dasar bahagian perkhidmatan pelangganpustaka.upsi.edu.my/document/dasar_bpp.pdf · 4.1 menyediakan...
Post on 06-Mar-2018
236 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
DASAR BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGAN
1. LATAR BELAKANG
Dasar Bahagian Perkhidmatan Pelanggan ini digubal bagi memenuhi
Dasar Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
iaitu :
PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN, UNIVERSITI PENDIDIKAN
SULTAN IDRIS KOMITED UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN
PERPUSTAKAAN DAN MAKLUMAT YANG BERKUALITI DENGAN
TEPAT, EFISYEN, CEPAT DAN MESRA BERDASARKAN VISI, MISI
DAN OBJEKTIF UNIVERSITI SERTA MELAKSANAKAN
PENINGKATAN KUALITI SECARA BERTERUSAN BAGI MEMENUHI
KEPERLUAN PELANGGAN.
Pengubalan dasar ini tidak cukup sekadar suatu dokumen sahaja,
tetapi lebih kepada tujuan untuk pembangunan Universiti. Pengalaman
lampau dan halatuju akan datang sedang dirangka dan diawasi dengan
rapi supaya kesinambungan Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti
Pendidikan Sultan Idris menjadi asas kepada pembangunan dan
peningkatan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bahagian Perkhidmatan
Pelanggan, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan
Idris kini dalam rancangan untuk merangka dan melaksanakan aktiviti
perkhidmatan perpustakaan kepada semua pelanggan dalam usaha
mendokong visi Perpustakaan iaitu :
MENJADI PERPUSTAKAAN YANG BITARA DALAM PENDIDIKAN
SEJAJAR DENGAN ERA GLOBALISASI
2
Di samping itu dasar ini juga menepati dengan misi Perpustakaan
iaitu:-
MENYEDIAKAN SUMBER MAKLUMAT DAN PERKHIDMATAN
PERPUSTAKAAN YANG BERTEPATAN DENGAN KEPERLUAN
PELANGGAN SECARA PROFESIONAL DAN MESRA DALAM
MENYOKONG PEMBELAJARAN, PENGAJARAN DAN
PENYELIDIKAN UNIVERSITI
2. SKOP
Dasar Bahagian Perkhidmatan Pelanggan, Perpustakaan Tuanku
Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris ini merangkumi semua
aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan di
perpustakaan, iaitu Pendidikan, Latihan dan Automasi, Rujukan dan
Maklumat dan Perkhidmatan Sirkulasi.
3. DEFINISI
Dasar Bahagian Perkhidmatan Pelanggan ialah panduan yang dirangka
dan disusun untuk rujukan bahagian ini bertujuan memperbaiki
kemudahan serta memenuhi keperluan-keperluan pelanggan di
perpustakaan.
3.1 Pelanggan
Pelanggan bermaksud ‘the user of a service; in particular the
term implies that a financial transaction is taking place whereby
a service or commodity is transferred to a purchaser’.1
1 __________. Harrod’s librarians’ glossary: 9,000 term used in information management, library science, publishing, the books trades and archive management (8th ed.). England : Gower Publishing Company Ltd., 1995.
3
Secara amnya ia bermaksud pengguna yang menggunakan
perpustakaan atau perkhidmatannya atau orang yang mendapat
faedah secara langsung daripada perkhidmatan yang ditawarkan
di perpustakaan.
3.2 Perkhidmatan Pelanggan
Perkhidmatan Pelanggan bermaksud ‘ the facilities provided by a
library for the use of books and the dissemination of
information’.2
Secara amnya ia bermaksud perkhidmatan atau kemudahan
yang disediakan atau diberikan oleh perpustakaan untuk
kegunaan pelanggan perpustakaan bagi memenuhi keperluan
pelanggan.
4. OBJEKTIF
4.1 Menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk memastikan
bahagian ini mencapai kecemerlangan dalam sistem rangkaian
maklumat perpustakaan.
4.2 Menyediakan kemudahan-kemudahan perpustakaan untuk
memberi kepuasan yang maksimum dalam pencarian maklumat
di perpustakaan.
4.3 Memastikan ketersediaan kakitangan dan bahan-bahan yang
diperlukan oleh pelanggan perpustakaan bagi menggalakkan
perkembangan intelektual masyarakat untuk memenuhi
keperluan bangsa dan negara.
2____________. Harrod’s librarians’ glossary: 9,000 term used in information management, library science, publishing, the books trades and archive management (8th ed.). England : Gower Publishing Company Ltd., 1995.
4
4.4 Menjadikan perpustakaan sebagai pusat rujukan dan maklumat
yang bitara dan cemerlang bagi mengangkat martabat
universiti.
5. STRATEGI
Strategi bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan adalah dengan
cara memperkasakan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan
oleh Bahagian Perkhidmatan Pelanggan.
5.1 Perkhidmatan Pendidikan dan Latihan
5.1.1 Semua staf yang terlibat dalam urusan perkhidmatan di
Bahagian Perkhidmatan Pelanggan akan diberi latihan
yang sesuai bagi memastikan mereka mendapat
kemahiran dan kecekapan secukupnya serta mempunyai
pengetahuan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan di
perpustakaan ini dan lain-lain institusi bagi membolehkan
mereka mengendalikan perkhidmatan dengan cekap,
berkesan dan mesra pelanggan.
5.1.2 Perpustakaan juga akan memberi latihan dan kemahiran
kepada pelanggan dan kakitangan bagi meningkatkan
kemahiran kepenggunaan perpustakaan.
5.1.3 Perpustakaan akan menyediakan satu jadual pendidikan
pengguna untuk mendedahkan pelanggan kepada aspek
pencarian bahan di perpustakaan dengan bantuan OPAC,
WebOPAC, pangkalan data atas talian dan kemudahan e-
Quip.
5.2 Rujukan
5.2.1 Aktiviti rujukan di perpustakaan boleh dibuat dalam masa
perpustakaan dibuka.
5
5.2.2 Koleksi Rujukan hanya boleh di rujuk di Aras Satu,
Bahagian Rujukan sahaja.
5.3 Pinjaman dan Pembaharuan
5.3.1 Semua pelanggan yang berdaftar layak untuk membuat
pinjaman berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
5.3.2 Proses peminjaman dan pembaharuan bahan
perpustakaan adalah tertakluk kepada Prosedur Kerja
Peminjaman Bahan Monograf dan Arahan Kerja
Pembaharuan Bahan Monograf.
5.3.3 Bahan boleh diperbaharui pinjaman sebanyak dua kali
berturut-turut dan tidak melebihi tarikh pulang.
Perkhidmatan ini tidak termasuk bahan sumber media.
5.3.4 Pembaharuan bahan boleh dibuat melalui dua cara sama
ada melalui Kaunter Sirkulasi atau secara atas talian
dengan melayari Web Portal Perpustakaan.
5.4 Perkhidmatan Konsultansi Maklumat
5.4.1 Pelanggan yang mempunyai masalah berkaitan dengan
perkhidmatan dan koleksi perpustakaan atau ingin
mendapatkan khidmat nasihat boleh berjumpa dengan
Pustakawan yang bertugas di Meja Penasihat Pembaca.
5.4.2 Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan terus sama ada
secara lisan atau bertulis atau telefon.
5.4.3 Pelanggan juga boleh mengisi borang pertanyaan rujukan
yang telah disediakan.
5.5 Pameran Koleksi Terkini
5.5.1 Perpustakaan dari semasa ke semasa akan
mempamerkan bahan-bahan perolehan terbaru kepada
pengguna.
6
5.5.2 Koleksi pameran akan ditukar setiap minggu untuk
memberi maklumat terkini buku-buku baru kepada
pengguna.
5.5.3 Bahan-bahan ini boleh dipinjam, tertakluk kepada
kategori bahan.
5.6 Tempahan Bahan
5.6.1 Pelanggan boleh membuat tempahan bahan yang masih
dalam pinjaman pelanggan lain.
5.6.2 Tempahan bahan boleh dilakukan secara terus melalui
WebOPAC, OPAC atau datang ke Kaunter Sirkulasi.
5.7 Bilik Karel
5.7.1 Perpustakaan menyediakan 88 buah bilik karel berhawa
dingin untuk kemudahan pelanggan terutamanya pelajar
pasca siswazah dan pelajar tahun akhir.
5.7.2 Untuk menggunakan bilik ini bayaran sebanyak RM2.00
bagi 4 jam pertama dikenakan. Diikuti tambahan RM2.00
bagi 4 jam berikutnya dan selepas 8 jam, tambahan
sebanyak RM2.00 lagi, atau RM6.00 sehari akan
dikenakan.
5.8 Peti Simpanan (Peti Bagasi)
5.8.1 Perpustakaan menyediakan peti simpanan bagasi di luar
pintu masuk utama perpustakaan.
5.8.2 Pengunjung digalakkan menggunakan kemudahan ini
untuk menyimpan barang-barang yang tidak dibenarkan
dibawa masuk ke dalam perpustakaan.
5.8.3 Peti simpanan yang berkunci juga disediakan dengan
bayaran sebanyak RM 0.50 sen sehari.
7
5.9 Fotokopi
5.9.1 Pelanggan boleh membuat salinan sesuatu bahan
berdasarkan peraturan hakcipta yang sedia ada dalam
Akta Hakcipta 1987 dan Akta Hakcipta (Pindaan) 1990.
5.9.2 Perpustakaan menyediakan perkhidmatan fotokopi layan
diri dan pelanggan dikehendaki membeli kad fotokopi
sekiranya hendak membuat salinan fotokopi.
5.10 Cetakan dan Pindahturun (Downloading)
5.10.1 Pelanggan dibenarkan membuat cetakan komputer dan
pindahturun (downloading) terhadap bahan-bahan yang
dicapai melalui pangkalan data atas talian di Makmal e -
Jurnal.
5.10.2 Bayaran akan dikenakan bagi semua cetakan komputer.
Kadar bayaran adalah RM0.30 sekeping.
5.10.3 Thumbdrive diperlukan bagi pelanggan yang membuat
pindahturun (downloading) di Makmal e – Jurnal.
5.11 Sistem Perbekalan Penerbitan (SPP)
5.11.1 Pelanggan yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar
pasca siswazah boleh membuat pinjaman antara
perpustakaan sekiranya bahan yang diperlukan tiada
dalam koleksi Perpustakaan Tuanku Bainun.
5.11.2 Perkhidmatan SPP juga disediakan bagi
perpustakaan/institusi yang menjadi ahli SPP dengan
syarat Perpustakaan Tuanku Bainun mempunyai lebih
dari 1 naskah bahan yang dikehendaki di dalam koleksi.
5.11.3 Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang
yang disediakan.
8
5.11.4 Perkhidmatan ini tertakluk kepada beberapa syarat lain
dan bayaran akan dikenakan kepada pengguna yang
membuat permohonan.
5.12 Selective Dissemination of Information (SDI)/Current
Awareness Service (CAS)
5.12.1 Perkhidmatan Maklumat Terpilih (SDI) dan Perkhidmatan
Kesedaran Semasa (CAS) juga disediakan untuk
pengguna.
5.12.2 Perkhidmatan ini akan memaklumkan pengguna
mengenai sesuatu penemuan baru atau maklumat
semasa mengenai sesuatu bidang atau minat seorang
pengguna.
5.12.3 Pihak perpustakaan menyimpan rekod profil daripada
pengguna dan akan digunakan untuk menghantar
maklumat-maklumat terkini yang diperolehi dari
perpustakaan.
5.12.4 Tiada sebarang bayaran yang dikenakan kepada
pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan ini.
5.13 Online Database Remote Access (ODRA)
5.13.1 ODRA adalah satu infrastruktur yang membolehkan
pengguna mencapai pangkalan data perpustakaan secara
langsung sama ada di dalam atau dari luar universiti.
5.13.2 Perpustakaan telah melanggan pangkalan data atas talian
ProQuest, Ebscohost, Emerald dan ACM Digital Library
yang mengandungi abstrak, indeks dan teks penuh bahan
dari beribu-ribu judul jurnal, tesis dan disertasi.
Perkhidmatan langganan ini akan dinilai dari masa ke
semasa bergantung kepada keperluan dan kegunaan
secara berterusan oleh pensyarah.
9
5.14 Pengolahan Maklumat (Repackaging of Information)
5.14.1 Perpustakaan dari semasa ke semasa akan menawarkan
pencarian maklumat mengikut bidang keperluan
pelanggan dari koleksi yang terdapat di Perpustakaan
Tuanku Bainun seperti :
5.14.1.1 Penyusunan bibliografi mengenai topik-topik
semasa akan disediakan secara langsung.
5.14.1.2 Penyusunan bibliografi atas permintaan bertulis
akan disediakan bagi memenuhi keperluan
maklumat pembaca.
5.14.1.3 Sumber maklumat yang dapat dikesan dari
laman web akan dihubungkaitkan (hyperlink)
secara elektronik.
5.15 Akses Kepada Koleksi
5.15.1 Perpustakaan juga mempunyai koleksi khas seperti
Koleksi Anak Kandung, Koleksi Nadir, Koleksi Arkib
Universiti, Koleksi Tokoh, Koleksi Kertas Peperiksaan,
Koleksi Penerbitan Kerajaan, Koleksi Pendidikan
Malaysia, Koleksi Jurnal, Koleksi Tesis dan Koleksi
Sumber Media.
5.15.2 Perkhidmatan dibuka kepada semua pengguna bagi
membolehkan warisan intelek digunakan untuk
penyelidikan.
5.15.3 Koleksi-koleksi ini hanya untuk rujukan sahaja dan
tertakluk kepada peraturan tertentu.
5.15.4 Waktu dan tempoh untuk mendapatkan perkhidmatan
ini adalah tertakluk kepada peraturan dan waktu
perkhidmatan.
10
5.16 Kelengkapan dan Peralatan
5.16.1 Bagi memastikan perkhidmatan yang berkesan, peralatan
dan kemudahan yang disediakan hendaklah sentiasa
berfungsi dan diselenggarakan secara berjadual.
5.16.2 Keutamaan akan diberikan kepada bahagian yang
menyediakan perkhidmatan kaunter.
5.17 Pertanyaan Rujukan dan Perundingan
5.17.1 Pertanyaan rujukan boleh diterima melalui pelbagai cara
sama ada pelanggan datang sendiri ke perpustakaan atau
melalui telefon, e-mail, surat atau lain-lain cara.
5.17.2 Semua pertanyaan rujukan dan maklumat hendaklah
dijawab mengikut norma masa yang telah ditetapkan
bagi setiap jenis pertanyaan. Pada dasarnya, pertanyaan
hendaklah dijawab mengikut giliran.
5.17.3 Semua pertanyaan rujukan hendaklah dijawab secara
profesional selaras dengan Piagam Pelanggan
Perkhidmatan Rujukan dan Perundingan seperti di
Lampiran A. Semua pertanyaan rujukan dan perundingan
hendaklah dijawab dengan tepat serta berdasarkan
sumber yang diterbitkan.
5.17.4 Pertanyaan rujukan yang tidak dapat dijawab kerana
ketiadaan sumber maklumat di perpustakaan akan
dirujuk ke perpustakaan lain. Tindakan susulan akan
diambil untuk memperolehi bahan tersebut untuk
pengguna.
5.17.5 Semua pertanyaan rujukan yang dijawab hendaklah
disertakan dengan sumber rujukan di mana maklumat
atau jawapan itu diperolehi.
11
5.17.6 Semua pertanyaan rujukan yang sensitif yang menyentuh
dasar dan keselamatan negara hendaklah dikendalikan
mengikut dasar, peraturan atau arahan pekeliling yang
diterima pakai.
5.18 Panduan/Brosur
5.18.1 Panduan dan brosur disediakan dan dikemaskini dari
masa ke semasa untuk memudahkan pengguna
mendapatkan perkhidmatan yang terbaik di
perpustakaan.
5.18.2 Pelanggan perpustakaan boleh mendapatkan
panduan/brosur ini dengan percuma di rak.
5.19 Cadangan Dan Aduan Pelanggan
5.19.1 Pelanggan dibenarkan untuk mengemukakan cadangan
atau aduan berhubung perkhidmatan atau kemudahan
yang terdapat di perpustakaan.
5.19.2 Cadangan atau aduan ini boleh dibuat melalui dua (2)
cara iaitu dengan mengisi Borang Cadangan/Aduan
Pelanggan atau melalui Suggestion Box yang terdapat di
dalam modul Infotrack dalam Sistem ILMU.
5.19.3 Setiap cadangan/aduan pelanggan akan dijawab dalam
tempoh 24 jam hari bekerja.
6. SYARAT DAN PERATURAN
Syarat dan peraturan diwujudkan bagi memastikan kelancaran
perkhidmatan dan pelanggan dapat menggunakan semua kemudahan
serta perkhidmatan dengan lebih berkesan.
12
6.1 Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Tuanku Bainun
Waktu Semester
Hari Waktu Perkhidmatan
Isnin – Jumaat 8.30 pagi – 11.00 malam
Sabtu & Ahad 10.00 pagi – 5.00 petang
Cuti Umum Tutup
Waktu Cuti Semester
Hari Waktu Perkhidmatan
Isnin – Jumaat 8.30 pagi – 7.00 malam
Sabtu 10.00 pagi – 3.00 petang
Ahad Tutup
Cuti Umum Tutup
6.2 Keahlian dan Pendaftaran
Keahlian Perpustakaan Tuanku Bainun adalah secara automatik
kepada semua pelajar dan kakitangan Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Taraf Keahlian Wang
Deposit
(RM)
Yuran
Tahunan
(RM)
Kelayakan
Pinjaman
Prasiswazah - - 6
Siswazah - - 12
Kakitangan Akademik - - 17
Kakitangan Bukan Akademik - - 6
Kakitangan Akademik
(Sambilan)
- - 12
Kakitangan Bukan Akademik
(Sambilan)
- - 6
13
Ahli Institusi (4 orang) 2,000.00 1,000.00 2
Ahli Institusi (4 orang) - 1,000.00 Merujuk
sahaja
Ahli Perseorangan Awam 200.00 *200.00 2
Ahli Perseorangan Awam - - Merujuk
sahaja
Pelajar UNITEM 250.00 150.00 2
Pelajar UNITEM - - Merujuk
sahaja
Ahli Perseorangan Pelajar
Sekolah
150.00 - 2
Ahli Perseorangan Pelajar
Sekolah
- - Merujuk
sahaja
Anak Kakitangan UPSI - - Merujuk
sahaja
* Yuran tahunan dikenakan jika ingin mengakses perkhidmatan
pangkalan data elektronik atau bahan sumber media dan tiada
yuran dikenakan bagi tujuan merujuk sahaja (koleksi terbuka).
6.2.1 Orang awam yang berminat menjadi ahli Perpustakaan
Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
hendaklah mengisi borang keahlian dan hantarkan
borang yang lengkap tersebut ke perpustakaan bersama-
sama satu (1) keping gambar berukuran passport
berserta wang pendaftaran sebanyak RM5.00 sahaja.
6.2.2 Ahli perpustakaan yang tidak membayar wang deposit
hanya dibenarkan membuat rujukan sahaja. Wang
deposit dibayar oleh ahli yang memohon untuk membuat
pinjaman bahan dan akan dikembalikan kepada ahli yang
memohon menamatkan keahlian.
14
6.2.3 Pelajar Universiti Terbuka Malaysia hanya perlu
membayar wang deposit sahaja untuk membuat
pinjaman kerana yuran tahunan pelajar perlu diinvoiskan
kepada Perpustakaan Tuanku Bainun oleh universiti
berkenaan berdasarkan senarai nama yang dihantar.
6.3 Kelayakan Pinjaman
Kategori Ahli Koleksi Terbuka
Tempoh Koleksi Tanda Merah
(semalaman)
Bahan Sumber Media
(3 hari)
Pelajar
Prasiswazah
6 14 hari 1 2
Pelajar Siswazah 12 14 hari 1 2
Kakitangan
Akademik
17 90 hari 2 2
Kakitangan Bukan
Akademik
6 14 hari 2
Kakitangan
Akademik Sambilan
12 14 hari 1 2
Kakitangan
Sambilan Lain
6 14 hari - -
Institusi (4 orang) 4×2 14 hari - -
Alumni 2 14 hari - -
Pelajar IPT 2 7 hari - -
Orang Awam 2 7 hari - -
15
6.4 Peraturan Am Perpustakaan Tuanku Bainun
6.4.1 Hanya pelanggan yang berdaftar atau yang telah
mendapat kelulusan sahaja dibenarkan menggunakan
perpustakaan dan perkhidmatan yang disediakan;
6.4.2 Pelanggan hendaklah sentiasa mempamerkan kad
pelajar atau kad matrik atau kad kakitangan atau kad
keahlian semasa berada di perpustakaan. Kegagalan
berbuat demikian boleh mengakibatkan pengguna
dilarang menggunakan perkhidmatan yang
disediakan;
6.4.3 Pelanggan diingatkan supaya berpakaian sopan dan
kemas semasa berada di perpustakaan. Pemakaian
seluar jeans, t-shirt tanpa kolar dan selipar adalah
dilarang;
6.4.4 Pelanggan tidak dibenarkan membuat bising, makan,
minum, merokok, menyanyi, tidur dan membuat
sesuatu yang boleh menjejaskan suasana
pembelajaran di perpustakaan;
6.4.5 Pelanggan dilarang berbincang di ruang membaca
dalam perpustakaan kecuali di Bilik Bacaan 24 Jam
atau di Bilik Perbincangan;
6.4.6 Segala urusan kaunter hendaklah dibuat dalam masa
yang telah ditetapkan;
6.4.7 Membuat pinjaman dengan menggunakan kad
pelanggan lain adalah satu kesalahan;
6.4.8 Para pelanggan yang didapati memiliki bahan
perpustakaan tanpa kebenaran akan diambil tindakan
tatatertib;
6.4.9 Telefon bimbit dibenarkan bawa masuk ke dalam
perpustakaan tetapi pelanggan tidak dibenarkan
membuat atau menerima panggilan;
16
6.4.10 Beg, kecuali beg tangan, topi keledar dan payung
tidak boleh dibawa masuk ke dalam perpustakaan. Ia
hendaklah diletakkan di Bilik Bagasi yang telah
disediakan di luar perpustakaan;
6.4.11 Melakukan kerosakan terhadap harta benda
perpustakaan adalah suatu kesalahan. Ini termasuklah
menconteng, memotong, merosak atau
memusnahkan bahan-bahan di perpustakaan;
6.4.12 Semua buku atau lain-lain bahan seperti beg
komputer riba yang dibawa masuk dan keluar dari
perpustakaan hendaklah ditunjukkan kepada
Pengawal Keselamatan terlebih dahulu di Kaunter
Keselamatan untuk diperiksa;
6.4.13 Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
bahan-bahan yang dipinjam;
6.4.14 Pelanggan wanita disarankan tidak berada di dalam
Bilik Bacaan 24 Jam berseorangan selepas jam 11:00
malam dan pelanggan terakhir diminta menutup alat
penghawa dingin;
6.4.15 Akhbar, jurnal/majalah terkini yang telah
dibaca/dirujuk hendaklah diletakkan ke tempat
asalnya;
6.4.16 Buku yang telah dirujuk atau yang digunakan
hendaklah diletakkan di atas troli atau rak sisih yang
disediakan;
6.4.17 Pelanggan tidak dibenarkan membawa buku dari satu
aras ke aras yang lain;
6.4.18 Berpacaran di perpustakaan adalah dilarang sama
sekali;
6.4.19 Pelanggan diminta merapatkan kerusi ke meja
sebelum meninggalkan tempat duduk;
17
6.4.20 Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau kerosakan barang-barang
persendirian;
6.4.21 Kakitangan perpustakaan berhak menghalang
pelanggan dari menggunakan perpustakaan dan
perkhidmatan yang ada jika didapati melanggar
peraturan perpustakaan atau universiti;
6.4.22 Pelanggan dilarang memindahkan bahan, koleksi,
perabot dan peralatan di perpustakaan;
6.4.23 Semua pelanggan dikehendaki mematuhi segala
arahan yang terdapat di perpustakaan;
6.4.24 Pihak perpustakaan dan universiti berhak meminda
atau menambah sebarang peraturan dari masa ke
semasa tanpa sebarang notis.
6.5 Denda
6.5.1 Denda Lewat Pemulangan Bahan
Denda lewat pemulangan bahan akan dikenakan
kepada pelanggan yang gagal memulangkan bahan
yang dipinjam dalam tempoh yang diberikan.
Sekiranya pelajar mempunyai denda tertunggak
sebanyak RM5.00 dan ke atas, secara automatik
mereka tidak dibenarkan meminjam buku selagi
denda ini belum dijelaskan. Peraturan ini tidak
tertakluk kepada kakitangan akademik dan bukan
akademik. Jumlah denda adalah seperti berikut :-
18
Koleksi Terbuka Minggu Pertama RM0.10 sen sehari Minggu Kedua & Seterusnya
RM0.20 sen sehari (tanpa had maksimum)
Koleksi Tanda Merah Jam Pertama RM0.50 Jam Kedua RM1.00 Jam Ketiga RM2.00 Lebih Dari 4 Jam RM3.00 sejam Minggu Pertama RM15.00 sehari Minggu Kedua RM20.00 sehari Minggu Ketiga RM25.00 sehari Lebih Dari 4 Minggu RM30.00 sehari
6.5.2 Bahan Hilang atau Rosak
Bagi bahan yang hilang atau rosak semasa dalam
tempoh peminjaman, denda akan dikenakan seperti
berikut :-
6.5.2.1 Peminjam dikehendaki membayar harga
bahan yang hilang/rosak.
6.5.2.2 Kadar bayarannya hendaklah sama dengan
harga bahan semasa atau sewaktu dibeli
oleh pihak perpustakaan, tertakluk kepada
mana yang lebih tinggi atau;
6.5.2.3 Menggantikan semula dengan bahan baru
yang sama.
6.5.2.4 Peminjam juga dikehendaki membayar
wang proses sebanyak RM25.00 senaskah.
6.5.3 Bahan Hilang atau Rosak Yang Tiada Harga
Bagi bahan hilang atau rosak yang tiada harga, denda
akan dikenakan seperti berikut :-
19
6.5.3.1 Bahan Tempatan
Menggantikannya dengan bahan yang sama
atau membayar pada anggaran harga
minima sebanyak RM50.00, beserta wang
proses bahan sebanyak RM25.00 senaskah.
6.5.3.2 Bahan Luar Negara
Menggantikannya dengan bahan yang sama
atau membayar pada anggaran harga
minima sebanyak RM150.00, beserta wang
proses bahan sebanyak RM25.00 senaskah.
6.6 Koleksi
6.6.1 Rujukan
Bahan rujukan termasuk ensaiklopedia, kamus,
tesaurus, almanak, buku tahunan, akta, direktori,
buku istilah, atlas, gazetir dan sebagainya. Bahan
ini tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar. Bahan
ini boleh didapati di Aras 1, Bahagian Koleksi
Rujukan.
6.6.2 Rujukan Umum / Open Shelves
Buku yang dikategorikan sebagai koleksi umum
merupakan bahan yang berada di rak terbuka dan
bukan daripada kategori rujukan dan yang tidak
dikategorikan dalam kategori-kategori di bawah.
Bahan ini boleh dipinjam mengikut tempoh yang
ditetapkan dan ia ditempatkan di Aras 2 dan 3.
Aras 2 menempatkan bahan koleksi A-N, manakala
Aras 3 pula menempatkan koleksi P-Z.
20
6.6.3 Red Spot
Bahan yang penting yang jumlah koleksinya tidak
banyak. Bahan rujukan utama atau wajib bagi
sesuatu subjek yang dilaporkan oleh pensyarah.
Pelanggan boleh meminjam bahan ini dengan
mengisi Borang Pinjaman Bahan Tanda Merah dan
melalui Kaunter Sirkulasi.
6.6.4 Karya Anak Kandung
Bahan hasil penulisan bekas pelajar SITC, MPSI
dan IPSI yang diletakan sebagai Koleksi Karya
Anak Kandung. Bahan ini terdiri daripada laporan,
artikel, kertas projek dan lain-lain. (Tidak termasuk
tesis atau disertasi). Bahan ini ditempatkan dalam
Koleksi Khas di Aras 2.
6.6.5 Tesis atau Disertasi
Tesis atau disertasi yang merupakan hasil
penyelidikan pelajar UPSI bagi memenuhi
keperluan pengijazahan Diploma, Ijazah Sarjana
Muda, Ijazah Sarjana PhD. Koleksi ini boleh dirujuk
di Bilik Tesis, Aras 2.
6.6.6 Arkib Universiti
Arkib Universiti merupakan bahan-bahan
penerbitan Universiti. Setiap bahan penerbitan
universiti mesti dihantar ke perpustakaan untuk
disimpan sebagai bahan Koleksi Arkib Universiti.
Bahan-bahan ini termasuklah buku cenderamata,
buku panduan, laporan tahunan dan lain-lain.
21
Bahan-bahan ini ditempatkan di Koleksi Khas, Aras
2.
6.6.7 Koleksi Nadir atau Haram atau Terhad
Bahan-bahan antiquarian, terhad atau haram yang
perlu disimpan sebagai koleksi bagi kemudahan
rujukan yang khusus. Surat kebenaran dari unit
atau jabatan atau fakulti diperlukan untuk merujuk
bahan dari koleksi ini. Pelanggan boleh merujuk
bahan ini di Bilik Koleksi Nadir, Aras 3.
6.6.8 Akhbar
Suratkhabar langganan berbahasa Melayu,
Inggeris, Tamil dan Cina. Bahan ini ditempatkan di
Koleksi Jurnal Terkini, Aras 2. Pelanggan perlu
meninggalkan kad matrik atau kad kakitangan di
Kaunter Koleksi Khas untuk meminjam bahan ini.
6.6.9 Majalah atau Jurnal Semasa
Majalah atau jurnal terbitan dalam dan luar negara
yang dilanggan. Koleksi terkini ditempatkan di rak
jurnal terkini. Koleksi terkebelakang untuk tahun
semasa boleh diperolehi di Kaunter Perkhidmatan
Jurnal dan koleksi terkebelakang bagi tahun
sebelumnya yang telah dijilid ditempatkan di rak
jurnal di Aras 2.
6.6.10 Risalah / Brosur
Risalah dan brosur termasuk buku cenderamata,
buku panduan perpustakaan, prospektif dan lain-
lain bahan yang bercetak. Risalah ini boleh
22
didapati berhampiran pintu masuk utama
perpustakaan.
6.6.11 Koleksi Multimedia
Perpustakaan telah menyediakan koleksi
multimedia untuk tujuan pembelajaran dan
pengajaran. Koleksi ini termasuklah cakera padat,
piring hitam, cakera laser, pelbagai jenis filem,
peta, slaid, pita audio dan video, kit, tranparensi
dan lain-lain. Koleksi ini boleh didapati di Unit
Sumber Media, Aras 4.
6.6.12 Pangkalan Data Atas Talian (Online Access
Database)
Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat
dan komunikasi, perpustakaan telah melanggan
lapan (8) pangkalan data iaitu EBSCOHOST,
PROQUEST, EMERALD, ACM Digital Library,
SpringerLink, Questia, BLIS dan NSTP e-MEDIA
bagi menyediakan maklumat yang terkini kepada
para pelanggan. Pelanggan boleh mengakses
pangkalan data atas talian ini di Makmal e-Jurnal,
Aras 2.
6.6.13 Koleksi Pendidikan Malaysia
Perpustakaan sentiasa berusaha untuk menjadi
pelopor dalam menyimpan koleksi yang berkaitan
dengan pendidikan di Malaysia. Justeru itu,
pelbagai bahan termasuklah buku-buku teks,
artikel, kertas persidangan, seminar, bengkel,
memorandum, sirkular, keratan akhbar dan
23
sebagainya disediakan untuk memudahkan
pelanggan membuat rujukan. Bahan-bahan ini
ditempatkan di Bilik Koleksi Pendidikan Malaysia
(KPM) yang terletak di Aras 2.
7. PINDAAN DASAR
Semakan Dasar Bahagian Perkhidmatan Pelanggan akan dibuat
berdasarkan keperluan semasa setelah diarahkan oleh Ketua
Pustakawan.
8. TARIKH KUATKUASA
Dasar Bahagian Perkhidmatan Pelanggan ini mula berkuatkuasa mulai
1hb. Mac 2007.
Diluluskan oleh :
..............................................................................
(ZAHARIAH BT. MOHAMED SHAHAROON)
Ketua Pustakawan Perpustakaan Tuanku Bainun
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tarikh : 1hb. Mac 2007
24
Lampiran A
PERKHIDMATAN
RUJUKAN DAN PERUNDINGAN
Komitmen kami adalah :
o Memberi perkhidmatan dengan mesra dan berbudi
bahasa kepada semua pelanggan perpustakaan.
o Membekalkan maklumat dengan cepat dan berkesan
dalam memenuhi keperluan maklumat pengguna.
o Memastikan segala pertanyaan rujukan diberi
maklumbalas dalam masa 24 jam bekerja.
o Mendidik pembaca dalam menggunakan koleksi dan
kemudahan yang tersedia secara optimum.
PIAGAM
PELANGGAN
top related