dasar pengkatalogan.pdf
Post on 24-Dec-2015
36 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN
BAHAN MONOGRAF, BAHAN BERCETAK LAIN
DAN BAHAN BUKAN BERCETAK
PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN
1. LATAR BELAKANG
Dasar pengkatalogan dan pengkelasan adalah bertujuan untuk
menyeragamkan aktiviti proses dan pengkatalogan bahan yang terdapat
di Perpustakaan Tuanku Bainun. Aktiviti pengkatalogan dan memproses
bahan akan memastikan setiap bahan yang diperolehi di Perpustakaan
Tuanku Bainun dikelaskan dan diberi nombor panggilan dan perkara
mengikut piawaian kebangsaan dan antarabangsa untuk kemudahan
pengguna mengakses secara berkesan bahan-bahan yang ada di
Perpustakaan Tuanku Bainun.
2. SKOP
Dasar pengkatalogan dan pengkelasan merangkumi semua aktiviti yang
berkaitan dengan pengkatalogan bahan monograf dan bahan bercetak lain
dan bahan bukan bercetak yang diterima oleh Bahagian Pengkatalogan.
Dasar ini diguna pakai oleh kakitangan Bahagian Teknikal dalam
pengkatalogan bahan perpustakaan.
2
3. OBJEKTIF
Objektif utama dasar ini ialah memastikan :
3.1 Menetapkan piawaian dan mengawal kualiti pengkatalogan
dan pengkelassan bahan monograf, bahan-bahan bercetak
lain dan bahan bukan bercetak di Perpustakaan Tuanku
Bainun.
3.2 Pengkatalogan bahan monograf, bahan-bahan bercetak lain
dan bahan bukan bercetak mengikut piawaian kebangsaan
dan antarabangsa.
3.3. Memastikan bahawa maklumat pada rekod bahan adalah
lengkap dan tepat.
3.4 Menentukan maklumat yang diproses di dalam pangkalan data
dapat diakses oleh pelanggan.
4. MISI
Untuk memastikan bahan perpustakaan yang diterima di katalog dan
diproses mengikut piawaian kebangsaan dan piawaian antarabangsa yang
telah ditetapkan oleh Perpustakaan Tuanku Bainun.
3
5. DEFINISI
5.1 BAHAN
5.1.1 MONOGRAF
Monograf adalah terdiri daripada buku atau terbitan yang
khusus tentang sesuatu perkara atau beberapa kelas
perkara, kadangkala dikeluarkan dalam beberapa jilid khas,
terbitan tak berkala termasuk siri monograf.
“A separate treatise on a single subjects or class subjects, or
on one person, usually detailed in treatment but not
extensive in scope and often containing
bibliographies.Frequently published in series. In
cataloguing, any publication which is not serial.”1
5.1.2 BAHAN BERCETAK
Semua bahan bercetak termasuk peta, poster, carta, risalah,
gambar (lukisan, lakaran, foto), kad imbasan dan skor
muzik.
1 Prytherch, Ray. Harrod’s Librarians’ Glossary. 8th ed. England: Gower, 1995
4
i) Peta
Gambaran berlakar tentang permukaan muka bumi
dan sebahagiannya yang mengambarkan ciri-ciri
tertentu sesuatu kawasan itu seperti sempadan
geografi, sejarah, politik, ekonomi, budaya dan
sebagainya.
ii) Poster
Sekeping kertas yang tertera dengan gambar dan
lain-lain keterangan tentang sesuatu.
iii) Carta
Paparan yang mengandungi atau yang memberikan
keterangan tentang hal atau kedudukan tertentu
(misalnya mengenai iklim, kedudukan dan
perkembangan perniagaan, struktur organisasi, dll)
dalam bentuk gambarajah graf, jadual, dll.
iv) Risalah
Bahan dalam bentuk beberapa lembaran kertas sama
ada diketip, dijahit atau dijilid ringkas yang
mempunyai keterangan tentang sesuatu perkara.
5
v) Kad imbasan
Sekeping kad bercetak dengan perkataan, angka atau
gambar bertujuan untuk selayang pandang.
vi) Pamplet
‘A non-periodical publication of at least five but not
more than 48 pages exclusive of the cover pages. It
usually has an independent entity, not being a serial,
but it may be one of a series of publications having a
similarily of format or subject matter’2
vii) Gambar (luk isan, lakaran, foto)
Bahan berita bergambar yang memberi pengesahan
sebagai bukti kejadian, kenyataan atau acara yang
telah dikendalikan dalam bentuk gambarfoto atau
lukisan.
viii) Skor muzik
Kertas yang mengandungi nota muzik.
2 Prytherch, Ray. Harrod’s Librarians’ Glossary. 8th ed. Englad: Gower, 1995
6
5.1.3 BAHAN BUKAN CETAK
Bahan bukan cetak pula terdiri dari semua bahan seperti
transparensi, slaid, filem gulung, filem strip, cakera liut,
cakera padat (CD-ROM), pita video dan pita audio. Kini
bahan ini juga dikenali sebagai bahan multimedia. Semua
bahan-bahan ini memerlukan penggunaan perkakasan lain
seperti projector dan pemain cakera atau pita sebelum boleh
digunakan.
5.2 KOLEKSI
5.2.1 KOLEKSI UMUM
Bahan monograf dari pelbagai subjek yang merupakan
koleksi utama perpustakaan.
5.2.2 KOLEKSI PENDIDIKAN MALAYSIA
Bahan berkaitan dengan pendidikan di Malaysia dan isu-isu
yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia samada
diterbitkan di Malaysia atau di luar Malaysia.
Contoh: Buku teks sekolah.
5.2.3 KOLEKSI RUJUKAN
Bahan rujukan seperti kamus, atlas, bibliografi, buku istilah,
almanak, direktori, ensaiklopedia, gazetier, indeks, abstrak,
manual, thesaurus, biografi dan lain-lain
Bahan yang berharga RM1,000.00 ke atas.
7
Bahan yang mempunyai set atau volume yang lengkap.
5.2.4 KOLEKSI TERHAD
Bahan yang mengandungi tulisan atau illustrasi yang
kontroversi dan mungkin menyinggung sentimen agama dan
budaya.
Contoh: Bahan yang mengandungi banyak gambar atau
ilustrasi manusia separa/ tidak berpakaian (tidak termasuk
bahan berkaitan bidang perubatan atau bidang seni dan lain-
lain jika difikirkan perlu oleh pustakawan).
5.2.5 KOLEKSI TANDA MERAH
Bahan yang disenaraikan oleh pensyarah di dalam senarai
bacaan bagi sesuatu subjek yang diajar.
5.2.6 KOLEKSI HARAM
Bahan yang diharamkan oleh kerajaan tetapi penting untuk
pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti.
5.2.7 KOLEKSI AKTA
Bahan akta dan undang-undang kanun. Tidak termasuk
bahan ilmiah mengenai isu undang-undang.
5.2.8 KOLEKSI ARKIB UNIVERSITI
Bahan bercetak dan tidak bercetak yang diterbitkan oleh
universiti (termasuk bahagian, kakitangan, pelajar,
persatuan dan kelab dan juga semua bahan luar mengenai
8
UPSI) termasuk prosiding, bengkel dan kursus yang dihadiri
kakitangan.
Contoh : laporan tahunan/rasmi, minit mesyuarat penting,
dokumen rasmi, jurnal, buletin, prospektus Universiti, hasil
karya/ penyelidikan, keratan akhbar, gambar, lukisan, pelan
arkitek, blueprints, memorabilia (piala, cenderamata) dan
sebagainya.
5.2.9 KOLEKSI ANAK KANDUNG
Bahan bercetak dan tidak bercetak yang mempunyai nilai
sejarah kepada UPSI.
Hasil penulisan sama ada mengenai SITC, IPSI atau perkara-
perkara lain sebelum 1997 yang ditulis oleh bekas pelajar,
pensyarah dan kakitangan SITC dan IPSI.
5.2.10 KOLEKSI NADIR
“Koleksi bahan perpustakaan yang ditakrifkan sebagai
Koleksi nadir adalah bahan terbitan lama yang diterbitkan
sebelum tahun 1900. Takrif ini juga diterima pakai bagi
bahan yang amat sukar diperolehi ataupun sudah habis
cetakan dan tidak lagi didapati dalam pasaran.”3
Buku yang amat bernilai sama ada yang jarang ditemui,
sukar diperolehi di pasaran atau bahan yang tidak
3 http://www.pnm.my./new/melayu/koleksi/nadir.htm 10 Mac 2001.
9
diterbitkan lagi. Biasanya diperolehi dengan harga yang
amat tinggi.
Bahan yang diterbitkan sebelum tahun 1900 dan atau yang
sukar diperolehi di dalam negara.
5.2.11 KOLEKSI TERBITAN BERSIRI
Bahan yang diterbitkan secara bersiri .
Contoh: Majalah, bulletin, jurnal, perangkaan, prospektus
universiti dan syarikat swasta.
5.2.12 KOLEKSI TESIS
Bahan latihan ilmiah,tesis dan disertasi yang ditulis oleh
semua pelajar, kakitangan UPSI sama ada di UPSI atau di
lain-lain institusi.
5.2.13 KOLEKSI SUMBER MEDIA
Bahan bukan bercetak dan bahan bercetak bukan monograf
yang kebanyakannya memerlukan peralatan khas untuk
menggunakannya.
5.2.14 KOLEKSI FIKSYEN
Bahan bacaan ringan iaitu bahan yang tidak digunakan
untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.
Contoh : Novel, cerpen
10
5.2.15 KOLEKSI DOKUMEN KERAJAAN
Bahan yang berkaitan dengan penerbitan kerajaan seperti
siri ucapan dan sebagainya.
5.2.16 KOLEKSI WARISAN
Bahan bercetak dan bukan bercetak yang digunakan pada
masa SITC, MPSI dan IPSI yang diterbitkan selain dari
Pejabat Karang Mengarang.
5.2.17 KOLEKSI TOKOH
Meliputi bahan-bahan bercetak dan bukan cetak yang
Dihasilkan oleh tokoh-tokoh yang dilahirkan pada zaman
SITC – UPSI.
Antara tokoh yang terlibat : Tun Ghafar Baba, Tan Sri Dato'
Dr. Awang Had Salleh dan lain-lain
5.2.18 KOLEKSI DIRAJA
Meliputi hasil karya bercetak dan bukan cetak mengenai
Raja-raja di Malaysia.
5.2.19 KOLEKSI PEPERIKSAAN
Soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun yang lepas yang
merangkumi keseluruhan kursus yang ditawarkan di
Universiti Pendidikan Sultan Idris ini.
5.2.20 KOLEKSI PERSIDANGAN
Kertas Seminar atau Prosiding yang dibeli atau diterima dari
institusi luar.
11
5.2.21KOLEKSI KERATAN AKHBAR
Keratan akhbar yang berkaitan dengan isu-isu semasa
Termasuklah isu pendidikan, politik, ekonomi, sosiologi, dan
sebagainya.
5.2.22KOLEKSI PENDIDIKAN KANAK - KANAK
Bahan-bahan yang berkaitan dengan pembelajaran,
pengajaran bagi kanak-kanak dari pra sekolah hingga
sekolah rendah.
12
6. AKTIVITI PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN BAHAN
6.1 Bahagian pengkatalogan dibahagi kepada kumpulan berikut;
a) Unit Pengkatalogan Monograf dan Terbitan Bersiri
b) Unit Pengkatalogan Sumber Media
c) Unit Pengkatalogan Koleksi Khas
6.2 Jenis Pengkatalogan
a) Pengkatalogan asal
Meliputi penentuan entri utama, tajuk perkara, pengkelasan
sesuatu bahan dan membuat pengkatalogan deskriptif.
b) Pengkatalogan salinan
Mengambil butir-butir katalog yang sudah sedia ada dalam
format CIP atau dalam mana katalog atas talian.
13
7. PIAWAIAN PENGKATALOGAN
7.1 PIAWAIAN PENGKATALOGAN ANTARABANGSA
Pengkatalogan bahan dilakukan berdasarkan kepada piawaian
antarabangsa. Piawaian yang digunakan adalah seperti berikut:
1. Anglo- American Cataloguing Rules II (AACR 2)
2. Library of Congress Subject Headings (LCSH)
3. Library of Congress Classification Systems (LCC)
7.2 PIAWAIAN PENGKATALOGAN TEMPATAN
Pengkatalogan bahan juga dilakukan berdasarkan kepada piawaian
tempatan. Piawaian yang digunakan adalah seperti berikut :
1. Tajuk Perkara Perpustakaan Negara Malaysia
2. Dasar Pengkatalogan dan Pengkelasan
14
8. DOKUMEN RUJUKAN
Di dalam melakukan proses pengkatalogan bahan selian daripada
menggunakan piawaian antarabangsa dan tempatan yang telah
ditetapkan oleh perpustakaan, Bahagian pengkatalogan juga
menggunakan dokumen-dokumen lain sebagai rujukan di dalam
melakukan proses pengkatalogan. Antara dokumen rujukan yang
digunakan adalah seperti berikut:
8.1 Manual Pengkatalogan Bahan.
8.2 SuperClass LCC (Library of Congress Classification)
8.3 ITS Marc Bibliofile Online
8.4 Regions and Countries Cutter Numbers
8.5 MARC 21
8.6 ULRICH on disc
8.7 Bibliographic guide to music
8.8 Internet sources
8.9 Library of Congress Cataloging- In Publication Data (CIP) pada
bahan
8.10 Composer Cutter List
8.11 Free Floating
8.12 Library of Congress Subject Headings (LCSH)
8.13 Library of Congress Classification Systems (LCC)
8.14 LC cutter number
15
9. NOMBOR PANGGILAN
9.1 Di dalam polisi pengkatalogan perpustakaan UPSI, nombor
panggilan mempunyai beberapa aras. Minimum nombor panggilan
mempunyai 4 aras .
Aras Keterangan
1 Kod koleksi / Kod bahan
2 Nombor Pengkelasan (Alphabet)
3 Nombor Pengkelasan (Numeric)
4 Nombor Cutter Pengkelasan
5 Nombor cutter entri utama
6 Tahun Penerbitan
7 Bahagian (untuk bahan sumber media sahaja)
8 Nombor Perolehan (untuk bahan iringan
sahaja)
Contoh 1:
Koleksi Umum
Aras 1 LB Nombor Pengkelasan (alphabet)
aras 2 5030.5 Nombor Pengkelasan (numeric)
aras 3 .A51 No. cutter entri utama
aras 4 1999 Tahun Penerbitan
16
Contoh 2:
Koleksi Khas/ rujukan
aras 1 kpm kod bahan
aras 2 LB No. pengkelasan (alphabet)
aras 3 5030.5 No. pengkelasan (numeric)
aras 4 .A51 No. cutter entri utama
aras 5 1999 Tahun Penerbitan
Contoh 3:
Bahan sampingan/iringan
aras 1 cpd kod SMD bahan
aras 2 LB No. pengkelasan (alphabet)
aras 3 5030.5 No. Pengkelasan (numeric)
aras 4 .A3 No. Cutter Pengkelasan
aras 5 A51 No. Cutter entri utama
aras 6 1999 Tahun Penerbitan
aras 7 bhg 1 Bahagian bhn sekiranya ada
aras 8 (1411) No. perolehan bahan utama
9.2 Nombor panggilan untuk sesuatu bahan adalah unik dimana setiap
nombor panggilan bahan tidak boleh sama antara satu bahan
dengan bahan yang lain.
17
9.3 Library of Congress Classification System akan digunakan untuk
memberikan nombor pengkelasan bahan.
9.4 Library of Congress Cutter Table akan digunakan di dalam
menentukan cutter untuk entri utama sesuatu bahan. Bahan-
bahan terjemahan akan diberikan kod cutter tambahan mengikut
kod bahasa terjemahan.
9.5 Library of Congress Subject Headings akan digunakan untuk
menentukan tajuk perkara.
9.7 Nombor perolehan bahan akan atau bahagian bahan akan
diberikan untuk bahan iringan dan bahan sumber media.
18
10. PENGKATALOGAN DESKRIPTIF
10.1 DEFINISI
Satu fasa dalam proses mengkatalog yang berkaitan dengan
menentukan bentuk fizikal bahan, penanggungjawab dan titik
akses bahan.
10.2 PIAWAIAN
Pengkatalogan deskriptif untuk semua bahan adalah berdasarkan
kepada Anglo-American Cataloging Rules, 2nd. ed. (AACR 2) 2002
Revision.
10.3 PENGECUALIAN
10.3.1 Tesis
(lihat AACR2 1.7B13)
Masukkan nota disertasi (tag 502) dimulakan dengan
Thesis/tesis diikuti oleh peringkat tesis, program, nama
institusi yang mengeluarkan tesis dan tarikh tesis
dikeluarkan.
Contoh:
Thesis (Bachelor of Education (TESL)) – Universiti
Pendidikan Sultan Idris, 2002
19
Tesis (Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan)) –
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2000
10.3.2 Pengarang Peseorangan
10.3.2.1 Nama Melayu
(lihat AACR2 22.27B1)
Rekodkan nama pengarang Melayu secara
terus dengan meninggalkan bin, binti, dan haji
serta tahun kelahiran atau penerbitan. Gelaran
yang diberikan diletakkan di belakang nama
pengarang tersebut menggunakan (|c)
Contoh :
x Tan Sri Datuk Hamzah Sendut
-/ Hamzah Sendut|cTan Sri Datuk
-/ A. Samad Said
Gelaran nama keturunan seperti Wan, Che,
Nik, Sheikh, Sharifah, Tengku dan sebagainya
direkodkan secara langsung. Nama keturunan
tidak boleh digunakan sebagai cutter number
Contoh :
Sharifah Haslinda Syed Agil Raja Ali Raja Ahmad
Nik Haliza Nik Kamal Syed Kamal Syed Mirza Che Fatimah Che Din
20
Rekodkan nama yang bermula dengan
singkatan secara langsung. Singkatan nama
tersebut digunakan sebagai cutter number
Contoh : A. Samad Said
J.M. Aziz Rekodkan nama yang mempunyai @ secara
langsung seperti yang tertera di halaman ‘title
page’
Contoh :
Ani@ Fatimah Karim
Suhana Ali@Osman
Rekodkan nama samaran seperti yang tertera
di halaman ‘title page’. Nama asal pengarang
diletakkan di tag 700.
Contoh :
Tongkat Warrant
Mana Sikana
Rekodkan nama yang ada keturunan (family
name) seperti Merican, Barakbah, al-Hasbi, al-
Attas, Alsagoff dan sebagainya di bawah nama
keturunan. Cutter number. Akan bermula
selepas ‘al’.
21
Contoh : al-Attas, Naguib
Merican, Hussein
10.3.2.2 Nama Cina
Rekodkan nama Cina di bawah nama keluarga.
Contoh :
Chan, Ai Wah
Fei-Kan, Li
Rekodkan nama Cina Kristian di bawah nama
keluarga diikuti nama Kristian dan nama Cina
Contoh :
Lim, Edward Huck Tee
Yeoh, Patrick K.M.
Rekodkan nama Cina Muslim di bawah nama
keluarga diikuti nama Muslim dan nama Cina
Contoh :
x Ibrahim Ma
-/ Ma, Ibrahim Tien Ying
x Omar Ong Yoke Lin
-/ Ong, Omar Yoke Lin
22
10.3.2.3 Nama India
Rekodkan nama India (Malaysia) yang
mempunyai ‘a/l, a/p’ di tengah nama
pengarang seperti yang tertera di halaman
‘title page’
Contoh :
Mariappa a/l Ramayah
Rekodkan nama India yang tidak mempunyai
‘a/l, a/p’ di tengah nama pengarang seperti
yang tertera di halaman ‘title page’. Nama
pengarang India perlu diterbalikkan.
Contoh :
x Devi Subramaniam
-/ Subramaniam, Devi
Rekodkan nama yang bermula dengan
singkatan di bawah nama penuh dan diikuti
dengan singkatan
Contoh :
x A. Ganesh
-/ Ganesh, A.
23
Jika nama India Kristian, letakkan nama
keluarga dihadapan nama pengarang.
Contoh :
x D.E.K. Wijasuriaya
-/ Wijasuriaya, D.E.K. (Donald
Earliam Kingsley)
10.3.2.4 Nama Indonesia
Nama pengarang Indonesia perlu diterbalikkan.
Contoh :
x Soelisto Wasito
-/ Wasito, Soelisto
10.3.2.5 Nama Inggeris
Masukkan nama pengarang Inggeris di bawah nama
keluarga (surname)
Contoh : MacTaggant, Douglas
Watson, W. Conrad
Walle-Lissnijder, van der
de Morgan, Augustus
24
10.3.2.6 Nama Arab
Rekodkan nama pengarang yang ada nama
keluarga dan didahului dengan ‘al’ di bawah
nama keluarga.
Contoh :
x ‘Abd al-Karim ibn Muhamad al-
Lahim
(Nama pengarang seperti di ‘title page’)
-/ al-Lahim, ‘Abd al-Karim ibn
Muhamad
(Nama keluarga diletakkan dihadapan
nama pengarang)
Rekodkan nama pengarang yang mempunyai
nama keluarga (tanpa ‘al’) di bawah nama
keluarga.
Contoh :
x ‘Ali ibn al-Hasan ibn Asakir
-/ Ibn Asakir, ‘Ali ibn al-Hasan
Jika tiada nama keluarga, nama pengarang
perlu diterbalikkan
Contoh :
x Sa’id Hawwa
-/ Hawwa, Sa’id
25
10.3.2.7 Contoh kemasukan secara
langsung pelbagai jenis nama
(Name enter direct)
Contoh :
Raymond Azman Ali
Abdul Razak K.V. Koya Kuty
Sharifah Abdul Aziz@Thanthan
Sumit anak Limbong
Ajay Kumar Sharma
Jemima a/k Tuah
10.3.2.8Nama pengarang lain
Sila rujuk AACR2 : Bab 22 : Headings for person
10.3.3 Pengarang Badan Bergabung
10.3.3.1 Badan Berkanun
Rekodkan nama badan bergabung di bawah
‘jurisdiction name’
Contoh :
Malaysia. Kementerian Pendidikan
United Kingdom. Ministry of Defense
26
10.3.3.2 Badan Bergabung yang boleh ‘stand on its
own’
Rekodkan nama badan bergabung tersebut
secara langsung..
Contoh :
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tenaga Nasional Berhad
University of Shefield
10.3.3.3 Badan Bergabung yang ada ‘parent body’
Rekodkan nama badan bergabung di bawah
‘parent body’
Contoh :
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Fakulti Sains Sosial & Kesenian
Perpustakaan Tun Abdul Razak.
Bahagian Perkhidmatan Pelanggan
10.3.3.4 Badan Bergabung yang menggunakan
singkatan
27
Badan Kerajaan.
Rekodkan nama badan bergabung ini di bawah
‘jurisdiction name’
Contoh :
x JPA
-/ Malaysia. Jabatan Perkhidmatan
Awam.
Badan Berkanun Malaysia
Rekodkan nama badan bergabung ini di bawah
nama penuh dalam bahasa Melayu.
Contoh :
x SIRIM
-/ Institut Piawaian dan
Penyelidikan Perindustrian
Malaysia.
Badan Swasta dan NGO’s Malaysia
Rekodkan nama badan bergabung di bawah
nama penuh dalam bahasa Melayu jika ada.
Sekiranya tiada, rekodkan di bawah nama
penuh dalam bahasa Inggeris.
28
Contoh :
x MFI
-/ Malaysian France Institute
x BUDI
-/ Badan Usaha Didikan Anak-anak
Yatim Negeri Kedah
Badan luar Negara
Rekodkan nama badan bergabung di bawah
nama penuh dalam bahasa Inggeris.
Contoh :
x UNESCO
-/ United Nation Educational,
Scientific and Cultural
Organization
10.3.3.5 Badan Bergabung yang berubah
Rekodkan nama badan bergabung di bawah
nama baru
Contoh :
x Malaysia. Kementerian Pelajaran
-/ Malaysia. KementerianPendidikan
29
10.3.4 Pengarang Persidangan
10.3.4.1 Nama Persidangan yang ada perkara atau
topik tertentu
Rekodkan nama persidangan secara langsung
Contoh :
Seminar on Waste Management (3rd :
1996 : Kuala Lumpur)
Konvesyen Ekonomi (Ke 4 : 1995 :
Bangi)
10.3.4.2 Nama korporat menjadi nama persidangan
Rekodkan di bawah nama korporat dan
letakkan jenis persidangan.
Contoh :
Australian Society for Human Biology.
Conference (5th : 1991 : Canberra)
Perpustakaan Tun Sri Lanang. Seminar
(2000 : Bangi)
30
10.4.4 Deskriptif Fizikal (Physical Description)
10.4.4.1 Kolasi
Jika bahan multivolume mempunyai muka
surat yang berbeza antara satu sama lain iaitu
tidak mempunyai kesinambungan antara satu
sama lain, rekodkan secara anggaran untuk
keseluruhan volume.
Contoh :
3 v. (ca. 800p. each)
(no. muka surat : xxi, 750; ix, 800; xx,
870)
Sekiranya bahan multivolume tetapi
mempunyai nombor muka surat yang
bersambung antara satu volume, rekodkan
nombor muka surat yang pertama untuk
volume yang pertama untuk huruf Arabic dan
muka surat terakhir untuk volume terakhir
untuk huruf roman.
Contoh :
3 v. (xx, 800 p.)
(no. muka surat : xx, 1-201; x 202 –
513; xxi, 514 – 800)
31
(sila rujuk AACR 2 2.5B20, m.s 76)
10.4.4.2 Imprint
a) Tahun Penerbitan
(sila rujuk AACR2 1.4F1–1.4F10 )
• Rekodkan tahun penerbitan terkini
dan abaikan tahun percetakan
sekiranya ada.
• Rekodkan tahun percetakan atau
tahun edaran yang terawal sekiranya
tidak dinyatakan tahun penerbitan.
(sila rujuk AACR 1.4F6)
• Sekiranya bahan tersebut merupakan
bahan terjemahan berikan tahun
penerbitan bahan tersebut
diterjemahkan.
• Sekiranya tidak terdapat apa-apa
maklumat tahun pada bahan berikan
anggaran tahun bahan tersebut
diterbitkan @ mengikut tahun dibeli
32
b) Nama/ Tempat Penerbitan
Rekodkan nama penerbit dan tempat
terbitan yang pertama sahaja sekiranya
terdapat lebih dari satu penerbit dan
tempat terbitan. Masukkan maksimum 2
tempat dan nama penerbit.
33
11. MENENTUKAN TAJUK PERKARA
Penentuan tajuk perkara untuk semua jenis bahan adalah merujuk
kepada
i. Library of Congress Subject Headings (LCSH) edisi ke 25
ii. Tajuk Perkara Perpustakaan Negara Malaysia
11.1 PENGECUALIAN
11.1.1 Koleksi Pendidikan Malaysia
Untuk sekolah rendah tahun 1-6 gunakan tajuk
perkara “primary”
Contoh :
-/ Malay language-Study and teaching
(Primary)
x Malay language-Study and teaching
(Elementry)
Untuk sekolah menengah 1-6 gunakan tajuk perkara
“secondary”
Contoh :
Malay language-Study and teaching
(Secondary)
34
11.1.2 Sub-division for English Language
Sub-division untuk English language boleh digunakan
untuk lain-lain bahasa.
Contoh :
Malay language – Part of speech
Malay language – Pronunciation
Indonesian language – Rhetoric
35
12. NOMBOR CUTTER
Penentuan nombor cutter untuk semua jenis bahan adalah merujuk
kepada Library of Congress Cutter Table. Polisi ini hanya diguna pakai
untuk pengkatalogan asal dimana penentuan nombor cutter perlu dibuat.
Nombor cutter mengandungi tiga bahagian iaitu :-
i. Cutter pengarang/judul (bergantung kepada entri utama)
ii. ‘Work mark’
iii. ‘Translation language code’
13.1 Tanda Titik Perpuluhan
Tanda titik perpuluhan hanya pada abjad yang pertama sahaja.
Contoh :
Bahan 1
Introduce to cataloging and classification/ by Lee Robert
Z
693
.R63 Rob
1999
36
Bahan 2
Cataloging and classification/ Louis Mai Chan
Z
693.5
.U6
C48 Cha
1994
13.2 Nombor Cutter Main Entry
13.2.1 Kebiasaannya nombor cutter untuk main entri untuk
abjad kedua dan ketiga sahaja.
Contoh :
Bahan 1
Sports injury: prevention & rehabilitation/ Eric
Shamus, Jennifer
RD
97
.S52 Sha
2001
37
Bahan 2
Grammaticalization of the complex sentence :
a case study in Chadic/ edited by Zygmun
Frajzyngier
PL
8026
.C53
G73 Gra
1996
13.3 Bahan Yang Sama
Jika terdapat dua atau lebih bahan yang mempunyai nombor
panggilan, tahun dan nombor cutter main entri yang sama berikan
nombor cutter untuk huruf keempat dan seterusya.
a) Untuk nombor cutter main entri bahan adalah pengarang,
berikan huruf nombor cutter keempat dan seterusnya pada
judul bahan
Contoh :
Bahan 1
Pengurusan perniagaan yang berkesan/ Norsamsuria
Alim
HD
31
.N67 Nor
2001
38
Bahan 2
Perniagaan dan cara mengurus/ Norsamsuria Alim
HD
31
.N677 NorP
2001
a) Untuk nombor cutter main entri bahan adalah judul, berikan
huruf nombor cutter keempat dan seterusnya pada
penanggungjawab bahan.
Contoh :
Bahan 1
Pengurusan perniagaan yang berkesan/ disunting
Norsamsuria Alim
HD
31
.P46 Pen
2001
39
Bahan 2
Pengurusan perniagaan/oleh MirzaKamarul…[et.al]
HD
31
.P466 PenM
2001
13.4 Bahan Mempunyai Set
13.4.1 Untuk bahan yang nombor seperti buku muzik, berikan
nombor cutter mengikut entri utama diikuti oleh nombor set
bahan berkenaan sekiranya dikatalog secara berasingan.
Contoh :
Bahan 1
Teaching kids how to sing : book 1/ Kenneth H.
Phillips
MT
935
.P531 Phi1
1992
40
Bahan 2
Teaching kids how to sing : book 2/ Kenneth H.
Phillips
MT
935
.P532 Phi2
1992
13.4.2 Untuk bahan yang mempunyai set yang lengkap akan
diletakkan di bawah kod koleksi rujukan :
Cth : Encyclopedia Sirah. Vol. 1 – 6.
ruj
BP
44
.P32
2002
41
13.5 Bahan Terjemahan
Untuk bahan terjemahan berikan tambahan nombor cutter terakhir
mengikut kod bahasa terjemahan.
Contoh :
Bahan 1
Judul asal: Islam and you/ by al-Maududi
LB
163
.M212
1980
Judul terjemahan : Anda dan Islam/ oleh al- Maududi
LB
163
.M2122 nombor 2 merupakan kod
1980 terjemahan untuk bahan bahasa
arab
42
14. KOD KOLEKSI
Kod koleksi merupakan kod yang diberi untuk sesuatu bahan mengikut
kriteria dan definisi bahan tersebut.
14.1 Fungsi Kod koleksi
14.1.1 Memberikan pengenalan bahan mengikut jenis
koleksi yang ada di perpustakaan.
14.1.2 Memudahkan pengesanan lokasi sesuatu koleksi yang
terdapat di perpustakaan.
43
14.2 Jenis Kod Koleksi
a) Koleksi Khas
Jenis Koleksi Kod koleksi
Koleksi Akta akt
Koleksi Anak Kandung ank
Koleksi Arkib Universiti ark
Koleksi Bahan Iringan kbi
Koleksi Diraja kdr
Koleksi Haram hrm
Koleksi Jurnal jur
Koleksi Keratan Akhbar
Koleksi Kertas Peperiksaan kpp
Koleksi Kertas Persidangan pro
Koleksi Majalah maj
Koleksi Nadir ndr
Koleksi Pendidikan Kanak-Kanak kpk
Koleksi Pendidikan Malaysia kpm
Koleksi Rujukan ruj
Koleksi Tanda Merah tmr
Koleksi Terhad thd
Koleksi Tesis tes
Koleksi Tokoh ktk
Koleksi Warisan kwr
44
b) Koleksi Sumber Media
Jenis Bahan Kod koleksi
Cakera laser cla
Cakera liut cli
Cakera padat cpd
Chart crt
Disket dsk
Filem flm
Filmstrip fst
Gambar gmb
Globe glb
Kaset kst
Kaset video kvd
Kit kit
Microfilem mfl
Mikrofis mfs
Model mdl
Peta pta
Peta pta
Piring hitam pht
Plat plt
Poster pst
Slaid sld
Transparensi trp
45
Catatan
Kod untuk koleksi bahan akan dikemaskinikan dari masa ke
semasa mengikut pertambahan bahan dan koleksi yang
akan ada dan dibangunkan oleh perpustakaan UPSI.
15. BAHAN SAMPINGAN/ IRINGAN
15.1. Bahan sampingan kepada bahan monograf, audio visual
dan sumber media akan dimulai dengan kod SMD bahan
iringan.
15.2 Nombor panggilan bahan sampingan/ iringan hendaklah
diakhiri dengan nombor perolehan bahan.
15.3 Data mengenai bahan sampingan akan dimasukkan di
dalam rekod bibliografi utama dengan penambahan di tag
kolasi (tag 320) dan tag nota umum (tag 500).
Contoh
Bahan utama
TK No. engkelasan bahan (alphabet)
7885 No. pengkelasan bahan (numeric)
.A2 No. cutter pengkelasan
H75 No. cutter entri utama
1999 tahun penerbitan
46
Bahan iringan/ sampingan
dsk No. kod SMD bahan
TK No.pengkelasan bahan (alphabet)
7885 No. pengkelasan bahan (numeric)
.A2 No. cutter pengkelasan
H75 No. cutter entri utama
1999 tahun penerbitan
bhg 1 bahagian bahan sekiranya ada
(80272) No. perolehan bahan
47
16. BAHAN TERJEMAHAN
Untuk bahan-bahan terjemahan, berikan nombor cutter untuk bahasa
selepas nombor cutter entri utama. Berikan kod terjemahan bahan baru
bukannya bahan asal.
Kod cutter bahasa terjemahan adalah seperti berikut:-
2 - Arabic
3 - English
4 - Bahasa Indonesia
5 - Bahasa Malaysia
6 - French
7 - Dutch
8 - German
.x - Original work
.x12 - Polygot
.x13 - English translation
.x14 - French translation
.x15 - German translation
.x16 - Italian translation
.x17 - Russian translation
.x18 - Spanish translation
.x19 - Lain-lain
48
Contoh:
Bahan asal
The internet tool kit/ by Nancy Cedeno
TK
5010
.875
.I57
C43
1995
Bahan terjemahan dalam bahasa Indonesia
Tool kit untuk internet/ oleh Nancy Cedeno; alih bahasa
Sugiharto
TK
5010
.875
.I57
C434 Nombor 4 merupakan kod terjemahan
2006 untuk bahan dalam bahasa Indonesia.
49
17. PENGEMASKINIAN POLISI
Dasar pengkatalogan ini perlu dikemaskini dari semasa ke semasa
mengikut perubahan objektif perpustakaan, keperluan maklumat universiti
dan ketersediaaan bahan serta kekukuhan pengkhususan koleksi
Perpustakaan Tuanku Bainun
18. TARIKH KUATKUASA
Dasar pengkatalogan perpustakaan Universiti Pendidikan Sultan Idris akan
berkuatkuasa mulai 1 April 2002 Bahan-bahan yang telah dikatalog
sebelum April tahun 2002 yang perlu dibuat pindaaan mengikut polisi
pengkatalogan terkini akan dilakukan dari semasa ke semasa.
Diluluskan oleh:-
----------------------------------------------------
(ZAHARIAH MOHAMED SHAHAROON) Ketua Pustakawan UPSI
top related