diorama 2

Post on 29-Nov-2015

34 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

hbae2203

TRANSCRIPT

AZMEER AIZAM BIN ABU HBAE2203 830106025015

5.1 Penerangan Mengenai Diorama “Hidupan Di Laut”

Diorama “Hidupan Di Laut” iniagakmudahuntukdihasilkan.Melaluilakaran

yang dibuat, saya telah memilih bahan-bahan yang murah dan mudah

didapati serta tidak susah untuk digunakan. Sebagai guru sekolah rendah

saya perlu memilih bahan-bahan dan peralatan yang

sesuaidengantahapmurid.Sayamenggunakankotakkasutsebagaikotak

diorama kerana ia mudah untuk dipotong atau ditebuk pada bahagian

hadapan. Setelah di tebuk bahagian luar kotak tersebut ia, akan

diwarnakan mengikut seakan-akan warna kayu dengan menggunakan

warna air.

Selepas itu warna air juga akan digunakan untuk mewarnai

bahagian latarbelakang kotak bagi membentuk dan membezakan warna

bahagian dasar laut dan air laut. Warna air laut yang berada di sebelah

bawah diwarnakan dengan warna yang lebih gelap dan semakin terang di

bahagian atasnya. Kemudian kotak hendaklah dikeringkan bagi

memudahkan proses yang seterusnya. Lukiskan gambar-gambar

tumbuhan dan haiwan seperti batu-batu karang, dan rumpai laut, ikan,

obor-obor, sotong, kuda laut, tapak sulaiman dan juga ketam di atas

kertas warna yang pelbagai.

Bagi mencantikkan lagi gambar-gambar hidupan laut tersebut saya

warnakannya dengan warna air yang terang agar ianya lebih menyerlah.

Setelah kering, potong gambar-gambar tersebut dan tampalkan di atas

kertas tebal dengan menggunakan gam yang seuai bagi

mengukuhkannya lagi dan memudahkan proses untuk memasangnya

pada kotak. Bagi tujuan yang sama, gambar-gambar haiwan dan

tumbuhan yang akan ditampal perlulah dilengkapkan dengan tapak

dibahagian bawah gambar tersebut bagi memudahkan proses melekatkan

ke bahagian dasar.

Proses menyusun dimulakan dari sebelah bawah dasar iaitu dengan

melekatkan gambar tapak sulaiman dan ketam di bahagian belakang dan

diikuti dengan pokok-pokok hiasan seperti rumpai laut dan juga batu-batu

AZMEER AIZAM BIN ABU HBAE2203 830106025015

karang dibahagian-bahagian yang sesuai agar ianya kelihatan lebih

realistic dan kemas. Gambar-gambar haiwan seperti ikan, obor-obor,

sotong dan kuda laut perlulah dikat dengan tali tangsi untuk digantung

pada bahagian atas kotak menggunakan pelekat yang kukuh agar tidak

mudah tertanggal. Bagi proses kekemasan akhir saya letakkan objek-

objek tumbuhan hiasan yang dibeli untuk menyerikannya lagi.

top related