cmp2011 pengurusan koku p1
Post on 02-Jan-2016
86 Views
Preview:
TRANSCRIPT
NO. KUMPULAN: UPSI 48
NAMA PENSYARAH: DR. AZALI BIN RAHMAT
KERJA KURSUS
CMP2011 PENGURUSAN KOKURIKULUM
1. PERANCANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM (KERTAS KERJA)
NAMA PELAJAR
NITO ANAK TONY
NO. ID
D20112055167
PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM, PERAK.
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya,
tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat
sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya
supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya..
Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Dr. Azali bin
Rahmat kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang sejelasnya
untuk membuat tugasan ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu
dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan
yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.
Sekian, terima kasih.
Kandungan
Bil. Perkara Muka surat
1 Pengenalan 1
2 Objektif 2
3 Tujuan 3
4 Tema 4
5 Sasaran 4
6 Tarikh 5
7 Masa 5
8 Tempat 5
9 Anjuran 5
10 Jawatankuasa pelaksana 5
11 Tentatif 8
12 Anggaran perbelanjaan 10
13 Jadual pelaksana gerak kerja 11
14 Penutup 13
15 Lampiran 14
Pengenalan
Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada silibus pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Setiap murid yang berdaftar diwajibkan untuk melibatkan diri dalam berbagai aktiviti
yang telah diatur oleh pihak sekolah. Aktiviti ini dilaksanakan di dalam dan juga di luar bilik
darjah bergantung kepada kesesuain aktiviti itu sendiri. Aktiviti seumpama ini, sememangnya
boleh memupuk pelbagai kesan positif antaranya semangat bekerjasama, berdisiplin, tolong-
menolong dan sekaligus mempengaruhi perkembangan mental, fizikal, rohani dan jasmani dalam
kalangan murid-murid yang menyertainya.
Kegiatan kokurikulum di sekolah adalah antara yang menjadi kegilaan murid untuk
menyertainya. Ini mungkin kerana keghairahan untuk mewakili dan menyertai kegiatan seperti
badan beruniform seperti Polis, Bomba, Kadet Bersatu dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun,
kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan perlu mengandungi
kandungan seperti penyertaan dalam badan beruniform. Kegiatan Kokurikulum di sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan merangkumi kegiatan dalam persatuan yang ditubuhkan di
sekolah daripada kategori badan beruniform.
Penubuhan Pasukan Pakaian Seragam di sekolah adalah di antara usaha Kementerian
Pelajaran Malaysia ke arah mencapai hasrat untuk melahirkan masyarakat yang bersepadu,
berdisiplin, terlatih seperti kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penerapan nilai-nilai
murni dilaksanakan secara bersepadu di dalam atau di luar bilik darjah khasnya dalam aktiviti
Perkhemahan Bersepadu Pasukan Pakaian Seragam Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili
2013. Perkhemahan unit beruniform merupakan aktiviti bercorak kokurikulum. Ia telah menjadi
aktiviti tahunan kepada pelajar – pelajar di sekolah ini. Aktiviti seperti ini adalah selaras dengan
kehendak kerajaan untuk membentuk jati diri pelajar yang cemerlang. Melalui aktiviti yang
digarapkan akan membentuk disiplin diri pelajar yang tinggi serta pembentukan sahsiah yang
jitu. Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung
dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab
terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan
persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan
rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan.
1
Objektif
Kegiatan perkhemahan ini mempunyai objektif untuk membantu dan membolehkan
murid-murid:-
1. Mempertingkatkan minat murid untuk terus aktif di kalangan kegiatan Pasukan Pakaian
Seragam.
2. Membantu meningkatkan disiplin murid dengan mematuhi peraturan dan undang-undang.
3. Meningkatkan semangat berpasukan yang tinggi dan mantap dalam berpersatuan.
4. Mengeratkan ikatan sillaturrahim murid-murid dan pendidik dari semua unit pasukan
pakaian seragam di sekolah.
5. Mengamal dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperolehi di bilik darjah.
6. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui pembelajaran
formal di bilik darjah.
7. Mengalami sendiri situasi dan proses yang menjana ilmu pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran yang telah dan akan dipelajari dalam bilik darjah.
8. Melatih diri berdikari dan memupuk sikap yakin kepada diri sendiri.
9. Berinteraksi secara langsung dengan alam sekitar untuk mengukuhi keinsafan tentang
hakikat kewujudan dan menyemarakkan perasaan penuh kesyukuran serta menyedari
kebertanggungjawab diri sendiri ke atas kelestarian dan kesejahteraan alam semula jadi.
10. Mengembangkan bakat, minat dan potensi diri sendiri dalam bidang-bidang yang
diceburi.
11. Mengalami sendiri hakikat pentingnya diri sendiri dan individu lain mempunyai nilai-
nilai murni kemanusiaan dan keinsanan yang luhur.
12. Mengalami sendiri hakikat pentingnya perpaduan, kerjasama, permuafakatan dan
semangat sepasukan.
13. Menguji dan mempertingkatkan ciri-ciri kepemimpinan, ketabahan dan kecekalan
menghadapi masalah dan cabaran.
14. Memanfaatkan peluang yang ada dan meneroka peluang-peluang baru untuk memajukan
2
diri sendiri dan rakan-rakan.
Tujuan
Aktiviti perkhemahan ini di sekolah mempunyai tujuan untuk merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Terdapat beberapa tujuan yang ingin dicapai dalam fasa pembentukan
murid-murid antaranya;
1. Mengumpulkan ahli-ahli Pasukan Pakaian Seragam seperti Kadet Remaja Sekolah, Pandu
Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap, Kadet Polis dan Kadet Bomba.
2. Menjadikan aktiviti perkhemahan sebagai penyokong dan pelengkap ke arah pemupukan
disiplin murid yang bermutu.
3. Memupuk semangat cintakan negara dan semangat patriotisme di kalangan murid selaku
pewaris negara.
4. Mewujudkan semangat kerjasama di antara pihak sekolah dengan pelbagai agensi
Pasukan Pakaian Seragam di peringkat sekolah.
5. Menyemai kesedaran murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan.
6. Keseimbangan antara perkembangan mental, rohani, jasmani dan emosi murid.
7. Perhubungan dan pergaulan antara murid dikukuhkan sama ada di dalam sekolah
mahupun antara sekolah.
8. Meningkatkan dan memberi peluang serta mengasah bakat murid dalam aktiviti yang
diceburi.
9. Meningkatkan disiplin murid.
10. Mewujudkan persekitaran sekolah yang menarik dan menyeronokan.
11. Meningkatkan serta membina jalinan kerjasama serta hubungan dua hala antara pihak
sekolah dan warga masyarakat.
12. Mewujudkan sekolah berwatak.
13. Menyediakan murid untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
14. Mengukuhkan integrasi nasional.
3
Tema
Tema yang telah dipilih setelah mendapat persetujuan daripada semua guru penasihat
persatuan dan pihak pentadbir sekolah bagi tahun ini adalah:
“Perkhemahan Bersepadu Pasukan Pakaian Seragam SMKE 2013”.
Sasaran
Penyertaan daripada kalangan murid-murid di Tingkatan 3 dan 5 adalah dikecualikan
dengan tujuan supaya mereka mampu menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran
memandangkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan
menjelang tiba tidak lama lagi. Oleh itu, program perkhemahan ini menyasarkan mereka yang:
1. terdiri daripada murid-murid di Tingkatan Satu di mana Unit Pasukan Pakaian Seragam
yang telah mendaftar secara sah.
2. terdiri daripada murid-murid di Tingkatan Dua yang Unit Pasukan Pakaian Seragam
telah mendaftar secara sah.
3. terdiri daripada murid-murid di Tingkatan Empat yang mana Unit Pasukan Pakaian
Seragam telah didaftar secara sah.
4. terdiri daripada murid-murid yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.
5. terdiri daripada murid-murid yang tidak pernah menyertai mana-mana program di
peringkat sekolah.
6. terdiri daripada murid-murid yang aktif dalam kegiatan kokurikulum tetapi tidak pernah
menyertai mana-mana program di peringkat negeri atau kebangsaan.
7. terdiri daripada pelbagai kaum yang terdapat di sekolah ini.
8. sasaran/pelajar yang terlibat : Pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4. ( 150 orang pelajar ).
maklumat lanjut pelajar terlibat : Pecahan peserta mengikut Persatuan Unit Beruniform:
Persatuan Bulan Sabit Merah 25 orang
Persatuan Kadet Polis Sekolah 25 orang
Persatuan Pengakap Malaysia 25 orang
Persatuan Kadet Remaja Sekolah 25 orang
4
Persatuan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia 25 orang
Persatuan Pandu Puteri 25 orang
Urusetia 10 orang
Jumlah pelajar 140 orang
Jurulatih/pegawai (guru penasihat) 10 orang
Jumlah keseluruhan 150 orang
Tarikh
Tarikh program perkhemahan ini diadakan pada 17 hingga 21 September 2013.
Masa
Masa pelaksanaan program perkhemahan ini bermula pada pukul 12.30 tengah hari, 17
September 2013.
Tempat
Tempat perkhemahan ini diadakan di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili,
Sri Aman.
Anjuran
Perkhemahan pada tahun ini dianjurkan oleh Unit Beruniform, Sekolah Menengah
Kebangsaan Engkilili.
Jawatankuasa pelaksana
JAWATANKUASA PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM TAHUN 2013:
Penasihat : En. Ganis Abi ( Pengetua SMK Engkilili )
Pengerusi : En. Simong ak Ambak ( PK Kokurikulum )
5
Ketua Perkhemahan : En. Foo Chung Min (Pengakap)
Timbalan Ketua Perkhemahan : En. Wahidin bin Jangsi (Bomba)
Penyelaras/Urusetia/pendaftaran : En.Kamarul Azli, Cik Angela Ding ( Pengakap)
JK Buku Program : Cik Tham Lai Kuan (Pengakap)
JK Hadiah dan Sijil : Pn.Mary Lawrence , Cik Nor Hanani (P.Puteri)
JK Borang Deklarasi : En.Simong ak Ambak
JK Makanan dan Minuman : En. Saiful Hazmi, Cik Chai Sze Jiuan (KRS)
JK Aktiviti/ceramah : En.Rozy Abu Bakar (UBK)
JK Unggun Api dan persembahan : Cik Norasikin bte Roslan, En.Gomez (K.Polis)
JK Perubatan : En.Davis Minan , En.Mazlan (PBSM)
JK Juruacara Majlis : Cik Norhaliza bte Hussin (Bomba)
JK Banner : En.Uvang Melay
JK Keselamatan pelajar/kecemasan : En.Gomez David Apat
JK Pembersihan tapak kem : En.Abdul Aziz
JK Peralatan dan sistem P.A. : En.Foo Chung Min
CARTA JAWATAKANUKASA PERKHEMAHAN BERSEPADU 2013:
PENASIHAT
( Pengetua SMK Engkilili )
PENGERUSI
( Simong ak Ambak, PKKK )
6
KETUA PERKHEMAHAN
( En.Foo Chung Min )
PENOLONG KETUA PERKHEMAHAN
( En.Kamarul Azli)
PENYELARAS / URUSETIA PERKHEMAHAN
( Cik Angela Ding )
JK HADIAH/SIJIL JK AKTIVITI JK UNGGUN
API/PERSEMBAHAN
JK BORANG KEBENARAN JK MAKANAN & MINUMAN JK JURUACARA
MAJLIS
JK BANNER JK P.A SYSTEM & PERALATAN JK PERUBATAN
JK KEBERSIHAN JK BUKU PROGRAM JK JEMPUTAN
JK KESELAMATAN & KECEMASAN
7
Tentatif
PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN ENGKILILI 2013:
SATU HARI AWAL ( 16 SEPTEMBER 2013 )
1400 – 1600 : Fasilitator Melapor Diri
2000 : Taklimat Penyelarasan Fasilitor / Jurulatih Perkhemahan
Tempat : Pusat Sumber Sekolah SMKE
Pengerusi : Penyelaras Perkhemahan
HARI PERTAMA ( 17 SEPTEMBER 2013 )
1230 - 1400 : Pendaftaran
1400 - 1630 : Taklimat, Pembahagian Kumpulan & Majlis Pembukaan
1700 - 1800 : Kem Kraf
2000 - 2200 : Taklimat Penyelaras Program Perkhemahan / Pecah Bendung
2300 : Lampu Padam
HARI KEDUA ( 18 SEPTEMBER 2013 )
0500 – 0730 : Bangun Pagi & Solat Subuh / Kerohanian, Persiapan Diri, Baris
Turus
0800 – 1000 : Aktiviti Pangkalan
1030 – 1230 : Aktiviti Pangkalan
1400 – 1630 : Ceramah Kesan Dadah Terhadap Diri, Masyarakat, Keluarga Dan
8
Masa Depan Murid
1700 – 1800 : Sukaneka
2000 – 2200 : Ceramah Kepentingan Kegiatan Kokurikulum Di Sekolah
2300 : Lampu Padam
HARI KETIGA ( 19 SEPTEMBER 2013 )
0500 – 0730 : Bangun Pagi & Solat Subuh / Kerohanian, Perispan Diri, Baris Turus
0800 – 1230 : Ikthiar Hidup / Masakan Rimba
1400 – 1600 : Aktiviti Pangkalan
1600 – 1800 : Sukaneka
2000 – 2200 : Persembahan Kebudayaan
2300 : Lampu Padam
HARI KEEMPAT ( 20 SEPTEMBER 2013 )
0500 – 0730 : Bangun Pagi & Solat Subuh / Kerohanian, Persiapan Diri, baris Turus
0800 – 1000 : Aktiviti Pangkalan
1030 – 1230 : Raptai Majlis Perasmian Penangguhan
1400 – 1800 : Majlis Perasmian Penangguhan
2000 - 2200 : Refleksi / Tayangan Slid
HARI KELIMA ( 21 SEPTEMBER 2013 )
0500 – 0730 : Bangun Pagi & Solat Subuh / Kerohanian, Persiapan Diri, Baris
Turus
9
0800 – 1000 : Khidmas & Persiapan Balik
1000 : BALIK KE DESTINASI MASING - MASING
Anggaran perbelanjaan
Anggaran Perbelanjaan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform.
10
BIL PERKARA JUMLAH
1. Hadiah Pertandingan RM 300.00
2. Khemah pasang siap RM1000.00
3. Banner RM 200.00
4. Jemputan penceramah RM 300.00
5. Makanan dan minuman peserta dan pegawai RM5,000.00
6. Sijil RM 100.00
7. T-shirt fasilitator (20 pembantu pelajar) RM 400.00
8.
JUMLAH KESELURUHAN
RM7300.00
Jadual pelaksana gerak kerja
Tarikh 0500
0730
0730
0800
0800
1000
1000
1030
1030
1230
1230
1400
1400
1630
1630
1700
1700
1800
1800
2000
2000
2200
2200
17 Sept. 2013 PERJALANAN KE TAPAK PERKHEMAHAN
P
enda
ftara
n
Taklimat, Pembahagian Kumpulan
Majlis Pembukaan
Sola
t Asa
r & m
inum
pet
ang
Kem Kraf
Taklimat Penyelaras Program Perkhemahan
Pecah Bendung
Pada
m L
ampu
18 Sept. 2013
-Ban
gun
Pagi
&
Sola
t Sub
uh /
Ker
ohan
ian,
-Per
siapa
n di
ri -B
aris
Turu
s, Aktiviti Pangkalan
Aktiviti
Pangkalan
M
akan
Ten
gaha
ri
Kesan Dadah Terhadap Diri, Keluarga, Masyarakat Dan Masa Depan Murid
Sukaneka
Ceramah Kepentingan Kegiatan Kokurikulum Di Sekolah
19 Sept. 2013 Ikthiar Hidup / Masakan Rimba
Ikthiar Hidup / Masakan Rimba
Aktiviti Pangkalan Sukaneka Persembahan Kebudayaan
20 Sept. 2013
Aktiviti Pangkalan
Raptai Majlis Perasmian Penangguhan Majlis Perasmian Penangguhan
11
Refleksi
(Tayangan Slide)
Sara
pan
&
Pers
iapa
n di
ri21 Sept. 2013
KHID
MAS
&
PERS
EDIA
AN
BALI
K BALIK KE DESTINASI MASING-MASING
Aktiviti Pangkalan :
1. Kawad Kaki 2. Membinan Gajet 3. Bantu Mula 4. “Team Building”
12
Penutup
Perkhemahan kali ini merupakan agenda utama Unit Beruniform Sekolah Menengah
Kebangsaan Engkilili sebagai persediaan serta persiapan untuk membawa kembali sekurang-
kurangnya satu kejuaraan untuk mengharumkan nama baik sekolah kita. Oleh itu, perkhemahan kali
ini akan memfokuskan kepada ketahanan fizikal, mental dan emosi para peserta dalam menghadapi
pertandingan sebenar di bahagian nanti.
Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan Bersepadu Pasukan Badan Beruniform Sekolah
Menengah Kebangsaan Engkilili 2013 ini dapat dijalankan ke arah kecemerlangan, gemilang dan
terbilang. Kerjasama daripada pegawai-pegawai dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan
untuk menjayakan hasrat murni Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membentuk sahsiah murid
melalui bidang kokurikulum.
13
Lampiran 1
Senarai tugas jawatankuasa
1. Pengetua Sekolah
- Berperanan memberi sokongan dari segi penyediaan fasiliti dan pelepasan ahli persatuan
dalam melaksana atau menyertai unit beruniform di sekolah.
2. Guru Penasihat
- Bertanggungjawab membimbing, merancang, menyelaras dan memantau aktiviti persatuan
dan memberi maklumbalas aktiviti kelab serta permasalahan kepada penyelaras.
3. Ahli Jawatankuasa Perkhemahan Sekolah
- Bertanggungjawab melaksana dan menjalankan aktiviti perkhemahan serta memberi
maklumbalas kepada guru penasihat.
4. Pengerusi/Timbalan Pengerusi
- Mempengerusi mesyuarat AJK dan menghadiri Majlis Pembukaan/Penutupan.
5. Penyelaras
- Memaklumkan panduan dan syarat-syarat serta kategori pertandingan kepada unit-unit
beruniform.
- Menyediakan borang penyertaan pertandingan.
- Berhubung dengan setiap ketua AJK tentang perkembangan tugas mereka.
6. Setiausaha
- Menyediakan surat panggilan mesyuarat.
- Mencatat dan menaip serta mengedar minit mesyuarat.
7. Urusetia
14
- Membuat pendaftaran semasa peserta melapor diri.
8. Protokol/Jemputan
- Menulis surat jemputan kepada tetamu dan jemputan.
- Menyambut ketibaan para tetamu.
9. AJK Pertandingan
- Menyediakan tempat pertandingan.
- Mendapatkan peraturan pertandingan dan penghakiman.
10. AJK Penghakiman
- Menentukan cara atau syarat penghakiman.
- Memberi taklimat kepada para hakim dan guru.
11. AJK Peralatan Dan Kelengkapan
- Menyediakan peralatan dan kelengkapan.
- Menyusun kerusi dan meja di dewan untuk majlis penutupan.
12. AJK Publisiti Dan ‘Banner’
- Membuat ‘banner’ tentang program tersebut.
13. AJK Makanan Dan Minuman
- Menyediakan makan dan minum bagi para guru, hakim, peserta dan AJK bertugas.
- Mengagihkan makanan dan minuman kepada guru, hakim, peserta dan AJK bertugas.
14. AJK Siaraya
- Menyediakan, meminjam dam memasang peralatan yang digunakan dalam setiap
pertandingan.
15
15. AJK Hadiah
- Menempah cenderahati untuk hakim dan jemputan.
- Menyusun hadiah dan sijil untuk diserahkan pada majlis penutupan.
16. AJK Buku Program
- Menyediakan buku program.
17. AJK Pembukaan/Penutupan
- Menyediakan aturcara pembukaan/penutupan.
18. AJK Kebersihan
- Membersihkan tempat pertandingan dan penutupan sebelum dan selepas program.
19. AJK Pengacara
- Mengacara Majlis Pembukaan/Penutupan.
16
Lampiran 2
Surat Pemberitahuan
Tentang Perkhemahan Bersepadu Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili Rujukan Tuan:95800 Engkilili, Rujukan Kami: SMKE/05/PPS/2013 ( )Sri Aman Tarikh : 08 September 2013
Kepada SemuaIbu Bapa/Penjaga Pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili
Tuan / Puan,
Pemberitahuan Tentang Perkhemahan Bersepadu Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2013
Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk
2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Perkhemahan Tahunan sepertimana yang tersebut di atas. Butir-butir mengenai perkhemahan tersebut adalah seperti berikut:-
2.1 Tajuk : Perkhemahan Bersepadu Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2013.
2.2 Tarikh : 17 Hingga 21 September 2013.
2.3 Masa : 12.30 pagi, 17 September 2013 (Waktu Pendaftaran)
2.4 Tempat : Kawasan Padang SMK Engkilili
2.5 Sasaran : Pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4
2.6 Penyertaan : 230 pelajar dan 20 guru.
Sekian untuk makluman tuan, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
.............................................( GANIS ABI )Pengetua,Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili.
s.k 1. Pegawai Pelajaran Daerah Lubok Antu2. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
17
Lampiran 3
Surat Memohon Kebenaran Mengadakan Perkhemahan Kepada Guru Besar
Setiausaha, Rujukan Tuan:Jawatankuasa Pelaksana, Rujukan Kami: Perkhemahan Pasukan Pakaian Seragam Tarikh : Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili
Pengetua,Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili95800 EngkililiSri Aman
Tuan,
Memohon Kebenaran Mengadakan Perkhemahan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2013
Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu dipohon kebenaran tuan untuk kami mengadakan perkhemahan tersebut seperti pada ketetapan berikut :
2.1 Tajuk : Perkhemahan Bersepadu Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2013.
2.2 Tarikh : 17 Hingga 21 September 2013.
2.3 Masa : 12.30 Tengahari, 17.09.2013 (Waktu Pendaftaran)
2.4 Tempat : Kawasan Padang SMK Engkilili
2.5 Sasaran : Pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4
2.6 Penyertaan : 230 pelajar dan 20 guru.
3. Bersama-sama ini dilampirkan kertas cadangan perkhemahan untuk makluman dan kelulusan tuan.Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
.................................( Simong Ambak )Penolong Kanan Kokurikulum,Sekolah Menengah Kebangsaan EngkililiMerangkap Setiausaha, Jawatankuasa Pelaksana Perkhemahan Pasukan Pakaian Seragam.s.k. 1, Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Fail Perkhemahan
18Lampiran 4
Surat Kelulusan Daripada Guru Besar Bagi Mengadakan Perkhemahan Peringkat Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili Rujukan Tuan:95800 Engkilili, Rujukan Kami: SMKE/05/PPS/2013 ( )Sri Aman. Tarikh :
Setiausaha, Jawatankuasa Pelaksana, Perkhemahan Bersepadu Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2013,Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili95800 EngkililiSri Aman
Tuan,
Perkhemahan Bersepadu Pasukan Pakaian Seragam 2013
Sukacitanya perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk
2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak sekolah sedia maklum dan tiada halangan untuk tuan mengadakan perkhemahan tahunan tersebut selagi perkara-perkara tersebut di bawah dipatuhi :
2.1 Tiada unsur-unsur paksaan.2.2 Mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga murid dan
deklarasi kesihatan2.3 Memastikan langkah-langkah keselamatan dan kebajikan pelajar
diutamakan2.4 Segala kutipan kewangan telah mendapat kelulusan Jawatankuasa
Pelaksana dan persetujuan Ibu Bapa/Penjaga.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
...........................................( Ganis Abi )Pengetua,Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili.
s.k 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah2. Fail Perkhemahan
19Lampiran 5
BORANG AKUAN/KEBENARAN IBU BAPA/ PENJAGA
Saya,
No. Kad Pengenalan Ibu Bapa/Penjaga kepada
murid yang bernama dalam
Tahun/Tingkatan yang sedang belajar di sekolah
[alamat penuh] dengan ini
mengizinkan anak saya untuk menyertai
yang diadakan mulai hingga di
2. Saya faham bahawa segala langkah keselamatan telah dan akan diambil oleh pihak penganjur. Walaupun demikian saya mengaku bahawa anak saya perlu mematuhi peraturan-peraturan dan arahan sepanjang aktiviti / program dijalankan termasuk dalam masa perjalanan pergi dan balik.
3. Saya mengesahkan bahawa anak saya tidak mengidap sebarang penyakit kritikal dan membenarkan beliau menyertai aktiviti ini.
4. Saya juga mengizinkan anak saya supaya diberi rawatan/perubatan/pembedahan jika keadaan memerlukan tindakan segera untuk berbuat demikian.
Sekian, Terima kasih.
Saya yang benar,Tandatangan :
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Pekerjaan :
Alamat Penuh Rumah :
Telefon : [Rumah] :
[Pejabat] :
[HP] :
___________________________________________________________________________________________Pengesahan Pihak Sekolah__________________________________( )Tandatangan Pengetua/Guru Besar
Cop Jawatan:Cop Sekolah
Tarikh:_________________________ 20
Lampiran 6
Surat Perlantikan dan Bidang Tugas
Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili Rujukan Tuan:95800 Engkilili, Rujukan Kami: SMKE/05/PPS/2013 ( )Sri Aman Tarikh : 13 September 2013
En. Kamarul AzliGuru Penasihat Pasukan Pengakap,Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili,95800 Engkilili, Sri Aman.
Tuan / Puan,
Surat Pelantikan Perkhemahan Pasukan Pakaian Seragam SMKE1/2013
Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.
2. Sehubungan itu tuan/puan dengan ini dilantik sebagai Penolong Ketua Perkhemahan dalam Perkhemahan Bersepadu Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2013 yang akan diadakan sepertimana ketetapan berikut: -
2.1 Tajuk : Perkhemahan Bersepadu Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2013.
2.2 Tarikh : 17 Hingga 21 September 2013.
2.3 Masa : 12.30 tengah, 17 September 2013 (Waktu Pendaftaran)
2.4 Tempat : Kawasan Padang SMK Engkilili
2.5 Sasaran : Pelajar Tingkatan1, 2 dan 4
2.6 Penyertaan : 230 pelajar dan 20 guru.
3. Bersama ini dilampirkan bidang tugas untuk makluman serta tindakan tuan.
4. Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian dan harap maklum.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
................................................( Ganis Abi )Pengetua,Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili.
s.k 1. Pegawai Pelajaran Daerah Lubok Antu2. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah3. Fail Perkhemahan
21
Lampiran 7
Surat Jemputan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform, Rujukan Tuan:
Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili, Rujukan Kami:SMKE/PPS/05/2013(2)
Sarawak. Tarikh: 5 September 2013
Encik Kamarul Azli,
Guru Penasihat Pengakap.
Tuan/puan,
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Perkhemahan Bersepadu Pakaian Seragam Sekolah
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa, Perkhemahan Bersepadu Pakaian
Seragam, Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili, Sarawak akan diadakan seperti butiran di
bawah:
Tarikh : 14.9.2013 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Pusat Sumber Sekolah
2. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:
2.1 Ucapan pengerusi
2.2 Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
2.3 Perkara berbangkit
2.4 Laporan kewangan
2.5 Laporan biro-biro
2.6 Hal-hal lain
3. Tuan/puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat ini. Kehadiran adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
_______________________
( Simong Ambak )
Setiausaha Perkhemahan,
Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili.
22
Lampiran 8
Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
Tarikh: 14.9.2013 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Pusat Sumber Sekolah.
Ahli yang hadir:
1. Ganis Anak Abi Pengerusi
2. Simong Anak Ambak Naib Pengerusi
3. Simon Amba Setiausaha
4. Angela Ding Penolong Setiausaha
5. Abdul Rahim Bendahari
6. Tan Siew Heng Penolong Bendahari
7. Kamarul bin Azli Ahli Jawatankuasa
8. Wahidin bin Jangsi Ahli Jawatankuasa
9. Mary Lawrence Ahli Jawatankuasa
10. Saiful bin Hazmi Ahli Jawatankuasa
11. Gomez Anak Apat Ahli Jawatankuasa
12. Davis Anak Minan Ahli Jawatankuasa
Bil Agenda Tindakan
1. Ucapan Pengerusi
1.1. Mengucapkan terima kasih kepada semua.
1.2. Menekankan aspek keselamatan murid-murid.
1.3. Mengharapkan kerjasama semua guru yang terlibat. Semua AJK
2. Mengesahkan Minit Mesyuarat kali ke-1
2.1. Pencadang – En. Wahidin
2.2. Penyokong – En. Saiful
3. Perkara Berbangkit
3.1. En. Davis mengingatkan ubat-ubatan mesti mencukupi
3.2. En. Gomez mengingatkan supaya disediakan racun
23
AJK Perubatan
AJK Peralatan
nyamuk dan lampu picit.
4. Laporan Jawatankuasa Kecil
4.1. Makanan dan minuman perlu diangkut oleh murid
mengikut kumpulan.
4.2. Hadiah telah ditempah dan menunggu masa untuk
diambil sahaja.
4.3. Saiz unggun api yang sesuai dan memastikan murid-
murid tidak bermain dengan api sesuka hati.
4.4. Borang kebenaran ibu bapa telah diedarkan dan
dikumpulkan semula.
4.5.Tali sempadan akan dipasang di tepi kawasan
perkhemahan dan antara khemah lelaki dengan perempuan
4.6. Mengingatkan dan memastikan semua peralatan perlu
dipulangkan selepas program.
4.7. Bersiap sedia untuk menjalankan tugas.
AJK Makanan
AJK Hadiah
AJK Unggun Api
AJK Deklarasi
AJK Keselamatan
AJK Peralatan
AJK yang lain
5. Laporan Kewangan
5.1. Menerima sumbangan daripada Yang Berhormat
ADUN Engkilili sebanyak RM5000.00.
5.2. Menyediakan penyata perbelanjaan perkhemahan. Bendahari
6. Hal-hal lain
6.1. Murid-murid diingatkan supaya tidak bermulut celupar
yang boleh menimbulkan ancaman makhluk halus. AJK Keselamatan
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi
Dicatat oleh, Tarikh : 16.9.2013
………………………………… …………………………………..
( Simong Ambak ) Disahkan oleh Pengerusi
Setiausaha,
Perkhemahan Bersepadu Pakaian Seragam,
Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili.
24
top related