diari seorang pengawas

Post on 23-Jun-2015

849 Views

Category:

Documents

8 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Cerpen Diari Seorang Pengawas merupakan salah satu cerpen di dalam Antologi Sehijau Warna Daun. Cerpen ini sesuai sebagai bahan ulangkaji untuk para pelajar Tingkatan Dua sekarang yang akan menghadapi PMR.

TRANSCRIPT

Diari Seorang Pengawas

Sinopsis

• Kehidupan seorang pelajar, Halim yang memikul tanggungjawab berat sebagai seorang pengawas sekolah.

• Pelbagai cabaran dihadapi oleh Halim semasa menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dan dirakamkan dalam bentuk catatan harian atau diari.

• Hali mendapat bimbingan daripada Cikgu Khalid.

• Halim sangat tegas dalam melaksanakan disiplin dan peraturan sekolah.

• Sebilangan pelajar, termasuk Yusuf yang pernah ditangkap kerana kesalahan merokok tidak menyenangi tindakan tegas Halim itu.

• Halim terperangkap dalam cinta remaja.

• Dia meminati seorang pelajar cantik, Mona Aida dalam diam.

• Halim tidak bertepuk sebelah tangan apabila menerima dua buah novel cinta yang terselit sepucuk surat daripada Mona Aida.

Binaan Plot (Permulaan)

Permulaan

• Sekolah dibuka semula. Halim gembira bertemu dengan rakan-rakan lama.

• Hatinya terusik melihat kecantikan Mona Aida.

Perkembangan

Perkembangan

• Perjumpaan pengawas kali pertama diadakan. Taklimat ketua pengawas dan berkenalan dengan pengawas yang baru.

Perumitan atau Konflik

Perumitan atau konflik

• Halim menahan Mona Aida kerana datang lewat ke sekolah dan memijak rumput di taman sekolah.

• Yahya dipapah ke bilik guru.

Puncak atau klimaks

Puncak atau Klimaks

• Halim mendapat surat layang.• Halim mendapat tahu bahawa Yusuf

telah menulis surat layang itu.• Halim mendapat tahu Yahya terlibat

dengan dadah.

Peleraian

Peleraian

• Halim menerima novel dan sepucuk surat daripada Mona Aida yang mengandungi ungkapan puisi.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Halim

• Halim seorang pelajar tingkatan lima yang akan mengambil peperiksaan SPM.

• Dia menjadi pengawas sekolah.• Meminati Mona Aida dan tidak

bertepuk sebelah tangan apabila menerima sepucuk surat daripada Mona Aida.

• Perwatakan– Bertanggungjawab dan tegas.– Berterus-terang.– Simpati.– Berdisiplin.

Watak Sampingan

Mona Aida

• Mona Aida ialah pelajar tingkatan lima yang mempunyai rupa paras yang cantik.

• Minat membaca novel dan berbakat menulis puisi.

• Meminati Halim, seorang pelajar di sekolahnya.

• Perwatakan– Sensitif– Berfikiran terbuka– Bercita-cita tinggi dan berpegang teguh

kepada agama.

Watak Sampingan

Cikgu Khalid

• Seorang guru pengawas.• Menjadi pembimbing kepada

pengawas sekolah untuk menjalankan tugasnya.

• Perwatakan:– Prihatin terhadap masalah pelajar.– Tegas tetapi berfikiran terbuka.

Watak Sampingan

Yusuf

• Merupakan pelajar tingkatan lima yang menulis surat layang kepada Halim.

• Perwatakan:– Pendendam dan cemburu.

Watak Sampingan

Yahya

• Merupakan seorang pelajar dan rakan kepada Halim.

• Dia tinggal bersama ibu yang sejak tua sejak kematian ayahnya.

• Yahya terlibat dengan penagihan dadah dan terpaksa menerima suntikan doktor.

• Perwatakan:– Insaf akan kesalahan.

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa

• Bahasa Inggeris– alma meter

• Bahasa Arab - Insya-Allah• Simpulan bahasa - surat layang,

hilang akal.• Bahasa Sindiran

“Pembantu pertanian muda (bermaksud membantu ayahnya membajak sawah)

“Okey, pengawas besar…” (bermaksud pengawas yang sombong)

• Penggunaan puisi iaitu pantun

Halia merah di tepi pangkalan,

Hasil dijual di pekan Rabu,

Hasrat hati ingin berkenalan,

Hati di dalam bimbang dan ragu.

• Sinkof - GB, tau, nak, tak.

top related