Cina. Pada peringkat awal Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan

boleh membantunya apabila dewasa tetapi sebaliknya pula berlaku malah Pungut jadi bisu dan pekak serta tidak boleh

menguruskan dirinya sendiri. Hal ini disebabkan Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah

terpaksa menguruskan segalanya. Mak Timah selalu berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia

meninggal dunia.

Sinopsis Ringkas…

Tema …

Cerpen ini bertemakan kasih sayang seorang ibu membesarkan anak angkatnya yang cacat . Mak Timah sangat kasih akan Pungut sehingga dia sanggup mengorbankan keselesaan hidupnya dengan menerima Pungut yang cacat untuk dipelihara . Selama 24 tahun Mak Timah memelihara Pungut dengan kasih sayang walaupun Pungut bukan anaknya.

Persoalan…

Kebesaran Tuhan• Tuhan berkuasa menjadikan seseorang seperti

yang diingini-Nya .Ketabahan seorang wanita menjaga

anak yang cacat• Mak Timah begitu tabah menjaga pungut selama

24 tahun .

Mentaliti masyarakatyang tidak dapat menerima anak yang cacat

• Siew Lan tidak dapat menerima kecacatan anaknya .

Perasaan simpati melangkaui batasan kaum

• Mak Timah dan dua orang anak perempuannya berasa simpati akan Pungut dan sanggup menerimanya .

Persoalan…

Plot …Permulaan

• Mak Timah tinggal berjiran dengantuan rumah sewaannya , Bibik

• Mak Timah mempunyai hubungan yang akrab dengan Bibik

• Bibik pula mempunya seorang anak perempuan yang bernama Siew Lan dan lima orang cucu

Plot …Perkembangan

• Siew Lan melahirkan seorang bayi perempuan yang cacat

• Doktor mengatakan bahawa bayi itu hanya dapat hidup antara satu hingga dua tahun

• Mak Timah menziarahi Siew Lan setelah Siew Lan keluar dari hospital

Plot …Konflik

• Disebabkan percaya akan bomoh yang mengatakan anaknya itu membawa sial , Siew Lan tidak mahu memelihara anak itu

• Bibik menawarkan bayi yang berusia dua minggu itu kepada Mak Timah

Plot …Klimaks

• Atas desakan ank-anaknya , Mak Timah bersetuju untuk memelihara bayi tersebut , Mak Timah memanggilnya Pungut

• Kini , Pungut telah berusia 24 tahun . Dia pekak dan bisu . Semua keperluannya diuruskan oleh Mak Timah

• Dalam keadaan uzur , Mak Timah menggagahi diri untuk menjaga Pungut . Anak lelakinya mencadangkan supaya Pungut dihantar ke rumah anak-anak cacat .

Plot …Peleraian

• Mak Timah tidak bersetuju dengan cadangan anak lelakinya

• Dia bertekad untuk menjaga Pungut walau apa pun yang terjadi kepada dirinya .

• Setiap hari , dia berdoa agar Pungut mati dahulu daripadanya supaya Pungut tidak menyusahkan orang lain .

Watak dan Perwatakan…

Pungut• Seorang gadis yang cacat• Nama sebenarnya ialah Yap Siew Hong.• Dia tidak boleh berdikari dan kehidupannya

sentiasa bergantung pada Mak Timah.• Tidak disukai oleh ibunya , Siew Lan .

Watak dan Perwatakan…

Mak Timah• Seorang perempuan tua.• Ibu angkat Pungut.• Jiran yang baik• Seorang yang penyayang

Watak dan Perwatakan…

Bibik• Ibu Siew Lan nenek Pungut• Mempercayai perkara karut• Tuan rumah yang disewa oleh Mak Timah• Cina peranakan yang fasih berbahasa

Melayu

Latar tempat …• Bilik Pungut – Pungut sentiasa keluar masuk

biliknya dengan kelakuan yang aneh .• Rumah Mak Timah – Bibik datang ke rumah

Mak Timah untuk menceritakan hal Siew Lan dan Pungut membesar di rumah Mak Timah .

• Rumah Bibik – Mak Timah menziarahi Siew Lan di rumah Bibik.

• Mahkamah – Mak Timah membuat surat sumapah di mahkamah .

• Rumah ank lelaki Mak Timah – Mak Timah menumpang di rumah anak lelakinya .

Latar masyarakat …

• Masyarakat yang cacat – Pungut ialah sorang gadis yang cacat iaitu pekak dan cacat .

• Masyarakat yang prihatin – Mak Timah sangat prihatin akan keadaan Pungut .

• Masyarakat yang bersimpati – Mak Timah sangat bersimpati akan nasib bayi yang akan dibuang .

• Masyarakat yang ikhlas – Mak Timah sangat ikhlas menjaga Pungut walaupun anak lelakinya mahu Pungut dihantar ke rumah anak-anak cacat .

Latar masa …

• Pada tahun 1981 , iaitu 24 tahun selepas Pungut dilahirkan .

• Pada tahun 1957 , iaitu ketika Siew Lan melahirkan Pungut .

Nilai…Prihatin

Mak Timah prihatin akan keadaan Pungut .

SabarMak Timah sabar ketika menjaga Pungut

Nilai…Baik hati

Mak Timah baik hati . Dia menziarahi Siew Lan yang baru bersalin

Kasih sayangMak Timah amat sayang akan Pungut .

Kita hendakalah prihatin akan nasib orang lain

Mak Timah prihatin akan nasib Pungut iaitu bayi yang akan dibuang oleh ibunya sendiri .

Kita hendaklah sabar ketika membantu orang lain .

Mak Timah sabar ketika menguruskan keperluan pungut .

Pengajaran…

Pengajaran…

Kita perlu berbaik-baik dengan orang yang tidak sebangsa dengan kita

Mak Timah dan keluarga bibik amat baik.Kita mesti sayang akanseseorang walaupun

orang itu cacatMak Timah sayang akan Pungut walaupun dia

seorang yang cacat .

top related