dikir cckps

Post on 15-May-2015

843 Views

Category:

Travel

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Mari belajar tentang…

DIKIR BARAT

18 Julai 2011

Cikgu Nur dan Cikgu Asilah

Mari Kita Tonton!

SejarahBerasal dari Pattani, Selatan Thailand.

Dipersembahkan semasa musim menuai atau majlis persandingan.

DIKIR BARAT

Nyanyian beramai-ramai dengan suara yang nyaring, mengikuti satu rentak yang tertentu

Berasal dari luar negara, dari Thailand.

Pengenalan

Dipersembahkan di tempat yang lapang supaya mudah orang ramai menyaksikannya.

Bertujuan sebagai hiburan atau dipertandingkan.

Pertandingan dikir barat di Singapura ialah seperti Mega Perdana. Piala Raja Panggung, Piala Citra Dikir.

Di Singapura terdapat lebih daripada 15 kumpulan dikir barat.

Contoh: Kelana Purba, Cucu Datuk Merah, Wahana Deksu dan Andika.

Keanggotaan

Dianggotai antara 15 – 20 anggota dalam satu kumpulan.

Tok Juara dan Tukang karut

Awok-awok Juru paluan

Tok Juara

Berdikir dalam bentuk lagu/nyanyian sebelum Tukang Karut mengarut.

Menyanyi sambil duduk.

Nyanyian dengan kata nasihat.

Tukang Karut

Berpantun dan bersyair.

Mendendangkan karutnya sambil berdiri dan menari.

Mempunyai kebolehan semulajadi kerana tidak semua orang boleh menjadi Tukang Karut.

Kadangkala spontan.

Awok-Awok

Anggota teramai yang berdikir dalam persembahan dikir barat.

Menyanyi secara beramai sambil duduk dan membuat ragam. Mengulangi bahagian seni kata yang didendangkan oleh Tok Juara atau Tukang Karut.

Jurupaluan

Pemain muzik

• Rebana Ibu

• Rebana Anak

• Gong

• Marakas

• Canang

Urutan Persembahan

1. Tepuk 102. Lagu Juara3. Yengki4. Kelantan5. Pattani6. Matang7. Wau Bulan8. Tepok 10

Masa Keseluruhan: 10-15 Minit

Tok Juara

TukangKarut

Pakaian

Tukang Karut dan Tok Juara berbaju Melayu yang menarik dan tidak seragam.

Awok-awok dan juru paluan berpakaian melayu seragam.

AksesoriLelaki: Tanjak dan sampingWanita: Selendang dan sanggul

Kuiz!

1. Apa makna dikir?Nyanyian beramai-ramai dengan suara yang nyaring, mengikut satu rentak yang tertentu

2. Apakah tujuan Dikir Barat dipersembahkan?Dikir Barat dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan

Kuiz!

3. Nyatakan nama anggota kumpulan Dikir Barat.Tok juara, tukang karut, awok-awok dan jurupaluan

4.Berapakah anggota keseluruhan kumpulan dikir? Antara 15 hingga 20 orang

Kuiz!5. Berikan 1 perbezaan di antara Tok Juara

dan Tukang Karut.Tok Juara: nasihat, dudukTukang Karut: karut (jenaka), berdiri / menari

6. Apakah tugas awok-awok?

Menyanyi secara beramai sambil duduk dan membuat ragam Mengulangi sebahagian seni kata Tok Juara atau Tukang Karut

Kuiz!

7. Berapakah jumlah jurupaluan?

Lima anggota

8. Namakan alat muzik yang digunakan.

Rebana ibu, rebana anak, maracas, gong dan canang

Kuiz!9. Berikan 1 contoh kumpulan dikir barat di

Singapura.

1. Cucu Datuk Merah2. Kelana Purba3. Wahana Deksu4. Andika

10. Apakah dua aksesori yang selalu dikenakan dengan pakaian seragam dikir barat (lelaki)?

Tanjak dan samping

top related