dalam penulisan ini

Post on 04-Oct-2015

19 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

Dalam penulisan ini, penulis telah membahagikannya kepada empat bab. Bab pertama memberi tumpuan kepada pengertian komunikasi itu sendiri dari segi bahasa dan istilah serta maksud komunikasi dalam organisasi. Bab kedua pula mengutarakan tentang bentuk-bentuk komunikasi iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan. Berkomunikasi dan bercakap adalah sesuatu yang berbeza. Komunikasi bukan sahaja melibatkan bahasa lisan, akan tetapi ia juga melibatkan bahasa bukan lisan. Hal ini berbeza dengan bercakap yang hanya melibatkan bahasa lisan. Bab ketiga pula mengetengahkan tentang kaedah-kaedah berkomunikasi secara berkesan supaya dapat diaplikasikan dan sesebuah organisasi. Bab keempat pula merupakan bab terakhir yang menyentuh tentang kepentingan bahasa komunikasi dalam sesebuah organisasi.

2. PENGERTIAN KOMUNIKASI

Menurut Hisyam al-Talib (1992), komunikasi ditarifkan sebagai membenarkan orang lain mengetahui tentang diri kita, dan membenarkan mereka untuk saling memahami dengan kita. Sekiranya ini berlaku, mereka akan menghormati kita. Walau bagaimanapun, proses ini melibatkan perkongsian pemikiran (idea) dan perasaan dengan orang lain secara jujur. Ini bererti dalam berkomunikasi, apa yang ingin kita sampaikan adalah apa yang kita fahami tentang kedudukan sesuatu perkara serta wujud keadaan faham-memahami. Hasil komunikasi yang baik akan mewujudkan perkongsian pemikiran dan berkemungkinan akan mengubah sikap dan perangai pendengar ( Mohd Yusof Othman. 2003: 31-33 ).

Dalam Islam, komunikasi dapat dinyatakan sebagaimana firman Allah s.w.t :$# 4n

top related