cerita motivasi (helang)

Post on 21-May-2015

1.984 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Kelahiran Semula Helang

Helang merupakan spesis burung yang mempunyai hayat nyawa yang paling panjang di dunia ini. Jangka hidupnya menjangkau 70 tahun.

Untuk hidup sepanjang 70 tahun semasa umurnya 40 tahun, helang terpaksa membuat satu keputusan yang sukar dan penting.

Apabila umur helang menjankau 40 tahun, cakarnya semakin tua dan tidak dapat mencengkam buruannya dengan kuat. Paruhnya menjadi panjang dan lengkung sehingga menjejak dadanya. Sayapnya menjadi semakin berat, bulunya lebat dan susah untuk terbang. Helang mempunyai dua pilihan. Pertama tunggu mati, kedua ialah mengharungi perubahan yang susah.

Dalam masa 150 helang terpaksa terbang ke atas gunung dan membuat sarang di atas curam , ia hinggap di sana dan tidak terbang ke mana-mana lagi.

Terlebih dahulu helang akan menghentak paruhnya dengan batu sehingga paruhnya tanggal. Kemudian menunggu pertumbuhan paruh yang baru.

Helang menggunakan paruhnya yang baru untuk mencabut cakarnya. Setelahnya cakar yang baru tumbuh, ia mencabut bulunya satu demi satu.

Selepas 5 bulan, bulunya yang baru akan tumbuh. Helang mula terbang dan meneruskan hayatnya selama 30 tahun lagi.

Dalam kehidupan kita , kita perlu bijak dalam membuat keputusan ataupun pilihan untuk memulakan kehidupan yang bahagia.

Kita harus menghindari kebiasaan yang tidak baik agar dapat memulakan kehidupan yang baru. Sekiranya kita sudi untuk melepaskan bebanan yang lama,sudi mempelajari sesuatu yang baru , maka kita dapat mencungkil bakat kita dan membina masa depan yang cerah dan bahagia.

Kita perlu mempunyai keberanian untuk mengubah diri sendiri dan kesedaran tentang kehidupan baru……

top related