daerah artikulasi

Post on 12-Jun-2015

2.206 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PENGAJIANMELAYU

☺ Takrif daerah artikulasi☺ Daerah-daerah artikulasi

DAERAH ARTIKULASI

© Daerah artikulasi adalah kawasan tempat sentuhan alat artikulasi semasa menghasilkan sesuatu bunyi. © Pelbagai bunyi bahasa dapat dihasilkan apabila

daerah sebutan dan alat sebutan dimanipulasi. © Alat artikulasi yang sama akan menghasilkan bunyi

bahasa yang berlainan apabila menyentuh daerah artikulasi yang berlainan.

Contoh :Jika hujung lidah menyentuh bahagian belakang atas gusi dan lelangit lembut pula menyentuh rongga belakang tekak, maka bunyi yang dihasilkan adalah bunyi [t].

Takrif Daerah Artikulasi

©titik pertemuan antara alat artikulasi dengan bahagian yang tersentuh ketika menghasilkan

sesuatu bunyi bahasa.© Di dalam bahasa Arab, daerah artikulasi dirujuk sebagai الحروف yang bermaksud tempat keluar مخارج

sesuatu huruf. Tempat keluar huruf atau daerah artikulasi ini mestilah melibatkan dua alat artikulasi.

Contoh : Artikulasi huruf /b/ ialah kombinasi bibir atas dan bibir bawah. Begitu juga dengan /l/ di mana untuk menyebutnya memerlukan kombinasi hujung lidah

dengan gusi selain daripada hembusan angin di sisi lidah.

Daerah artikulasi adalah kawasan yang di mana udara terganggu. Terdapat beberapa daerah artikulasi yang terlibat dalam penghasilan sesuatu bunyi

iaitu :

DUA BIBIR (BILABIAL)☺ Bunyi dihasilkan dengan menggunakan bibir atas

dan bawah.☺ Terhasil apabila udara daripada paru-paru tersekat

sepenuhnya di bahagian bibir.

Contoh : [p], [b], [m], [w]☺Pasir [pasir]

☺ Mama [mama]☺ Batu [batu]

BIBIR –GIGI (LABIO-DENTAL)☺ Bunyi dibentuk dengan menggunakan gigi atas dan bibir bawah.☺ Terhasil apabila bibir bawah bersentuh dengan gigi bahagian atas.☺ Masih ada ruang untuk udara daripada paru-paru mengalir keluar.Contoh : [f], [v]☺ Faham [faham]☺ Lava [lava]☺ Van [van]

HUJUNG LIDAH-GIGI (DENTAL)♥ Terhasil apabila bahagian hujung lidah terletak di antara bahagian gigi atas dan

gigi bawah.♥ Udara daripada paru-paru masih boleh mengalir keluar apabila celahan-celahan

kecil antara lidah dan gigi tersebut.

Contoh :

Othman

☻Terhasil apabila hujung lidah menyentuh bahagian gusi atas.

☻ Boleh terjadi secara : ☼ sepenuhnya

Contoh :[t], [d], [n]☼ Tidak sepenuhnya

Contoh :[z], [s]

HUJUNG LIDAH-GUSI (ALVEOLAR)

☻ Terhasil apabila bahagian

hujung lidah dilipat naik lalu

menyentuh bahagian lelangit keras.

☻ Sentuhan tidak terjadi sepenuhnya.

Contoh :[r]

HUJUNG LIDAH-GELUNGAN (RETROFLEKS)

☺ Terhasil apabila bahagian depan lidah dinaikkan lalu menyentuh lelangit keras.

☺ Contoh :☺ Secara sepenuhnya : [∫],[dℨ],[ŋ]☺ [l] (udara yang dipam keluar daripada paru-paru mengalir keluar di kedua-dua sisi lidah)Contoh :Syarikat [∫arikat]Syair [∫air]Belang (bəlaŋ)

DEPAN LIDAH-LELANGIT KERAS (PALATAL)

☺ Terhasil apabila bahagian belakang lidah dinaikkan lalu menyentuh rapat

pada bahagian lelangit lembut.☺ Udara akan terhalang apabila dua

organ tutur tersebut dilepaskan secara tiba-tiba, misalnya ketika

menghasilkan bunyi [k] dan [g]☺ Bunyi [n] terhasil apabila kedua-dua

organ tutur tadi dibiarkan mengalir menerusi rongga hidung.

BELAKANG LIDAH-LELANGIT LEMBUT (VELAR)

☼ Terhasil apabila pita suara dibuka atau ditutup (menghasilkan bunyi seperti [h], [ʔ].☼ Bunyi [h] terhasil apabila udara daripada

paru-paru dipam keluar dan udara ini melewati pita suara yang terbuka luas.

☼ Bunyi [ʔ] terhasil apabila pita suara tertutup rapat dan udara yang terhalang ini

kemudiannya dilepaskan secara tiba-tiba.

☼ Contoh :hari [hari]

Kakak [kakaʔ]

GLOTAL

GUSISuara dikeluarkan apabila di hadapan lidah dinaikkan sehingga dekat atau menyentuh lengkungan gusi (bahagian belakang gigi

atas)Contoh :

[t], [d], [n], [s], [z,] [l], [r]

Terima kasih kerana sudi memberikan perhatian.

Disediakan oleh :Azureen Binti Amjah

Fazilah Binti DuramanMichelle Lorna

by,

ZureenSUSHI ‘09

top related