chapter 1 islam sebagai ad-din

Post on 04-Jul-2015

1.463 Views

Category:

Documents

15 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

CTU 101CTU 101PRINSIP-PRINSIP ASAS PRINSIP-PRINSIP ASAS

ISLAMISLAM

BAB 1ISLAM

SEBAGAI AD-DIN

BAB 1ISLAM

SEBAGAI AD-DIN

PENGENALAN

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang mulia, sempurna dan indah kejadiannya.

Firman Allah SWT: Surah al-Tin:4

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)”

Manusia dan unsur kejadiannya

Terdiri dari 2 unsur : i) Tanah (jasmani)

ii) Roh (rohani)

Proses penciptaan Nabi Adam a.s :

Dari air (al-Furqan : 54)

Dari tanah (al-Anbiya’ : 30)

Dari pati tanah (al-Mukminun : 12)

Dari tanah liat (al-al-Saffat : 11)

Dari tanah yang panas dan berbau (al-Hijr : 28)

Dari tanah keras seperti tembikar (al-Rahman : 14)

Dari tanah bumi (al-Najm : 32)

Proses kejadian manusia :

1.Nutfah (air mani)

2.‘Alaqah (segumpal darah - zigot)

3.Mudghah (ketulan daging - embrio)

4.‘Izom (tulang)

5.Kasauna al-’Izoma Lahman (daging membaluti tulang)

6.Nasy’ah Khalqun Akhar (semua anggota terbentuk dengan sempurna)

Pengertian Agama

Berasal dari bahasa sanskrit yg bermaksud “bukan dunia, dan tiada keseronokan serta jauh dari nafsu yang negatif”.

Dari aspek Hindu dan Buddha, ia berkaitan dengan kepercayaan kepada dewa-dewa, keberhalaan dan merujuk kepada Veda.

Kamus Dewan: Kepercayaan kepada Tuhan atau yang maha kuasa dan sifat-sifat serta kekuasaan tuhan dan penerimaan ajaran dan perintahNya.

Keperluan manusia kepada agama

Pandangan Sains Sosial Agama sebahagian daripada kebudayaan bukan material.Sistem kepercayaan untuk mengatasi pelbagai masalah dalam kehidupan manusia.

Pandangan PsikologiAgama mengurangkan kebimbangan dan ketidakpastian yang dialami manusia.Agama memenuhi keperluan kognitif yang ada pada manusia.

Pandangan FalsafahAgama mengajar manusia tentang akhlak, kebaikan adat dan rujukan membezakan baik dan buruk.Satu bentuk pengetahuan diri manusia yang paling awal.

Pandangan IslamAgama menyelamatkan manusia, masyarakat, negara dan dunia.Agama menghubungkan manusia dengan Allah.Asas pembentukan peribadi yang baik dan akhlak mulia.

Fitrah manusia yg diciptakan Allah memiliki naluri beragama.

Kejahilan manusia mengenai diri dan persoalan persekitaran hidupnya.

Kecenderungan manusia hidup menurut sesuatu peraturan.

Kelemahan akal manusia untuk mentafsir alam di sebalik alam nyata ini.

Pengertian Islam

Bahasa Dari kata dasar salima yang bermaksud selamat, sejahtera.Taat dan patuh, aman dan damai, tunduk dan menyerah diri.

IstilahPatuh, tunduk dan jujur hatinya kepada Allah SWT serta beriman dengan pengajaran-pengajaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Islam sebagai Ad-Din

Bermaksud cara hidup yang merangkumi segenap aspek kehidupan manusia sama ada dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

Firman Allah:

“Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah hanyalah Islam”, (Ali-Imran: 19)

“Pada hari ini Aku telah menyempurnakan ke atas kamu nikmatKu dan Aku redhakan Islam sebagai agamamu”, (al-Maidah: 3)

Ad-Din adalah sistem yang lengkap mengandungi ajaran, hukum dan peraturan yg ditentukan Allah kepada manusia.

Skop Ajaran Islam

Akidah

Berasal dari aqada yang bermaksud ikatan atau simpulan.Istilah: Keimanan kepada nilai-nilai murni yang mutlak terikat kukuh dalam hati sanubari seseorang, membuahkan sikap, pandangan, perilaku dan perkataan yang menepati syariat yang tidak mungkin terurai oleh sebarang paksaan, perubahan suasana dan keadaan.Akidah umpama akar kepada pokok atau asas kepada sebuah binaan.

Syariah

Bermaksud jalan untuk diikuti. Hukum-hukum perundangan yang digubal oleh Allah bertujuan untuk mengatur kehidupan manusia, masyarakat dan negara. Syariah yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah tidak boleh diubah oleh manusia, manakala undang-undang ciptaan manusia boleh diubah mengikut kehendak majoriti atau pemerintah.

Akhlak

Bermaksud perangai, budi pekerti, adab dan tabiat.Istilah: Keadaan jiwa yang terpancar darinya tingkah laku dan perbuatan manusia yang menjadi kebiasaan.Al-Ghazali menyatakan bahawa ia adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang yang dengannya lahir sesuatu perbuatan atau tingkahlaku.Perbuatan atau tingkahlaku tersebut terjadi dengan spontan hasil dari pancaran rohani.

Sistem Hidup Bermasyarakat dan Bernegara

Politik

Pencalonan seseorang pemerintah mestilah melalui proses demokrasi.Prinsip perundingan, syura yang memberikan peluang kepada semua orang untuk menyatakan pandangan.Pandangan majoriti harus diterima.

Ekonomi

1) Prinsip keadilan sosial: Pengamalan nilai agama dalam semua urusan hidup. Menaikkan taraf daya fikir. Negara ditadbir menepati sistem syura.

2) Prinsip Istikhlaf Pemilikan harta melalui cara yang diredhai Allah SWT.Pemilik harta menggunakan hartanya untuk kebajikan diri dan masyarakat.

3) Prinsip bekerja dan ganjaran Melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi. Memberi peluang pekerjaan kepada semua lapisan rakyat. Keadilan pengagihan harta dan kekayaan.

4) Prinsip keuntungan dan kerugian Menjamin keadilan dalam setiap kegiatan ekonomi. Semua golongan membangunkan ekonomi masyarakat.

Sosial

Peningkatan kepentingan individu selari dengan kepentingan masyarakat. Merupakan rangkaian yang saling berkaitan. Perkara yang diusahakan mesti berada dalam lingkungan yang dihalalkan oleh Allah SWT.

Jihad dan Dakwah

Jihad NafsuMerupakan jihad untuk membersihkan jiwa dan menyucikan hati daripada sifat-sifat keji dan tipu daya syaitan.Dianggap sebagai jihad agung kerana:

o medan perjuangan yang tidak terbatas.o masa perjuangan yang tidak terhad.o musuh tidak dapat dilihat dengan pancaindera.o asas kepada jihad yang lain.

Jihad Lahir / Jihad Kecil jihad dengan hati jihad dengan lisan dan penulisan jihad dengan ilmu jihad dengan harta jihad dengan nyawa

Dakwah membawa maksud mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada keburukan.

Sumber-Sumber Ajaran Islam

Sumber Asasi

Al-Quran: Kalam Allah yang diturunkan dalam bahasa Arab kepada Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur melalui perantaraan Jibril AS, bersifat mukjizat, secara mutawatir dan membacanya adalah ibadat.Mengandungi lebih 6200 ayat dalam 114 surah membicarakan tentang akidah, syariah, ibadah, akhlak, ekonomi, politik, sosial dll.

Al-Sunnah:Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW samaada dari segi perkataannya, perbuatannya, pengakuannya atau sifat keperibadiannya.Sumber yang kedua selepas al-Quran yang bertindak sebagai pentafsir ayat-ayat al-Quran.

Sumber Tafsiran yang Disepakati

Ijmak:Persepakatan mujtahid dari kalangan umat Muhammad

SAW di satu-satu masa tertentu selepas kewafatan Rasulullah SAW mengenai sesuatu hukum Syarak.

Antara syarat-syaratnya:o Kata sepakat dari kalangan semua mujtahidin semasa.o Mesti berlaku di kalangan mujtahidin sahaja.o Mesti berlaku di kalangan orang Islam yang mukallaf.

Qiyas: Meletakkan hukum ke atas sesuatu perkara yang masih

belum ada hukumnya berdasarkan kepada perkara yang telah sabit hukumnya dalam al-Quran mahupun al-Sunnah kerana terdapat persamaan dari segi ilahnya iaitu alasan yang ada pada hukum tersebut.

Contohnya meletakkan hukum wajib zakat pada padi kerana persamaan yang wujud antara padi dan gandum yang merupakan makanan asasi bagi sesebuah negara.

Ijtihad:Pandangan ulamak berhubung hukum sesuatu perkara

yang tidak dinaskan oleh al-Quran mahupun

al-Sunnah secara qat’i berdasarkan buah

fikirannya melalui andaian atau qiyas terhadap

hukum yang sedia ada dalam al-Quran mahupun al-Sunnah.

Sumber-Sumber yang tidak Disepakati Al-Istihsan Al-Masalah Mursalah Syariat yang terdahulu Mazhab sahabat Rasulullah SAW Al-Istishab Sad Al-Zara’i’ Al-Urf

KEISTIMEWAAN ISLAM TINGGI / AGUNGWAQI’ / PRAKTIKAL

‘ALAMI / UNIVERSAL

SYAM

IL &

KAM

IL

RABBANIYYAH

RabbaniyyahIslam adalah agama wahyu yang tiada campur tangan sesiapa. Islam sebagai agama rabbani, mempunyai ciri-ciri yang sesuai dengan penciptaNya yang maha tinggi.

Syamil & KamilIslam adalah agama yang mencakupi seluruh kejadian manusia dalam seluruh bidang kehidupannya.Sistem Islam sesuai dengan semua keadaan, suasana atau rupa bentuk kehidupan manusia dan hubung kaitnya dengan alam seluruhnya tanpa mengira tempat dan masa.

Waqi’ / Praktikal Islam adalah agama praktikal dan bukan semata-mata

teori yang boleh dilaksanakan di dalam kehidupan seharian manusia.

Segala hukum hakamnya adalah praktikal dan di dalam batas kemampuan manusia.

Tinggi / Agung Islam adalah agama yang mempunyai kedudukan

tertinggi dan tidak ada agama-agama lain yang setanding dengannya.

‘Alami / Universal Islam diturunkan untuk seluruh alam, bukan kepada

kaum atau tempat tertentu sahaja. Islam tidak menilai kemuliaan seseorang berdasarkan

kepada keturunan, warna kulit dan wajahnya tetapi berdasarkan kepada ketaqwaannya kepada Allah SWT.

Disediakan Oleh:

Ustaz Mohamad Zaki Razaly

top related