didik hibur 2011

Post on 04-Jul-2015

6.830 Views

Category:

Documents

9 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

LITERASI PERMAINAN

/ DIDIK HIBUR

KURSUS PEMANTAPAN KURIKULUM DAN

PEDAGOGI

ANJURAN:

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGENALAN* Didik hibur - satu kaedah alternatif semasa proses

pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu.

* Pengisian Transformasi Kurikulum Standard

Sekolah Rendah ( KSSR) dalam pelajaran Bahasa

Melayu melalui kemahiran bahasa, aspek didik

hibur dan aspek tatabahasa.

Didik

Sesuatu pengajaran dan pembelajaran

yang menghiburkan atau

menggirangkan hati.

Hibur

- ajar

- menyenangkan dan

menggirangkan hati

DEFINISI DIDIK HIBURDEFINISI DIDIK HIBUR• Didik hibur bermaksud mendidik sambil menghibur • Kamus Dewan: Didik sebagai pelihara, jaga, hati-hati dan ajar,• Hibur bermaksud menyenangkan atau

menggirangkan• Rumusan: Pengajaran bersifat santai, berhibur

komponen jasmani dan rohani

CIRI-CIRI DIDIK HIBURCIRI-CIRI DIDIK HIBUR• Pembelajaran yang seronok dan ceria.

• Meningkatkan keyakinan, motivasi dan Meningkatkan keyakinan, motivasi dan

kesediaan belajar muridkesediaan belajar murid

• Murid boleh berkomunikasi secara verbal

dan non verbal.

• Menunjukkan tahap perubahan tingkah Menunjukkan tahap perubahan tingkah

laku – (tahu, faham, hayati)laku – (tahu, faham, hayati)

• Semangat kerjasama, berpasukan dan toleransi.

Objektif Didik HiburObjektif Didik Hibur

i. Mengguna dan memahami lirik lagu secara

didik hibur.

ii. Mengguna dan memahami bahasa yang indah

dan bahasa badan dalam lakonan dan

bercerita.

iii. Mengguna dan memahami pantun dua kerat

secara didik hibur.

Tiga objektif didik hibur dalam pengajaran Bahasa

Malaysia di sekolah rendah.

ASPEK ASPEK

DIDIK DIDIK HIBURHIBUR

Berpuisi

Nyanyian Bercerita

Berlakon

NYANYIANNYANYIAN• Nyanyian – kata-kata yang disampaikan melalui

alunan suara.• Iringan muzik memberi impak pada

nyanyian.Muzik boleh diganti dengan bunyi-bunyian yang direka.

• Suara / vokal penyanyi. DH pentingkan teknik nyanyian dalam proses P&P.

• Proses ingatan bahasa yang dipelajari melalui nyanyian.

• Membantu murid menguasai kosa kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan, struktur ayat.

• Mengukuhkan aspek kemahiran asas berbahasa.

PRINSIP NYANYIANPRINSIP NYANYIAN• Lagu yang sesuai (tata bahasa, maksud, bahasa)

• Melodi yang mudah diikuti dan yang hampir dengan pengalaman murid.

• Sesuai dengan tahap kesediaan dan pencapaian.

• Lagu yang mempunyai jalan cerita, pengajaran, nilai, motivasi

• Seronok dan ceria. Tidak membebankan guru dan murid.

• Berkisar dengan persekitaran dan kecenderungan.

KEPENTINGAN NYAYIAN DALAM P&PNYAYIAN DALAM P&P• Mewujudkan suasana belajar yang seronok

dan ceria

10

• Membantu murid mengingati apa-apa yang dipelajari.

• Mengukuhkan aspek kefahaman berbahasa.

• Membantu murid menguasai kosa kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan, struktur ayat.

NYANYIAN 1 : LAGU TIGA KUPANG

Lagu tiga kupangSagu penuh padiEnam ekor burung Masuk dalam kuali

11

Dayang tepi kolamMahu jemur tepungDatang burung hitamPatuk batang hidung

Raja dalam rumahBuat kira-kiraSuri dalam dapurMakan roti gula…..HEY

Bila sudah masakBurung nyanyi sajaTentu sedap makanBeri pada raja

NYANYIAN 2 : AIR PASANG PAGI

Air pasang pagiSurut pukul limaBangun pagi-pagiSiram pokok bungaPokok bunga melurTanam tepi batasItik dah bertelur Ayam dah menetas

NYANYIAN 3 : Lagu Oh BulanOh bulan mana bintang

Atas pucuk kayu ara

Oh tuan mana hilang

Dalam dapur atas para

Sorong papan tarik

papan

Buah keranji dalam

perahu

Suruh makan engkau

makan

Suruh ngaji engkau tak

tahu

CONTOH NYANYIAN

Lompat si katak lompatLompat dalam perigi

Cepatlah adik cepatPergi mandi cuci gigi

Lompat si katak lompatLompat dalam perigiCepatlah adik cepat Cepatlah bangun pagi

Ayun-ayun tangan

Sambil pegang bahu

Waktu pergi taman

Ingat pesan ibu

Ayun-ayun tangan

Jalan hentak kaki

Waktu pergi

taman

Mesti hati-hatiAyun-ayun tangan

Pusing kanan kiri

Waktu pergi taman

Pandai jaga diri

NYANYIAN 5 : Pesan Ibu

BERCERITABERCERITA

• Cerita - sesuatu yang dicakap, dibual, diungkap secara langsung kepada murid

• Kanak-kanak suka mendengar cerita.• Guru perlu bersedia, bercerita secara

natural• Cerita boleh memberikan pengajaran,

panduan, nilai murni, dan menyuburkan imaginasi.

• Masa bercerita yang sesuai

• Ruang dan suasana yang kondusif. (Sudut bercerita)

• Peralatan cerita yang menarik digunakan.

• Bentuk dan jenis cerita harus ringkas.

• Mesej yang jelas serta bermakna.

• Berupaya meningkatkan bahasa dan kemahiran asas berbahasa murid.

• Penglibatan menyeluruh murid

CIRI-CIRI TEKNIK BERCERITA

JENIS CERITA

TANPA ALAT- Kekuatan vokal ( contoh)- Bahasa badan / aksi

MENGGUNAKAN ALATAN- Tali - Kertas- Boneka - Kain- Lakaran

Teknik

BerceritaTanpa

Alat

Prinsip Bercerita Tanpa Alat

• Ekspresi muka perlulah sesuai dengan emosi yang digambarkan dalam cerita seperti terkejut, marah dan gembira.

• Nada suara dan mimik yang beri gambaran watak, suasana dan emosi. (sejuk, sayang, takut dll)

• Bahasa yang mudah dan berulang-ulang.

• Elakkan cerita yang sukar digarap oleh kanak-kanak.

• Hubungan mata antara pencerita dengan pendengar.

Prinsip Bercerita Tanpa Alat

• Kemahiran dalam menggerakkan anggota badan tertentu dapat

menjelaskan isi cerita.

• Pencerita atau guru perlu peka terhadap

reaksi kanak-kanak. Halangan atau

gangguan terhadap tumpuan kanak-kanak

hendaklah diatasi agar tidak berpanjangan.

• Libatkan kanak-kanak dalam penceritaan.

Pemotong kayu dan Kapaknya

Pemotong kayu sudah tua sedang menebang pokok dengan sebilah kapak besi yang buruk. Tiba-tiba kapaknya tercampak ke dalam kolam. Dia meratap kesedihan. Tidak lama kemudian, turun pari-pari dari kayangan dan sanggup menolong PK itu. Pari pari membawa sebilah kapak emas dari kolam tersebut. PK tidak mahu kerana kapak itu bukan miliknya. Kemudian, Pari pari membawa sebilah kapak perak, Namun, PK masih tidak mahu menerimanya. Akhirnya, pari pari membawa sebilah kapak besi. Kalinya PK menerima kapaknya dengan rasa gembira sekali. Pari pari memberikan kapak emas dan perak kepada PK kerana kejujurannya itu.

Contoh Cerita :

Teknik

Bercerita

Menggunak

an Alat

TEKNIK IKATAN / TALI

►► Fungsi tali semasa bercerita Membentuk imej Menggambarkan peristiwa / keadaan Menjelaskan cerita

►► Tujuan Mencungkil kreativiti seni ikatan ketika bercerita Menarik minat Meningkatkan kemahiran mendengar Mencerna minda, daya imaginasi, berfikir secara kreatif dan kritis

►►Keperluan Tali (panjang 100 cm) Bahan cerita yang sesuai

CERITA REKAAN : KISAH PEMOTONG KAYU

• Pada suatu masa dahulu, ada sebuah kampung yang bernama Kampung Pinang Sebatang. Dulunya, kampung ini sangat harmoni dan aman damai. Namun, sejak kebelakangan ini, penduduk kampung berada dalam ketakutan dan hidup dalam kebimbangan. Hal ini disebabkan kejadian kecurian yang kian menjadi-jadi.

• Di kampung ini ada seorang pemotong kayu yang sangat miskin dan tinggal di sebuah rumah yang sangat buruk. Kerjanya hanya mencari kayu di hutan dan kayu-kayu ini dijual di pasar untuk menyara dirinya. Walau pun miskin, Antong sangat berani dan rajin berusaha.

• Pada suatu hari, dia membawa sebilah kapak dan seutas tali ke hutan untuk mencari kayu. Setelah beberapa jam, Antong telah memotong dan mengumpulkan kayu-kayu tersebut. Kayu-kayu ini diikat dengan kemas untuk dibawa ke pasar.

• Dalam perjalanan pulang, dia ternampak sebuah perigi buta. Dia berasa hairan kerana perigi ditutupi dengan daun-daun kering dan kulit-kulit kayu. “kenapa macam ni?”, fikir Antong kehairanan. Dia cuba menghampiri perigi. Selangkah demi selangkah. Tiba-tiba …

CERITA REKAAN : KISAH PEMOTONG KAYU“Hoi, apa kau buat ni? Kau ganggu kerja aku. Nanti kau..” Serjah lelaki

separuh umur itu. Lelaki itu cuba menangkap Antong. Antong lari. Tetapi, kakinya tersandung akar kayu lalu dia terjatuh ke dalam perigi buta. Lelaki itu menyangka Antong sudah melarikan diri.

Di dalam perigi, Antong dapati banyak barang. Dia mengesaki bahawa barang-barang tersebut merupakan hasil pencurian lelaki tadi. Lelaki itu menyembunyi barang-barang itu di dalam perigi.

Antong berfikir bagaimana untuk keluar daripada perigi itu. Dia teringat akan segulung tali yang dibawanya. Dia ikat badannya dan melemparkan hujung tali ke arah sebatang pokok yang berdekatan. Antong keluar daripada perigi dengan menggunakan tali tersebut.

Sampai di atas, dia terlihat pencuri sedang tertidur. Antong mengikat pencuri itu dengan talinya. Namun, pencuri itu dapat melepaskan dirinya dengan mudah sekali. Pencuri cuba menangkap Antong. Tetapi, kali ini Antong lebih bersedia. Dia mengikat pencuri itu dengan rantai / tali yang lebih kuat.

Antong mengheret pencuri mengadap raja. Raja sangat suka hati. Raja memberikan hadiah kepada Antong. Kini, Antong tidak miskin lagi.

TEKNIK LIPATAN : KAIN / KERTAS

◄Watak dan jalan cerita►► Haiwan cth burung, ikan, ketam dan arnab

☻ Pemilihan haiwan kerana fitrah psikologi kanak-

kanak

► Watak manusia atau tumbuhan boleh juga

digunakan.

☻ Jalan cerita perlulah bersesuaian dengan tahap

pemikiran kanak-kanak

► Setiap cerita perlu ada penerapan kemahiran dan

aktiviti p&p

☻ Origami – seni lipatan kertas yang popular.

CONTOH CERITA TEKNIK LIPATAN KAIN

Mak Leha hendak melipat kain.

Dia membentangkan sehelai kain. Tiba-tiba Mak Leha terkejut. Kain yang dibentang tadi bergerak-gerak.

Dia perhatikan betul-betul. Mak Leha menggulung hujung kain tersebut. Gulung sedikit demi sedikit. Tapi masih bergerak-gerak lagi.

Mak leha terus menggulung kain. Masih ada yang bergerak. Terus menggulung atas dan bawah. Berselang seli. Setelah selesai menggulung kain, Mak Leha terus mencari benda yang bergerak itu.

Dibelek-belek kain tersebut. Akhirnya, Mak Leha terjumpa……

CONTOH CERITA TEKNIK LIPATAN KERTAS 2

Anak Ikan dan Anak Ketam

Anak ikan dan anak ketam berkawan baik sejak kecil lagi. Mereka bermain-main di pantai pada setiap hari. Ibu ikan dan ketam selalu melarang mereka bermain terlalu jauh kerana bimbang tentang keselamatan.

Pada suatu petang, mereka berjumpa dengan seekor burung. Anak ikan dan anak ketam teringin untuk terbang. Burung bersetuju membawa mereka terbang.

Burung menggigit sebatang kayu. Anak ketam menyepit kayu sebelah kanan dan anak ikan menggigit kayu sebelah kiri. Maka, mereka pun terbang tinggi.

Anak ikan dan anak ketam begitu seronok dengan bernyanyi-nyanyi. Rupanya, kegembiraan mereka tidak lama. Tidak disangka-sangka ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….. (selesaikan)

TEKNIK LAKARAN / LUKISAN• Proses pemindahan maklumat kepada

bentuk grafik

• Kanak-kanak mentafsir maklumat

• Menggalakkan permainan minda

• Pengamatan : Sensori deria

• Jalan cerita mudah – sesuai dengan tahap pemikiran kanak-kanak

• Pelibatan kanak-kanak yang menyeluruh

CONTOH CERITA TEKNIK LAKARAN

Siti, murid tahun Dua. Dia suka berangan-angan.

Ada sebuah rumah kecil dua tingkat. Ada pintu di

tingkat bawah dan sepasang tingkap di tingkat atas.

Dikelilingi pelbagai jenis bunga-bunga yang

berwarna-warni. Di kiri dan kanan rumah itu

ditanam pokok ru yang cantik. Batu-batu pelbagai

saiz dijadikan jalan pemijak hingga ke pintu rumah.

SITUASI

LAGU

► SPONTAN

► SKRIP

Lakonan

Aksi

Dialog

Lakon Semula

Boneka

LAKONANLAKONANi. Aktiviti atau pergerakan tubuh badan, atau segala perlakuan manusia.

ii. Dilakonkan oleh watak-watak tertentu yang mencerminkan keadaan sebenar atau meniru gaya kegiatan manusia dalam masyarakat.

iii.Kamus Dewan (2000) mentakrifkan lakonan sebagai perihal memainkan sesuatu drama, sandiwara dan sebagainya.

KEBAIKAN LAKONAN• Membolehkan murid-murid bertutur dengan gaya,

suara, intonasi, nada dan sebutan yang betul.

• Menggunakan bahasa dalam situasi dan konteks tertentu dengan cara yang betul.

• Membolehkan murid-murid bertutur menggunakan bahasa yang kemas dan teratur.

• Membolehkan mereka berinteraksi atau berhubung dengan orang lain untuk menyatakan perasaan, kehendak, pengalaman dan fikiran mereka.

• Melatih murid-murid mendengar dengan baik dan dapat memahami apa yang didengarinya itu secara tepat.

• Menyuburkan semangat kekitaan,bertanggungjawab dan boleh bekerjasama dalam satu kumpulan.

• Mendorong pembentukan pemikiran yang lebih aktif dan kreatif dalam kalangan murid.

• Mengikis perasaan rendah diri, sifat malu dan pelbagai sifat negetif lain.

• Melatih murid-murid memahami semua aspek kehidupan apabila mereka menghadapi keadaan sebenar.

KEBAIKAN LAKONAN

PRINSIP LAKONAN• Menepati objektif pengajaran, iaitu untuk

mempertingkat kemahiran dan kebolehan berbahasa dalam kalangan murid.

• Mempunyai tema yang sesuai dengan pengalaman dan kebolehan murid.

• Dialog dalam lakonan haruslah menggunakan bahasa yang sesuai. (mudah, jelas, ringkas, dan senang difahami)

• Mudah dilaksanakan.

• Semua murid diberi peluang ikut kebolehan.

• Merangsang kemahiran intelek, emosi dan fizikal.

CADANGAN LAKONAN• Membuat lakonan ringkas. (cth : beri ucap selamat, tahniah)• Meniru aksi (cth : pemburu, pendaki)• Melakonkan semula situasi (cth : penjual ikan)• Melakonkan dialog yang disediakan. • Meniru aksi yang pernah dilihat• Melakonkan semula adegan yang pernah dilihat ( cth : filem)• Melakonkan adegan berdasarkan dialog / skrip mudah dengan

menggunakan perkataan sendiri. • Melakonkan dengan menggunakan alatan (cth : boneka, buah /

sayur) • Lakonan dan nyanyian ( contoh)

PANTUN 2 kerat

Puisi

( contoh)

GURINDAM (gunakan bait pantun)

PENGAYAAN pantun 4 kerat lagu puisi – (guna senikata lagu)

PUISI TAHUN 1 KSSR

Teknik Penyampaian

- Lagu puisi

- Sajak

- Bacaan berirama

Teknik Penyampaian

- Pantun

- Gurindam

PUISI TAHUN 1 KSSR

PANTUN DALAM KSSRPANTUN DALAM KSSR• Pantun merupakan bentuk puisi tradisi lisan

masyarakat Melayu.• Pantun menggambarkan atau merupakan

refleksi minda, sosial, budaya dan kemasyarakat Melayu lama.

• Pantun adalah puisi berangkap. • Ada beberapa jenis pantun: pantun dua

rangkap, empat rangkap, enam rangkap dan lapan rangkap.

PRINSIP BERPANTUNPRINSIP BERPANTUN i. Aktiviti dirancang supaya menepati objektif pengajaran Bahasa Malaysia.

ii. Pantun sebagai medium untuk memperkembang bakat seni yang ada dalam diri murid- beri peluang kepada semua murid yang terlibat dalam aktiviti berpantun.

iii. Pilih pantun yang mudah.

iv. Guru membimbing murid mencipta pantun.

V. Guru pilih pantun yang mempunyai maksud yang senang diingat, diucap dan mempunyai makna khusus.

VI. Guru bimbing murid mengujar dan mengucapkan pantun dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

V. Pantun diajar secara didik hibur supaya murid minat mempelajari bahasa Malaysia.

CONTOH PANTUN DUA KERAT

Singgah di gerai bersama Amar,Jagalah sungai jangan tercemar.

Subur bercambah daun semalu,Kutip sampah janganlah malu.

Tanam sirih waktu petang,Sungai bersih cantik dipandang.

Tumbuh di sawah pohon ara,Sungai indah hati gembira.

Dicelah batu ikan kelisa,Bantu-membantu hidup selesa.

CONTOH PANTUN DUA KERAT

Banyak udang banyak garam,Banyak orang banyak ragam.

Dahulu parang sekarang besi,Dahulu sayang sekarang benci.

Pagi petang siang malam, Hati terang senang faham.

Gendang gendut tali kecapi,Kenyang perut suka hati.

Anak dara pergi ke kedai,Rindu di hati rasa nak longlai.

Contoh Lagu untuk Konstruk 4Tanya Sama Pokok

Tanya sama pokokApa sebab goyangNanti jawab pokokAngin yang

goncang.

Tanya sama anginApa sebab hujanNanti jawab anginTanyalah awan.

Awan nanti kataAku kandung airSampai tempat

sejukAku pun cair

Lihat dalam airNampak bayang-

bayangCampak satu batuBayang pun hilang.

Renungan♥ Kalau jadi guru biar serba tahu

♥ Kalau jadi pendidik biar serba

selidik

♥ Kalau jadi pengajar biar serba

belajar

♥ Kalau jadi penerang

jangan sekali berang

♥ Kalau jadi penyumbang

jangan berlangkah sumbang

top related